Assalamualaikum wbt...
Entah mengapa sejak akhir-akhir ini, saya sering termenung sendiri. Dunia terasa semakin tua. Berita-berita yang sampai ke telinga tidak lagi menggembirakan. Perang, bencana, manusia saling menyakiti, dan nilai kemanusiaan seolah-olah semakin pudar. Dalam hiruk-pikuk hidup moden ini, saya mula merindui sesuatu yang sangat dalam—ketenangan jiwa.
Malam tadi saya duduk lama selepas solat. Tidak banyak yang saya lafazkan dalam doa, tapi hati saya seperti sedang berkata-kata. Saya rasa sangat letih. Bukan letih fizikal, tapi letih dengan segala yang menyesakkan jiwa—media sosial yang bising, kehidupan yang laju, dan manusia yang semakin jauh daripada Penciptanya.
Saya terfikir... di mana saya di tengah semua ini? Ke mana arah saya sebenarnya? Usai setelah solat, saya masih berdoa, tapi kadang-kadang semuanya terasa kosong. Seperti jasad dan rutin berjalan tanpa roh.
Dan dalam kekosongan itu, hati saya terasa sangat rindu. Rindu kepada Allah. Rindu pada saat-saat dahulu ketika hati ini mudah tersentuh hanya dengan satu ayat al-Qur’an. Rindu pada air mata taubat yang pernah jatuh tanpa dipaksa. Rindu pada rasa cukup walaupun tiada apa-apa.
Saya juga rindu pada Rasulullah SAW. Di saat dunia seolah-olah hilang arah, saya bayangkan bagaimana tenangnya Baginda menghadapi manusia yang membencinya dengan sabar dan senyum. Saya bayangkan betapa Baginda menangis di malam hari, bukan kerana urusan diri, tapi kerana kita—umat yang jauh datang selepas kewafatan Baginda.
Kadang-kadang saya tertanya, andai Rasulullah melihat keadaan umat hari ini, apakah Baginda akan sedih? Atau mungkin Baginda tetap tersenyum kerana tahu, masih ada yang cuba berpegang walau hanya dengan hujung jari.
Saya ingin jadi insan itu. Walaupun lemah. Walaupun tidak sempurna. Saya ingin tetap menggenggam iman, di saat ramai melepaskan. Saya tahu dunia ini sementara, dan usia dunia juga hampir ke penghujung. Tapi selama masih diberi nyawa, saya mahu terus melangkah. Meskipun perlahan, asalkan tetap menuju Allah.
Hari ini, saya hanya bisikkan dalam hati:
“Ya Allah, jangan biarkan aku hilang arah.
Peganglah diri hamba-Mu walau aku sering terlepas.
Dan Ya Rasulullah, tunggulah aku di telaga nanti.
Aku ingin menatap wajahmu, dan berkata—
Aku pernah rindu.”
Assalamualaikum wbt..
Awak... Saya ada terjumpa satu segmen yang menarik untuk dikongsikan dan terasa rugi pulak bila tak kongsikan... Segmen nie dinamakan SEGMEN APA CHATGPT KATA TENTANG BLOG SAYA..
Menarik kan.. Jom la kita ramai-ramai join segmen nie.. Penganjur segmen nie tak menetapkan pula bila tarikh akhir segmen nie, tapi cubalah join...
Oh ya... Yang nie pendapat CHATGPT mengenai jurnal saya...
Camne nak join..? Seperti biasa, awak perlu klik pada banner di atas nie dan ianya akan di backlink pada entri asal penganjur segmen...
Mudah kan... Jom la join...
Assalamualaikum wbt....
🚛 EKOTRANSPORT: PENGHANTARAN PINTU
KE PINTU, CEPAT & SELAMAT!
Tengah cari perkhidmatan pindah rumah, angkut motosikal atau hantar barang ke mana-mana dalam Malaysia? Jangan risau! Sekarang ada EKOTRANSPORT – perkhidmatan penghantaran kenderaan pacuan 4x4 yang sedia berkhidmat 24 jam sehari, 7 hari seminggu!
Apa yang Ekotransport boleh bantu awak?
✅ Angkut motosikal
✅ Pindahkan barang rumah atau pejabat
✅ Hantar hasil pertanian seperti buah, sayur & pokok
✅ Servis hantar kotak, bundle pakaian, dan juga pet taxi (haiwan peliharaan pun boleh ikut naik!)
💥 Harga bermula RM100 jea...
📦 Cas cuma RM2.50/km untuk satu barang
📞 Hubungi Along Shahril di 011-40722757 untuk tempahan atau sebarang pertanyaan.
KENAPA AWAK PATUT PILIH
EKOTRANSPORT?
🌟 Servis pantas & boleh dipercayai
🚙 Guna kenderaan pacuan 4 roda – muat banyak barang!
🕒 Waktu fleksibel – siang malam pun boleh angkut
💰 Harga berpatutan & telus
SIAPA YANG PERLUKAN
EKOTRANSPORT?
✔️ Mahasiswa yang nak pindah asrama
✔️ Penjual bundle yang nak hantar stok
✔️ Petani atau peniaga sayur yang nak edar ke kedai
✔️ Awak yang baru beli motor dari luar daerah
✔️ Sesiapa saja yang perlukan servis angkut segera!
TEMPAH SEKARANG, SENANG
& CEPAT!
📱 WhatsApp / Call: 011-40722757 (Along Shahril)
📍 Lokasi: Servis seluruh Malaysia
🕐 Waktu operasi: 24/7
Kalau awak rasa servis ni berguna, kongsi entri blog ni dengan kawan-kawan atau simpan nombor ni siap-siap. Mana tahu, nanti tiba-tiba awak perlukan, kan?
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #ekotransport #pindahrumah #angkutbarang #servispindah #penghantaran24jam #petdelivery #motormoving #sayurdelivery #perkhidmatankenderaan4x4
Assalamualaikum wbt...
Minat untuk bekerja dalam suasana tenang dan penuh ilmu? Ini peluang awak! 📚
Perpustakaan Negara Malaysia sekarang tengah buka jawatan kosong untuk Perpustakaan Desa di seluruh negeri. Kalau awak suka berurusan dengan orang ramai, suka tengok buku tersusun cantik atas rak, dan nak bantu komuniti jadi lebih celik maklumat, inilah masa yang sesuai!
🗓 Tarikh tutup permohonan: 4 Julai 2025 (Jumaat), sebelum jam 5.00 petang.
Jangan tunggu saat akhir ya! Isi borang cepat-cepat, mana tahu rezeki awak di sini 😊
Untuk maklumat lanjut tentang syarat dan cara mohon, boleh semak di bawah dan laman web rasmi Perpustakaan Negara Malaysia.
📖 Bekerja sambil menyebarkan ilmu – best, kan?
Assalamualaikum wbt...
Allahu Akbar, betapa besar kurniaan-Mu Ya Allah. Dalam tidak disangka, Engkau hadirkan rezeki dan kemudahan yang tak ternilai…
Awak masih ingat dengan cerita saya pada bulan Januari lepas..?
BACA SINI ⇨ TAHUN BARU, CERITA BARU
Hingga kini, masih terasa tak percaya TAPI itulah yang membuktikan yang Allah Maha Mendengar setiap doa hamba-Nya...
Beg pakaian yang hilang dan barang-barang berharga saya kini dijumpai semula... Alhamdulillah Ya Allah...
Camne boleh dijumpai semula..?
Kisahnya begini... Pada hari Ahad yang lepas saya sedang berbual dengan ummie dan adik yang bermalam satu malam di rumah.. Masa tue mereka berdua sedang bersiap-siap untuk pulang ke Hulu Langat... Lepas tue, hubby datang ke arah saya dan mengatakan yang beg pakaian yang hilang tue mungkin dah dijumpai semula.. Masa tue, hubby sedang berbalas mesej whatsapp dengan seorang wanita yang tak dikenali yang dipercayai telah menjumpai beg tersebut.. Menurut mesej, wanita tue bertanya dengan hubby adakah dia ada kehilangan beg pakaian, beg tue berwarna apa dan ada apa dalam beg tue... Bila hubby menerangkan perkara tue, wanita tue berkata yang beg tue berada di tangannya..
Masa tue, kami berdua rasa macam tak percaya tapi bila saya call dan bercakap sendiri dengan wanita yang dikenali sebagai Aina, barulah kami berdua percaya yang beg tue memang berada di tangan Aina...
Kata Aina, beg tue sebenarnya berada di dalam bas persiaran yang menuju ke Pulau Pinang dan bas tue dipandu oleh suaminya.. Masa beg tue dijumpai, rakan suaminya yang merupakan pemandu kedua bas persiaran terbabit, menyangka yang beg tue adalah kepunyaannya kerana mempunyai warna yang sama.. Tapi bila sampai di pejabat, barulah dia perasan yang beg tue bukan kepunyaannya. Jadi beg tue disimpan di dalam pejabat dan menunggu pemilik beg untuk datang menuntut.. Tapi dah berapa bulan beg tue masih tak menuntut membuatkan Aina yang juga merupakan salah sorang pekerja syarikat bas persiaran tue tergerak hati untuk mencari pemilik beg terbabit.. Jadi Aina pun membuka beg tue dan mendapati ada beberapa barang berharga seperti laptop, chromebook laptop dan beg yang mempunyai external hard disc serta pakaian harian.. Jadi dengan niat untuk mencari pemilik beg, dia pun membuka laptop tapi takde maklumat pemilik disebabkan saya baru buat pembaikan pada laptop tue. Jadi memang takde apa-apa maklumat yang saya letakkan dalam laptop tue.. Kemudian Aina pun membuka chromebook laptop untuk mencari maklumat dan dalam chromebook nie memang saya letakkan nama serta password. Dengan adanya nama saya terpapar di skrin, dia pun tergerak hati untuk mencari nama saya di facebook dan Alhamdulillah dia menjumpai nama saya.. Dengan takdir Allah SWT, kebetulan saya masih belum delete post dalam facebook saya mengenai kehilangan beg tue dan itulah cara dia menghubungi hubby saya...
Jadi lepas dengar cerita dari Aina, saya bertanya di mana keberadaan dia sekarang nie untuk kami suami isteri boleh mengambil beg tue.. Aina mengatakan yang dia berada di Kuala Kangsar tapi dia mengatakan suami dia mungkin akan ke Putrajaya dalam beberapa hari akan datang untuk menurunkan penumpang bas persiaran di Stesen Putrajaya Sentral, jadi masa tue suaminya boleh menghantar beg tersebut.. Bila dah deal, sekali lagi Aina mesej pada hubby saya, mengatakan suaminya akan ke Putrajaya dan dijangka sampai di stesen tersebut pada jam 6.00 petang pada hari tue juga.
Akhirnya pada jam 6.10 petang, kami berdua dapat berjumpa dengan suami Aina dan kini beg tue dipulangkan semula pada saya... Alhamdulillah, saya bertemu dengan orang-orang yang jujur...
Berulang kali saya panjatkan kesyukuran dan berjuta kali saya ucapkan terima kasih pada Aina dan suaminya kerana memulangkan semula beg serta barang-barang berharga.. Yang paling menggembirakan saya adalah saya dapat kembali dua external hard disc yang mengandungi kerja-kerja pejabat serta peribadi... Berkat doa ummie dan keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam penemuan beg nie dan yang PALING UTAMA, bila di saat segala usaha seakan buntu, Allah SWT telah hadirkan kebesaran-Nya. Dengan izin Allah SWT, Kun Fayakun — beg yang hilang, kini kembali dalam genggaman. Tiada yang mustahil bagi-Mu Ya Allah, apabila Engkau berkehendak… segalanya terjadi sekelip mata.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Awak tau tak LawNet menyediakan koleksi perundangan Malaysia iaitu Akta dan Warta Kerajaan.
