Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Semakin menghampiri akhir tahun...

Friday, December 28, 2012




Tinggal 3 hari sahaja lagi kita akan melangkah satu tahun lagi dan tahun depan aku telah memasuki usia 30-an....huhu sudah tua rupanya aku ini, apalah...Memanglah semua sudah semakin tua, mana ada orang atau apa-apa sahaja yang menjadi makin muda... Aku harap di tahun hadapan ini aku akan lebih bersemangat untuk meneruskan hidup muslimah dan berusaha untuk menjadi seorang hamba Allah yang diberkati, semoga ibadah aku dan taubat nasuha aku diterima oleh Allah...

read more

Cuti sakit....

Monday, December 24, 2012


Memang betul jangkaan aku yang aku mengalami demam panas dan baru hari ini aku dapat mengemaskini entri blog aku ini... Demam aku kali ini agak pelik kerana kebiasaannya aku akan baik setelah demam 3 hari tetapi hari ini selang 2 hari aku pulih dari demam, penyakit itu akan datang semula dan satu lagi mungkin cuaca menjadi penyebab kenapa aku tidak sembuh sepenuhnya... Nasib baik aku mengambil cuti pada hari ini, sebenarnya aku telah bercuti sejak hari Jumaat yang lalu, kerana demam masih belum kebah....Hari Jumaat itu aku dan hubby telah pergi ke Klinik Putrajaya Presint 9 untuk memeriksa keadaan aku sebab aku bimbang jika aku dijangkiti demam denggi, tetapi macam biasalah di klinik itu memang BUANG MASA... Bayangkan daripada pukul 9 pagi sampai pukul 2 petang aku masih tidak dipanggil untuk berjumpa dengan doktor, akhir sekali aku balik ke rumah dan pergi ke klinik biasa untuk diperiksa darah...Sebenarnya sebelum ini aku telah pergi ke Klinik Salak Lama untuk mengambil sample darah dan doktor mengatakan yang aku cuma ada jangkitan kuman sahaja, tetapi demam aku makin melarat dan itu yang aku bimbang jika terkena demam denggi.. Sebab itu aku pergi semula ke klinik kerajaan tetapi berdekatan dengan office aku... okey, aku hendak tidur dulu sebab kesan ubat demam telah mula dirasai...tata...
read more

HRMIS lagi....

Friday, December 07, 2012


Maaflah kerana lama sudah aku tidak mengemaskini entri untuk minggu ini kerana minggu adalah minggu yang teramat sibuk sekali kerana HRMIS punya pasal... Aku ingin mengisi borang cuti secara online dan membuat cuti GCR dalam HRMIS tetapi taliannya asyik ralat, akhir sekali dia memberitahu dalam laman web bahawa laman web itu akan diselenggara...hishhh... Buat penat saja aku mengadap komputer ini semata-mata untuk membuat HRMIS... Lelangit aku sakit dan perit dan ini menandakan aku bakal akan mengalami sakit demam panas, huhh...Aku tidak gemar betul sebab bila aku sudah sakit, susahlah aku untuk melakukan kerja di rumah...Tapi tidak mengapa wahai Puan Shikin kerana sakit itu adalah penghapus dosa kecil..Seharusnya aku harus bersyukur kerana Allah masih sayangkan aku...Astghafirullah Hal' Azim...

read more

Kisah skybox...

Sunday, December 02, 2012


Semalam adik lelaki aku bercerita tentang Skybox iaitu perisian yang berbentuk rancangan tv yang disiarkan melalui satelit dan hanya perlu membayar RM300 setahun sahaja jika ingin melanggan... Ini bermakna, kami hanya perlu membayar RM25 sebulan sahaja dan kami dapat siaran tv satelit.. hehehe dengan serta merta hubby mencari di internet dan menjumpai skybox dalam lelong.com.. Hubby menghubungi agen terbabit dan terus membayar melalui ATM...Setelah itu, aku boleh menghentikan siaran Astro dan tidak perlu membayar dalam RM40 sebulan, itupun hanya mengambil channel yang biasa sahaja...Adik lelaki aku bersama-sama dengan isterinya telah bertolak ke Cameron Highlands dalam pukul 10.00 pagi dan mereka dijangka akan sampai di sana dalam pukul 2.00 petang...
read more

Selamat Datang kalian berdua....

Friday, November 30, 2012


Selamat datang wahai adik lelaki aku, Wan Ahmad Khairul Na'im dan pasangannya Norawati ke Salak Tinggi, Sepang.... Mereka datang pada pukul 2.00 petang, semalam aku telefon dan dia mengatakan yang dia akan datang pada pukul 5.00 petang dan akan singgah di office aku kerana adik lelaki aku ini tidak ingat akan jalan ke rumah aku.... Tapi oleh kerana dia habis awal dalam peperiksaan dia, terus dia datang ke sini... Aku pula hanya membeli sandwich untuk santapan tengahari pada hari itu, jika aku tahu mereka akan sampai dalam pukul 2.00 petang, akan aku bungkuskan nasi... Tapi petang itu, semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, kami singgah di Kota Warisan untuk membeli makanan dan aku juga dapat membeli makanan yang ringkas untuk santapan malam aku..Ini kerana aku terlalu penat untuk memasak dan hubby pula mungkin akan balik lewat kerana ada banyak kerja yang perlu dilakukan... Kami sempat bersembang lebih lanjut ke mana destinasi harus mereka pergi di Cameron Highlands...
read more

Bersabarlah wahai Erra...

Tuesday, November 27, 2012


Adik ipar perempuan aku tidak dapat pergi ke kolej jururawat kerana dia berada dalam kategori calon simpanan... Aku tumpang simpati dengan keadaan adik ipar perempuan aku, tapi dia telah rugi dalam satu tahun sebab baru-baru ini dia mendapat tawaran belajar ke Politeknik Ungku Omar dalam bidang Ukur Tanah tapi dia menolak tawaran itu kerana dia benar-benar mengharapkan kerja kerajaan dalam bidang perubatan kejururawatan... Tapi oleh kerana dia berada dalam calon simpanan, dia perlu menunggu surat tawaran jika ada... Kerja dalam sektor awam memang susah sedikit untuk mendapatkan melainkan kalau nasibnya baik... Aku teringat pada kesusahan aku dulu sementara mendapatkan jawatan aku sekarang ini... Pada mulanya aku sudah agak serasi dengan kerja membuat wafel di supermarket tetapi setelah aku mendapat kerja dalam sektor awam, kini sudah 10 tahun aku menjawat jawatan ini dan aku berasa amat bangga dengan jawatan aku sekarang....
read more

Dapat panggilan..

Monday, November 26, 2012


Pagi tadi aku mendapat panggilan telefon daripada adik lelaki ke2 aku yang dia hendak datang ke rumah pada hari Jumaat ini kerana pada hari itu dia ada peperiksaan syarikat tempat dia bekerja sekarang ini... Aku berasa amat gembira kerana dia hendak datang bersama-sama dengan isterinya iaitu adik ipar perempuan aku yang pertama kali datang ke rumah... Adik lelaki aku juga ingin menunjukkan kereta baru yang baru sahaja dia beli minggu lepas, mereka ingin bercuti ke Cameron Highlands di samping itu mereka juga ingin melawat keluarga mertua adik lelaki aku di Perak... Bagus juga cadangan mereka itu, sekurang-kurangnya dapat juga mereka berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi...
read more

Rutin mingguan...

Saturday, November 24, 2012

Hurmmm... Satu lagi rutin mingguan aku telah siap, apalagi masa untuk melipat pakaian pula, tapi ingat esoklah baru hendak lipat..Malam ini ada cerita best sangat-sangat, tajuknya Enchanted...hahaha cerita budak-budak lagi tapi tidak mengapalah, asalkan aku tidak mengacau orang lain, kira okeylah... Hubby pula memang sibuk memuat turun pelbagai permainan di dalam Galaxie Tabs dia... Aku macam biasa memang tidak dapat berebut broadband dengan dia, pukul 12.00 tengah malam nanti baru aku dapat giliran bermain internet... Hendak buat macam mana, memang itu sahaja yang dapat dibuat, hubby sememangnya ada line internet tapi jenis prepaid, aku pula mengambil plan postpaid sebab itu dia selalu meminjam broadband bila duit top-up dia habis...huhuhu....

read more

Siri Komik Manga...

Friday, November 23, 2012




Hari Jumaat penghulu segala hari dan kita semakin menghampiri akhir tahun...Bulan depan semua kakitangan awam mendapat bonus tahunan dan Al-Hamdulillah dapatlah aku berbelanja lebih sedikit.. Matlamat aku sebenarnya adalah untuk membeli seluar slim 'n' fit yang ditayangkan di dalam tv, ini kerana seluar yang aku selalu pakai sudah rosak teruk dan tidak sesuai untuk memakainya lagi.. Bak kata P. Ramlee dalam filem Seniman Bujang Lapok, kalau tidak boleh dijual, boleh disimpan sebagai pusaka...hehehe... Memang teruk, tapi seluar itu telah memberi banyak jasa kepada aku... Hari ini juga seperti biasa aku dan pegawai atasan aku pergi ke Alamanda untuk membeli makanan, kalau yang tinggal di kuarters, memang mereka akan balik ke rumah tapi bagi kami yang tidak tinggal di Putrajaya, agak susah untuk pulang ke rumah... Setelah membeli makanan kami sempat singgah ke kedai buku untuk mencari bahan buku yang baru di pasaran, tapi semuanya tidak menarik perhatian aku... Aku memang gemar pada cerita yang mengisahkan pembunuhan, misteri dan cinta berbentuk Islamik... Sekarang ini hobi terbaru aku adalah mencari novel Islamik selain daripada membeli majalah Ujang atau majalah Apo... Aku sebenarnya mencari komik siri Sailormoon, Dragon Ball dan Doraemon tapi sekarang ini susah mahu mencari siri ini... Dekat mana aku perlu cari bahan bacaan ringan ini? Walaupun ramai yang berkata aku seperti kebudak-budakan kerana meminati siri kanak-kanak, tapi aku tidak kisah sangat kerana bagi aku, lain orang lainlah cara minat dan hobinya... Bahan bacaan kanak-kanak contohnya siri Doraemon, walaupun ianya kebudak-budakan tetapi siri ini selalu diselitkan dengan contoh tauladan yang baik, contohnya jangan berputus asa dalam apa jua perkara yang kita lakukan, jangan membazir masa dan bermacam-macam lagi tauladan yang diselitkan dalam siri itu... Begitu juga dengan siri Ultraman dan apa-apa cerita yang bagi sesetengah orang dianggap mengarut dan tidak logik, tapi kalau kita tengok dari segi dalamannya, ada terdapat kisah taudalan yang baik yang perlu dicontohi... Lagi satu, membaca dan melihat siri komik manga dalam bentuk buku atau rancangan tv sebenarnya boleh menghilangkan stress dan penat di office, sebab itu aku suka melayani cerita dan membaca siri komik ini... Okeylah, time to sleep... see you soon...

read more

Selamat bermesyuarat....

Wednesday, November 21, 2012

Hari ini pegawai atasan aku pergi ke 'Mesyuarat Pinjaman Berkelompok' anjuran PNM di Glory Beach Resort, Port Dickson yang sepatutnya aku pergi ke sana... Tetapi memandangkan pegawai aku itu tidak cukup bilangan hari berkursus dalam tahun ini dan aku pula berlebih-lebihan bilangan hari berkursus, jadi aku minta pegawai aku pergi ke sana untuk menggantikan tempat aku... Tidak mengapa, lagipun aku memang tidak mahu pergi memandangkan secara kebetulan aku sekarang tengah demam panas... Bukan main lagi kerajinan aku datang sampaikan demam pun masih datang ke office untuk membuat kerja... tapi aku rasa sekejap sahaja ini, kerana aku rasa aku tidak bertahan lama untuk berada di office ini kerana badan aku semakin rasa membahang... huhu okey, aku hendak tidur dulu...


read more

HRMIS oh HRMIS....

Monday, November 19, 2012


Monday blues.... Memang penat betul rasanya setelah hampir 5 hari aku bercuti, rasa malas kembali menyerang diri...Aisshhh... Tidak boleh jadi kalau macam ini, macam mana aku hendak maju kalau malas macam ini??? Ada idea?? Tapi sekarang ini memang mood malas hendak buat kerja kerana sudah sampai masanya untuk kakitangan awam membuat laporan nilai prestasi tahunan dan sasaran kerja tahunan untuk tahun 2013 dalam HRMIS...Tapi yang paling benci dan bosannya adalah talian HRMIS selalu ralat dan selalu tergendala, kalau buat di office, sampai tersengguk-sengguk menahan rasa mengantuk menunggu talian itu okey... huhu memang aku tidak gemar pada penungguan ini, sudahlah banyak kerja tergendala akibat hendak buat SKT dan LNPT... Aku dan pegawai atasan aku memang hanya menumpukan kerja-kerja LNPT dan SKT ini tanpa menyiapkan kerja-kerja katalog... Oh ya, lupa pula hendak memberi informasi terbaru... Kami di HQ JBPM akan berpindah di pejabat baru tidak lama lagi...Di mana?? hehehe cuma di belakang office lama sekarang ini, kerana office sekarang akan diambil alih oleh JBPM Wilayah Persekutuan Putrajaya dan bersebelahan dengan Balai Bomba Dan Penyelamat Putrajaya... Yang paling seronoknya adalah perpustakaan akan diletakkan di tingkat bawah sekali dan keluasan saiznya adalah dua kali ganda jika dibandingkan dengan saiz perpustakaan sekarang ini, alangkah seronoknya...
read more

Selamat Menyambut Awal Muharram...

Thursday, November 15, 2012

Selamat Menyambut Awal Muharram iaitu hari ini 1 Muharram 1434H kepada seluruh umat Islam..Semoga di tahun baru ini, kita akan menjadi umat Islam yang soleh dan solehah serta dirahmati oleh Allah SWT.. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah dan semoga taubat nasuha kita diterima oleh Allah... Tidak lama lagi kita akan melangkah tahun 2013 dan apakah azam di tahun baru anda semua? Aku pula? Hihi sebenarnya aku tidak menetapkan apa-apa azam sebab takut tidak terlaksana nanti... Jadi biarlah hanya lalu di minda aku ini sahaja dan seandainya ada keizinan dan kesempatan masa, aku akan tunaikan azam baru aku ini...
read more

Selamat Hari Deepavali

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Hari Deepavali kepada semua kaum Hindu di seluruh dunia... Walaupun hari ini adalah cuti umum tetapi aku rasa macam biasa sahaja cutinya, macam cuti Sabtu dan Ahad... Tetapi yang paling best aku dapat mencuci pakaian dan Al-Hamdulillah semuanya kering, di tambah cuaca yang amat baik sekali... Lusa pun cuti umum juga iaitu Awal Muharram iaitu bulan Pertama dalam kalendar Islam... huhuhu, sebenarnya hari esok pun aku bercuti juga kerana selang sehari sahaja bekerja, rasa malas pula untuk pergi bekerja...

read more

Aduh...Letih...

Monday, October 29, 2012


Letihnya badan aku ini... Sumpah demi Allah kami tidak akan balik pada hari Ahad masa orang ramai hendak pulang ke kota KL... Semalam kami selamat sampai di rumah kami syurga kami tetapi dalam jangka masa yang begitu lama sekali... Kami bertolak dari Terengganu pada pukul 10.00 pagi dan dijangka sampai di Sepang dalam pukul 6 petang tetapi pada hari semalam, sesuatu yang agak luar biasa telah berlaku... JALAN RAYA SESAK DARI TOL KARAK MENUJU KE KL!!! wahh..... memang silap besar masa itu, kami ingatkan cuma kesesakan berlaku hanya seketika sahaja tetapi masa sampai di situ, dua jam kami tidak bergerak, kami mengambil keputusan untuk melalui laluan Kuala Pilah... Masa itu hanya Allah sahaja yang tahu masa kami melalui jalan itu, kerana laluan itu amat gelap sekali tetapi nasib baik bukan kami sahaja yang melalui jalan itu, ramai juga pemandu membelok kenderaan masing-masing dan mengikut kami dari belakang...Kemudia, hujan turun dengan lebatnya sehingga hubby terpaksa membawa kereta dalam kelajuan 45km sejam kerana tidak nampak jalan, aku juga membantu dia dalam melihat jalan, takut terbabas di tepi jalan... Kami sampai di rumah dalam pukul 10.30 malam dan jangkamasa kami adalah 13 JAM!!!!!!!! Memang gila dan itulah kali pertama dan kali terakhir kami pulang pada hari kemuncak.....
read more

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua saudara Islam...

Friday, October 26, 2012




Al-hamdulillah, kami selamat sampai di Terengganu pada pukul 11.30 malam tadi dan kami sempat singgah di kedai makan untuk menikmati makan malam... Pada mulanya hubby membawa kereta daripada rumah sampai di Hentian Kuantan... Setelah itu, aku pula mengambil alih untuk membawa kereta lantaran hubby kepenatan dan ditambah pula hari telah malam dan mata hubby silau bila cahaya lampu kenderaan lain datang... Al-Hamdulillah, sampai juga destinasi kami dan aku tidak melalui jalan Jabor sebagaimana biasa kami pulang, sebaliknya kami pulang melalui jalan pantai sahaja kerana pada masa itu, jalan Jabor gelap tanpa ada cahaya lampu jalan di tambah pula dengan kerosakan teruk pada jalan tersebut... Kami memakai baju raya berwarna oren dan nasib baik hubby ada baju melayu yang berwarna oren... Pada waktu pagi kami semua pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya dan selepas itu kami pulang ke rumah untuk menikmati juadah hari raya...Tapi berbeza sedikit dengan hari raya Aidilfitri, kami cuma membuat masakan ringkas sahaja, iaitu bihun goren kerana kami ingin memasak nasi dengan gulai kawah, ala...sama macam kenduri kahwin tapi ini untuk keluarga ini sahaja.... Kali pertama juga aku dan hubby dapat menunaikan ibadah korban dan hubby seronok dapat melapah daging lembu yang dikorbankan... Kedua-dua adik lelaki aku telah buat ibadah korban pada sebelah pagi manakala aku dan hubby serta dua orang ibu saudara dan bapa saudara membuat ibadah korban pada sebelah tengahari... Yang menggelikan hati kami ialah masa hubby mengasah parang untuk melapah daging, parang tersebut tidak tajam setelah beberapa kali diasah... Puas jugalah hubby mengasah menggunakan cara tradisional dan cara moden tapi memang tidak tajam... Bukan dia sahaja yang mengasah, tetapi adik lelaki ke3 aku juga menolong dia mengasah tapi parang itu tetap tumpul... Dengan parang itu jugalah dia melapah daging dan pertama kali dalam hidup hubby melapah daging, sangat menggelikan hati kami melihat... Aku cuma melihat sahaja gelagat mereka melapah.. Selesai melapah, kami membahagikan kepada 7 bahagian dan setelah itu kami membawa daging tersebut pulang ke rumah untuk diagihkan kepada orang miskin di kampung kami... Kami cuma mengambil 1/3 bahagian sahaja untuk dimasak dan selebihnya kami membahagikan kepada orang kampung... Masakan kami pula kami buat nasi putih dengan gulai daging kawah, daging masak merah, dan daging rendang... Hubby sempat berkata dengan aku yang dia rasa seronok bila dapat memasak beramai-ramai dan itulah kali pertama dia membuat ibadah korban dengan begitu meriah..Untuk pengetahuan semua, sekiranya ada majlis kenduri di rumah aku sedangkan tetamunya hanyalah ahli keluarga dan sanak saudara terdekat sahaja yang hadir, tetapi meriahnya sama macam kenduri kampung biasa, memang gamat dengan suara pekikan ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara yang memasak dan mengupas bawang dan sebagainya... Aku pula berbangga dan gembira kerana dapat menggembirakan hati hubby kerana itulah kali pertama dia merasa hari raya Aidiladha di Terengganu dengan keadaan situasi yang sebenarnya... Memang betul apa yang kebanyakan orang berkata, di Terengganu dan Kelantan, hari raya Aidiladha lebih meriah jika dibandingkan dengan hari raya Aidilfitri... Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia... Aku juga doakan kesejahteraan kepada bakal-bakal haji dan hajjah di Mekah Al-Mukarammah, semoga mereka mendapat haji mabrur, Amin Ya Rabbal Alamin....
read more

Selamat menunaikan ibadah haji...

Monday, October 22, 2012

Pada masa ini sudah ramai umat Islam telah sampai di bumi Mekah Al-Mukarammah dan aku terasa sedikit terkilan kerana tidak dapat peluang untuk berkunjung di rumah Allah... Insya Allah, aku yakin dengan Qada' dan Qadar Allah, aku yakin aku akan dijemput ke sana suatu hari nanti, Insya Allah.. Bakal haji dan hajjah dari Malaysia semuanya telah sampai di sana aku doakan agar mereka selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia,....Semoga umat Islam di sana akan mendapat haji mabrur dalam pencapaian ibadah masing-masing..Aku cuma mengambil cuti pada 29hb sahaja kerana cuti aku tinggal sedikit sahaja lagi... huhu tetapi tidak mengapa, kerana kegembiraan telah mengatasi kesedihan aku, sabar Shikin... Hanya sedikit masa lagi kamu akan dapat bersama-sama dengan keluarga yang tersayang tetapi aku rasa yang lebih excited nya adalah hubby... Sebab ini adalah pertama kali dia masuk korban dan dia akan mempelajari perkara baru dalam hidupnya....


read more

Tadaima.... ^_^

Friday, October 19, 2012

Al-hamdulillah, aku telah selamat sampai ke rumah pada petang semalam dan penatnya belum hilang lagi hari ini...Aku ingat mahu mengambil cuti rehat tetapi memandangkan aku berasa kasihan pada pegawai atasan aku tinggal berseorangan di pejabat, aku memaksa diriku untuk bangun bekerja.. Aku mindset kan minda aku dalam kepala yang aku bekerja kerana Allah dan aku mencari rezeki kerana Allah... Terima kasih Ya Allah kerana masih diberi peluang untuk beribadah kepadaMu... Minggu depan adalah hari raya Aidiladha, dan aku telah bersiap sedia untuk mood bercuti... Oh ya, untuk pengetahuan, pada tahun ini, aku bersama-sama dengan hubby dan ahli keluarga yang lain akan membuat korban lembu...Hati ini betapa seronoknya rasa kerana dapat peluang untuk masuk bahagian dalam hari yang penuh bersejarah ini dan inilah kali pertama aku, hubby dan adik-adik lelaki aku masuk bahagian untuk korbankan lembu... Terima kasih Ya Allah dan aku bersyukur padaMu Ya Allah...


read more

Sayonara, jaa mata nee, minna-san.....

Monday, October 15, 2012

Hari ini adalah hari terakhir aku akan mengemaskini blog dan aku terasa berdebar-debar pula, macam kali pertama aku pergi berkursus...Aku siapkan segala kelengkapan yang perlu untuk pergi ke sana dan dalam masa yang sama, aku siapkan juga kelengkapan kerja hubby seperti menggosok pakaian agar sentiasa kemas dan teratur.. Secara kebetulan adik ipar perempuan aku ada temuduga jururawat di Jabatan Perkhidmatan Awam di Putrajaya dan esok hubby telah mengambil cuti rehat dan akan menghantar aku pergi ke office kerana aku menunggu pemandu jabatan di sana... Kami akan bertolak pada pukul 10 pagi dan dijangka sampai di sana dalam pukul 2 petang... Kepada adikku Erra, akak harapkan Erra akan dapat menjawab pertanyaan daripada penemuduga dengan baik dan jangan panik bila tidak yakin dengan jawapan yang diberikan... Anggap sahaja sebagai satu ujian untuk Erra dan all the best with your interview... Okey, time to sleep... <3 tata...


read more

Yea..yea...dapat pergi kursus....

Friday, October 12, 2012

Hari ini aku mendapat tahu yang aku perlu pergi kursus selama 3 hari di Lumut, Perak... Kursus terakhir untuk tahun ini walaupun kuota kursus aku sudah melebihi 7 hari tetapi aku memang suka pergi kursus apatah lagi kursus yang jauh penempatannya... Aku akan mula berkursus pada 16hb ini sampai 18hb dan aku akan pergi bersama-sama dengan pemandu jabatan dan sahabat aku Kak Anum... Kami juga akan pergi bersama-sama dengan Abang Eddy yang juga merupakan urusetia bagi kursus ini dan nama kursus ini adalah Kursus Perkhidmatan Kaunter... hehehe... Memang kursus ini ada kena mengena dengan kerja aku dan secara kebetulan sahabat aku merangkap pegawai atasan aku akan mula bekerja pada 15hb ini setelah bercuti lama... Dalam masa itu, aku tidak akan mengemaskini blog ini tetapi aku akan muncul semula pada keesokkan harinya yea... Tengahari tadi aku pergi ke Alamanda seorang ini, hajat di hati ingin membeli makanan segera tetapi dalam saat akhir aku batalkan dan aku singgah ke Carrefour untuk membeli roti dan tuna dalam tin serta air kotak perisa teh.. Jadi pada petang itu aku makan roti beserta dengan tuna, memang sedap...


read more

Kisahku dan abah..

Tuesday, October 09, 2012

Maaf yea kerana aku tidak dapat mengemaskini entri ini..Memang sibuk 2 @ 3 hari ini kerana bila keluarga abah sampai di rumah, memang riuh sekejap rumah aku... hehehe sebenarnya adik aku iaitu Radzi telah menghabiskan sesi pembelajaran di kolej dan konvokesyen dia dilaksanakan di Universiti Multimedia, Cyberjaya.. Sebab itu abah dan keluarga datang ke rumah, supaya senang hendak pergi ke universiti itu... Memang dekat sahaja perjalanan ke Universiti itu.. Rupa-rupanya abah akan balik pada 10hb kerana pada hari ini Radzi akan melakukan raptai sempena hari konvo dia itu..Semalam, nasib baik aku bercuti dan dapatlah aku menemai mereka mengambil jubah konvo Radzi di Jalan Gurney Kiri, KL. Memang jenuh juga hendak mencari jalan itu, sedangkan papan tanda yang telah dihalang oleh satu pemandangan yang cukup 'indah' sekali...Deretan kedai makan mengundang rasa kurang berpuas hati dengan keadaan di situ kerana kami memang tidak nampak Kemudian kami perrgi ke Sogo dan macam biasa perempuan akan pergi ke situ... Aku memang tidak berapa gemar untuk membeli belah di situ kerana harganya agak mahal jka dibandingkan dengan pusat beli belah yang lain.... kejap tadi kami ke Nilai 3 kerana ibu tiri aku ingin membeli belah di sana dan agak malang sekali kedai di sana sudah tutup... Baru aku teringat yang Nilai 3 akan tutup pada waktu malam kecuali pada hari cuti sekolah sahaja yang belum ditutup... huhuhu memang frust sangat ibu tiriku ini tapi tidak mengapa, abah sudah berjanji akan datang semula ke sini... Sebelum itu, kami pergi ke Kajang untuk memakan makanan yang begitu terkenal di situ, iaitu Satey Kajang...



read more

Selamat datang abah and the families...

Friday, October 05, 2012

Hari Jumaat telah tiba.. Hari ini abah akan datang ke rumah dan katanya mungkin pada pukul 2.00 pagi akan sampai ke rumah... Aku sudah tidak sabar untuk menyambut ketibaan mereka dan malam ini aku akan tunggu kedatangan mereka... Tentu mereka terperanjat dengan kehadiran kereta pinjam aku....oppss... aku belum ceritakan apa yang terjadi pada kereta aku,bukan? Okey, macam ini... Sebenarnya kereta aku daripada 3 minggu lepas telah dibawa ke bengkel untuk dicat baru, warna merah, sama macam warna kereta bomba... Apalah hubby, sudahlah aku kerja dengan jabatan bomba, diberinya pula nafas baru pada kereta kami dengan warna kereta bomba... ishh..isshh... Hendak dijadikan cerita, kereta kami masih belum siap dicat lantaran tuan kedai itu berjanji akan siapkan kereta dalam masa 3 minggu, tapi biasalah janji Melayu...tidak pernah ditepati.. Lalu hubby meminta kereta gantian sementara kerana aku ingin memakai kereta tersebut untuk dibawa ke pejabat... Aku memang boleh pergi kerja dengan menaiki ERL tapi hubby takut dia kena kerja lebih masa, mungkin sampai malam... itu yang dia bimbangkan dan tuan kedai itu dengan rela hati menawarkan kereta dia untuk di pakai...Kamu semua tahu kereta apa? Naza Citra Auto...fuhh tidak pernah seumur hidup aku membawa kereta auto, kereta Naza pula... Tapi nasiblah, alasan tuan kedai itu, dia segan sebab janji dia untuk siapkan kereta tidak dapat ditunaikan.. Nasib baik kerana malam itu juga kami ke kedai untuk membeli barangan dapur...


read more

Happy belated anniversary....

Tuesday, October 02, 2012

Happy belated anniversary... 2 hari lepas, genaplah 10 tahun aku dalam perkhidmatan kerajaan... wahh kejap sahaja masa berlalu, aku masih ingat lagi keperitan dan kepayahan aku dalam mengharungi cabaran dan dugaan dalam hidup yang kadang kala menyesakkan diri... Kepayahan itulah juga yang telah mematangkan diri aku (yea ke matang?) hehehe... Dalam kepayahan ada juga kebahagiaan dalam diri aku, seperti manusia biasa yang lain..kesilapan akan sentiasa berlaku, kealpaan diri sentiasa ada berlaku antara sedar atau tidak, tapi yang penting, sekarang ini aku mengecap kebahagiaan dan kadang kala kesepian dan kadang kala kesedihan... Itulah putaran hidup kita di muka bumi Allah ini....


read more

Monday blues...

Monday, October 01, 2012

Monday blues datang lagi tapi aku tidak kisah dengan semua itu... Yang penting aku mendapat berita gembira kerana abah akan datang ke rumah bersama-sama dengan family.. Itu yang paling seronok kerana pada minggu depan aku akan bercuti.. Amboiii.. Hari ini baru start kerja untuk minggu ini, sudah bercerita tentang minggu depan...ahakss..memang teruk perangai aku tapi tidak kisahlah asalkan aku dan hubby bahagia bersama...lagipun aku tidak menyusahkan orang lain apatah lagi hendak menyibuk tentang hal lain..banyak benda lagi yang aku perlu buat contohnya baca buku ke, mewarna ke...Yealah, sudah lama aku tidak mengasah bakat aku dalam mewarna walaupun kadang kala nampak seperti kebudak-budakan.. Biarlah apa orang hendak kata, asalkan aku tidak diganggu sudahlah, mulut manusia mana boleh ditutup, bila sudah penat senyaplah mereka...


read more

Sekali lagi rutin mingguanku...

Saturday, September 29, 2012

Al-Hamdulillah, segala puji bagiMu Ya Allah, terima kasih kerana Engkau memberikan rahmat dan hidayahMu pada kami sekelian makhluk dan aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memberi peluang kepadaku untuk bernafas lagi di muka bumi yang Engkau ciptakan... Seperti biasa rutin harian aku akan bermula iaitu mencuci segala pakaian aku dan hubby... Hmm... Dan masakan aku berlainan daripada hari biasa, aku memasak masakan daging bahu kambing bakar.... Fuhhh, memang sedap... Ahakss.. Ada hati hendak memuji diri sendiri sedangkan masakan aku tidak setanding dengan chef-chef tapi hubby cakap masakan aku memang sedap (untuk tekak dia lah)...


read more

Doaku untukmu....

Thursday, September 27, 2012

Al-Hamdulillah, akhirnya aku dapat pergi kursus yang berkaitan dengan tugas aku iaitu kursus kaunter perkhidmatan yang berkesan... wahh.. Tapi bulan depanlah aku pergi kursus... Pegawai aku pula akan masuk bulan depan setelah lama cuti sakit akibat kemalangan tempoh hari... Kasihan aku melihat dia, tetapi hendak buat macamana, sudah nasib malang menimpa dia...Aku doakan agar dia akan sentiasa sihat dan boleh bekerja seperti sedia kala... In Sha Allah...


read more

Apalah lembap sangat?!!

Tuesday, September 25, 2012

Tuesday blues....biasanya orang akan cakap Monday blues tapi aku tetap dengan Tuesday blues.. Kenapa? Kerana aku berasa amat bosan dan amat mengantuk hari ini di pejabat, talian internet terlalu perlahan sampaikan aku terbayang yang siput babi pun lari lebih laju daripada talian internet ini..Memang lembap sungguh... Hendak merekod surat dalam fail itu sudah aku lakukan, hendak susun buku semuanya sudah dikemaskan...apa lagi yang perlu aku lakukan??hrmmm....any ideas?
read more

Rutin mingguanku... :-D

Saturday, September 22, 2012

Alahai....Banyak betul baju yang aku cuci hari ini sampai penuh ampaian di belakang rumah, sudah jadi seperti kedai bundle pula, sampai hubby pun perli, “nie nak membasuh ke berniaga baju nie?” hehehe perli nampak... Macamana hendak dilakukan, itu sahaja masa yang aku ada untuk cuci pakaian, dekat belakang rumah hubby tidak pasang awning lagi sebab itu aku tidak dapat cuci pakaian hari-hari..opss.. hehehe... Tadi ummie aku ada menelefon untuk bertanya pada kami samada ingin masuk bahagian untuk hari raya korban nanti sebab ummie mahu masuk bahagian... Aku sememangnya menunggu peluang untuk masuk bahagian lantas aku bersetuju untuk masuk bahagian, jadi ummie meminta kami untuk balik kampung pada hari raya Aidiladha nanti... Kemudian hubby pun berkata yang dia juga hendak masuk bahagian, jadi aku menghubungi ummie semula untuk memberi kata putus mengenai masuk bahagian... Tentu seronok masa itu kerana ramai sanak saudara aku akan bertandang di rumah kerana tahun ini rumah aku dijadijan tempat untuk berhari raya....Wah, rasa tidak sabar untuk berhari raya dengan mereka....


read more

Letihnya...

Friday, September 21, 2012

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari Jumaat juga akan berlaku hari kiamat, bila ianya berlaku?Hanya Allah SWT sahaja yang tahu rahsianya... Hari ini selalunya aku akan keluar bersama-sama dengan pegawai aku tetapi memandangkan dia masih lagi cuti sakit jadi aku tidak akan keluar ke mana-mana sebab aku ada memesan Domino Pizza..hehehe memang cari nahaslah aku ini, bukankah begitu? Sebenarnya aku memang malas mahu keluar dari pejabat kerana badan aku kurang sihat sedikit dan aku tidak larat untuk berjalan-jalan... Mmm.. Apa yang perlu aku lakukan untuk mengisi masa lapang ini? Oh ya...sekarang ini gadget android telah melanda zaman ini, kerana zaman semakin canggih..aku juga tidak ketinggalan untuk membeli gadget android.. Dalam android itu aku masukkan banyak games dan filem-filem yang aku minati... Angry Birds?sudah semestinya aku masukkan tetapi aku lebih berminat pada permainan perempuan berbanding dengan hubby yang dia lebih berminat dengan permainan perang.... Okey, time to sleep...tata...




read more

Relaks...

Tuesday, September 18, 2012




Hari ini perpustakaan ditutup untuk kerja-kerja audit dan aku pula tidak dihalau keluar kerana masih banyak kerja-kerja perpustakaan yang masih terbengkalai lagi... aihh...Aku bukannya ponteng tetapi talian internet kat pejabat aku ini kadang-kadang tidak berfungsi... Itu sebab banyak buku-buku tidak dapat direkod di dalam sistem perpustakaan... Kerja-kerja audit terpaksa dibuat di dalam perpustakaan lantaran banyak bilik-bilik mesyuarat telah dipakai dan tiada kekosongan bilik buat ketika ini, jadi kerja-kerja audit terpaksa di buat di dalam perpustakaan.... Memang relaks saja hari ini lantaran perpustakaan ditutup jadi ramai kakitangan tidak dapat membaca suratkhabar seperti mana hari biasa... hehehe...
read more

Selamat Hari Penubuhan Malaysia

Sunday, September 16, 2012



Assalamualaikum,
Yehaaa.... Selamat Hari Penubuhan Malaysia kawan-kawan... Aku berasa amat bertuah kerana dapat hidup dalam negara yang aman dan makmur dan aku harap generasi sekarang ini akan dapat mengekalkan keamanan dalam negara... Jangan biarkan kita dijajah semula, kena ingat dalam fikiran yang nenek moyang  kita bertungkus lumus untuk memerdekakan negara dan cukup hanya sekali kita berperang... Janganlah kita berperang sesama manusia lagi....
read more

Bangga jadi salah seorang kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia...

Wednesday, September 12, 2012




Masa berlalu dengan begitu pantas sekali, sedar atau tidak kita sudah memasuki akhir tahun... Tidak lama lagi musim tengkujuh akan tiba dan masa itulah pihak berwajib seperti Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Tentera Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pertahanan Awam,Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Kesihatan dan pelbagai agensi lagi akan bergabung untuk menghadapi banjir yang akan tiba tidak lama lagi... Amboi, hehe saja buat promosi jabatan aku ini, iaitu Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia...Aku amat berbangga menjadi salah seorang kakitangan sokongan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, walaupun aku tidak terlibat dengan aksi penyelamatan tetapi menjadi sebahagian daripada keluarga anggota bomba ini aku berasa amat bangga sekali...Sedar atau tidak aku sudah bersama dengan jabatan ini selama 5 tahun dan telah berkhidmat sebagai kakitangan awam selama 10 tahun... Wahh, satu pencapaian yang amat membanggakan aku kerana ketika ramai lagi graduan masih tercari-cari tapak untuk bekerja, sebaliknya aku pula sudah berada di dalam pekerjaan selama 10 tahun... 1hb Oktober ini genap aku bekerja selama 10 tahun....
read more

Gomennasai...

Monday, September 10, 2012




Sorry kerana agak lama aku tidak mengemaskini blog ini... Bukannya apa, aku agak sibuk di pejabat kerana ketiadaaan pegawai aku... Aku perlu membuat tugas dia yang terbengkalai dan oleh kerana internet di pejabat aku sekejap ok dan sekejap menjadi bengong, aku terpaksa mencari tugas yang lain yang tidak melibatkan penggunaan internet.... Tidak lama lagi kita akan bercuti iaitu hari Penubuhan Malaysia, aku berasa amat seronok kerana hari tersebut jatuh pada hari Ahad dan ianya akan diganti pada hari Isnin... Yeayyy.. Dapat cuti 3 hari tapi sama sahaja dengan negeri yang mengambil cuti am pada hari Jumaat...Mereka pun mendapat 3 hari bercuti juga...Hmmm... Tidak elok berdengki-dengki ini,bukankah begitu???hehehe
read more

Tadaima... ^_^

Monday, September 03, 2012

Al-Hamdulillah, kami selamat sampai ke rumah Taman Salak Idaman pada pukul 4.30 petang tadi.. Memang letih gila masa ini tetapi hati kami puas kerana dapat membeli apa yang perlu... Adik ipar perempuan aku masih lagi berada bersama kami kerana kami akan balik ke Felda Palong pada hari Sabtu ini... Hari ini aku masih lagi bercuti dan esok aku mulai bekerja, pegawai aku belum lagi pulih dari kecederaan dia dan Insya Allah bila dia sudah sembuh, dia akan mula bertugas semula..Bila?? Wallahu'alam... Hari ini aku sempat mencuci pakaian dan meminta adik ipar perempuan untuk menjemur pakaian pada hari esok... Secara kebetulan dia pun mahu mencuci pakaian dia juga kerana pakaian kotor terlalu banyak jika dibandingkan dengan pakaian bersih.... Okey, aku mahu tidur awal kerana badan terlalu penat tapi sebelum itu aku mahu menggosok pakaian kerja dulu... Tata...Jumpa lagi...
read more

Perjalanan kehamilanku part 2

Sunday, September 02, 2012


Assalamualaikum wbt...
Hari ini aku ada temujanji dengan doktor O & G pada pukul 8 pagi tetapi malangnya doktor sampai di dalam bilik doktor pada pukul 9 pagi... Pada mulanya jururawat mengatakan yang doktor pakar tiada untuk membuat pemeriksaan dan meminta supaya digantikan dengan doktor lain tetapi aku kata yang aku sudah membuat temujanji hanya pada doktor pakar dan tambahan pula aku tinggal di luar negeri Terengganu....Kemudian jururawat itu menelefon doktor pakar terbabit dan syukur kerana doktor pakar bersetuju untuk bertemu dengan aku pada jam 9 pagi... Sementara hendak menunggu kedatangan doktor, aku dan hubby telah pergi makan sarapan pagi di kedai makan berhampiran... Kemudian, lepas itu, kami bergegas ke klinik O & G untuk bertemu doktor pakar dan nasib kami baik kerana tidak sampai 10 minit menunggu, nama aku dipanggil... Doktor berkata yang ujian IUI yang lepas tidak berjaya dan beliau sarankan aku membuat IVF kerana walaupun aku membuat IUI berulang kali, hasilnya tetap sama... Beliau mengatakan yang aku mungkin telah berjaya hamil dengan kaedah itu teatapi memandangkan rahim aku tidak cukup kuat, sebab itu aku mengalami keguguran... Aku berkata pada beliau aku akan berbincang dengan hubby dan tengok keadaan macam mana dulu... Doktor pakar telah mengesyorkan bahawa aku boleh membuat IVF dengan menggunakan dua cara... Cara pertama, aku perlu membuat IVF di Hospital Kuala Lumpur dan mengikut prosedur di sana sepenuh masa... Atau cara kedua, aku membuat IVF di Hospital Kuala Terengganu tetapi perlu menjalani rawatan susulan seperti membuat scanning, mengambil dan menyuntik ubat kesuburan di Hospital Kuala Lumpur... Prosedur terakhir sekali baru buat di Hospital Kuala Terengganu.... Selepas penerangan doktor pakar, kami pun pulang ke rumah sambil berbincang apa langkah seterusnya yang perlu diambil.... Lepas itu, kami singgah ke kedai keropok untuk membeli keropok lekor yang dipesan oleh sahabat aku dan pada waktu petang, selepas ummie pulang dari kerja dia mengajak kami ke kedai keropok keping kerana emak mertua aku memesan supaya membeli keropok... Kemudian kami pulang ke rumah dengan pelbagai barangan, rasanya macam mahu berniaga keropok saja...hehehe... memang penuh bonet kereta, itu belum masuk lagi barang-barang lain seperti beg baju, beg laptop dan beg kelengkapan diri...

read more

Balik kampung...hoho balik kampung....

Saturday, September 01, 2012


Al-Hamdulillah, akhirnya kami sampai di bumi Terengganu pada petang semalam tepat jam 5.00 petang dan macam biasa aku dan keluarga akan berkumpul di dapur untuk mesyuarat keluarga... Ahakss.. Gurau saja, tapi memang benar di dapur kami akan berkumpul dan berbincang tentang masalah masing-masing, bak kata orang, makan sampai berjam-jam hingga tidak sedar masa berlalu... Banyak perkara yang kami bercerita dan secara kebetulan bulan Syawal masih awal lagi jadi banyak juga rumah-rumah terbuka untuk beraya... Semalam kami sempat singgah di rumah nenek aku di Kemaman untuk melihat keadaannya.. Bila sampai di rumah nenek, kami terserempak dengan nenek saudara aku yang datang bersama-sama dengan keluarga dia.... Kebetulan juga mereka juga baru sahaja sampai di rumah nenek aku dan kami sama-sama melawat nenek yang sedang sakit... Memang sedih bila melihat keadaan nenek dan nasib baik 2 orang emak saudara aku yang menjaga dia... Kalau tidak aku pun tidak tahu apa yang akan berlaku... Nenek aku sudah tidak boleh bercakap kecuali satu perkataan, “mana..mana...mana?” hanya 2 orang emak saudara aku sahaja yang faham apa maksudnya dan apa yang dia mahu... hurmmm.... Hari ini aktiviti kami adalah membeli kain batik yang telah dipesan oleh emak mertua aku, kami singgah di pasar payang yang memang terkenal dengan penjualan barang-barang tradisional Terengganu... Akhirnya aku menemui apa yang aku cari selama ini... hehehe apakah barang itu? Ianya adalah rahsia kerana takut juga yang orang memikirkan perkara yang negatif terhadap aku... Tetapi ianya ada sejenis makanan dan rasanya memang sedap... Setelah penat membeli barang-barang, kami singgah di rumah emak saudara aku yang tinggal berhampiran dengan pasar payang, dan setelah meletak barang-barang, ummie mengajak aku dan hubby berjumpa dengan tabib cina atau lebih dikenali sebagai sensei di kedai ubat perkampungan cina, yang juga berdekatan dengan rumah emak saudara aku... Aku membuat rawatan akuapuntur untuk tangan aku yang sakit akibat sendi saraf... Hubby pula membuat bekam di bahagian belakang dan memang itu adalah kali pertama dia membuat bekam dalam seumur hidup dia... Selesai kami membuat rawatan, emak saudara aku juga mahu membuat akuapuntur dan memang ada perkara melucukan berlaku pada dia... Emak saudara aku menjerit-jerit ketakutan kerana melihat sensei tersebut mencucuk bahagian belakang dia tetapi dalam masa yang sama dia mahu membuat akuapuntur itu...hehehe... Bila selesai membuat rawatan, kami pulang ke rumah untuk solat Maghrib. Selesai solat Maghrib, aku bersama-sama dengan hubby dan adik ipar perempuan aku pergi ke I-City Terengganu, sama seperti I-City Shah Alam... Subhanallah, memang kreatif orang yang membina taman yang serba indah ini dan aku berbangga kerana Terengganu memang banyak tempat yang menarik untuk dilawati...hehehe (promosi sedikit tentang negeri kelahiran aku....) Pada pukul 9.30 malam barulah kami pulang ke rumah kerana hubby nampak keletihan akibat membuat bekam di bahagian belakang...
read more

Selamat Menyambut Kemerdekaan

Thursday, August 30, 2012


Assalamualaikum,
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 55 tahun... Kita telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan itu adalah detik bersejarah untuk kita semua... Biarpun aku tidak lahir lagi pada masa itu (ummi aku pun baru berusia 2 tahun ketika itu) tetapi aku dapat rasakan semangat untuk merdeka memang membara dalam diri semua rakyat pelbagai kaum...
read more

Diari harian

Sunday, August 26, 2012 Taman Salak Idaman, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia


Assalamualaikum, 
Hari ini bukan sahaja adik ipar perempuan aku berada di rumah, malah adik perempuan aku pun datang sama ke rumah dan hari Jumaat ini kami akan pulang ke Terengganu kerana aku mempunyai temujanji dengan doktor O & G... Adik perempuan aku sampai dalam pukul 6.00 petang dan kami semua bergerak menuju ke rumah kakak aku kerana dia membuat jamuan raya... Wahh, aku pula tidak perlu masak untuk hari ini... Tetapi yang paling kasihan adalah adik perempuan aku ini kerana dia baru sahaja sampai di Sepang.. Sudahnya dia tertidur di rumah kakak... Kakak membuat nasi minyak bersama-sama dengan ketupat rendang ayam, nasi himpit dan kuah kacang.. Memang kenyang dan aku sekeluarga mengucapkan terima kasih pada kakak kerana sudi menjemput kami untuk makan... Kami adalah tetamu yang terakhir datang ke rumah, tetapi aku sudah maklumkan pada kakak terlebih dahulu kerana mengambil adik perempuan aku di Putrajaya Sentral...

read more

Diari harian

Thursday, August 23, 2012 Kampung Geching Hilir, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia


Assalamualaikum,
Syukur Al-Hamdulillah, kami telah selamat sampai di rumah kami, syurga kami, Taman Salak Idaman... Kami ditemani oleh adik ipar perempuan kami yang bongsu kerana dia ingin beralih angin seketika setelah penat mengulangkaji dan menduduki peperiksaan SPM dia... Amboii... hehehe... Macam pembaca berita pula rasanya...Kalau ikut perancangan asal kami akan pulang pada hari Jumaat iaitu esok tetapi memandangkan adik perempuan aku ingin datang ke rumah pada hari Sabtu ini, kami terpaksa pulang awal ke rumah... Lagipun hubby ingin membaiki dan membuat service kereta kerana kami akan berangkat pulang ke Terengganu pada 31hb Ogos ini...  Hari raya pada tahun ini macam biasa seperti sebelum ini, bermacam jenis kuih dan pelbagai juadah dihidangkan... Macam di rumah mertua aku, mereka memang ada membuat ketupat nasi, satey ayam, satey daging, lodeh basah dan bermacam-macam kuih telah disediakan... Pada pagi raya, kami memang selalu ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama-sama dengan orang kampung (Felda Palong 7 & 8), selepas itu bersiap-siap untuk bersalam-salaman dan bermaafan antara satu sama lain... Duit raya untuk kanak-kanak juga disediakan dan oleh kerana anak-anak saudara kami tidak ramai, aku dan hubby telah berpakat untuk memberi lebih sedikit duit raya kepada mereka....
read more

Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan Batin

Saturday, August 18, 2012 Taman Salak Idaman, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia


Assalamualaikum, 
Hari ini adalah hari terakhir aku berada di rumah dan petang ini aku dan hubby akan berangkat untuk pulang ke kampung... Semalam adalah hari terakhir kami bekerja dan kami akan bercuti selama seminggu di kampung... Tahun ini adalah giliran kampung hubby dan kami berasa amat seronok kerana hari raya jatuh pada hari esok... Di kesempatan ini aku ingin mengambil peluang untuk memohon kemaafan seandainya aku ada terkasar bahasa dan tersinggung perasaan kepada semua rakan-rakan, sanak saudara dan keluarga yang tersayang... Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada seluruh umat Islam, tidak kira di mana anda semua berada.... Hari ini juga adalah hari terakhir aku menaip entri ini kerana di kampung hubby tidak dilengkapi dengan talian internet dan talian 3G juga tiada di sana.... Insya Allah 2 minggu lagi kita akan berjumpa lagi jika Allah masih memberi peluang kepada kita untuk menikmati kehidupan ini... Salam Aidilfitri semua....
read more

Resipi salad ubi kentang

Friday, August 17, 2012


Bahan-Bahan : 
Ubi kentang (direbus hingga empuk @ letak secubit garam), strawberi, epal hijau @ merah, tomato ceri,nanas dalam tin (dihiris nipis@besar),mayonis dan serbuk lada sulah.

Cara Penyediaan : 
Setelah ubi kentang masak, masukkan semua bahan-bahan tadi di dalam mangkuk (termasuk mayonis dan serbuk lada sulah). Kemudian, kacau hingga sebati (p/s : kena kacau cepat2 sebab kalau ubi kentang itu sejuk, mayonis akan jadi berketul2...).. Then, sudah siap salad ubi kentang... Have fun...Selamat menjamu selera...hehehe
read more

Selamat hari Raya Aidilfitri

Thursday, August 16, 2012 Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor, Malaysia


Assalamualaikum,
Minta maaf  sebab lama tidak mengemaskini blog... Sejak kawan accident pada bulan lepas, aku amat sibuk dengan tugasan yang melambak... Apapun di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. Maaf zahir dan batin...
read more

Salam Nuzul Al-Quran

Monday, August 06, 2012


Assalamualaikum wbt... 
Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam di seluruh dunia, semoga ibadah kita diterima oleh Allah SWT...Sesetengah negeri di Malaysia telah mengumumkan hari ini adalah cuti umum tetapi tidak bagi negeri Putrajaya... Jadi aku kena kerja seorang diri manakala hubby pula bercuti umum... Bak kata orang 'Monday blues', memang rasa malas bekerja tetapi kerja tetap menjadi keutamaan.. Aku menyusun semula buku-buku di rak dan membuat katalog buku, memang penat....Walaupun penat tetapi aku tetap suka dengan pekerjaan aku ini...
read more

Shopping time

Sunday, August 05, 2012


Assalamualaikum,
Yahooo... Akhirnya aku dapat beli baju raya dan sekaligus ianya akan menjadi pakaian kerja aku sehari-hari... Tema tahun ini kami pilih warna ungu sebab kami jarang ada pakaian yang bewarna ungu... Kami pergi ke Nilai 3 untuk membeli pakaian... Aku membeli 7 pasang pakaian, 3 helai daripadanya jubah dan 4 helai lagi adalah baju kurung... Hubby pula membeli 2 helai seluar slack untuk seluar pergi kerja@untuk raya sekali, baju t-shirt sehelai,sepasang baju melayu dan sepasang jubah supaya senang dia hendak pergi ke masjid untuk solat Jumaat...Setelah selesai membeli di Nilai 3, kami singgah ke Nilai Square untuk membeli tudung tetapi satu pun tidak berkenan di hati aku... Kemudian kami ke pasaraya Giant untuk membeli sandal dan kasut tetapi semuanya tidak berkenan di hati. semasa on the way hendak pergi ke parking kereta, kami ternampak kedai komputer yang menjual I-Pad... Huyooo... Sebenarnya ini semua pengaruh daripada hubby aku juga kerana dia telah pun (diulang sekali lagi) telah pun membeli I-Pad Samsung Galaxy Tab 7.0... Harga I-Pad aku pula agak murah jika dibandingkan dengan I-Pad hubby iaitu dalam sekitar MYR699.00, manakala I-Pad hubby pula dalam sekitar MYR1,100.00..



Aku punya adalah jenis Ployer Momo 11..



Yang ini pula ipad hubby "Samsung Galaxy Tab 7.0..
read more

Tik...Tok....

Friday, August 03, 2012

Hari Jumaat, penghulu segala hari dan sedar atau tidak, kita sudah memasuki 14 Ramadhan 1433H... Terasa cepat betul masa berlalu dan kita juga akan semakin menghampiri malam Lailatul Qadar.... Hari ini telah berlaku satu detik sejarah yang aku dapat lakukan... Aku berjaya membeli beberapa buah novel untuk bacaan dan mini library di rumah aku, hehehe dan bertambah koleksi novel aku di mini library yang terletak di rumahku syurgaku...Aku sebenanya memang bercita-cita ingin menjadikan salah satu bilik di rumah aku untuk dijadikan mini perpustakaan...Amboi... Shikin... Mentang-mentang kerja di perpustakaan, di rumah pun hendak dijadikan perpustakaan juga ke?hehehe hello... bukannya semasa kerja sahaja aku ingin jadikan mini library, tetapi sebenarnya dari kecil lagi aku sudah menjadikan bilik tidur aku sebagai mini library.. Habis buku-buku agama kepunyaan abah aku jadikan koleksi mini library dan aku susun koleksi itu di rak... Kemudian bila aku dapat kerja dan tinggal berjauhan, buku-buku kepunyaan abah diletakkan semula di luar bilik aku... Inilah koleksi novel yang aku belikan sebentar tadi dan aku pergi ke kedai buku bersama-sama dengan seorang sahabat aku, Kak Ayu.... kami memang ulat buku dan Kak Ayu pernah bercita-cita ingin bekerja di library tapi hajat itu tidak kesampaian kerana dia mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di *JBPM......


Ini adalah sebahagian novel-novel yang aku beli.... Serta tidak lupa juga buku resipi...

http://www.alaf21.com.my/sinopsis/images/buku/kompilasi-hid-kerabu.gif
read more

Review : Baitul Rahmat (2012)

Thursday, August 02, 2012

Assalamualaikum
Gembira rasa hati ini kerana kita semua (bagi yang beragama Islam) telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa dengan jayanya... Hari ini kita sudah pun memasuki 13 Ramadhan 1433H dan kita sudah memasuki fasa pertengahan Ramadhan.. Hari Isnin ini adalah merupakan Nuzul Al-Quran dan aku akan cuba untuk menghabiskan bacaan Al-Quran aku di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini... Oh ya, di TV1 ada disiarkan drama penuh dramatik dan tragis, yang berjudul Baitul Rahmat... Ini adalah sipnosis drama ini...
Baitul Rahmat (2012)

SINOPSIS BAITUL RAHMAT (TV1)
Kisahnya bermula apabila Hashim, Hanim dan Husna bergaduh besar untuk menentukan siapa yang patut menjaga ibu mereka, Maimunah yang sudah uzur. Hashim dan Hanim yang sudah berumahtangga memberi bermacam alasan hingga Husna akhirnya yang masih bujang akur menjaga Maimunah.

Namun Husna sebenarnya miliki niat jahat mahu membolot harta ibunya secara rahsia. Satu hari berlaku kejadian yang membuatkan Husna begitu marah terhadap ibunya. Dia kemudiannya menghantar Maimunah tinggal di rumah kebajikan Baitul Rahmat. Meskipun puas Maimunah memujuk namun anak kandungnya itu tetap dengan pendiriannya meninggalkan ibunya di situ.

Masa berlalu tidak pernah sekali pun Husna atau anak-anaknya yang lain datang melawat Maimunah. Walaupun sedih dia mula membiasakan diri tinggal bersama teman-teman senasib dengannya termasuklah Khalijah, Rahmah, Mak Cik Adibah, Hasnah dan juga Wan. Apatah lagi penyelia di situ menjaga kebajikan mereka dengan baik sekali.

Kepada merekalah dia meluahkan rasa sedihnya. Hampir tiap malam dia menangis, tetapi lama kelamaan dia boleh menerima yang anak-anaknya sudah pun melupakan dirinya. Cerita teman-temannya di situ lebih kurang sama dengannya. Anak-anak mereka boleh dikatakan berjaya dalam kehidupan masing masing, tapi apakan daya mereka menolak untuk menjaga orang tua sendiri.

Juriah,penyelia rumah orang tua tersebut cuba menceriakan hari hari di Baitul Rahmat dengan berbagai aktiviti menarik agar semua orang tua yang ada di sana tidak sedih. Mana tidaknya, Juriah dibesarkan di rumah anak yatim dan dia tidak pernah dapat merasa kasih sayang ibu bapa. Jadi kepada orang tua yang ada di sinilah Juriah menumpang kasih dan syukurlah, mereka semua hargai dan menerima Juriah dengan tangan terbuka.

Di situ Maimunah juga berkongsi kisah Hamidun yang ditinggalkan anak-anak di tepi jalan sebelum diterima tinggal di Baitul Rahmat. Nasib Hamidun lebih malang kerana hanya beberapa hari tinggal di situ, Hamidun meninggal dunia. Namun tiada seorang pun anaknya yang hadir menuntut mayatnya malah jenazah Hamidun dikebumikan di tanah perkuburan tanpa waris terletak berhampiran Baitul Rahmat.

Ramadan semakin berakhir. Ketika itu Maimunah mula jatuh sakit. Begitu pun tidak seorang daripada anak-anak yang datang melawat selain Husna yang memaksanya menukarkan nama terhadap harta yang dimilikinya. Malah Husna membohongnya untuk membawa dia pulang ke rumah.

Maimunah merana dengan tindakan anak-anaknya. Lalu bagaimanakah penyudah jalan hidupnya? Adakah dia senasib dengan Hamidun yang tidak dituntut mayatnya di Baitul Rahmat? Saksikan kesudahannya penghujung Ramadan ini di TV1.
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ▼  2012 (173)
    • ▼  December (4)
      • Semakin menghampiri akhir tahun...
      • Cuti sakit....
      • HRMIS lagi....
      • Kisah skybox...
    • ►  November (9)
      • Selamat Datang kalian berdua....
      • Bersabarlah wahai Erra...
      • Dapat panggilan..
      • Rutin mingguan...
      • Siri Komik Manga...
      • Selamat bermesyuarat....
      • HRMIS oh HRMIS....
      • Selamat Menyambut Awal Muharram...
      • Selamat Hari Deepavali
    • ►  October (10)
      • Aduh...Letih...
      • Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua saudara I...
      • Selamat menunaikan ibadah haji...
      • Tadaima.... ^_^
      • Sayonara, jaa mata nee, minna-san.....
      • Yea..yea...dapat pergi kursus....
      • Kisahku dan abah..
      • Selamat datang abah and the families...
      • Happy belated anniversary....
      • Monday blues...
    • ►  September (12)
      • Sekali lagi rutin mingguanku...
      • Doaku untukmu....
      • Apalah lembap sangat?!!
      • Rutin mingguanku... :-D
      • Letihnya...
      • Relaks...
      • Selamat Hari Penubuhan Malaysia
      • Bangga jadi salah seorang kakitangan Jabatan Bomba...
      • Gomennasai...
      • Tadaima... ^_^
      • Perjalanan kehamilanku part 2
      • Balik kampung...hoho balik kampung....
    • ►  August (11)
      • Selamat Menyambut Kemerdekaan
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf zahir dan Batin
      • Resipi salad ubi kentang
      • Selamat hari Raya Aidilfitri
      • Salam Nuzul Al-Quran
      • Shopping time
      • Tik...Tok....
      • Review : Baitul Rahmat (2012)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Lirik Lagu Syair Cinta by Salsabilla Ainun
  • KasihkuAmani
    ebook | Antagonis oleh Irsyad Tarudin
  • Afzan Sidi
    US PIZZA KUANTAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Hadiah untuk Raydah Blogger
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.