Assalamualaikum wbt...
Hari ini terasa sedikit sunyi. Bukan kerana dunia berhenti berputar, tetapi kerana ada beberapa nama yang kini hanya tinggal dalam doa dan ingatan.
Pada 13 haribulan yang lalu, keluarga kami menerima berita duka. Ibu saudara saya, Sharipah Nor binti Syed Abdull Rahman Al-Kaff, kakak kepada ummie, telah kembali ke rahmatullah di sebuah hospital di Chicago, USA, pada jam 11.34 malam waktu tempatan. Walaupun jarak memisahkan, berita itu tetap terasa dekat di hati. Perginya seorang insan yang sangat rapat, yang namanya selalu disebut dalam perbualan keluarga, benar-benar meruntun jiwa.
Belum sempat air mata benar-benar kering, semalam pula kami menerima satu lagi kehilangan. Bapa saudara saya Syed Jufri bin Syed Abdull Rahman Al-Kaff yang juga merupakan adik ummie pula menyusul menghadap Ilahi pada jam 8.30 pagi. Dua kehilangan dalam tempoh yang begitu singkat, seolah-olah menguji kekuatan hati kami sekeluarga.
Kedua-dua arwah merupakan insan yang paling rapat dengan keluarga kami. Tambahan pula, belum sampai enam bulan kami kehilangan arwah adik. Kini, ibu saudara dan bapa saudara pula pergi meninggalkan kami. Rasa sunyi itu datang bertimpa-timpa, tanpa sempat kami bersedia sepenuhnya.
Bapa saudara saya merupakan antara insan yang paling rapat dengan arwah adik. Hubungan mereka bukan sekadar bapa saudara dan anak saudara, tetapi lebih daripada itu. Jika arwah bapa saudara ingin ke laut untuk memancing, pasti arwah adik yang diajak bersama. Mereka ibarat fishing buddy, berkongsi minat, ketawa, dan cerita di tengah laut. Kenangan itu kini hanya tinggal dalam ingatan, namun akan terus hidup dalam hati kami.
Arwah ibu saudara pula menetap di USA sejak sekian lama. Namun setiap kali pulang ke Malaysia, sama ada kerana janji temu doktor atau sekadar bercuti, pasti arwah akan menginap di rumah ummie. Dan seperti biasa, dua beradik ini tidak akan duduk diam. Mereka akan keluar bersama, menziarahi sanak saudara, ataupun mereka akan ke Pasar Payang untuk memborong bahan-bahan masakan dan dibawa pulang ke USA. Saat-saat itu kelihatan biasa, tetapi rupanya itulah kenangan yang paling berharga.
Kini, semua itu tinggal cerita. Tinggal memori yang akan terus kami simpan kemas dalam hati.
Kematian itu pasti. Ia tidak mengenal usia, jarak, atau waktu. Ia datang bila tiba masanya, mengingatkan kita bahawa dunia ini hanyalah tempat persinggahan. Kehilangan ini mengajar kami untuk lebih menghargai masa, memeluk kenangan, dan mendoakan mereka yang telah pergi. Kehilangan ini juga mengajar saya untuk lebih menghargai detik yang ada, dan menyayangi selagi masih berpeluang.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh ibu saudara, bapa saudara, dan arwah adik kami. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Hari ini, seperti hari-hari lain, bila kepala dipenuhi dengan segala macam benda yang perlu difikirkan, bila mata tertancap pada skrin dan jari jemari rancak menekan papan kekunci, kepenatan secara mental mula terasa. Bila mata dah mula keletihan, fikiran pun akan perlahan-lahan akan menjadi serabut dan tak tenang.
Kadang-kadang rasa macam semua benda datang serentak, padahal bila difikirkan balik, kebanyakannya hanyalah perkara kecil.
Cuma, bila kepenatan secara mental mula datang, perkara kecil inilah yang selalunya bantu ubah mood saya.
Meja kerja saya dipenuhi dengan barangan bullet jurnal, dan susunannnya seakan-akan hampir sama dengan keadaan meja seorang pelajar. Tapi dalam kesederhanaan itu, ada satu benda kecil yang saya anggap cukup “magic” untuk tenangkan kepala — Home & Fragrance Aroma.
Aromaterapi nie didatangkan dalam satu set iaitu sebiji bekas kaca yang kecil molek dan seuncang kecil batuan kristal yang cantik berwarna putih jernih dan hijau. Rekaan bekas kaca yang simple tapi nampak comel sangat. Kadang-kadang bila mata jadi penat sangat, apa yang saya buat hanyalah pandang bekas tu sekejap, dan entah kenapa rasa tenang tue akan datang secara perlahan-lahan.
Yang paling saya suka adalah fungsi bekas aroma ni fleksibel. Kita boleh pilih samada nak jadikan ianya sebagai hiasan di meja ataupun digunakan sebagai aromatherapy diffuser. Kita boleh guna mana-mana minyak aromaterapi yang kita suka, ikut mood dan cita rasa sendiri. Tak ada betul atau salah. Bau yang buat kita rasa selesa, itulah bauan yang paling sesuai. Kalau nak jadikan ianya sebagai hiasan di meja, kita boleh hiaskan dengan benda-benda lain, macam kulit kayu manis, daun rosemary dan sebagainya. Nampak cute jea..
Untuk saya, pilihan bauan tak pernah berubah. Sejak dulu hingga kini, saya memang suka bauan lavender. Bau dia yang lembut, tak agresif, dan ada rasa menenangkan yang sukar untuk dijelaskan. Setiap kali aroma lavender naik perlahan-lahan ke udara, saya tanpa sedar akan tarik nafas dengan lebih dalam. Bau dia tak menyengat hidung, cuma cukup-cukup untuk ingatkan diri sendiri,
“Tak apa… boleh buat perlahan sikit.”
Sambil buat kerja, bauan aroma tu menemani saya dalam diam. Fikiran yang tadinya laju dan bercelaru, mula rasa lebih tersusun. Mood pun jadi lebih baik. Kerja yang biasanya rasa berat, tiba-tiba jadi lebih smooth. Meja yang dulunya kosong dan biasa-biasa, kini terasa lebih hidup — tenang, selesa, dan menyenangkan.
Aneh tapi benar, benda kecil macam ni boleh beri kesan yang besar. Ia bukan sekadar dijadikan sebagai pewangi, tapi satu cara halus untuk menjaga emosi dan ruang diri sendiri. Kadang-kadang kita lupa, ketenangan tak semestinya datang dari perubahan besar. Ada masanya, ia hadir dalam bentuk yang paling sederhana.
Seringkali bila kita terlalu sibuk mengejar fokus, produktiviti dan hasil, kita akan terlupa satu perkara — rasa. Rasa tenang, rasa selesa, rasa cukup dengan apa yang ada di depan mata.
Bila kita mula beri ruang pada benda kecil yang menenangkan, seperti aromaterapi kegemaran, kita sebenarnya sedang belajar untuk lebih lembut dengan diri sendiri. Tak semua hari perlu sempurna, dan tak semua perkara perlu diselesaikan dengan tergesa-gesa.
Mungkin ketenangan itu bukan sesuatu yang perlu dicari jauh. Ia sudah pun ada, menunggu untuk kita perasan. Dalam satu sudut kecil, dalam satu bau yang kita suka, dan dalam satu nafas perlahan yang kita izinkan untuk diri sendiri.
Dan hari ini, itu sudah lebih daripada cukup.
Kalau nak tengok dengan lebih jelas cara saya gunakan aromaterapi nie, awak boleh tengok video di channel youtube saya.
Jika awak sedang mencari vibe ala-ala ketenangan seperti ini, atau sebagai hiasan yang comel boleh tengok di
🔗 Lazada: [https://s.lazada.com.my/s.u3X6V]
🔗 Shopee: [https://s.shopee.com.my/13nev86mx]
Sharing is caring, kan?
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #relax #aromatherapy #selfcare #meTime #MejaKerja #KerjaTenang #HomeFragrance #KristalCantik #MoodBooster #DailyJournal #WorkVibes #SantaiSejenak #JurnalSantai
Assalamualaikum wbt..
Tahun baru datang lagi. Bukan sekadar bertukar angka di kalendar, tapi sebagai peringatan bahawa masa terus berjalan tanpa berhenti walau sesaat — dan kita masih di sini, masih belajar untuk menjadi lebih kuat dari semalam.
Kita perlu melangkah ke tahun baru ini dengan hati yang sederhana. Tak terlalu meminta yang luar biasa, cukuplah jika setiap urusan kita dipermudahkan, setiap langkah dipandu dengan penuh berintegriti, dan setiap keputusan diberi ketenangan.
Ya Allah,jika hidup selepas ini tidak sentiasa mudah,maka Kau jadikan aku kuat.Jika jalannya panjang dan berliku,maka Kau permudahkanlah langkahku.Jika ada ujian yang hadir tanpa diduga,Maka Kau kurniakanlah kesabaran dan hati yang redha.
Saya berdoa agar semoga tahun ini kehidupan kita dipenuhi kelancaran dalam urusan kerja, keluarga, dan kehidupan. Semoga rezeki datang tepat pada waktunya, semoga kesihatan sentiasa mengiringi, dan semoga hati ini sentiasa dijaga daripada rasa putus asa.
Tahun baru ini saya tak minta untuk hidup yang sempurna, cuma berharap untuk hidup yang lebih tenang. Langkah yang lebih yakin. Dan doa-doa yang satu persatu dimakbul, walaupun perlahan.
Selamat datang tahun baru diucapkan pada awak semua. Semoga kita semua menjadi versi diri yang lebih baik — bukan di mata manusia, tetapi di sisi Allah SWT...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Comments (Atom)


Social Icons