Disediakan juga kamus istilah undang-undang. Yang paling best adalah ianya boleh diakses secara dalam talian.
Segalanya MUDAH dan PERCUMA! Untuk tahu caranya, sertai kami:



Sales Consultant, PNMB
Jumpa mereka di Google Meet, sila klik:
Semoga program ini memberi manfaat kepada semua. Rugi tau kalau tak join...
WACANA MANUSKRIP MELAYU BIL.3/2025 | PERSENJATAAN MELAYU : CITRA BUDAYA BANGSA
Thursday, June 12, 2025
Assalamualaikum wbt...
Tahukah anda? Persenjataan Melayu bukan sekadar alat peperangan, tetapi juga simbol budaya, status sosial dan warisan intelektual bangsa. Manuskrip Melayu mencatat pelbagai jenis senjata, teknik penggunaannya serta falsafah di sebaliknya.
Ayuh sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil.3/2025 untuk menyelami Persenjataan Melayu: Citra Budaya Bangsa secara hibrid
Tarikh: 12 Jun 2025 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi – 1.00 Tengah Hari
Tempat: Auditorium PNM, Anjung Bestari, Aras 2, Perpustakaan Negara Malaysia
Penceramah: YBrs. Encik Wan Mohd Dasuki bin Wan Hasbullah, Pengkaji Manuskrip Melayu
Pautan Youtube Channel : https://www.youtube.com/live/UN1gi4TAE_Y?si=n7W4f7LRyV3_pJl_
e- Sijil penyertaan disediakan kepada para peserta.
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dengan masa yang saya ada nie, saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan Mei 2025..
Tahniah diucapkan pada nama-nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie... Wah, kebanyakan daripada awak kekal dalam senarai tapi dalam masa yang sama ada yang terkeluar daripada senarai..
Okay, jom kita baca senarai nama pemenang bulanan yang akan menerima hadiah saguhati...
Tahniah diucapkan pada nama-nama yang terpilih.. Insha Allah, nanti saya akan mengepos hadiah awak nanti.. Oh ya.. Jangan lupa hantar details awak seperti nama, alamat pengeposan dan nombor telefon ke emel saya starlavender.luna@gmail.com
Seperti biasa, saya akan masukkan senarai bloglist untuk bulan nie.. Jom kita sama-sama singgah, follow dan kenal dengan rakan-rakan kita nie...
FANNY NILA (DCATQUEEN.COM) | CIK CAPPUCCINO LATTE | CUYA | SEMBANG SORANG | NA | ADNIL LINDA | FAIRUS | TOT | AIEN RUSLI | SITI SUHAILA MAT HUSIN
Pada yang terkeluar daripada carta bulanan, Insha Allah mungkin nama awak pula yang akan naik pada bulan depan... Sekali lagi, tahniah pada nama-nama yang tersenarai pada bulan ini...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Tahukah anda? Cap mohor bukan sekadar simbol kekuasaan, tetapi juga bukti warisan intelektual dan seni bangsa Melayu yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.
Ayuh sertai Wacana Manuskrip Melayu Bil.2/2025 untuk menyelami rahsia keagungan cap mohor manuskrip Melayu.




Semua dijemput menyertai program ini secara dalam talian.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Saya cuma share daripada rakan sejawat di Kementerian Komunikasi, mereka ada membuat satu pertandingan dan mereka bekerjasama dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Apa yang menariknya adalah hadiahnya dan hadiah utama adalah sebanyak RM800 cuma tak pasti sama ada hadiahnya berbentuk hadiah barangan ataupun wang tunai...
Hadiah utama
RM800
Hadiah kedua
RM700
Hadiah ketiga
RM500
Hadiah saguhati
RM300 x 3
✨Syarat Utama✨
✴️ Warganegara Malaysia berusia 15 tahun dan ke atas
✴️ Buku diulas dalam Bahasa Melayu SEPENUHNYA
✴️ Durasi video tidak lebih 3 minit, penuh kreativiti dan tiada unsur plagiat atau melanggar isu-isu senstitif
✴️ Penyertaan PERCUMA dan terhad kepada SATU penyertaan sahaja
✴️ Keputusan juri adalah muktamad
Camne nak join..?
