Assalamualaikum wbt..
Wah, Giveaway daripada Cuya telah kembali lagi.. Jom awak semua, kita sama-sama meriahkan suasana Giveaway daripada Cuya...
Syarat pun senang sangat nak ikut, hadiah pun memang menarik sangat, rugi tau kalau awak tak join...
Macam biasa, awak klik pada banner di atas dan ianya akan terus bersambung ke entri Giveaway Cuya... Comey sungguh banner Cuya nie, nampak ceria dan yang pasti ada kelapa pasti ada Kerajaan Kelapa..
Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt,
Makin berhabuk jurnal nie.. Sebelum tue, saya nak mohon ampun dan maaf kerana lambat bayar tunggakan janji.. Awak masih ingat lagi tak yang saya nak umumkan nama pengomen tegar bertuah untuk tahun 2024 dan tahun 2025..?
Alhamdulillah, sekarang janji ini akan dilaksanakan.. Untuk nama Pengomen Tegar Bertuah Bagi Tahun 2024 jatuh kepada ....
Tahniah diucapkan pada yang bertuah...
Okey, jom kita ke tahun 2025.. Ucapan tahniah diucapkan kepada ...
Tahniah diucapkan pada yang bertuah...
Kenapa saya cabut nama yang sama...? Ini adalah berdasarkan bilangan komen pada tahun tersebut, dan ternyata Puan Fanny Nila mencatat komen yang paling tinggi pada tahun tersebut..
Tahniah diucapkan pada Puan Fanny Nila.. Insha Allah di lain tahun nama awak semua pula yang akan tercatat dalam jurnal saya nie.. Terima kasih saya ucapkan pada awak semua kerana tak putus-putus membaca jurnal saya nie..
Insha Allah, nanti saya akan umumkan nama pemenang Top Commentator untuk bulan Februari sehingga Mei 2026.. Nantikan pengumuman dari saya yea..
Assalamualaikum wbt...
Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada awak semua.. Maaf tau banyak-banyak kerana saya kurang berkongsi cerita dengan awak semua sejak beberapa bulan nie.. Mungkin atas faktor kesihatan mental yang kejap ok kejap rasa macam letih sangat membuatkan saya rasa takde daya nak bercerita.. Walhal memang banyak perkara yang saya ingin kongsikan pada awak...
Nak tau cerita..?
Baru-baru nie PMX telah membuat pengumuman bahawa semua penjawat awam yang berkelayakan akan diberikan kebenaran untuk membuat kerja dari rumah (BDR) bermula pada 15hb April yang lepas disebabkan konflik di Asia Barat makin meruncing.
Jadi nak dijadikan cerita, saya merupakan salah sorang yang dibenarkan untuk BDR atas faktor utama jarak antara rumah saya ke opis adalah sejauh 24 kilometer untuk sehala.. Saya mula BDR pada minggu lepas, tapi hanya dibenarkan untuk BDR selama 2 hari, dan berselang seli. Ini bermakna saya BDR pada hari Selasa dan hari Khamis..
Maka, hari sebelum saya mula BDR, saya mula mengemas barang-barang untuk di bawa balik.. Antara tugasan yang diberikan pada saya adalah tugasan biasa yang saya buat semasa berada di perpustakaan, iaitu katalog data buku untuk dimasukkan di dalam sistem perpustakaan dan membuat keratan akhbar digital dan dimasukkan ke dalam blog perpustakaan. Ada lebih kurang 4 kotak yang mengandungi buku-buku untuk saya masukkan data katalog.
Bila saya mula buat kerja katalog buku, tetiba datang idea yang merapu-rapu.. Saya sebenarnya bercita-cita nak pencen awal, iaitu sekitar umur 55 tahun.. Kalau diikutkan pencen wajib, jika dipanjangkan umur, saya akan mula berpencen wajib pada umur 58 tahun.. Tapi bila fikir semula, saya rasa saya nak berpencen awal, pada umur saya 55 tahun, saya telah berkhidmat dengan kerajaan hampir 35 tahun.. Jadi saya fikir itu sudah memandai untuk saya berkhidmat untuk negara... Lagi pula, saya rasa nak bagi peluang pada anak-anak muda untuk bekerja demi masa depan masing-masing...
Awak tau, sekarang pun saya dah fikir macam-macam apa yang saya nak buat selepas pencen.. hihihi, rasa macam tak masuk akal kan... Tapi itulah realiti saya sekarang, bila idea nak ambik upah untuk masukkan data katalog dalam sistem perpustakaan, rasa macam seronok pula, tambahan pula idea saya untuk membuka spa massage masih lagi berada di tangga teratas setelah berpencen. Tapi tue la, nak mengurut nie kena perlukan banyak tenaga, masa tue saya terfikir, larat ke saya nak ambik job tue lagi..? Apapun sama-sama kita tunggu..
Saya nak berkongsi dengan awak, satu video bermula daripada awal saya packing buku dalam kotak hinggalah saya organize buku-buku kat rumah... Hihi ramai yang cakap, susunan saya umpama macam meja guru di sekolah..Apa pendapat awak?
Versi Melayu
Versi English
Pengalaman saya guna SPOT-ME..? Bagi saya ianya mudah saja, cuma sesetengah orang ianya agak leceh untuk dilakukan kerana perlu log masuk setiap satu jam. Jika ada yang terlepas pandang, ataupun terlupa nak log masuk, maka kami perlu bersoal jawab dengan pihak atasan kenapa terlupa untuk log masuk.. Solusi saya adalah saya akan pastikan set pada alarm jam bagi mengingatkan saya untuk log masuk, jadi saya takkan terlepas untuk log masuk setiap satu jam.
Pengalaman sepanjang BDR..? Jujurnya walaupun saya hanya baru BDR selama 2 hari tapi hakikat yang sebenar adalah saya berasa seronok untuk bekerja dari rumah. Ini kerana saya takdelah rushing nak pergi kerja pagi-pagi dengan menghadap jemmed setiap hari. Sebenarnya agak letih juga untuk saya bergerak awal pagi, kudrat pun dah tak sekuat sewaktu usia masih muda, bila umur dah masuk 40-an nie, banyak benda nak kena jaga, terutama kesihatan mental dan fizikal. Jadi untuk orang introvert macam saya, masa BDR nie adalah masa yang paling saya rasa ada ketenangan, sama situasi semasa kita di zaman PKP dulu.. Lebih-lebih lagi saya nie jenis yang suka duduk di rumah dan hanya keluar jika ada hal yang perlu diselesaikan...
Harap-harap konflik di Asia Barat tak berlanjutan lama dan kita akan kembali dengan kehidupan yang normal semula...
Subscribe to:
Posts (Atom)
.png)



.png)


.png)
Social Icons