Eksplorasi Digital@U-Pustaka 2024 : Latihan Pangkalan Data Overdrive@Libby
Thursday, August 29, 2024
Assalamualaikum wbt...
Dapatkan akses mudah dan secara PERCUMA e-buku, buku audio, e-majalah, e-komik dan read along (istimewa untuk kanak-kanak). Kepelbagaian bahan bacaan ini sesuai dengan gaya hidup yang dinamik dan pantas!
Jumpa kami pada:
29 Ogos 2024 (Khamis)
10. 00 pagi - 12.00 tengah hari
En. Muhamad Syamil (Tenaga pengajar OVERDRIVE)
Serta kami dan ketik pautan ini
Jadi, untuk membaca kini di hujung jari saja. Rugi tau kalau tak join. Yang paling best adalah ada hadiah kuiz untuk 10 orang pemenang.. Mana tau ada rezeki untuk menang kan...
Assalamualaikum wbt...
Adakah awak sedang mencari info kes-kes Perundangan Mahkamah, Akta Parlimen dan Enakmen Negeri? eLaw sedia membantu. Awak boleh akses secara PERCUMA di premis PNM.
Sila layari www.u-pustaka.gov.my
Jom, sertai kami:
🗓️ 8 Ogos 2024 (Khamis)
⏰ 10. 00 pagi - 11.30 pagi
👨🏼💼 Dr. Syed Abu Dahir
Pakar Pengurus Perhubungan Pelanggan eLaw.my
Klik pautan Google Meet untuk penyertaan👇
Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, akhirnya selesai jugak program kerja yang saya buat untuk bulan nie.. Masih ada berbaki 3 bulan lagi untuk saya siapkan program yang telah dirancang..
Program yang saya buat nie adalah Program Tambah Nilai-Kursus Decoupage Dan Soft Toys untuk semua kakitangan JBPM.. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program nie dan ditunjuk ajar oleh 2 orang kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Selangor..
Sebenarnya 2 orang tenaga pengajar nie adalah orang yang sama mengajar kursus tahun lepas, iaitu Kursus Gubahan Bunga..
Program Tambah Nilai pada tahun nie adalah satu projek kesinambungan daripada idea arwah rakan saya yang juga merupakan pegawai saya.. Jadi saya cuma menjalankan saja kursus tersebut walaupun pada mulanya tak yakin nak buat...
Awak tau tak apa tue maksud seni decoupage? Decoupage atau dalam bahasa Perancis découper membawa maksud pemotongan yang merupakan salah satu cabang seni di mana berlakunya bahan-bahan tertentu dan ditampal pada objek dan akan dicat dengan cat untuk menghasilkan efek yang cantik. Setelah itu, proses terakhir adalah sapuan varnish pada objek agar ianya menjadi kalis air.. Antara bahan untuk membuat seni decoupage adalah beg anyaman, glue decoupage, glaze decoupage, varnish decoupage, tisu bercorak untuk decoupage, span dan berus.
Jadi pada 25hb Julai yang lepas, saya dapat mengadakan satu kursus untuk warga kakitangan.. Alhamdulillah, semuanya seronok dapat ilmu yang baru serta belajar benda yang baru.. Malah ada di antara peserta bakal berpencen dan katanya seni nie dapat menjana pendapatan takala dah duduk di rumah.. Jom kita tengok video nie..
Inilah contoh beg anyaman yang telah siap decoupage.. Saya nak ucapkan terima kasih pada kawan-kawan yang tolong siapkan untuk saya takala saya sibuk menjadi urusetia.. Kalau ikutkan, saya memang tak dapat turut serta dalam pembelajaran nie kerana bahan praktikal yang diberikan cukup-cukup untuk para peserta tapi ada yang baik hati sanggup untuk buatkan untuk saya.. hihi Alhamdulillah.. Jadi inilah salah satu hasil kerja daripada rakan saya.. Nampak kan, teknik tampalan nie tak nampak seperti tampalan daripada kertas tisu, sebaliknya ianya nampak seperti dilukis pada beg anyaman..
Okey, next task adalah Program Kemerdekaan yang akan dijalankan pada bulan Ogos dan Program Cuti Sekolah yang akan diadakan pada bulan September nanti.. Fighto..Fighto..
EKSPLORASI DIGITAL @ U-PUSTAKA 2024: LATIHAN PANGKALAN DATA BLIS (BERNAMA LIBRARY INFOLINK SERVICE)
Thursday, July 18, 2024
Assalamualaikum wbt...
Okey, seperti setiap hari Khamis, saya akan berkongsi ilmu dengan awak semua...
BLIS sumber rujukan utama anda! Segala info Malaysia ada di sini. MUDAH dan PERCUMA!
Jom, jumpa kami di sini:
18 Julai 2024 (Khamis)
10. 00 pagi - 11.30 pagi
En. Izzul Zunnurain Darusamin dan En. Wan Mohd Rady
Sila klik pautan Google Meet di bawah
Sila layari www.u-pustaka.gov.my dan akses dalam talian. Jom kita join sama-sama...
Assalamualaikum wbt...
Agaknya masih belum terlambat kot untuk saya ucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua umat Islam..
Semoga di tahun baru nie kita akan menjadi insan yang lebih baik dari tahun sebelumnya... Sebelum tue, mintak maaf banyak-banyak kerana saya masih belum kotakan janji untuk umumkan nama-nama yang bertuah dalam Top Commentator Jurnal Shikin Razali..
Rasanya saya berhutang sejak bulan April lagi, betul tak..? Draf entri dah siap, cuma nama pemenang bulanan saja saya belum pilih lagi..
Bukanlah saya lupa tapi dek kekurangan masa, saya tak sempat nak bercerita dengan awak semua...
Apapun, Insha Allah dalam minggu nie saya cuba selesaikannya.. Dah alang-alang bercerita, saya nak bercerita sikit dengan awak semua..
Pernah dengar kan perkataan kursus pengukuhan berpasukan atau dalam bahasa omputihnya team building..? Jom dengar saya bercerita...
Saban tahun, jabatan saya akan membuat satu aktiviti iaitu kursus pengukuhan berpasukan.. Kalau tahun lepas, kami buat di Janda Baik, Pahang.. Tahun nie pula, masih lagi di dalam kawasan negeri Pahang, cumanya lokasi yang berbeza, iaitu di Taman Negara, Kuala Tahan, Pahang...
Kalau dulu masa kursus BTN atau nama panjangnya Biro Tata Negara yang mewajibkan semua penjawat awam menghadiri dengan jayanya.. Silibus BTN masa tue dibuat ala-ala tentera, cumanya takdelah angkat kayu balak bagai... Dulu, masa silibus untuk kursus pengukuhan berpasukan juga dibuat seperti ala-ala tentera tapi memandangkan kat jabatan saya nie kebanyakannya staf pun orang-orang lama, jadi silibusnya dah menjadi ringan sikit.. Malah masa kursus nie berlangsung ianya langsung takde pembelajaran di dalam kelas, semuanya outdoor...
28hb Jun 2024 (Jumaat)
Jam 8.45 pagi kami bergerak ke Kuala Tahan, Pahang dengan menaiki dua buah bas.. Seramai 53 orang peserta kursus dari pelbagai gred dan jawatan gunasama dan anggota bomba Bahagian Pengurusan telah hadir dengan jayanya.. Kami sampai di Bandar Jerantut untuk berhenti solat Jumaat (bagi lelaki) dan makan tengah hari di situ.. Hihi sama seperti peminat ikan patin tempoyak, hidangan ini adalah wajib untuk kami menikmati makanan ini.. Sementara peserta lelaki menunaikan solat Jumaat di masjid, rombongan peserta perempuan mula bergerak ke lokasi penginapan dan kami sampai di lokasi berkenaan pada jam 2.45 petang..
Bila bas peserta lelaki dah sampai ke lokasi penginapan, kami pun terus berkumpul di dalam dewan serbaguna pada jam 4 petang. Untuk sesi pertama adalah sesi ice breaking dan pembahagian kumpulan.. Walaupun diberi nama ice breaking tapi sebab semuanya dah kenal walaupun berlainan cawangan, jadi takdelah rasa kekok. Sebaliknya sesi nie menjadi satu sesi memulihkan semangat dalam diri.. Yealah, duduk dalam opis nie kadang-kadang nak senyum pun susah dek banyak bebanan kerja.. Jadi di dalam sesi inilah kami bergelak ketawa, masa nie lah kita tau karakter sebenar seseorang... Sebab kat opis kita nampak dia nie macam serius semacam tapi di sebaliknya dia mempunyai sifat-sifat yang kelakar dan mencuit hati rakan-rakan yang lain..
Kami dibahagikan beberapa kumpulan.. Kumpulan saya diberi nama Sang Kancil Comey dengan 9 orang ahli..
Setelah sesi ice breaking, kami mula makan malam dan merehatkan diri kerana sesi malam bermula pada pukul 8.30 malam.. Nama sesi kedua nie adalah sesi Ninja Battle.. hihi nak tau apa tue sesi Ninja Battle..? Awak boleh saksikan vlog saya di dalam youtube channel... Dekat sesi nie awak akan tonton beberapa babak nakal dan usikan daripada rakan-rakan sekerja, orang kata kepala gila-gila dan masuk air, hihihi... Dah habis sesi Ninja Battle, kami pun makan untuk selingan malam dan berehat...
29 Jun 2024 (Sabtu)
Okey, macam saya cerita tadi, silibus team building kali nie takdelah aksi-aksi mencabar fizikal sangat... Sesi ketiga kami bermula dengan permainan Frisbee Battle.. Frisbee nie adalah permainan lempar piring tapi untuk sesi nie agak berlainan sikit dari permainan kebiasaan.. Kami dikehendaki melempar piring frisbee nie dalam pintu gol pihak lawan, dalam erti kata lain konsep yang sama kita bermain futsal, cuma berbeza pada alat permainan.. Hihi walau tak mencabar fizikal tapi penat berlari di sana sini, dahlah kita nie bukan jenis yang kuat bersukan.. hahahahahaha... Dekat sinilah kami saling berebut piring frisbee sebab nakkan masuk dalam gol.. masa nie sesiapa jea yang boleh jadi golkeeper dan ada yang tergolek-golek, ada yang sampai masuk dalam jaring gol sebab taknak pihak lawan masukkan piring frisbee tue.. hihihi kelakar tapi seronok, macam jadi budak-budak semula..
Kemudian kami berhenti rehat untuk melepaskan lelah setelah bermain di sesi Frisbee Battle.. Dah cukup rehat, kami teruskan sesi keempat iaitu Sesi Tactical Combat Battle.. Konsep sesi nie adalah lebih kurang sama dengan konsep paintball cumanya peluru saja yang jenis melekat kat cermin tue.. Jadi takdelah sakit-sakit badan bila kena peluru dari pihak lawan.. Tapi agak kelakar jugak sebab kami saling kejar mengejar untuk saling tembak menembak, sampaikan ada yang saling menembak dengan jarak yang dekat..
Tepat jam 12.50 tengah hari, kami pun berhenti rehat dan pada mulanya kami dimaklumkan oleh pihak trainer untuk berkumpul semula pada pukul 2.30 petang.. Tapi jadual berubah secara mendadak kerana pada hari kejadian, terdapat ramai pelancong dan pengunjung untuk pergi ke perkampungan orang asli. Jadi kami perlu ke jeti pada jam 2.00 petang.. Oh ya, lupa pula nak bagitau, sesi seterusnya dinamakan Sesi Rapid Shooting & Visit Aboriginal Settlement di mana kami dimaklumkan yang kami akan mengunjungi salah satu tempat perkampungan orang asli.. Untuk pergi ke arah jeti, kami perlu menaiki hilux kerana jaraknya agak jauh.. Dah sampai ke jeti, kami perlu menunggu giliran untuk menaiki bot yang hanya memuatkan 10 orang saja..
Saya mendapat giliran yang kedua, masa nie rasa tak yakin jea nak naik sebab bila jejak masuk dalam bot, terus terasa bot nak tenggelam, padahal ianya hanya imaginasi semata-mata.. Tapi bila dah duduk dalam bot, rasa seronok sangat sebab dapat melihat pemandangan yang indah ciptaan Allah SWT.. Perjalanan kami mengambil masa 15 minit untuk sampai di tepi sungai perkampungan tue.. Bila dah sampai, terus rasa blur sekejap sebab kami ternampak satu trek di lereng bukit untuk naik ke atas.. Ianya agak mencabar sikit untuk naik ke atas kerana trek tersebut hanya menyediakan satu tali saja untuk berpaut, manakala tapak tangga pula hanyalah tanah liat semata-mata..
Untuk orang yang kurang bersenam macam saya nie, memang mengah la sekejap bila dah sampai ke puncak tapi tetap rasa seronok.. Bila semua peserta dah sampai dan duduk di tempat yang disediakan, kami diberi taklimat oleh seorang ranger atau kakitangan Taman Negara tentang perkampungan orang asli.. Untuk pengetahuan awak, perkampungan orang asli yang saya pergi nie adalah merupakan salah satu suku orang Negrito yang berasal daripada Afrika.. Perkampungan nie yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 30 ke 40 orang saja dan dulu mereka nie suka berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat demi kelangsungan hidup dan sumber makanan.. Mereka nie menggunakan bahasa mereka yang tersendiri, jadi untuk berkomunikasi dengan mereka, kita kena ada seorang penterjemah sebab mereka tak tahu bercakap dan memahami dalam bahasa Melayu..
Bila dah melawat sekitar perkampungan, kami pun terus bergerak untuk balik ke resort penginapan.. Kebetulan masa kami nak balik tue, hujan renyai mulai turun membasahi bumi, masa nie kami semua agak berhati-hati untuk menuruni bukit, takut tergelincir.. Oh ya, ranger tue siap bagi amaran kami, pada sesiapa yang tak basah masa datang perkampungan nie, mereka akan pastikan kami semua basah kuyup... Hihihi apa lagi, memang basah kuyup dibuatnya oleh pemandu-pemandu bot.. Diorang sengaja mengolengkan bot ke kiri ke kanan agar kami kena percikan air... Walaupun basah kuyup tapi semuanya gembira kerana sekurang-kurangnya kami tak fikir pasal bebanan kerja.. Kami sampai di jeti pada jam 5.30 petang dan seterusnya balik ke resort penginapan..
Dah siap makan malam, kami teruskan pula dengan sesi seterusnya iaitu Sesi Video Clip Challenge, ala yang macam buat video dalam TikTok tue.. Walaupun agak susah untuk kami buat tapi kami cabar diri kami, tapi takdelah buat video klip terlompat-lompat dan terkinja-kinja.. Kami diberi beberapa tajuk lagu yang agak viral di masa kini.. Kumpulan kami mendapat undian lagu iaitu 'Seperti Mati Lampu' daripada kumpulan Ungu.. Kemudian kami perlu serahkan video klip nie kepada trainer untuk dinilai, sambil-sambil tue video nie akan dipertontonkan oleh semua kumpulan.. Bila semuanya dah selesai, barulah kami menikmati jamuan ringan dan terus berehat...
30 Jun 2024 (Ahad)
Selesai sarapan pagi, kami meneruskan sesi terakhir yang diberi nama Sesi Ultimate Twin Tower. Kami dikehendaki untuk menaikkan bendera dengan beberapa batang paip PVC dan kami perlu menaikkannya dengan menggunakan tali rafia.. Untuk sesi nie, ianya mengajar kita dalam memberi arahan dan menerima arahan dengan jelas, dalam masa yang sama kita boleh memberi pandangan dan pendapat kita sendiri.. Dalam masa yang sama, orang yang mendengar pendapat kita perlu menilainya dari semua segi, samada ianya boleh digunapakai ataupun tidak..
Sesi terakhir nie kami berjaya tamatkan pada jam 10.40 pagi dan kami diberi kebenaran untuk minum pagi dan kami perlu berkumpul semula di dalam dewan pada jam 11.00 pagi untuk majlis penutup.. Setelah itu, kami pun bersurai dan pulang ke Putrajaya pada jam 2.00 petang..
Oh ya..! Kumpulan saya telah memenangi dua jenis sesi iaitu untuk Sesi Ninja Battle, kami mendapat tempat ketiga dan Sesi Tactical Combat Battle kami berjaya mendapat tempat pertama..
Okey, inilah cerita saya untuk hari nie... Oh ya.. Lupa nak share video pada awak semua...
Insha Allah, nanti saya bercerita lagi yea...
Assalamualaikum wbt..
Jom.. Pagi nie saya nak ajak awak untuk masuk kelas pembelajaran digital..
Mari bercerita bersama Me Books. Aktiviti terbaik bersama keluarga.
Anda boleh menonton, bercerita, mendengar, merakam suara dan membaca bersama-sama.
Akses dalam talian dengan PERCUMA.
Sila layari www.u-pustaka.gov.my
Jom, sertai kami:
🗓️ 4 Julai 2024 (Khamis)
⏰ 10. 00 pagi - 11.30 pagi
🙍🏻♀️ Bersama Puan Siti Baizurah binti Osman
Me Books
Ikuti secara dalam talian di Google Meet
Rugi tau kalau tak join.. Pada yang nak dapatkan 7 hari berkursus, inilah peluang terbaik awak kerana e-sijil akan diberikan kepada para peserta..
Assalamualaikum wbt...
Apa yang menarik di ODILO?
Bagaimana nak akses ODILO?
Ingin tahu jawapannya?
Awak boleh join kelas percuma ini :
20 Jun 2024 (Khamis)
10. 00 pagi - 11.30 pagi
Miss Angelet A. San Pedro
Customer Success Manager
Sila ketik pautan Google Meet
Untuk yang bekerja terutama sektor awam, E-sijil akan diberikan kepada peserta yang hadir. Semoga program ini memberi manfaat kepada kita semua. Bak kata pepatah yang saya selalu sebut, mencari ilmu satu ibadah...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Jom kita masuk kelas untuk pagi nie... Berita baik untuk para guru, ibu bapa dan pelajar sekolah. Awak berpeluang meningkatkan prestasi pelajaran terutama kepada para pelajar.
Jom, akses ke pangkalan data e-pembelajaran, Tutor Infiniti. Awak akan dibimbing membuat ulang kaji dan latih tubi secara dalam talian.
Segalanya MUDAH dan PERCUMA!
Hanya di www.u-pustaka.gov.my
Mari sertai kelas online nie...
14 Jun 2024 (Jumaat)
10. 00 pagi - 11.30 pagi
Encik Khairul Azmi Kamaludin,
Tenaga Pengajar Tutor Infiniti
Sila ketik pautan Google Meet
Assalamualaikum wbt..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Okay, jom kita baca sejarah lama..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Huiihh, lama betul rasanya saya tak update jurnal nie.. Kalau tak salah saya pun ada berhutang entri Top Commentator sejak bulan April kan...
Huhuhu sori tau awak.. Nanti saya akan umum nama pemenang carta bulanan Top Commentator...
Bukan saya lupa tapi kesibukan kerja ditambah dengan tugasan yang saya menanggung kerja-kerja pegawai yang dikosongkan, jadi membuatkan saya tak cukup masa untuk bercerita dengan awak...
Tapi, kita imbas sekali lalu la yea sejarah bulanan, hihihi...
BULAN APRIL
Minggu-minggu terakhir bulan Ramadan, saya perlu menghadiri mesyuarat dan kursus.. Kalau ikut pada perancangan asal, selepas hari raya, saya perlu mengendalikan program library yang diberi nama 'Program Jom Baca Selama 10 Minit'.. Tapi setelah berbincang dengan pegawai atasan, saya menangguh program nie ke bulan Mei, memandangkan bulan April adalah bulan raya... Tapi bukan bermakna saya tak buat apa-apa.. Selepas raya pun saya perlu menghadiri program anjuran PNM dan juga kursus online...
BULAN MEI
Minggu pertama bulan Mei adalah minggu yang penuh dengan panggilan mesyuarat, masa tue tetiba semuanya jadi kelam kabut sebab saya baru perasan, salah satu peraduan di dalam rangkuman Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit perlu dijalankan pada minggu pertama.. Yang jadi kelam kabutnya adalah saya terlupa tarikh bermulanya peraduan, dengan poster belum siap, dengan prop pun belum sediakan..
Rasa dah macam Speedy Gonzales rasanya buat kerja.. Alhamdulillah, akhirnya pada 13hb Mei, satu peraduan berjaya saya laksanakan iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku dan Teka Berat Buku..
Oh, lupa nak cakap.. Tadi kan saya cerita yang bulan April lepas saya menangguhkan satu program anjuran library.. Program nie saya namakan Program Keluarga Bomba@Membaca.. Dalam program nie saya laksanakan tiga sub-program, iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku, Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit dan terakhir Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur Bersama Kakitangan Dan Anak Kakitangan.
Untuk program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit yang saya buat pada 17hb Mei yang lepas, saya sediakan pelbagai permainan untuk para peserta antaranya Permainan Kahoot, Bingo Games dan Cabutan Bertuah..Suasana masa tue memang meriah dan santai-santai jea.. Seperti kebiasaan program, kita pasti akan memberi sedikit cenderamata kepada peserta yang datang, jadi tahun nie saya buat kelainan sikit tentang cenderamata, ianya handmade 100 peratus daripada saya dan inisiatif saya sendiri.. Selain daripada notepad, saya berikan juga mereka 1 keping magnetic bookmark dan 6 keping e-buku dalam bentuk e-kad.. Saja nak bagi peserta gembira dengan program yang saya buat tue..
Nak tengok susana program pada masa tue..? Jom tengok video nie...
Dah selesai Program Jom Baca, saya teruskan pula dengan program yang ketiga iaitu Program Lawatan Ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.. Lawatan nie saya memang buat pada setiap tahun untuk kakitangan JBPM, tujuannya adalah memberi peluang kepada kakitangan takde masa untuk pergi ke pesta buku lantaran kesibukan kerja.. Jadi dengan program yang saya buat nie, dapatlah mereka beli buku kegemaran mereka.. Secara kebetulan tarikh pesta buku tue jatuh pada minggu cuti sekolah.. Alang-alang saya buat program nie, saya offer juga pada anak-anak kakitangan... Memang nampak lah keseronokan anak-anak dapat beli buku kegemaran mereka.. Tapi kan ada satu cerita cemas yang berlaku.. Kisahnya bermula pada hari Jumaat 24hb Mei.. Pada asalnya saya memang dah tempah bas daripada JBPM WP Kuala Lumpur seminggu sebelum program.. Kemudian pada petang Jumaat tue dalam pukul 5.45 petang, tetiba saya mendapat mesej whatsapp daripada pegawai person-in-charge mengatakan bas mengalami kerosakan dan tak boleh digunakan.. Masa tue, saya dah mula gelabah sebab duk fikir di mana saya perlu mencari bas gantian.. Nasib baik pegawai berkenaan memberi cadangan untuk saya buat tempahan bas daripada JBPM Negeri Sembilan... Dalam hati tue duk berdoa, agar bas daripada Negeri Sembilan boleh digunakan.. Petang tue juga saya berjumpa dengan Pengarah Bahagian Pengurusan untuk bertanyakan kepada Pengarah Bomba Negeri Sembilan perihal bas.. Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya berjaya mendapatkan bas berkenaan.. Masa tue hanya Allah jea tau betapa leganya hati nie... Terus lah petang tue juga saya siapkan surat permohonan penggunaan bas kepada JBPM Negeri Sembilan (cuma tukar nama, alamat dan tarikh surat).. Jadi pada 27hb Mei lepas, selesailah sub-program saya yang ketiga iaitu lawatan ke Pesta Buku..
Mula-mula saya fikir saya taknak membeli buku, cuma nak jadi urusetia program jea.. Tapi godaan diskaun kat sana terlalu kuat, hihihi.. Jadinya terbeli la juga novel, bacanya nanti bila ada masa terluang...
Nak tengok suasana program lawatan...? Jom tengok video nie...
Okey, inilah cerita kesibukan kerja saya sepanjang bulan April dan bulan Mei.. Harap-harap bulan Jun nie lebih mesra dengan saya.. hihihi
Assalamualaikum wbt...
Ketahui cara mempunyai akaun J-GATE dan kemudahan yang disediakan untuk awak semua.. Akses e-jurnal dan baca dalam talian. SANGAT MUDAH DAN YANG PENTING IANYA ADALAH PERCUMA!
Hanya di u-Pustaka. Layari www.u-pustaka.gov.my
Untuk info lanjut, jom sertai skuad kami:
16 Mei 2024 (Khamis)
10. 00 pagi - 12.00 tengah hari
Mr. Joseph Goh
Director, Eknowvation Inc.
Sila klik Google Meet
Semua dialu-alukan join eksplorasi nie.. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua.
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons