𝑷𝑶𝑫𝑪𝑨𝑺𝑻 𝑴𝑨𝑵𝑼𝑺𝑲𝑹𝑰𝑷 𝑴𝑬𝑳𝑨𝒀𝑼: 𝑲𝑨𝑹𝒀𝑨-𝑲𝑨𝑹𝒀𝑨 𝑯𝑨𝑴𝒁𝑨𝑯 𝑭𝑨𝑵𝑺𝑼𝑹𝑰: 𝑴𝑬𝑵𝒀𝑰𝑵𝑮𝑲𝑨𝑷 𝑷𝑬𝑴𝑰𝑲𝑰𝑹𝑨𝑵 𝑺𝑼𝑭𝑰 𝑨𝑮𝑼𝑵𝑮 𝑵𝑼𝑺𝑨𝑵𝑻𝑨𝑹𝑨 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑳𝑼𝑰 𝑲𝑯𝑨𝒁𝑨𝑵𝑨𝑯 𝑴𝑨𝑵𝑼𝑺𝑲𝑹𝑰𝑷 𝑴𝑬𝑳𝑨𝒀𝑼
Tuesday, August 11, 2026
Assalamualaikum wbt...
Ayuh bersama-sama menyingkap pemikiran sufi agung Nusantara melalui khazanah manuskrip Melayu dalam Podcast Manuskrip Melayu bertajuk “Karya-Karya Hamzah Fansuri”.
Perkongsian menarik ini akan disampaikan oleh YBrs. Dr. Yusri bin Mohamad Ramli, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
11 𝑶𝒈𝒐𝒔 2026 (𝑺𝒆𝒍𝒂𝒔𝒂)
10.00 𝒑𝒂𝒈𝒊 – 12.00 𝒕𝒆𝒏𝒈𝒂𝒉 𝒉𝒂𝒓𝒊
𝑺𝒊𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒍𝒂𝒏𝒈𝒔𝒖𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊 𝒀𝒐𝒖𝑻𝒖𝒃𝒆 𝑷𝑵𝑴 𝑻𝑽 𝑪𝒉𝒂𝒏𝒏𝒆𝒍 https://www.youtube.com/live/qgaPmPG7EBU
𝒆- 𝑺𝒊𝒋𝒊𝒍 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒆𝒓𝒕𝒂𝒂𝒏 𝒅𝒊𝒔𝒆𝒅𝒊𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒔𝒆𝒎𝒖𝒂 𝒑𝒆𝒔𝒆𝒓𝒕𝒂
𝑷𝒂𝒎𝒆𝒓𝒂𝒏 𝑵𝒂𝒔𝒌𝒉𝒂𝒉 𝑯𝒂𝒎𝒛𝒂𝒉 𝑭𝒂𝒏𝒔𝒖𝒓𝒊 turut berlangsung pada 3–31 Ogos 2026 di aras 11, Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu.Jangan lepaskan peluang untuk mengenali dengan lebih mendalam karya, pemikiran dan sumbangan Hamzah Fansuri dalam perkembangan tradisi keilmuan serta tasawuf di Alam Melayu.
Koleksi manuskrip Melayu ini boleh dirujuk di Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu (PKMM), Aras 11, Menara PNM, Perpustakaan Negara Malaysia.
Khazanah ilmu warisan bangsa, terus dipelihara untuk generasi masa hadapan.#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #PerpustakaanNegaraMalaysia #MalaysiaMADANI #NegaraBangsa #MADANIBekerja #RancakkanMADANI
Assalamualaikum wbt...
Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, Perpustakaan Negara Malaysia menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai Pertandingan TikTok Mencipta Sajak Kemerdekaan 2026 yang bertemakan "Kemerdekaan dan Patriotisme".
🎤 Tunjukkan kreativiti awak semua melalui sajak ciptaan sendiri dan rakamkan persembahan dalam bentuk video TikTok. Berikut adalah kategori umur untuk masuk pertandingan ini..
📌 Kategori
👧 Kanak-kanak (7–12 tahun)
🧑 Dewasa (13 tahun ke atas)
Dan berikut adalah tarikh penyertaan pertandingan...
📅 Tarikh Penyertaan
🟢 Dibuka: 1 Ogos 2026
🔴 Ditutup: 31 Ogos 2026
🏆 Hadiah menarik menanti kepada semua para pemenang!
Cara nak sertai..?
📲 Imbas kod QR pada poster untuk mendapatkan syarat-syarat pertandingan dan menghantar penyertaan.
Terma dan syarat pertandingan adalah tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh penganjur. Keputusan panel juri adalah muktamad.
Ayuh semarakkan semangat kemerdekaan dengan bakat dan kreativiti anda!
Subscribe to:
Posts (Atom)
.png)
Social Icons