Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, kita dah menghampiri penghujung bulan Ogos dan saya berjaya menyiapkan task mingguan ini.. Jadi, kali nie siapa pulak yang bertuah untuk direview..? Jom berkenalan dengan sahabat pilihan saya kali ini..
Blog Cik Renex... Nama sebenar pemilik blog ini adalah Saidatul Azreen yang berasal daripada Bera, Pahang. Cik Renex nie adalah salah sorang daripada ahli team BPT iaitu Team Blogger Pantai Timur, masih bujang, ada empunya ke belum yang tue kena tanya Cik Renex sendiri.. hihihi.. Cik Renex mula berblog sejak tahun 2009 lagi, so dia adalah salah sorang otai blogger yang penah saya kenal..
Saya mula kenal dengan Cik Renex sama seperti sebelumnya dan awak dah tau jawapannya kan.. Penat tau asyik jawab soalan yang sama.. hihihi.. Apapun apa yang lain sikit mengenai sahabat saya nie adalah Cik Renex pandai buat kraf seperti bantal hiasan, keychain nama, bubble talk, guestbook dan macam-macam lagi.. Jadi pada awak yang tengah pening cari hadiah homemade, awak boleh cari dekat SINI, macam-macam ada tau.. Saya pun satu hari nanti memang nak tempah jugak dengan Cik Renex nie, cuma masa tak mengizinkan.. Selain daripada itu, Cik Renex suka berkongsi cerita seperti pelbagai tips, review makanan dan review tempat-tempat yang menarik..
Antara entri yang diceritakan dalam blog Cik Renex adalah Peniaga Dah Isytihar Pendapatan Tahunan Ke? #eFiling, Idea Untuk Hadiah Hari Jadi, Kuih Keria Gula Melaka & Coconut Shake Batu Berendam Melaka, Idea Bilik Menjahit Idaman dan pelbagai lagi kisah-kisah yang menarik yang dikongsikan oleh Cik Renex..
Kepada Cik Renex, akak nak ucap terima kasih banyak-banyak kerana awak selalu singgah ke jurnal akak dan selalu bagi nota semangat pada akak.. Akak memang suka baca kisah blog awak sebab awak selalu buat review lebih-lebih lagi bab makanan.. hihi akak jadi jeles pada awak tau.. Dan satu lagi bila awak review barang kraf homemade yang awak hasilkan, akak memang adore sangat-sangat, Insha Allah satu hari nanti akak pasti akan menempah salah satu barangan kraf hasil air tangan awak.. Akak doakan satu hari nanti kita akan berjumpa dan semoga business awak akan bertambah maju dan semoga awak sekeluarga dilindungi oleh Allah selalu..
Saya mula kenal dengan Cik Renex sama seperti sebelumnya dan awak dah tau jawapannya kan.. Penat tau asyik jawab soalan yang sama.. hihihi.. Apapun apa yang lain sikit mengenai sahabat saya nie adalah Cik Renex pandai buat kraf seperti bantal hiasan, keychain nama, bubble talk, guestbook dan macam-macam lagi.. Jadi pada awak yang tengah pening cari hadiah homemade, awak boleh cari dekat SINI, macam-macam ada tau.. Saya pun satu hari nanti memang nak tempah jugak dengan Cik Renex nie, cuma masa tak mengizinkan.. Selain daripada itu, Cik Renex suka berkongsi cerita seperti pelbagai tips, review makanan dan review tempat-tempat yang menarik..
Antara entri yang diceritakan dalam blog Cik Renex adalah Peniaga Dah Isytihar Pendapatan Tahunan Ke? #eFiling, Idea Untuk Hadiah Hari Jadi, Kuih Keria Gula Melaka & Coconut Shake Batu Berendam Melaka, Idea Bilik Menjahit Idaman dan pelbagai lagi kisah-kisah yang menarik yang dikongsikan oleh Cik Renex..

![]() |
Jom kita singgah serta jengah ke blog Cik Renex dan salam perkenalan pada semua.. |
#teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #therapistmessaur #assistantlibrarian #sahabatbloggerpilihanstarlavenderluna
