Mumia seorang bayi yang berada dalam perut seorang nenek 75 tahun

3:30 AM

Mumia seorang bayi yang berada dalam perut seorang nenek 75 tahun

Assalamualaikum wbt..
Kita telah sedia maklum bahawa tempoh seorang wanita mengandung adalah selama 9 bulan 10 hari.. Jika berlaku komplikasi dalam waktu kehamilan, mungkin seorang wanita itu akan melahirkan anak sebelum daripada due date dia..

Dan kita tahu bahawa seekor gajah betina akan mengandung selama 22 bulan sebelum melahirkan anak gajah yang comel...

Tapi awak tau tak, dekat Morocco ada seorang nenek yang berusia 75 tahun telah mengandungkan seorang bayi dan ianya berada dalam perut nenek tue selama hampir 50 tahun...??

Hampir 50 tahun duduk dalam rahim ibunya tanpa dilahirkan...??

Yea, nie kisah benar-benar terjadi...

Seorang wanita Morocco, seorang nenek yang bernama Zahra Aboutalib yang berusia 75 tahun didapati membawa anaknya yang telah menjadi seakan-akan mumia selama hampir 50 tahun.. 

Ceritanya bermula pada tahun 1955 yang lalu, masa tue Zahra nie berusia 26 tahun, mengandungkan anaknya dan apabila tiba masa untuk dia bersalin, dia telah dikejarkan ke hospital.  Setelah dia mengalami kesakitan selama 48 jam, doktor pada masa tue mengambil keputusan untuk membuat pembedahan tapi Zahra terlalu takut dengan situasi tue dan dia mengambil keputusan untuk keluar daripada hospital..

Dia sanggup menahan kesakitan selama beberapa hari dan selepas tue, Zahra tak merasai kesakitan untuk bersalin... Jadi dia percaya yang anaknya akan dilahirkan kemudian tapi ianya tak terjadi, malah Zahra membiarkan perkara ini berlalu begitu saja tanpa pergi ke hospital.. 

Setelah hampir 50 tahun berlalu, (tak pasti samada perutnya masih membesar ataupun tidak), pada ketika dia berusia 75 tahun, dia sekali lagi berasa sakit perut yang amat seperti mahu melahirkan anak.. 

Sekali lagi Zahra dibawa ke hospital untuk pemeriksaan, apabila doktor mengimbas rahimnya, alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat suatu objek di dalam perutnya yang berbentuk seperti seorang bayu dan dibaluti dengan cengkerang yang agak keras di dalam rahimnya.. Pada mulanya doktor menganggap yang ianya adalah ketumbuhan di dalam rahim Zahra dan mereka mengambil keputusan untuk membuat pembedahan memandangkan faktor usia Zahra yang lanjut. 

Selesai membuat pembedahan, para doktor sekali lagi terkejut yang sangkaan mereka meleset sama sekali dan ternyata ketumbuhan itu sememangnya mumia seorang bayi yang dibaluti dengan cengkerang keras.. Menurut doktor, kandungan ini telah membesar di luar rahim dan telah pun bersatu dengan organ dalaman Zahra dan secara fiosologinya, untuk melindungi tubuh Zahra daripada jangkitan penyakit bawaan daripada bendasing, badannya telah bertindak untuk membina lapisan cengkerang yang membaluti bayu yang tak pernah dilahirkan itu..

Inilah yang dikatakan kebesaran Allah SWT.. Tapi tuelah, pelik jugak sebab dia tak rasa sakit-sakit dah lepas pada dia lari daripada hospital tue.. Tak dapat nak bayangkan camne dia melalui kehidupannya yang mengharapkan kelahiran anak tapi ianya tak menjadi nyata.. Cuma dia bawak anaknya ke mana saja tanpa sedar yang anaknya dah jadi mumia di dalam perutnya.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

6 lovely notes

  1. Macam manalah dia boleh tahan sakit tu ya, kesian baby dalam tu. Sampai beku..

    ReplyDelete
  2. Pertama kali dengar kes begini.
    Tiada kesan buruk pada ibunya.

    ReplyDelete
  3. Wow.. pertama kali tau kes macam ini boleh jadi. Apalah rasanya ya? Membawa bayi itu untuk bertahun-tahun...

    ReplyDelete
  4. pelik dan ajaib. Tapi itulah yang berlaku dengan kuasa Allah.

    ReplyDelete
  5. Pelik dan ajaibnya boleh bertahun tahun tu..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators