Apapun, kehidupan mesti diteruskan... Setakat ini dulu yea... Insya Allah kita akan berjumpa lagi...
Okey, setakat ini dulu, Insya Allah kita jumpa lagi esok...
Hari ini amat terasa amat lambat pula masa berjalan... Hari cuti yang membuatkan aku dan hubby mempunyai banyak masa untuk bersama...hehehe macam sudah tiada masa berdua pula sedangkan kami sememangnya mempunyai terlalu banyak masa untuk bersama.... Tadi aku baru selesai menunaikan solat Isya' dan membaca Surah Yassin, dan aku terus bergegas untuk menggosok pakaian kerja aku dan hubby... Malam ini terasa amat panjang dan waktu menggosok pula cepat berlalu... Semalam dan hari ini cerita Merlin akan ditayangkan di televisyen TV3 dan Astro Diva Channel 702... Aku memang minat dan suka pada jalan cerita Merlin ini walaupun jika diikutkan pada filem asal ianya agak berlainan sedikit... Tapi watak Merlin dan Arthur memang menggelikan hati....Esok aku akan pergi ke IOI Resort kerana ada satu mesyuarat pentadbiran yang berkaitan dengan kerja, dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang... Jadi aku cuma masuk ke dalam library sekejap sahaja kerana aku perlu membawa fail meja aku dan pegawai aku.... Apa agaknya yang mereka akan bincangkan tetapi apa yang pasti tentang library mereka tidak tahu sangat pasal kerja kami ini...
Okey,hari ini setakat ini dulu coretan aku kerana aku sudah mengantuk dan esok pagi kena bangun awal....Insya Allah jumpa lagi esok...Selamat malam....
Hari ini adalah hari kelepasan am dan umum iaitu cuti krismas jadi di kesempatan ini, aku hendak mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada rakan-rakan yang beragama Kristian... Hari ini dan esok kami semua akan bercuti, kerana pada kebiasaan di Malaysia, jikalau cuti kelepasan umum jatuh pada hari Ahad, ianya akan digantikan dengan hari Isnin, tetapi jika hari kelepasan umum jatuh pada hari Sabtu, ianya tidak akan berganti... Berbeza pula dengan negeri pantai timur seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perlis, jika cuti kelepasan umum jatuh pada hari Jumaat, maka tidak ada cuti gantian pada hari esok, manakala jika cuti kelepasan umum jatuh pada hari Sabtu, maka cuti gantian akan diberi pada keesokan harinya.... Ini adalah kerana hari Jumaat adalah hari kelepasan am bagi negeri pantai Timur dan negeri-negeri lain mengambil hari Ahad sebagai hari kelepasan am.... hmmm... Biasanya cuti sebegini ke mana arahnya kamu semua? Aku pula terpaksa mencuci pakaian pad hari ini kerana semalam hujan turun dari pagi sampai ke petang tanpa berhenti... Nasib baik hari ini cuaca agak cerah dan aku dapat mencuci semua pakaian aku dan hubby, kalau tidak jenuh juga hendak mencuci dan menjemur di dalam rumah, maklum sahaja, rumah tidak begitu besar dan di laman belakang rumah aku tidak mempunyai bumbung...
Alamak, aku rasa kedengaran bunyi guruh dan aku perlu menutup komputer ini.. Insya Allah kita akan berjumpa lagi....Salam sayang buat semua...Selamat malam dan have a sweet dreams....
Hari terakhir minggu ke 4 dan minggu depan kami akan bercuti gantian kerana hari krismas jatuh pada hari Ahad...Macam biasa seperti sebelumnya aku dan sahabat akan pergi ke McDonald's untuk membeli makanan tengahari kami..... Pada hari ini cuaca amat mendung dan diikuti dengan hujan turun dengan lebat sekali dan angin bertiup dengan kencang... macam mana agaknya keadaan kampung aku dan hubby? Adakah kampung kami akan banjir atau telah banjir? Harap-harap semuanya akan selamat.... Sekarang ini musim banjir dan aku harap kamu semua akan menjaga diri dan keluarga baik-baik, jangan mengundang bahaya kepada diri dan keluarga... Aku juga berdoa agar pada hari esok hujan tidak akan turun kerana aku mahu melakukan tugasan mingguan... Minggu depan aku akan pergi ke hospital Seremban untuk melakukan pemeriksaan lanjutan tentang kesihatan aku... Mungkin aku mendapat MC atau sebaliknya... Hari Jumaat penghulu segala hari... Aku akan pastikan setiap hari sekurang-kurangnya sekali dalam sehari aku akan dapat membaca Surah Yassin kerana itu akan dapat menenangkan jiwa dan rohani aku... Dengan membaca Al-Quran sahaja yang dapat menyelamatkan kita di akhirat.... Antara fadhilat membaca Surah Yassin adalah :-
- Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi “kenyang”.
- Jika orang tiada pakaian boleh mendapat “pakaian”.
- Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
- Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
- Jika “terpenjara” akan dibebaskan.
- Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
- Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
- Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.
- Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
- Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
- Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al- Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al- Quran sebanyak 10 kali."
- Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
- Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
- Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang – orang yang munafik."
Hari ini hari kedua temuduga untuk penguasa bomba dan sekali lagi hari ini library ditutup...Tetapi kerja tetap juga berjalan seperti biasa cuma orang awam dan kakitangan yang tidak berkenaan tidak dibenarkan masuk... Entah mengapa hari ini hati ini terasa amat seronok sangat padahal tidak ada apa-apa yang mengembirakan berlaku... Mungkin disebabkan hubby bekerja malam ini... Opsss! hehehehe... Yea sekarang ini hubby telah keluar kerana dia masuk kerja waktu malam.... Maka esok dia tidak akan bekerja sehingga hari Isnin depan... Aku pun akan bercuti dan aku rasa masih banyak benda lagi yang perlu diselesaikan sebelum tahun 2011 akan berakhir... Al-Hamdulillah, Allah telah membuka pintu hati aku ini untuk terus beribadat dan semoga dosa-dosa aku akan diampuni oleh Allah... Aku juga berdoa agar semua orang yang aku sayangi akan dirahmati oleh Allah... Semalam aku ada terbaca satu artikel mengenai penyanyi Bon Jovi telah meninggal dunia tetapi pagi tadi aku membaca artikel yang Bon Jovi masih hidup lagi dan ternyata itu semua adalah khabar angin semata-mata... Aku amat suka kumpulan atau penyanyi tersebut.... Sekarang ini laptop aku sedang memainkan lagu Richard Marx, I Will Be Right Here Waiting For You.. Sejak dari kecil lagi aku amat sukakan lagu ini, sampaikan hubby cakap aku mempunyai jiwa yang sentimental... Ada satu lagi yang aku minat pada lagu iaitu Various Artists, Let The Music Heal Your Soul, yang terdiri daripada kumpulan Backstreet Boys, Nsync, Aaron Carter, The Boyz, The Moffats, Gil dan ramai lagi... Memang tersentuh jiwa aku takala mendengar lagu ini.. Selain itu, aku memang suka membaca Surah Yassin kerana ianya akan membantu aku semasa di akhirat nanti, wallahualam....
------> Jam menunjukkan sudah pukul 11.55 malam dan aku ingin berundur untuk hari ini... Insya Allah kita akan berjumpa lagi di lain esok hari... Selamat malam dan semoga kita mendapat keberkatan dari Allah... Wa'salam...
-------> Okey, aku terpaksa berundur untuk hari ini kerana hubby ingin menggunakan internet, katanya dia hendak memuat turun movie daripada Youtube....Hehehe ada-ada sahaja hubby kesayangan aku ini... Insya Allah kita akan jumpa lagi pada hari esok.... Selamat malam semua... Sweet dreams...
Hari ini kedua-dua adik-adik aku telah pulang ke Terengganu setelah adik ipar lelaki aku selamat berangkat ke Mesir untuk mengambil peperiksaan...Mereka menaiki bas ekspres di Putrajaya Sentral pada pukul 9.45 pagi tadi dana aku sendiri menghantar mereka ke stesen tersebut... Kalau hendak diikut pada jadual, bas bertolak dalam pukul 9.30 pagi tetapi disebabkan kelewatan, mereka berlepas dari Putrajaya Sentral dalam pukul 9.45 pagi dan selamat sampai ke Kuala Terengganu pada pukul 6.30 petang tadi....Adik lelaki aku berkata bas bergerak secara perlahan dan tidak ramai penumpang yang menaiki bas tersebut....Semalam kami bertolak dari rumah menuju ke KLIA dalam pukul 10.30 malam dan sampai di KLIA dalam pukul 11.00 malam... Bila sampai di sana, kami bertemu dengan rakan-rakan adik ipar lelaki yang juga akan berangkat ke Mesir... Setelah mendapat maklumat dari staff kaunter tiket, adik ipar lelaki aku telah mengajak kami makan KFC tetapi aku dan adik lelaki telah menolak dengan memberi alasan ingin mencari kerusi urut yang ada di KLIA, kata adik lelaki aku, dia mengalami sakit belakang akibat duduk terlalu lama di dalam bas... Puas kami mencari kerusi urut di tingkat 3 dan 4 dan rupa-rupanya kerusi urut tersebut berada di tingkat 5...Buat penat sahaja kerana naik dan turun tangga.... Adik lelaki aku yang memulakan sesi mengurut dengan memasukkan RM5 ke dalam tempat letak duit, dan aku secara tiba-tiba ingin mencuba juga... Harga bagi sesi urut ini terbahagi kepada tiga harga, pilihan satu = RM1 untuk 3 minit, pilihan dua = RM5 untuk 15 minit dan pilihan ketiga = RM10 untuk 30 minit....Kami meletakkan RM5 seorang untuk 15 minit mengurut... Memang seronok bila pertama kali menggunakan kerusi urut sampaikan adik lelaki aku boleh terlelap sekejap....Kemudian, setelah habis sesi mengurut, adik lelaki aku kata dia lapar dan ingin makan McDonald's dan kami bergegas ke restoran tersebut...Aku memesan Double Cheese Burger bersama-sama air milo manakala dia pula memesan Big Mac juga bersama-sama air milo... Setelah makan kami bergegas ke tempat departure untuk bertemu dengan adik perempuan aku dan adik ipar lelaki aku.... Bersama-sama dengan mereka, keluarga angkat adik ipar lelaki aku telah datang dan mereka memberikan buah rambutan sebagai buah tangan untuk dibawa pulang... Kami bersembang mengenai kehidupan masing-masing... Kemudian, adik ipar lelaki aku akhirnya mendaftar masuk pada pukul 12.45 pagi dan akan berlepas dalam pukul 3.15 pagi... Kami mengucapkan selamat tinggal kepada dia dan pulang ke rumah, tetapi kami singgah sebentar ke kedai 7 Eleven untuk membeli makanan ringan semasa perjalanan balik ke Terengganu... Kami sampai di rumah dalam pukul 2 pagi dan aku terus masuk bilik untuk tidur.....
----------> Itulah coretan aku untuk hari ini, Insya Allah esok aku akan bercerita tentang apa yang berlaku pada malam ini kerana aku sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada malam ini...Hingga kita jumpa lagi... selamat malam dan tata...Sweet dreams guys!!!
Okey, Insya Allah kita jumpa lagi esok... Selamat malam dan semoga anda semua dirahmati oleh Allah.... Sweet dreams guys !!!
Al-Hamdulillah, syukur aku kepada Allah kerana Dia telah memperkenankan doa aku supaya cuaca cerah dan aku dapat mencuci segala pakaian harian dan kerja aku dan hubby...Walaupun pada mulanya cuaca hanya mendung tetapi hujan tidak turun dan semua pakaian kami kering sepenuhnya... Aku mencuci pakaian pada malam semalam kerana khuatir hujan akan turun pada hari ini, tetapi Al-Hamdulillah... Pagi tadi aku terjatuh buat kali ketiga dalam bilik air sewaktu hendak mandi, dan aku bimbang akibat hentakan pada punggung akan menyebabkan aku sukar untuk pregnant, Insya Allah bila jumpa dengan doktor nanti, akan aku tanyakan... Apa yang membimbangkan aku sekarang adalah berat badan aku tidak turun dan aku selalu juga bersenam tetpi masih tidak ada perubahan.... Aku sudah tidak tahu macam mana hendak lakukan lagi dan bagaimana hendak mengatasi masalah ini... Malam ini cuaca agak sejuk dan mungkin akan hujan dan malam esok, adik-adik aku akan sampai dari Kuala Terengganu untuk menghantar adik ipar lelaki ke KLIA kerana mengambil peperiksaan di Mesir...
---------->Okey, aku rasa coretan malam ini agak pendek berbanding seblum ini kerana aku sudah mengantuk dan mahu tidur...Tetapi sebelum itu, ini adAs I live each day,

Fantaghirò (alternately titled The Cave of the Golden Rose) is an Italian fantasy film series based on Italo Calvino's Fanta-Ghiro the Beautiful. The series consists of five television movies which were released between 1991 and 1996. It was produced by Reteitalia Productions and directed by Lamberto Bava, and filmed in the Czech and Slovak Republics; the musical score was written by Amedeo Minghi. The series takes place in a fairy tale and fantasy setting, featuring princesses, princes, witches, wizards and talking animals. The series' theme song is Mio Nemico (My Enemy), composed by Amedeo Minghi.
The cult success of the film series lead director Lamberto Bava to make a few other television movies in this style, including Desideria e l'Anello del Drago (Desideria), La Principessa e il Povero (The Princess and the Pauper) and Sorellina e il Principe del Sogno (Princess Alisea). The movie series also led to the creation of an animated television series by BRB Internacional, also titled Fantaghirò.
The series has been dubbed in Czech, Slovak, English, French, Polish, German, Spanish, Hungarian, Ukrainian, Bulgarian, Sinhala, Georgian and Russian.


Xellesia, portrayed by Ursula Andress, is an evil witch and the mother of Tarabas. She is conniving, wicked, and tries her best to keep her son away from all things good and warm. She appears in the third and fourth films. By the end of the third film, the reformed Tarabas tires of his mother's evil ways and robs her of her powers. In the fourth film she confesses that she has always loved Tarabas but has had to keep her love hidden from him. She proves this by sacrificing herself so that Tarabas can escape to safety.
Darken, portrayed by Horst Buchholz, is a cruel wizard so powerful that it is forbidden to speak his name. Aside from being the source of all evil in Fantaghirò's world, he is the father of Tarabas, and wants his son to be just as evil as he is. He appears in the fourth film as the main villain who creates a black cloud that causes destruction wherever it goes. He is powerful enough to revive Fantaghirò when she dies.
King, portrayed by Mario Adorf, is Fantaghirò's father and appears in the first two films. He is initially disappointed by Fantaghirò's birth, as he had been expecting a son, who would become his heir. His disappointment worsens when she grows up refusing to be meek and obedient as all women in his kingdom are expected to be. But over the first film he grows to care for Fantaghirò and accepts her as she is. In the second film he is kidnapped by the Dark Witch and is hypnotised into becoming the Dark King.
Bolt (Italian: Saetta), portrayed by Lenca Kubalkova, is a magical sprite and sister of Lightning. Introduced in the second film, she is originally a minion of the Dark Witch, but Bolt betrays her and joins the side of good with Fantaghirò. In the third film, Bolt says that she and her brother are training to be angels. She can transform into a bolt of lightning and fly in the air. She hates water, and cannot fly if she falls in a river.
Lightning (Italian: Fulmine), portrayed by Jakub Zdeněk, is a magical sprite and older brother of Bolt. He starts to rebel against his mistress, the Dark Witch, early in the second film, and it is he who instigates Bolt to do the same. In the third film he and Bolt put all the pieces of the Dark Witch back together to revive her, but Lightning keeps the Dark Witch's heart as leverage.
Caterina or Catherine, portrayed by Ornella Marcucci in the first film and Barbora Kodetova in the second and third films, is the eldest sister of Fantaghirò. She is level-headed, wise and patient. She marries Cataldo in the first film, is pregnant in the second film, and has a son in the third film. She has a non-speaking role in the fourth film when their castle is shrunk to the size of a toy, but her face cannot be seen clearly.
Carolina or Caroline, portrayed by Kateřina Brožová, is one of the Fantaghirò's sisters. She has golden hair, is a hopeless romantic and is well aware of her beauty, traits that usually infuriate Fantaghirò. In the first film she marries Ivaldo, she is pregnant in the second film, and by the third film she has a son. She can briefly be seen in the fourth film, but only at distance, and her face cannot be seen clearly.
Cataldo, portrayed by Stefano Davanzati, is one of Romualdo's closest friends. He appears in the first and second films as Romualdo's companion. He's the one who comes up with the idea of holding a swimming competition to reveal Fantaghirò's true gender in the first film. He later falls in love with and marries Caterina.
Ivaldo, portrayed by Tomáš ValÃk, is one of the Romualdo's closest friends and appears in the first and second films. He later falls in love with and marries Carolina.
The Queen of the Elves, portrayed by Aňa Geislerová, is the Queen of the Forest Elves. She is beautiful and wears a gown of red and gold leaves. In the second film she stops Romualdo and his army who are on the way to the Dark Kingdom. She gives Romualdo three tests to prove his worth, which he succeeds. In the third film, she is visited by Fantaghirò, who needs help in breaking a curse that has turned Romualdo into the stone. The Queen of the Elves tells Fantaghirò that the wizard she seeks is Tarabas.
Goldeye, portrayed by Karel Roden, is a minor villain in the second film. He is a bandit who robs anyone he comes across. Fantaghirò humiliates him at the beginning of the film by beating him in armed combat. Later their paths cross again and Goldeye tries to get his revenge by making Fantaghirò dress up as a belly dancer.
Smeralda or Esmeralda, portrayed by Elena D'Ippolito, is a young princess seen in the third film. Her parents are killed when Tarabas' clay soldiers attack under his command to kidnap all the royal children of the world. Fantaghirò takes Smeralda under her care and eventually adopts her. Smeralda is playful and headstrong, much like Fantaghirò was in her youth.
Angelica, portrayed by Agathe de La Fontaine, is the princess of the oriental kingdom of Tohor. She has listened to stories of Tarabas from when he was a dark wizard, and has adored him. When she learns that Tarabas is in her kingdom, she finds him and declares her love for him. Tarabas rebuffs her affections throughout the entire movie until the very end, when he promises to try to love her.
Nameless (Italian: Senza Nome), portrayed by Remo Girone, is the villain of the fifth film. He is an ogre made of enchanted apalicandro wood, which renders him invulnerable to almost all attacks. Animated with the magic of a hundred witches, Nameless was created in order to end a centuries-long war of attrition, only to rebel against his creators. He travels through different worlds on a flying galleon in order to become more human by feeding on children. His presence alone is enough to transform food items into deadly monsters.
di manakah peragut dan penyeluk saku bertindak:
- Peragut sering bertindak di jalan atau lorong yang gelap atau sunyi.
- Lazimnya peragut menggunakan kenderaan seperti motorsikal atau kereta untuk melakukan kegiatan mereka.
bagaimana ia boleh belaku:
- Memakai barang-barang kemas yang sangat ketara dan mendedahkannya untuk tontonan orang ramai.
- Membawa beg tangan dengan cara memudahkan peragut meragut.
- Berebut-rebut semasa menaiki bas atau berada di tempat-tempat sibuk dan sesak.
- Meninggalkan beg-beg yang berisi wang di kaunter pintu masuk pusat membeli-belah semasa masuk membeli-belah.
- Menyimpan beg duit di kocek-kocek belakang yang tidak berbutang.
langkah-langkah keselamatan dari ragut:
- Sentiasa membawa wang secara minima.
- Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.
- Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju supaya ia lebih sukar diragut dan jika diragut boleh mengelak dari berlaku kecederaan kerana diseret.
- Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.
- Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.
- Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan pula dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.
- Elakkan dari memakai barang-barang kemas secara berlebihan yang boleh menarik perhatian penjenayah.
- Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain umpamanya di atas kaunter, di dalam bakul pasar dan sebagainya.
- Memasang alat penggera pencegahan ragut pada beg tangan.
Sumber dari :
PDRM
Ù‡ُÙ†َالِÙƒَ دَعَا زَØ¢َرِÙŠَّا رَبَّÙ‡ُ Ù‚َالَ رَبِّ Ù‡َبْ Ù„ِÙŠ Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ ذُرِّÙŠَّØ©ً Ø·َÙŠِّبَØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ سَÙ…ِيعُ الدُّعَاءِ
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:" Wahai Tuhanku! kurniakanlah kepadaKu dari sisiMu zuriat keturunan Yang baik; Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar. Wassalahu A'la Saiyidina Muhammad Wa'ala A'lihi Wa'sahbihi Aj'Main, Wal'Hamdulillahi Rabbil A'lamin.... Amin...Amin...Amin Ya Rabbal A'lamin....
------------> Okey, masa untuk tidur,Insya Allah kita jumpa lagi yea.... Tata...
Al-Hamdulillah, kita semakin hampir untuk mengakhiri tahun 2011...Apakah matlamat kita untuk tahun hadapan? Adakah kita ingin terus maju atau sebaliknya? Adakah kita fikir kehidupan kita ini sudah cukup bagus atau sebaliknya? Fikirkan dan tanya pada diri sendiri.... Tahun ini sudah tentu kita mempunyai banyak pengalaman hidup, sama ada pengalaman manis atau pahit, kenangan manis atau sedih.... Kehidupan mesti diteruskan dan teruskan berusaha untuk memperbaiki diri sendiri... Kemewahan tidak menjanji apa-apa kebahagiaan dan kesedihan tidak akan selama kekal.... Apa yang perlu kita lakukan hanya beribadat dan bertaubat kepada Allah, sentiasa berzikir kepada Allah... Kita perlu ada mind set dalam fikiran kita yang Allah amat sayang pada hamba Nya, sebab itu Dia berikan kita pelbagai dugaan agar kita dapat menjadi umat yang diredhai oleh Allah... Al-Hamdulillah, sejak akhir-akhir ini aku telah memperbaharui diri aku dan hampir setiap malam aku akan membaca Al-Quran sekurang-kurang 2 kali sehari... Aku berharap agar aku dapat kekalkan apa yang aku lakukan ini sehingga akhir hayat aku... Bila teringat pada kematian, aku terasa begitu takut kerana aku tidak tahu sama ada ibadat aku ini diterima oleh Allah atau tidak.... Aku berasa amat takut untuk berdepan dengan Allah, bagaimana keadaan aku di akhirat kelak... Adakah aku akan menerima banyak pahala atau sebaliknya... Apa yang aku lakukan sekarang ini adalah untuk bekalan hidup aku di akhirat nanti... Aku harap taubat aku diterima oleh Allah kerana aku sebagai insan yang kerdil di sisi Allah, tidak pernah lari dari kesilapan...
Yeaaaa... Merlin Season 4 sudah kembali..... Aku sememang menanti siri ini kerana jalan drama bersiri ini amat menarik walaupun jika dibandingkan dengan filem asal, ianya lagi bagus daripada drama bersiri... Ini adalah kisah MERLIN.....
Merlin is a British fantasy-adventure television programme by Julian Jones, Jake Michie, Julian Murphy and Johnny Capps. It began broadcasting on BBC One on 20 September 2008. The show is based on the Arthurian legends of the wizard Merlin and his relationship with Prince Arthur but differs from traditional versions of the legend in many ways. It is produced by independent production company Shine Limited. After a successful first series, U.S. broadcaster NBC began airing the programme on 21 June 2009, but after a decline in viewers, it was moved to the cable network Syfy, where it began broadcasting the second series on 2 April 2010. The second series began airing on 19 September 2009 on BBC One. On 5 September 2010, BFI Southbank in London previewed the first two episodes of the third series for its September Film Funday programme.
Merlin was influenced by the U.S show Smallville, about the early years of Superman.After failed attempts to bring the programme to life,development of the current Merlin began in late 2006, with physical production beginning in March 2008.The series received a generally mixed reception when it began its broadcast. Critics were upset with the flat dialogue and the modern look to the series.One critic, in particular, called the whole concept "bland". The series première drew an overnight average of 6.65 million viewers in the 19:00 slot, a final consolidated figure of 7.15 million, despite being scheduled against popular ITV series The X Factor.The first series as a whole had an average of 6.32 million viewers, which is fewer than Doctor Who attracted during its first series, and slightly more than those received by Robin Hood. Merlin was also the fifth most watched programme on BBC iPlayer in 2008. The third series of Merlin began on 11 September 2010,and showed an increase in viewers, proving the show's increasing popularity. The third series ended on 4 December 2010.
A ten-episode fourth series was confirmed on 25 October 2010 (though it was rumoured to air in early 2012, later than its usual slot in autumn) so that it would not clash with the BBC's other prime time drama Doctor Who which would possibly run during the same period.In March 2011, this was revised, and the fourth series was extended to the standard 13 episodes, with the show's star Colin Morgan confirming it would air in October 2011. It was confirmed at the 2011 Comic-Con in San Diego that the fourth series will again be broadcast in the United States on the Syfy Channel "in early 2012."
Johnny Capps and Julian Murphy, Executive Producers for Shine TV, confirmed on 24 July at the 2011 Comic-Con Merlin panel that BBC has commissioned a fifth series. The fourth series began on Saturday 1 October 2011.Filming for the fifth series begins March 2012 in Wales and Pierrefonds, France. 13 episodes have been ordered.
Series Overview
Merlin is a young wizard who arrives in the kingdom of Camelot after his mother arranges for him to stay with the court physician, Gaius. He discovers that the king, Uther Pendragon, has outlawed magic and imprisoned the last great dragon deep under the kingdom. The dragon tells Merlin that he plays an important role: to protect Uther's son, Arthur, who will bring forth a great kingdom. When Merlin meets Arthur, he believes that he is an arrogant bully and Arthur, likewise, has a less than stellar opinion of Merlin. Merlin must keep his magic secret or face being executed by Uther.
Morgana is Uther's ward with the power of prophetic foresight, which frightens her and which she keeps secret. Guinevere, whom she calls "Gwen", is her maid and close friend. The first series focused on the development of Merlin and his friendship with Arthur, while the second series focused more on the development of the other cast members. Some of the later series' central themes are Morgana's struggle to control her powers and her eventual corruption to evil because of Uther's actions, as well as the maturation of Arthur to become the great king of legend and his blossoming romance with Gwen. A year later, Morgana returns darker and more powerful than ever before. At the start of the fourth season, she learns about Merlin's identity as Emrys (though she doesn't know that Merlin and Emrys are one and the same) and Merlin finds himself powerless against the spirits of the dead that Morgana summons. Arthur eventually becomes king of Camelot after Uther is killed when protecting him from an assassin.
Other characters from Arthurian legend have also appeared. Lancelot longed to become a knight but was unable to do so because of his birth as a commoner. Mordred has appeared as a Druid boy who formed a bond with Morgana (in the legend he is her son and, according to the legend, either Arthur's illegitimate son or nephew), and it has been predicted by the Great Dragon that Mordred will cause Arthur's death (in the legend this occurred at the Battle of Camlann). Mordred and occasionally the Great Dragon refers to Merlin by his Druidic name, Emrys (the Welsh form of Ambrosius); Ambrosius Aurelianus was a historical figure that Geoffrey of Monmouth partially merged with Merlin. Excalibur is an ordinary sword that becomes enchanted by the Great Dragon and is later thrown into a lake (in the legends, this was the sword Nimueh gave to Arthur).
After an attack on Camelot by the corrupted Morgana and her sister Morgause, the sword is struck into a rock by Merlin to keep it out of mortal hands.
----------------> okey, aku ingin menunaikan solat Isya' dahulu.... Insya Allah kita akan jumpa lagi esok... Tata... Sweet dreams....
Al-Hamdulillah, syukur aku kepada Allah kerana masih dapat diberi peluang untuk aku bernafas lagi hari ini... Aku juga bersyukur kepada Allah kerana walaupun cuaca agak mendung dari pagi sampai ke malam, pakaian yang aku cuci tetap kering dengan sempurna... Baru sekejap tadi aku selesai menggosok pakaian kerja aku manakala hubby tidak bekerja pada esok hari kerana hari ini adalah hari keputeraan Sultan Selangor dan esok adalah cuti gantian... Hubby nampak gembira sahaja hari ini sebab esok dia cuti manakala aku pula bekerja...huhuhu terasa amat tidak seronok sekali bila hanya hubby sahaja yang cuti tetapi aku tidak kisah sangat pasal hal ini...Aku sebenarnya lebih suka bekerja dari bercuti terlalu lama...Aku masih teringat lagi masa aku mengambil cuti sakit selama 3 bulan, boleh jadi gila aku dibuatnya kerana hanya duduk di rumah sahaja... Aku berharap agar kesihatan aku akan bertambah baik dan aku amat berharap agar diri ini tidak dibelenggu dengan masalah dalaman lagi... Walaupun sekarang perasaan sedih aku masih ada tetapi aku tetap akan gagah untuk meneruskan kehidupan ini... Sekarang ini aku tengah merawat hati aku dengan membaca surah Yassin pada sekurang-kurangnya 2 kali sehari,tapi biasanya aku membaca surah Al-Quran pada selepas waktu Maghrib dan Isya'.... Insya Allah aku harap agar semoga dengan bacaan ini hati aku akan mendapat ketenangan... Bila melihat kucing-kucing kesayangan aku bermain, hilang sekejap rasa gundah di hati... Geli hati aku melihat mereka bermain sambil menyondol badan mereka pada kaki aku untuk diusap...hehehe...
----------> okey, setakat ini nukilan hati aku pada malam ini... Insya Allah kita jumpa lagi.... Tata... Selamat malam dan mimpikan yang indah....
----------> okey, setakat ini nukilan hati aku pada malam ini... Insya Allah kita jumpa lagi.... Tata... Selamat malam dan mimpikan yang indah....
Al-Hamdulillah, cuaca hari ini amat baik sekali dan aku dapat mencuci pakaian aku dan hubby... Seperti biasa untuk hari minggu aku akan membuat kerja-kerja rumah yang selalu aku lakukan.. Hari ini menu masakan aku adalah, nasi ayam bersama-sama lauk ayam masak kurma dan sup tulang..... Malam tadi dalam pukul 7.15 malam, berlaku gerhana bulan penuh di Malaysia, aku terlupa untuk melihat fenomena yang jarang-jarang berlaku ini kerana pada masa itu aku bersolat Maghrib dan membaca Surah Yassin... Hubby pun terlupa pada kejadian itu dan aku terlepas peluang untuk melihat fenomena ini... Tidak mengapa, jika aku mempunyai panjang umur dan masih sihat, dan jika gerhana bulan masih kelihatan lagi, aku akan melihatnya kembali.... Ya Allah, ampuni dosa-dosa kami suami isteri, ampuni dosa-dosa kedua ibu bapa kami, ampuni dosa-dosa kaum keluarga kami, ampuni dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat sekelian, berikan kesihatan yang baik kepada kami, berikan kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa kami, berikan kesihatan yang baik kepada kaum keluarga kami, berikan kesihatan yang baik kepada kaum muslimin dan muslimat sekelian, berikan taufik dan hidayah Mu kepada kami, tunjukkan jalan yang benar kepada kami, kurniakan kepada kami zuriat yang soleh dan solehah kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani, Engkau jua yang berkuasa segala-galanya...Kami bersyukur kepada Mu Ya Allah, walaupun Engkau kurniakan pelbagai cabaran hidup dan kami akan tetap sabar dan tabah dalam menghadapi dugaan seperti ini... Ampuni dosa-dosa kami Ya Allah...Terimalah taubat kami Ya Allah... Sesungguhnya kami tidak layak ke syurga Mu tetapi kami tidak mahu ke neraka Mu...Terimalah taubat kami Ya Allah...
Hari Jumaat, macam biasa aku dan sahabat akan pergi ke Alamanda Putrajaya untuk membeli makanan tenghari kami...Tetapi hari ini berlainan daripada biasa kerana kami akan membeli makanan pizza dan kami akan makan di restoran makanan pizza... Sahabat aku ini amat teringin makan pizza yang terbaru di pasaran sekarang... Al-Hamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan kami dapat menikmati hidangan itu dengan baik sekali, syukur kepada Allah.... Cuaca pun nampak baik sahaja dan aku harap ianya akan berkekalan sehingga hari esok... Sudah 9 hari kita melangkah ke bulan Disember dan ianya tinggal 22 hari sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru... Harapan aku cuma kehidupan aku ini mendapat kerahmatan dari Allah SWT dan semoga keluarga aku dan semua umat Islam di dunia akan mendapat perlindungan Allah daripada anasir-anasir jahat... Kecantikan dunia hanya sementara dan kecantikan akhirat yang perlu kita cari selama ini.. Aku berasa bersyukur kerana dikurniakan kehidupan yang serba mencabar dan ianya cuma untuk menguji sejauh mana keimanan aku pada Allah... Aku tidak mahu menjadi manusia yang melupakan pada PenciptaNya dan aku tidak mahu menjadi manusia yang tidak mahu bersyukur di atas kenikmatan yang diberi... Aku berharap pada hari ini akan menjadi lebih baik untuk hari esok dan semoga Allah memberkati kehidupan kita semua... Okey, masa untuk tidur... Insya Allah kita akan jumpa lagi di hari esok...Salam sayang untuk semua....
Inilah pizza yang kami makan tengahari tadi,macam mana?? Nampak sedap, bukan!??