Awak perlu klik pautan nie...
Atau awak boleh scan QR Code yang tertera pada poster di atas tue...
Tarikh pertandingan ini bermula pada 15hb Mei sehingga 30hb Jun 2025..
Sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh berhubung dengan pihak urus setia pertandingan melalui e-mel psm1@komunikasi.gov.my atau talian telefon 0389117886.
Jomlah join... Mana tau awak boleh menang hadiah utama.. Banyak tue nilai hadiahnya...
Semarakkan Bahasa Jiwa Bangsa, Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
Assalamualaikum wbt..
Berita baik kepada sesiapa yang ingin menambah koleksi buku sambil berjimat...
Ini kerana ada satu program yang dinamakan sebagai Program Penebusan Baucar Buku Semarak Membaca yang telah dilaksanakan bermula pada 22hb April yang lalu sehinggalah 31hb Disember 2025. Program ini adalah bertujuan untuk menggalakkan lagi rakyat Malaysia untuk membeli buku tempatan dan terbitan dalam negara...
Dengan DISKAUN SEBANYAK RM10 dengan setiap pembelian dengan nilai minimum RM20 dalam satu resit, awak boleh berjimat dengan pembelian buku...
Dekat mana nak guna baucar nie..?
Baucar ini boleh digunakan dekat kedai buku terpilih di Shopee dan yang menariknya dekat Pesta Buuku Negeri pun boleh guna baucar nie.. Nak tahu lebih lanjut mengeai senarai kedai serta maklumat penebusan baucar buku, awak boleh layari laman web ini...
Jom, sama-sama kita semarakkan budaya membaca... Rugi tau kalau awak tak ambik baucar nie...
Assalamualaikum wbt...
Jom uji pengetahuan kita tentang perkhidmatan u-Pustaka. Tak tahu mengenai perkhidmatan nie..?
Layari portal u-Pustaka di www.u-pustaka.gov.my untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan u-Pustaka.
Nak menang hadiah berbentuk WANG TUNAI tak...? Rugi tau kalau tak join sebab hadiah wang tunai nie akan dapat sehingga RM500.00... huihhh sapa yang nak bagi kan...
Senang jea nak join... Awak kena jawab soalan yang diberikan dan soalan nie boleh dapat di link ini..
Atau awak imbas kod QR pada poster di atas...
Jom sertai sekarang...!
Tarikh penyertaan pertandingan telah dibuka bermula 1hb Mei sehingga 31 Mei 2025..
Join jangan tak join tau....
#u-Pustaka #UtamakanPengetahuanIngatlahu-Pustaka #JomBacaSecaraPercuma24jamSehari #shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Haa, mesej nie dikhaskan kepada peminat buku.. Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bakal muncul tak lama lagi..!!!!
Jom kita simpan dan lock tarikh nie dalam kalendar masing-masing...
Tarikhnya adalah 23hb Mei sehingga 1hb Jun 2025, bermula jam 10 pagi sehingga 10 malam...
Planning saya..?
Dah tentulah ada planning nak pergi.. Bak kata pepatah, "sambil menyelam minum air".. Saya telah masukkan dalam kalendar aktiviti library saya.. Hihi macam biasa saya akan jadi pemandu pelancong hujung bulan nie...
Okay, ada yang tahu tak aktiviti yang dijalankan secara serentak seluruh negara pada 22hb dan 23hb April 2025 yang lepas..? Yea betul...
Ianya adalah Program Jom Baca Bersama 10 Minit...
Tapi library saya tak buat pada hari tersebut kerana kekangan masa dan masa tuepun abang dan kakak bomba masih sibuk dengan pelbagai tugasan terutama tentang kes kebakaran yang terjadi di Putra Heights baru-baru nie... Oh ya..! Hari nie adalah hari sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia...
Jadi, team library buat keputusan untuk laksanakan program nie pada hujung bulan Mei, jangkaan tarikh 27hb sehingga 29hb Mei 2025... Planning program yang nak buat adalah kursus pengurusan sistem library (LIBRARIKA), Program Jom Baca Bersama 10 Minit (ada games) dan lawatan ke pesta buku.. Secara kebetulan, pada 29hb tue hari pertama cuti persekolahan, kan... Jadi memang ramailah staf yang nak pergi, sebab boleh bawak anak-anak...
Nanti saya share cerita tentang program library nie...
Jangan lupa tau lock tarikh untuk pergi ke pesta buku..
Assalamualaikum wbt...
Walau dah lambat nak bagi ucapan, tapi nak ucap jugak kepada semua pekerja, Selamat Hari Pekerja.. Takpe kan.. hihi
Alhamdulillah, hadiah pertama daripada giveaway pada tahun nie.. Syukur, saya antara salah sorang pemenang giveaway yang dianjurkan oleh Tot's Blog...
BACA SINI | PEMENANG GIVEAWAY PERTAMA TOT'S BLOG
Hadiah nie dah selamat sampai pada hari Jumaat lepas... Dan inilah hadiahnya...
Hadiah yang saya dapat adalah sebuah dompet syiling bercorak batik, keychain Kelantan, fridge magnet Kelantan dan biji benih bunga matahari yang siap ada arahan camne nak tanam... Insha Allah, ada masa nanti saya tanam, harap-harap menjadilah tanaman saya nie... hihi maklumlah, tangan panas, selalunya tak jadi tanaman saya...
Alhamdulillah, terima kasih pada Tot's Blog kerana memilih saya sebagai seorang pemenang.. Tak lupa jugak saya nak ucap tahniah pada rakan-rakan lain yang menjadi pemenang giveaway nie...
Assalamualaikum wbt..
Rasanya tahun nie saya tak banyak sangat join giveaway / segmen daripada rakan-rakan blog yang lain...
Jom kita join giveaway daripada rakan baru kita nie, yang julung kali diadakan.. Hadiah yang ditawarkan pun menarik tapi yang paling penting, kita dapat berkenalan dengan rakan blogger yang baru dan lama.. Yealah, sekarang nie, rasanya dah ramai yang tak aktif dalam dunia blog kan...
Ehh melalut pulak..
Giveaway nie sedang berlangsung sehingga 28 April 2025, jadi awak semua masih ada masa untuk join.. Jom...
Macam biasa, nak join giveaway nie, awak kena klik pada banner di atas untuk pergi ke link giveaway nie, dan ikutilah syarat-syarat yang ditetapkan...
Best of luck, folks..
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, dengan masa yang saya ada nie, saya akan umumkan carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali untuk bulan April 2025..
Tahniah diucapkan pada nama-nama yang tersenarai dalam carta bulanan pada bulan nie... Saya nak ucapkan selamat kembali ke carta bulanan kepada Sembang Sorang.. Kenapa..? Ada cerita di sebalik nama ini...
Jadi siapakah yang bertuah untuk menerima sedikit saguhati dari saya..?
Tahniah diucapkan pada nama yang terpilih.. Insha Allah, nanti saya akan mengepos hadiah awak nanti.. Oh ya.. Jangan lupa hantar details awak seperti nama, alamat pengeposan dan nombor telefon ke emel saya starlavender.luna@gmail.com
Seperti biasa, saya akan masukkan senarai bloglist untuk bulan nie.. Jom kita sama-sama singgah, follow dan kenal dengan rakan-rakan kita nie...
FANNY NILA (DCATQUEEN.COM) | CIK CAPPUCCINO LATTE | CUYA | SEMBANG SORANG | NA | ADNIL LINDA | FAIRUS | CAMDANDUSLER | ILLYA LEYA | RABIAHTUL ADAWIYAH
Pada yang terkeluar daripada carta bulanan, Insha Allah mungkin nama awak pula yang akan naik pada bulan depan... Sekali lagi, tahniah pada nama-nama yang tersenarai pada bulan ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons