Tuesday, November 13, 2018

Tip pilih pam menyusu untuk bakal ibu

2:00 PM 4 Comments


Assalamualaikum wbt.. 
Kelahiran bayi dalam kehidupan rumahtangga adalah perkara yang paling manis buat semua pasangan suami isteri. Justeru dengan itu, persiapan rapi perlu dibuat daripada awal kehamilan lagi.. Salah satunya adalah dengan pemilihan pam menyusu yang betul mengikut keperluan si ibu amat penting terutama pada ibu yang berkerjaya.. 

Dalam membuat pilihan, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira agar kita tak salah memilih produk.. Antaranya..

Harga - Pam menyusu yang berada di pasaran mempunyai pelbagai jenis dan berlainan hara, jadi belilah pam menyusu mengikut keperluan kita. Anggaplah ianya pelaburan jangka masa panjang kerana penyusuan susu ibu jauh lebih menjimatkan. Pam manual atau menggunakan bateri adalah pilihan yang terbaik jika sukar untuk mendapatkan bekalan elektrik. Jika awak ada bajet lebih, awak boleh jugak pilih pam yang berfungsi dengan menggunakan kuasa elektrik dan kuasa bateri.

Mudah digunakan - Kita akan kerap menggunakan pam menyusu setiap hari, mungkin pada kadar tiga jam sekali. Jadi kita perlu memilih pam yang tidak mengambil masa yang lama untuk dipasang serta dibuka. Selain itu, ianya mudah disimpan dan dibersihkan tanpa mengira masa. 

Berat dan saiz - Saiz dan berat pam adalah perkara yang penting yang perlu kita kena ambik kira. Bagi si ibu yang bekerja, pam yang ringan dan kecik akan memudahkan untuk membawanya ke pejabat atau ketika bertugas di luar kawasan.. Kalu besar sangat dan tak muat untuk dimuatkan dalam beg, sudah tentu akan menyusahkan kita kelak.

Bunyi - Pam menyusu yang berkualiti takkan mengeluarkan bunyi yang kuat. Jadi ianya akan memudahkan kita mengepam berdekatan dengan bayi semasa bayi sedang tidur, di bilik yang tertutup ataupun di dalam kenderaan ketika bekerja di luar daerah tanpa disedari oleh rakan sekerja.

Ketahanan - Pastikan pam menyusu yang dipilih boleh bertahan dengan lebih lama kerana ia perlu dianggap sebagai satu pelaburan. Pilihlah pam yang bersesuaian dengan kekerapan awak untuk mengepam. Ciri ini penting terutamanya untuk pam menyusu jenis elektrik kerana awak perlu mengambil kita pada ketahanan motornya..

Aras kelajuan - Lihat pada aras kelajuan pam yang mempunyai beberapa pilihan antaranya mod perlahan, sederhana dan laju. Awak boleh menukar aras kelajuan daya hisapan sekiranya berasa sakit pada bahagian payudara.

Cara mengepam - Jika awak tak cukup masa kerana kekangan kerja atau sebagainya, jadi awak kena memilih pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara pada waktu yang sama. Kita dapat pam susu dengan banyak pada masa yang singkat..

Semoga ianya bermanfaat kepada si ibu yang bakal melahirkan...


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



Masker plum dan susu

12:00 PM 3 Comments
www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya nak berkongsi dengan awak cara nak buat masker plum dan susu.. Masker ini dikatakan dapat membantu menghilangkan bekas jerawat dan noda hitam.. Jom kita buat sama²..

Bahan Utama
Buah plum yang dibuang biji
Sedikit susu segar

Cara Penyediaan
Satukan kesemua bahan dan kisar halus. Sapukan pada kulit yang berjerawat dan noda hitam. Biarkan selama 15 minit, kemudian cuci dengan air sejuk. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Nieyla Nadia

12:00 AM 3 Comments
www.shikinrazali.com


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, saya masih lagi dapat menyelesaikan task mingguan saya, walaupun mempunyai kekangan masa yang begitu jealous dengan saya, tapi saya akan cuba selesaikannya.. Jadi kali nie siapa pula yang bertuah untuk direview pada minggu ini..? Jom kita kenal-kenal dengan sahabat blogger saya kali ini.. 

www.shikinrazali.com

Blogger Nieyla Nadia.. Berasal daripada Sepang (betulkan jika ada kesilapan), berumur dalam lingkungan 30 tahun dan kini bertugas di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai pembantu peribadi. Nieyla merupakan anak ke 8 daripada 9 orang adimk beradik, sudah berumahtangga  belum ada rezeki untuk mempunyai cahayamata ( takpe Nieyla, akak pun sama nasib dengan awak).. 

Persahabatan Nieyla dengan saya mula terjalin dalam salah sebuah segmen yang pernah kami sertai yang dianjurkan oleh rakan blogger dan walaupun kami belum pernah bersua wajah (padahal jarak kami dekat aje, hihihi) tapi Nieyla salah sorang sahabat saya yang aktif dalam memberi nota dalam jurnal saya.. Kami selalu jugak sembang di dalam laman facebook, jadi ini memberi maksud yang Nieyla nie seorang yang peramah...Saya memang suka blogwalking dan menjadi silent reader dalam blog Nieyla kerana kandungan dalam blog dia memang menarik untuk dibaca, walaupun blog dia berkisahkan tentang kehidupan seharian, tapi ada jugak dia selitkan entri mengenai review barangan, pelbagai tips, pelbagai resipi dan sebagainya...

Antara entri yang menarik dalam blog Nieyla adalah Peraturan Dan Undang-Undang Pelik Di Seluruh Dunia, Cara Cili Kisar Tahan Lama, Resipi By Nieyl, Rahsia Rumahtangga dan pelbagai lagi kandungan kisah menarik yang ada dalam blog Nieyla..


www.shikinrazali.comKepada Nieyl, akak nak ucapkan terima kasih kerana sudi menjadi sahabat akak walaupun kita tak penah bersua muka, hihi walhal kita duduk saling berdekatan saja.. Insha Allah satu hari nanti kita akan bersua muka.. Akak doakan agar suatu hari nanti awak dan suami akan dikurniakan cahayamata untuk menerangi rumahtangga kalian dan Insha Allah, jangan lupa selalu berdoa pada Allah.. Akak jugak doakan agar awak sekeluarga dirahmati dan diberkati oleh Allah, teruskan perjuangan awak dalam bidang penulisan blog dan jangan berputus asa.. Anggap saja perkara negatif yang singgah dalam diri kita itulah sebenarnya kekuatan untuk kita teruskan kehidupan dengan lebih baik daripada situasi sekarang..

www.shikinrazali.com

Jom kita singgah dan jengah ke blog Nieyla Nadia dan salam perkenalan kepada semua.. 


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



GooglePlus Followers