Assalamualaikum wbt..
Awak tau tak, setiap kewujudan kota atau bandar mempunyai sejarah yang tersendiri. Ada bandar terpencil menjadi sebuah kota yang pesat dan ada jugak kota pesat bertukar rupa menjadi bandar mati.
Sehingga ke hari nie, terdapat bandar yang terpaksa ditinggalkan atas beberapa faktor keselamatan. Contohnya..
Kolmanskop di Selatan Namibia
Kolmanskop merupakan kota mati di Selatan Namibia yang terletak beberapa kilometer dari pelabuhan Luderitz. Kawasan tersebut kaya dengan berlian sehingga menjadi sebuah kota megah yang dilengkapi pelbagai prasarana. Namun begitu, selepas Perang Dunia Pertama, urusan jual beli berlian terhenti dan permulaan kepada berakhirnya kemegahan sebuah kota.

Prypiat, Ukraine
Sebuah bandar besar di Ukraine yang mati akibat bencana nuklear Chernobyl yang menelan kira-kira 50 ribu nyawa. Selepas kejadian tersebut, kawasan berkenaan tidak ubah seperti sebuah muzium yang menjadi sebahagian sejarah kesatuan Soviet.
San Zhi, Taiwan
Merupakan sebuah kampung percutian bagi golongan kaya kerana binaan bangunan futuristiknya, San Zhi terpaksa ditutup kerana banyak kecelakaaan yang membawa maut kepada pekerja ketika pembinaan akhir. Mengalami kesukaran mendapatkan tenaga buruh akhirnya pembangunan San Zhi terpaksa dihentikan.
Agdam, Azerbaijan
Suatu ketika dulu, bandar Agdam ini mempunyai populasi penduduk sehingga 150,000 orang. Walaupun peperangan Nagorno Karabakh pada 1993 tidak melibatkan bandar tersebut, namun pihak Amenia dengan sengaja menghancurkan kota berkenaan dengan memusnahkan semua bangunan. Jadi dengan musnahnya bangunan, penduduk mengambil keputusan untuk meninggalkan bandar itu dan menjadikan bandar itu sepi tanpa penduduk.
Varosha, Cyprus
Suatu ketika dulu, Varosha merupakan sebuah daerah yang tidak diiktiraf Republik Cyprus Utara. Ia merupakan daerah pelancongan moden di Kota Famagusta. Ketika tentera Turki menguasai daerah ini, mereka memagarinya dan tidak ada yang dapat keluar masuk ke dalam kota ini tanpa kebenaran.

Craco, Itali
Pada tahun 1891. populasi penduduk Craso adalah seramai 2000 orang, tetapi disebabkan masalah sosial dan kemiskinan telah menyebabkan penduduk kawasan itu berpindah keluar menuju ke Amerika Utara. Terletak di kawasan berbukit bukau, bencana alam seperti gempa bumi juga menjadi punca kepada penghijrahan penduduk bandar ini.
Bandar Kowloon, Hong Kong
Kota besar Howloon terletak di luar Hong Kong pernah diduduki Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan kemudiannya dihuni oleh penduduk asing. Akibat masalah sosial seperti pelacuran, dadah dan perjudian, kerajaan China mengambil keputusan untuk menutup bandar itu.
Pulau Gunkanjima, Jepun
Merupakan sebuah pulau dari 505 pulau yang tidak berpenghuni di Nagasaki di bawah pentadbiran Jepun. Pulau itu terkenal dengan perusahaan arang batu yang terdapat di dasar laut. Namun ketika minyak tanah menggantikan arang batu pada tahun 1960, lombong itu kemudian ditutup secara rasmi pada tahun 1974.
Oradour Sur Glane, Perancis
Merupakan sebuah perkampungan kecil di Perancis, masyarakat di kawasan itu ditindas oleh tentera Jerman. Sepanjang Perang Dunia Kedua berlaku, seramai 642 penduduk dizalimi oleh tentera sebagai pembalasan terhadap perlakuan Perancis ketika itu. Menurut saksi, penduduk lelaki dimasukkan ke dalam sebuah gudang dan tentera Jerman akan menembak kaki mereka sehingga akhirnya semua mangsa mati secara perlahan-lahan.

Kadykchan, Rusia
Kadykchan adalah merupakan salah satu kota kecil di Rusia yang musnah sewaktu keruntuhan Kesatuan Soviet.
Itulah bandar yang dikatakan telah ditinggalkan penduduk dan menjadi bandar yang mati.