Alhamdulillah, tersenarai sebagai pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com
Friday, September 22, 2023
Assalamualaikum wbt..
Kalau dah tersurat ada rezeki, maka adalah rezekinya.. Alhamdulillah, nama saya tersenarai sebagai salah sorang pemenang dalam satu giveaway yang saya join baru-baru nie..
Boleh baca sini : Keputusan Pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com
Tahniah kepada semua pemenang.. Insha Allah kalau ada lagi giveaway atau segmen, saya akan join dan support awak semua...
Assalamualaikum wbt..
Okey, macam biasa saya akan umum nama-nama yang bertuah untuk memasuki carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali pada setiap bulan..
Kali nie siapakah yang bertuah untuk memasuki carta..? Jom kita tengok..
Ohh, nampaknya ada perubahan besar dalam carta pada bulan nie.. Saya nak ucapkan SELAMAT KEMBALI kepada Mamapp, Rabiahtul Adawiyah, Fairus dan Kak Amie dan nampaknya ada nama baru dalam carta ini...
Siapakah yang bertuah..?
Tahniah diucapkan pada nama-nama yang terpilih.. Harap awak dapat memberikan details awak seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon kepada saya [Pengeposan.wasap.my] untuk tujuan pengeposan hadiah..
Seperti kebiasaan, kesemua 10 orang Top Commentator pada bulan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 30 September 2023... Awak pun boleh juga singgah ke blog mereka, kenali mereka dan follow mereka kerana mereka semuanya blogger yang hebat belaka.. Memang tak rugi kenal dengan mereka.. Jom kita singgah...
NA | Amie | Mummy Ayu | Sii Nurul | Fairus Mamat | Cik Nor | Rabiahtul Adawiyah | KakMim| Dear Anies | Mamapp
Tahniah pada yang bertuah.. Pada yang lain, jangan berputus asa, teruskan komen, mana tau bulan depan nama awak pula yang naik dalam carta bulanan...
Terima kasih daun keladi..
Pertandingan Poster Digital Literasi Maklumat Sempena Sambutan Minggu Literasi Media dan Maklumat Global UNESCO
Tuesday, September 12, 2023
Assalamualaikum wbt...
Adakah awak berminat untuk mengedit gambar?Jika jawapannya adalah yea, jom serlahkan kreativiti dan bakat awak semua dengan menyertai pertandingan Poster Digital Literasi Maklumat Sempena Sambutan Minggu Literasi Media dan Maklumat Global UNESCO.
Hantar poster yang dihasilkan ke e-mel [bglm@pnm.gov.my] dan daftarkan penyertaan awak di pautan ini [https://forms.gle/ivZYbbcmz9zNp9xc7]
Hadiah menarik menanti pemenang yang bertuah!
Terbuka untuk semua warganegara Malaysia!
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 September 2023. Jadi jangan lepaskan peluang untuk menang hadiah wang tunai..
Maklumat lanjut berkenaan syarat-syarat penyertaan dan pertandingan sila imbas kod QR yang terdapat pada poster hebahan atau klik pautan ini [https://me-qr.com/U3jgkiJE]. Mana tau ada rezeki awak semua untuk menang..
Selamat mencuba!
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons