Monday, August 27, 2018

4 perkara yang tak boleh dikongsi dengan bos

Image result for boss


Assalamualaikum wbt..
Pastinya setiap pekerja mahu disayangi dan diberi perhatian oleh majikan dan ini bermakna pekerja itu berjaya menambat majikan dengan sikap dan komitmen yang diberikan. Jadi hubungan baik antara pekerja dan majikan akan melancarkan apa jua pekerjaan tapi kena ingat, walau serapat mana pun hubungan kita dengan majikan. ada 4 perkara yang tak boleh dikongsi dengan majikan.. Apakah 4 perkara tue..? Jom kita selidik..

Cadangan untuk berhenti kerja - Pihak majikan mesti tak senang duduk jika mereka dapat tahu yang kita nak letak jawatan. Jika awak bercadang untuk mengembangkan kerjaya awak, ianya tak menjadi kesalahan dan sememangnya ianya menjadi hak awak untuk melakukannya. Jadi keputusan awak tue tak perlu melibatkan pihak atasan.

Kerja sampingan - Jika awak ada buat kerja sampingan, ianya tak perlu dihebohkan di seluruh tempat kerja awak kerana dikhuatiri ianya akan mengganggu fokus untuk awak bekerja ataupun prestasi kerja awak menurun. 

Cerita buruk tentang tempat kerja lama - Walaupun kita telah bertukar kerja dan diterima di tempat baru yang selesa, sebaiknya awak tak perlu untuk bercerita tentang perkara buruk tentang tempat kerja lama awak. Ini kerana takut-takut ianya akan membuka pekung awak sendiri. 

Tak cerita masalah peribadi - Jangan biarkan masalah peribadi yang dihadapi dibawa ke pejabat. Ianya seolah-olah menarik perhatian orang untuk menagih simpati. Elakkan perkara ini terjadi, kerana bimbang akan menganggu konsentrasi rakan sekerja lain.

Semoga ianya bermanfaat. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

6 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers