Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Banyaknya blog yang di 'private' kan

Friday, September 30, 2016


Assalamualaikum wbt...
Allahu, saya baru perasaan ada beberapa blog yang saya ikuti selama ini telah di'private'kan.. Mungkin atas sebab blog tue terlalu peribadi untuk dikongsikan maka ianya perlu di'private'.. takpelah, saya terpaksa remove laman blog yang di 'private' sebab taknak menganggu ketenteraman mereka..

Selain blog yang di 'private' ada jugak laman blog yang dah tak wujud lagi, ishh..ishh.. nasib baik saya terfikir nak buat spot check, kalu tak memang sampai ke sudah saya tak tahu ada blog yang tak wujud lagi...

So, sempena dengan Maal Hijrah yang akan berlaku pada hari Ahad nie, saya nak ambik kesempatan untuk ucap Salam Maal Hijrah kepada semua sahabat, semoga di tahun baru ini, kita semua berazam untuk menjadi insan soleh/solehah yang diredhai oleh Allah.. Malam nie pada sapa2 yang nak balik kampung tue, hati2lah bawak kereta, jangan laju2 sangat sebab kampung awak tak bergerak walau seinci pun.. hehehe

Saya..? Nak balik kampung jugak tapi kat Kampung Kemensah, Ulu Klang, rumah adik..hehehe walaupun berdekatan dengan Key Ell dan Zoo Negara, tapi kampung jugak kan... Bukan apa, kalu time2 cuti camnie, memang agak susah saya nak tulis (errkk..tulis ke taip) jurnal nie, disebabkan kesibukan masa dengan family.. apa omputih cakap, family time planning..( betul ke ayat tue..?) Esok ada banyak benda nak kena lakukan sebab secara kebetulan ummie dan adik beradik (kecuali adik lelaki no.2) berkumpul kat situ.. Satu tujuan yang paling utama adalah si bongsu nak pindah rumah, satu lagi tujuan nak ke Nilai 3... hurmmm... Memang kat situlah selalunya ummie dan adik2 pergi ke tempat tue kalu singgah kat rumah saya Salak Tinggi, kiranya Nilai 3 tue tempat yang wajib pergi...

Kenapa adik no.2 tak datang..? Macam kat entri sini dansini yang penah saya citerkan, adik ipar masih lagi berpantang, jadi diorang tak dapat nak datang..

Okey, Insha Allah nanti kita jumpa lagi, kalu saya ada masa untuk bertulis ke menaip jurnal nie...


Jaa nee..




read more

TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT!!!


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Jumaat, 28 Zulhijjah 1437H

TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT!!!
Salah satu sikap positif yang wajib kita miliki oleh setiap manusia adalah perasaan takut kepada Allah SWT. Takut kepada Allah SWT bermakna takut kepada murka, siksa dan azabNya baik di dunia mahupun di akhirat nanti. Takut pada Allah juga bermakna takut kehilangan kepercayaan serta kecintaan Allah SWT kepada kita. Ada banyak ayat yang membicarakan tentang takut kepada Allah SWT dan perintah Allah SWT kepada kita untuk memiliki sifat takut tersebut. Salah satu di antara ayat yang berkait dengan sifat takut tersebut adalah firman Allah SWT dalam Surah Al-Ahzab, ayat 39:


*الَّذِينَ يُبَلِّغُونَ رِسَالَاتِ اللَّهِ وَيَخْشَوْنَهُ وَلَا يَخْشَوْنَ أَحَدًا إِلَّا اللَّهَ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ حَسِيبًا*
"Orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah SWT, mereka yang takut kepadaNya dan mereka tidak merasa takut kepada seseorangpun selain kepada Allah SWT. Dan cukuplah Allah SWT sebagai pembuat perhitungan".


Takut kepada selain Allah SWT tidaklah boleh disamakan dengan memiliki rasa takut kepada Allah SWT, kerana takut kepada Allah SWT itu akan memperoleh keberuntungan yang besar di dalam kehidupan seorang muslim. Di antara dalilnya adalah firman Allah dalam al-Qur'an Surah An-Nuur, ayat 52:

*وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَخْشَ اللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُون*
"Dan barangsiapa yang taat kepada Allah SWT dan rasulNya dan takut kepada Allah SWT dan bertakwa kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan".


Kata TAKUT dalam terminologi al-Qur’an dan hadis merupakan terjemahan dari kata taqwa (تقوي), dan khauf ( خوف), serta khasyah (خشية). Ketiga kalimah tersebut dapat merujuk pada makna yang sama iaitu takut kepadaNya. Secara garis besar, rasa takut itu dapat dicerminkan pada pelaksanaan perintah Allah serta menjauhi larangan-laranganNya. Pada penjelasan yang lebih detail, Syekh Nashr As-Samarqandy dalam Bustanul ‘Arifin berpendapat bahawa sifat takut pada Allah SWT itu menjadi hal yang sesungguhnya, jika telah terpenuhi tujuh (7) macam petanda : -
  1. Lisan orang yang takut pada Allah SWT mendorongnya untuk tidak berucap kebohongan, menjelek-jelekkan orang lain, juga tidak berkata yang tiada berguna. Rasa takut justeru menyibukkannya untuk selalu ingat Allah SWT, membaca kitab suci serta membincang ilmu pengetahuan.
  2. Orang yang takut kepada Allah SWT, perutnya tidak diisi kecuali dengan makanan dan minuman yang halal serta yang baik, juga yang tidak berlebihan.
  3. Orang yang takut kepada Allah SWT, penglihatannya tidak digunakan untuk melihat hal yang yang tidak diperkenankan ataupun untuk melihat hal yang bersifat dosa dan maksiat kepada Allah SWT.
  4. Orang yang takut kepada Allah SWT, tangannya tidak digunakan, melainkan pada hal-hal yang menuju ketaatan pada Allah SWT; dan terbebas dari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT.
  5. Orang yang takut kepada Allah SWT, kedua kakinya tidak dibawa, melainkan pada jalan kebaikan dan bukan sesuatu yang dilarang dan dimurkai oleh Allah SWT.
  6. Orang yang takut kepada Allah SWT. Hatinya dijauhkan dari kecenderungan untuk bermusuhan, kebencian, serta kedengkian pada karib atau sahabat. Yang ada dalam hatinya adalah nasihat yang baik, dalamnya perasaan kasih sayang antara sesama manusia.
  7. Orang yang takut kepada Allah SWT, kecenderungan untuk menjaga bentuk ketaatan. Maka ketaatannya itu benar-benar ditujukan hanya untuk Allah SWT semata-mata, bukan untuk mendapat pujian dan penghargaan manusia.

Rasulullah SAW pernah menasihatkan tiga hal yang dapat menyelamatkan manusia dalam hidup:

  • Pertama: Hendaknya manusia itu bersikap seimbang dalam keadaan senang ataupun susah
  • Kedua: sederhana dalam keadaan papa mahupun berkecukupan.
  • Ketiga: Takut pada Allah SWT dalam kesunyian mahupun di tengah-tengah keramaian; di hadapan orang ramai.
Al-Qur’an menyatakan bahawa rasa takut itu adalah syarat dan kesan keimanan seseorang. Barangsiapa yang takutnya hanya kepada Allah SWT, maka ia tak akan ada ketakutan pada apa pun selainNya. Namun jika seseorang itu takutnya pada selainNya, maka ia akan diliputi takut pada apa pun dalam hidupnya.

Rasa takut itu akan membuat manusia selalu berusaha melakukan apa pun yang diredhai Allah SWT, dan akhirnya ia pasrahkan sepenuhnya hanya kepada Allah SWT.
Allah SWT lah pelindung, penjaga yang sebenar-benarnya. Rasa takut membuat manusia pasrah pada apa pun ketentuanNya. Bukankah manusia itu mengimankan bahawa apa pun ketentuan dari Allah SWT adalah siraman kasih, kebijaksanaan dan keadilanNya? Barangkali bagi kita, hal yang telah ditentukan oleh Allah SWT itu kelihatan sebagai hal yang merugikan. Namun, tahukah kita, hikmah apakah yang ada di sebalik semuanya itu?

Ya Robbi jadikan kami hambaMu yang beriman kepadaMu. Mudah-mudahan Iman kami menjadikan kami hamba yang ada rasa takut hanya kepadaMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!
Wallahu A'lam.

Panjang-panjangkan pada sahabat lain walau sepotong ayat walaupun hanya sekilas pandang….
Jazzakumullahu khairanjaza’..
Doakan istiqamah serta Sihat wal Afiat.
Wassalam...



read more

_*```KITA TAK NAMPAK الله??```*_

Thursday, September 29, 2016


Image result for most beautiful allah muhammad wallpaper

*```Bila الله sembuhkan kita daripada kesakitan melalui ikhtiar ubat yang kita ambil.. Kita nampak ubat.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila الله berjayakan kita dalam akademik melalui bijaknya kita dalam pelajaran.. Kita nampak kebijaksanaan kita.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila الله bagi kita pekerjaan yang selesa melalui cemerlangnya kita dalam bidang yang diceburi..Kita nampak kecemerlangan kita.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila الله bagi kita kekayaan harta melalui asbab gigihnya usaha kita dlm perniagaan.. Kita nampak kegigihan usaha kita.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila الله kurniakan kita pasangan yang soleh/solehah serta keluarga yang bahagia.. Kita nampak baiknya kita.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila الله keluarkan kita daripada masalah melalui bantuan manusia disekeliling.. Kita nampak baiknya manusia tersebut.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila الله masyhurkan kita di pandangan mata manusia di dunia melalui asbab kelebihan kita.. Kita nampak hebatnya kita.. Kita tak nampak الله.```*
*```Bila الله bagi segala jenis nikmat yang tak pernah mintak dibayar dan tak terhitung.. Kita hanya nampak indahnya nikmat itu.. Kita tak nampak الله .```*
*```Sungguh, mata hati kita masih buta dan samar.. Dek keangkuhan seorang hamba atau kotornya segumpal darah bernama hati mungkin.. Untuk melihat Maha Mencipta disebalik kejadian.```*
*```Bukan senang untuk didik diri dan hati melihat الله dalam setiap langkah kita.. Tapi itulah hakikat kehidupan kita di sini.. Datang dari الله hidup untuk الله dan balik kepada الله.```*

Kredit to : alaqsatahfiz.edu.my

read more

Bidang yang sama, cuma cabang saja berlainan


Assalamualaikum wbt..
Awak tau, walaupun saya dan sahabat saya a.k.a bos unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi mempunyai kerjaya yang hakiki iaitu kepustakawanan tapi kami mempunyai hobi yang sama.. Bidang penulisan.. Yea, kami terjun dalam bidang yang sama cuma berlainan cabang saja..

Sahabat saya nie merupakan seorang penulis novel dan dah banyak karya tulisannya berada di pasaran buku sekarang.. Namanya..? Kalu nama pena, dia dikenali sebagai Tinta Biru, di bawah naungan penerbitan Karya Seni..

Saya pulak takdelah femes macam blogger2 hebat seperti Lyssa Faizureen, Ben Ashaari, Hasrul Hassan, Eintan Nurfuzie dan ramai lagi blogger yang hebat belaka, tapi amat berminat untuk menulis karya di dalam blog, cuma saya tak panggil blog saya nie sebagai blog walaupun domainnya adalah blogspot... hehehe。◕‿ ◕。 saya lebih suka panggil jurnal sebab nampak klasik sikit..



Tapi apapun, saya akan tetap teruskan penulisan nie walaupun ada masanya tak dapat bagi komitmen setiap hari untuk menulis lantaran terlibat dengan kerja hakiki di waktu siang dan pada waktu malam saya buat perkhidmatan urut terapi buang angin.. Kalu hari Sabtu dan Ahad memang sukar saya nak update jurnal, kadang-kadang pergi berurut atau saya turun ke KL untuk beramah mesra dengan adik kesayangan..hehe tapi Insha Allah, jurnal nie akan tetap diteruskan walaupun mempunyai kekangan masa..

Ganbatte, Hikari-chan..

Jaa nee.. Oyasumi, minna-san..


read more

Pesanan mengenai betapa pentingnya solat dalam kehidupan..。◕‿ ◕。

Wednesday, September 28, 2016


Image result for solat


Assalamualaikum wbt..
Pesanan nie adalah untuk peringatan diri saya dan awak semua..
 
1. Orang yang tak solat akan banyak mempunyai masalah, tidak tenang, cepat rasa nak marah, susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain. - Ustaz Azhar Idrus
2. Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun, bila dia suruh solat, kita sebagai anak WAJIB tunaikannya. - Ustaz Kazim Elias
3. Tidak solat punca utama penceraian dalam rumahtangga? "Jaga solat...Insha Allah bahagia..."- Ustaz Don Daniyal
4. Selalulah Solat berjemaah walau payah macam mana pun, boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat ganda. - Datuk Ismail Kamus
5.Kalau kita sakit jangan takut untuk solat , sekuran-kurangnya kalau mati , mati dalam solat - Ustaz Haslin Baharin
6. Selepas solat jangan tergesa-gesa bangun, baca Subhanallah 33, Alhamdulillah 33, Allahuakbar 33, doa kemudian baru bangun” - Al-Habib Ali Zainal
7. Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk Syurga, apatah lagi orang yang meninggalkannya. -TG Syeikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki
8. Jagalah solat anda. Kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dengan hambaNya - Sheikh Abdullah Jahaf
9. Menjaga solat boleh membersihkan dalaman kita. Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang. - Ustaz Dasuki Rani
10. Jangan cakap: "Pergi solat.Kalau tak,masuk api neraka!"Tapi cakap:"Jom solat,Nanti kita masuk SYURGA ALLAH sama2 ya. Insha Allah - Allahyarham TG Haron Din
11. Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah, mana mungkin luar solat mampu ingat Allah. - Ustaz Pahrol



Rasulullah bersabda,
“ Barang siapa menyampaikan  satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia) dia akan tetap memperoleh pahala.”





read more

Selingan gurau di waktu petang

Image result for cute animals

Assalamualaikum.. 
Awak, nie cuma gurauan tau... Don't be so serious okey..! Nie adalah sifat awak mengikut tarikh lahir haiwan yang comel-comel... 

Tarikh lahir saya dan hubby merpati vs hamster.. awak plak?? 😄

Januari 01-09 ~ hamster 
Januari 10-24 ~ Tikus 
Januari 25-31 ~ Singa 
Februari 01-05 ~ Kucing 
Februari 06-14 ~ Merpati 
Februari 15-21 ~ Kura-kura 
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang 
Mac 01-12 ~ hamster 
Mac 13-15 ~ Singa 
Mac 16-23 ~ Tikus 
Mac 24-31 ~ Kucing 
April 01-03 ~ jerung 
April 04-14 ~ Harimau Bintang 
April 15-26 ~ Tikus 
April 27-30 ~ Kura-kura 
Mei 01-13 ~ jerung 
Mei 14-21 ~ Merpati 
Mei 22-31 ~ Singa 
Jun 01-03 ~ Tikus 
Jun 04-14 ~ Kura-kura 
Jun 15-20 ~ jerung 
Jun 21-24 ~ hamster 
Jun 25-30 ~ Kucing 
Jul 01-09 ~ Tikus 
Julai 10-15 ~ jerung 
Julai 16-26 ~ Merpati 
Julai 27-31 ~ Kucing 
Ogas 01-15 ~ hamster 
Ogos 16-25 ~ Tikus 
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati 

»»» maksud/erti :
# jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

# Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

# Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun,kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

# Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

# Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

# Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun,awas! Kamu mudah jatuh cinta!

# Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun,apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

# Hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. 
# Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah hamster memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan...

hehehe.. Kelakar betul merpati vs hamster... Tapi macam betul jea, lebih2 lagi saya memang terlibat dengan bisnes... 

Kan..kan...

read more

Soalan kuiz drama bersiri 'Hero'


Assalamualaikum wbt…
Awak ingat lagi tak entri nie..? Yang pasal soalan kuiz drama bersiri kebombaan 'Hero' tue..Hadiahnya menarik tau..

Sapa weyhh yang nak bagi iPad Apple secara percuma kan... 

Rugi tau kalau awak tak sertai kuiz nie, hehe...

Camne caranya..? awak tontonlah drama nie pada setiap hari  Isnin, jam 9 malam di TV2.. Terlepas episod dan terlepas soalan..? takpe..takpe... Kalau awak terlepas suma tue, jangan risau, sebab kat TV2 Streaming Live dapat membantu awak untuk tonton episod yang terlepas tue.. Awak klik kat  web nie dan awak cubalah jawab soalan yang telah disediakan oleh pihak produksi drama nie.. Soalan nie bermula pada episod 2 hingga ke akhir episod.. jadi awak kena kumpul semua soalan dan lengkapkan slogan.. 

Saya pun selalu terlepas episod drama siri Hero nie, dan laman web inilah yang menjadi penyelamat untuk saya tontoni.. 

Syarat2 penyertaan adalah seperti dalamentri nie.. 

Best of luck..! Mana tau kot2 ada rezeki antara kita nie yang menang Ipad Apple atau setidak2nya smartphone kan... 

Jaa nee..





read more

Jawapan kepada cuba teka berapa berat haiwan ini..?

Assalamualaikum wbt…

Image result for cute graphic glitterOhayo gozaimasu, minna-san.. Selamat pagi suma, maaflah baru pagi nie berkesempatan nak bercerita dengan awak.. Kelmarin dan semalam saya sibuk sikit dengan kerja2 opis, sebab semalam ada deligasi dari Negara Tunisia datang melawat sambil belajar mengenai 5S yang dijalankan di JBPM.. 



Okey, awak ingat lagi tak entri nie...? Ala, tentang teka berat haiwan tue..? 

atau gambar nie la senang citer.. 


Hehehe, ada di kalangan kita memang susah nak kira, apatah lagi kalu yang tak minat nak berkira2, okey saya kira kan untuk awak..

Soalan pertama : Nampak gambar 3 ekor kucing kan dan diberi jawapan 12kg, jadi 12kg bahagi 3 jawapannya adalah 4kg setiap seekor..

Soalan kedua : Lepas tue, ada gambar itik ditambah dengan kucing jawapan diberi adalah  5kg, jadi kita dah tau berat kucing adalah 4kg, jadinya 5kg - 1kg sama dengan 1kg untuk berat itik tue...

Soalan ketiga : Kemudian, ada gambar biri2 ditolak dengan itik, kita dah tau jawapan berat itik adalah 1kg.. Untuk tahu berat biri2 tue, awak tambahlah yang jawapan 99kg tue dengan 1kg berat itik, jadinya berat seekor biri2 adalah 100kg... tapi ramai yang tersilap kat soalan sinilah, sebabnya dua gambar sebelumnya adalah pengiraan tambah dan soalan ketiga nie adalah pengiraan tolak, tapi mindset kita tak berapa nampak soalan terselindung sebab dalam pemikiran kita soalan ketiga adalah pengiraan tambah... hehehe betul tak..? betul tak..?

Dan soalan keempat : biri2 ditambah dengan itik ditambah dengan kucing, untuk jawapan itu, 100kg ditambah 1kg ditambah 4kg sama dengan 105kg untuk berat haiwan2 ini... Yeayyy...

Tahniah pada sesiapa yang menang, tapi sori, takde hadiah disediakan... hehehe..

Jaa nee...

read more

Cuba teka berapa berat haiwan ini..?

Saturday, September 24, 2016

Assalamualaikum wbt..
Selamat petang Sabtu diucapkan, semoga awak suma sihat yea.. hihi skema betul hari nie, kan.. Sebenarnya saya tengah mencari2 borang feedback free of charge kat apps store tapi masih tak jumpa lagi, nie pun tengah godek2 lagi kat apps store ..

Okey, pada petang nie, saya nak kongsi satu gambar teka teki, teka berat haiwan ini.. Ada sesiapa dapat jawapan..?















Best of luck..!

read more

Subhanallah.. Indahnya Baatara Gorge Waterfall

Assalamualaikum wbt..

Jika awak nak tengok tempat seperti dalam kisah dongeng, awak boleh pergi ke Tannourine, Lebanon, ada sebuah tempat yang cukup cantik ciptaan Allah SWT, iaitu gua Baatara Gorge atau Baatara Gorge Waterfall..

Image result for baatara gorge

Gua nie turut dikenali sebagai 'gua tiga jambatan ' kerana ada tiga lantai yang merintangi gua nie dari atas ke bawah.

Image result for baatara gorge

Awak tau bila menjelang musim bunga iaitu sekitar bulan Mac dan April setiap tahun, salji yang mencair akan mengalirkan air dan jatuh dari atas gua hingga ke jurang bawah gua yang tingginya kira-kira lebih 250 meter.. Ianya seolah-olah gambaran tiga buah air terjun berkembar. 

Subhanallah, betapa besarnya kekuasaan Allah untuk mencipta sesuatu yang cantik, kan.. 


read more

Kekeliruan antara daun sup dengan daun ketumbar

Friday, September 23, 2016

Assalamualaikum wbt...
Awak penah alami tak rasa keliru ataupun bahasa omputih confused masa mula2 nak beli rempah ratus, pelbagai sayuran dan buah-buahan..? 

Haa, dengan cukup tak malunya saya mengakui penah satu ketika saya menjadi keliru untuk beli barangan dapur, antaranya daun sup vs daun ketumbar..

Image result for daun ketumbar
Sumber daripada Encik Google Image

Masa tue saya memang first time pegi pasar sorang diri, dalam fikiran saya nak buat masakan sup, jadi antara ramuan nak buat sup mestilah ada daun sup kan... Tapi inilah bahananya bila masa kecik2 pergi ke pasar dengan ummie, tak ambik endah pun tentang apa yang dibeli, tengok apa dah jadi sekarang..? Ishh..ishh..ishh.. buat malu jea kan.. Masa saya beli tue, memang tak sangka pulak saya ambik daun ketumbar sebab daunnya kan lebih kurang sama dengan daun sup, masa tue memang takde nya nak hidu bau daun tue ke belek2 dulu ke sebab saya suka main ambik jea tanpa periksa lebih dulu... ishh...issh.. teruk betul kan anak dara nie (masa tue la, hehehe)

Bila balik rumah, dah nak siap masak sup nie, saya pun nak cincang halus daun ketumbar (yang disangka daun sup).. Bila dah cincang sikit, terbau la wangian yang tak penah saya bau sebelum nie... Dalam kotak pemikiran menjadi hairan bin ajaib, napa lain sangat bau daun sup nie..? saya pun bertanya la pada ummie... Dengan nada selamba ummie saya kata, "tuelah masa ikut ummie dulu taknak tengok betul2 apa yang ummie beli, yang kamu beli daun ketumbar dan bukannya daun sup..Daun ketumbar boleh jugak dimasak dengan masakan sup tapi rasanya lain la sikit." bebel ummie.

hehehehe jadi saya pun tak jadi la nak letak daun ketumbar dalam sup sebab rasanya memang lain sangat jika nak dibandingkan dengan meletakkan daun sup pada masakan.. 

So nasihat saya pada awak, check dulu apa jenis barang yang kita nak beli, jangan jadi seperti saya nie, dah tua2 baru nak kenal mana bawang mana ikan... hehehe... 

Jaa nee..



read more

Jawapan kepada 'Cuba Teka Ada Berapa Wajah..?

Assalamualaikum wbt...


Okey, awak ingat lagi tak entri nie..? Atau lebih kurang gambar nie..?


Well, jawapan sebenar wajah yang tersembunyi di dalam gambar ini adalah ada 10 wajah.. hehehe tengok nie yea...


Tahniah diucapkan pada awak-awak yang telah berjaya dengan betul, tapi maaflah takde hadiah kali nie.. hehehe Insha Allah nanti saya akan anjurkan segmen atau GA yang akan datang...

Jaa nee..

read more

Dugaan betul di bulan ini...

Wednesday, September 21, 2016


Assalamualaikum wbt...
Adoii, banyak betul dugaan saya pada bulan nie..! Takpe..takpe.. Sabar.. Awak tau, baru2 nie saya ada citer pasal kereta saya mengalami kerosakan dari segi baterinya dah 'kong', bulan nie sekali lagi, macam tau2 jea tuannya baru dapat gaji...

Kali nie, peti ais dan aircond kat rumah pulak yang rosak secara serentak..! uwaa.. garu kepala kejap yang terasa macam tak gatal... Hadoii... Camne nak buat nie..?

Saya baru saja nak menyimpan duit gaji sebab pada 21hb Oktober nie, saya nak pergi ke Ipoh kerana adik bongsu dah konvokesyen dan dapat sijil pertauliahan sebagai pembantu pembedahan gigi...

Huhuhuhu.. Mana satu pilihan..?

Okey..Aircond tue boleh hold dulu sebab boleh pakai kipas untuk sementara, tapi peti ais tue, susah jugak kalu tak dibaiki sebab masih ada barang-barang basah yang belum dimasak.. Baru2 nie pun masa dapat daging korban anjuran opis, saya terpaksa bagi pada jiran, dan Alhamdulillah, dapat merasa jugak daging korbannya, jiran tolong masakkan.. hehehe tengok punyalah pemalas nak masak..

Konvokesyen tue pulak saya dan hubby kena jadi bodyguard dan driver sebab adik lelaki tak dapat cuti masa tue, jadi kenalah saya yang pergi bersama-sama dengan ummie dan si bongsu.. Konvokesyen tue berlangsung selama 2 hari, mungkin kami ambik rumah inap desa sebab kalu ambik hotel rasanya lari bajet terus.. huhuhu...

Mana satu pilihan..? Peti ais atau simpan duit untuk ke Ipoh..?

Pening ambe...!


read more

Cuba teka ada berapa wajah...?


Assalamualaikum wbt...
Tengah hari sebegini memang rasa mengantuk, kan.. Lebih2 lagi bila kita dah kenyang perut, mata pun menjadi kuyu jea... hehehehe untuk mencerahkan mata awak, apa kata awak cuba jawab teka teki bergambar nie..? ada berapa wajah yang terselindung di sebalik gambar nie...?

Ganbatte, minna...

Jaa nee..

read more

Tip Pengurangan Premium Insurans / Sumbangan Takaful Kereta Anda



read more

Penempatan baru kolum Hall OF Fame Bloglist

Tuesday, September 20, 2016

Assalamualaikum wbt...
Ohayo gozaimasu, minna-san.. Rasanya macam lama sangat tak update jurnal nie, kan.. Saya nak bagaitau, penempatan baru kolum Hall Of Fame Bloglist adalah pada second page of jurnal yang sebelum ini saya letakkan di sidebar kanan jurnal saya.. 

Disebabkan saya nak meminimakan ruangan pada jurnal, jadi saya letakkan di sini..


Dan, inilah wajah terbaru Hall Of Fame Bloglist saya... okey tak..? Hall Of Fame Bloglist ini saya telah kemaskinikan kerana ada beberapa blog yang tidak aktif dan terpaksa saya gugurkan... Insha Allah kalu saya buat segmen / GA yang baru, saya akan list kan blog yang bertuah pada Hall Of Fame Bloglist saya... 
 

Jaa nee..


read more

Review : Tag Riaru Onigokko (2015)

Sunday, September 18, 2016

Assalamualaikum wbt...
Malam nie saya nak review tentang filem Jepun yang bertajuk, Tag Riaru Onigokko, sebuah filem fiksyen suspen seram.. Kalu awak nak tengok filem nie kena tengok betul2 sebab jalan citernya agak mengelirukan... Saya pun dua kali tengok filem nie baru faham jalan citernya sebab pada akhir filem nie agak mengelirukan seolah2 filem nie tergantung..

Kisahnya begini...

Tag Riaru Onigokko (2015)
Seorang gadis pendiam sekolah tinggi bernama Mitsuko terselamat daripada tiupan angin misteri yang memotong badan bas sekolahnya, dan semua orang di dalam bas itu telah terbelah dua. Dia berjaya melarikan diri dari tiupan angin, yang mengejar beliau dan membunuh semua pelajar perempuan serta yang berkaitan dengannya. Bingung, dan dikelilingi oleh bilangan perempuan sekolah tinggi yang telah mati, dia membersihkan dirinya dan menukar pakaian seragam sekolah pelajar yang mati dan tersandung ke sekolah tinggi yang berbeza. Beliau disambut oleh rakan-rakannya Aki, Sur (panggilan pendek untuk "Surreal") dan Taeko. Tidak tahu siapa mereka, Mitsuko menceritakan kepada Aki di dalam kelas yang dia tidak boleh mengingat jika dia pernah belajar di sekolah ini dan percaya dia mengalami mimpi ngeri tentang gadis yang dibunuh oleh tiupan angin misteri. Aki meyakinkan beliau bahawa ia hanya mimpi ngeri dan mencadangkan bahawa mereka akan ponteng kelas dan pergi ke dalam hutan untuk menceriakannya.

Di dalam hutan, gadis-gadis itu berfikir mengenai sama ada takdir itu benar-benar telah ditetapkan atau terdapat pelbagai kenyataan dengan beberapa versi sendiri. Sur menggambarkan penentuan takdir adalah ibarat bulu putih, yang menyatakan bahawa masa yang diambil untuk bulu jatuh dan di mana ia akan jatuh pada tanah adalah sudah ditakdirkan. Mitsuko tertanya-tanya jika ada apa-apa yang dia boleh lakukan untuk melarikan diri daripada takdir, tetapi Sur menunjukkan bahawa nasib boleh ditipu dengan hanya melakukan sesuatu yang tidak biasa lakukan, sehingga mengubah hasilnya. Gadis-gadis berasa gembira dan kembali ke sekolah. Aki dan Mitsuko masuk di dalam kelas dan memulakan pelajaran, tetapi secara tiba-tiba guru kelas mengeluarkan senapang mesingan, membunuh semua pelajar kecuali Mitsuko. Sebelum guru terbabit menembak sekali lagi, Sur dan Taeko datang kepada Mitsuko, dan mereka menyembunyikan diri. Seorang lagi guru kelas, yang baru sahaja membunuh seluruh kelas sendiri, telah menjumpai mereka dan membunuh Taeko dan Sur. Mitsuko dan pelajar yang masih hidup melarikan diri untuk menyelamatkan diri apabila mereka ditembak mati. Salah seorang daripada gadis mengenali Mitsuko dan memohon untuk dia melakukan sesuatu dan berfikir tentang mengapa ini berlaku. Gadis-gadis itu kemudian dihiris oleh tiupan angin.

Tag Riaru Onigokko (2015)

Mitsuko terus berjalan, dan kemudian mendapati dirinya berada dalam situasi yang mengelirukan apabila pengenalannya dan perubahan rupa: pertama, seperti pengantin perempuan yang bernama Keiko pada hari perkahwinannya, yang dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki menjijikkan dengan kepala babi manakala tetamu beliau (semua pelajar perempuan dari sekolah sebelumnya) mengejek dia, kemudian Mitsuko sekali lagi bertukar perwatakan sebagai pelajar bernama Izumi di pertengahan maraton, diapit oleh rakan-rakannya (sekali lagi, terdiri daripada pelajar perempuan dari sekolah dan majlis perkahwinan). Dalam setiap senario, dia disokong oleh versi rakannya Aki, yang sama ada menyokong beliau untuk pertempuran atau mengalihkan perhatian daripada penyerang beliau, terdiri daripada lelaki dan dua orang guru kelas dari sebelum ini. Dalam setiap senario, dia mesti melarikan diri manakala pelajar perempuan yang berada di sekitarnya telah disembelih dalam pelbagai cara.


Selepas menghadapi sekumpulan gadis-gadis Revenant yang cuba untuk membunuh beliau selepas menyatakan bahawa selagi dia hidup, mereka semua akan terus mati, dia sekali lagi diselamatkan oleh Aki. Aki memberitahu beliau untuk memberi tumpuan dan ingat bahawa walaupun dia adalah kedua-dua Keiko dan Izumi dalam senario ini, Mitsuko perlu percaya dirinya adalah Mitsuko. Selepas kembali ke rupa asal sebagai Mitsuko, Aki memberitahu bahawa mereka semua termasuk gadis-gadis yang dia kenali berada dalam dunia fiksyen dan sedang diperhatikan oleh "seseorang". Mereka akan terus memburu Mitsuko dan cuba untuk membunuh beliau dengan cara menyembelih pelajar perempuan yang lain kecuali Mitsuko, sebagai "watak utama", perlu melakukan sesuatu untuk mengubahnya. Aki memberitahu bahawa Mitsuko bahawa untuk keluar daripada dunia ini, Mitsuko mesti membunuhnya. Setelah didesak oleh Aki, Mitsuko dengan berat hati membunuh beliau dengan menarik wayar yang terletak pada tangan Aki dan akhirnya setelah Aki terbelah dua, secara tiba-tiba ada satu portal pintu telah terbuka.

Mitsuko mendapati dirinya berada di dalam sebuah bandar dipanggil "Dunia Lelaki" dipenuhi dengan hanya lelaki yang menikmati iklan poster untuk "legenda" ganas 3-D survival seram permainan video dipanggil "Tag", yang menggambarkan Mitsuko, Keiko, dan Izumi sebagai watak-watak dimainkan. Beliau pengsan dan kemudian sedar dirinya berada di dalam sebuah kuil di mana semua pelbagai perempuan dari pelbagai senario dipamerkan seperti patung. Dia tiba di sebuah bilik di mana seorang lelaki tua bermain permainan di TV beliau, menunjukkan tentang situasi yang sama dialami oleh Mitsuko. Mitsuko berasa terperanjat melihat model saiz manusia yang terdiri daripa dirinya sendiri, Keiko, Izumi, Aki, Sur, dan Taeko berada di dalam sebuah kotak kaca. Lelaki itu memberitahu bahawa Mitsuko adalah sebenarnya manusia 150 tahun yang lalu, dia adalah seorang gadis dia dikagumi sebagai rakan-rakan pelajar. Apabila Mitsuko meninggal dunia, lelaki itu berjaya mengambil DNA beliau dan bahawa semua rakan-rakannya dan membuat klon untuk permainannya 3-D. Kemudian muncul seorang lelaki muda jelmaan lelaki tua terbabit memanggil Mitsuko datang untuk tidur dengan dia. Orang tua itu memberitahu bahawa ianya peringkat akhir untuk memenuhi hasrat beliau dan memberitahu Mitsuko supaya tunduk kepada takdirnya. Sebaliknya, Mitsuko menyerang lelaki muda, menjerit kepadanya untuk berhenti bermain dengan gadis-gadis seperti mainan. Dia mengoyak salah satu daripada bantal, dan bilik itu dipenuhi dengan bulu. Mengingati apa Sur berkata tentang menipu nasib, dia kemudian membunuh diri dengan menikam dirinya sendiri, untuk memberi kejutan kepada orang tua dan lelaki muda.

Kemudian bila keadaan kembali seperti situasi sebelum ini yang terdiri daripada tiga senario permainan, Mitsuko, Keiko dan Izumi pada masa yang sama membunuh diri masing-masing samada di dalam bas, di gereja perkahwinan, dan semasa maraton. Mitsuko kemudian terjaga bersendirian di atas tanah yang diliputi salji putih, bangun dan melarikan diri, menyedari bahawa "ianya telah berakhir."

Jaa nee..




read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ▼  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ▼  September (43)
      • Banyaknya blog yang di 'private' kan
      • TAKUTLAH KEPADA ALLAH SWT!!!
      • _*```KITA TAK NAMPAK الله??```*_
      • Bidang yang sama, cuma cabang saja berlainan
      • Pesanan mengenai betapa pentingnya solat dalam keh...
      • Selingan gurau di waktu petang
      • Soalan kuiz drama bersiri 'Hero'
      • Jawapan kepada cuba teka berapa berat haiwan ini..?
      • Cuba teka berapa berat haiwan ini..?
      • Subhanallah.. Indahnya Baatara Gorge Waterfall
      • Kekeliruan antara daun sup dengan daun ketumbar
      • Jawapan kepada 'Cuba Teka Ada Berapa Wajah..?
      • Dugaan betul di bulan ini...
      • Cuba teka ada berapa wajah...?
      • Tip Pengurangan Premium Insurans / Sumbangan Takaf...
      • Penempatan baru kolum Hall OF Fame Bloglist
      • Review : Tag Riaru Onigokko (2015)
      • 3 pekerjaan yang aneh di dunia
      • Wordless
      • Wordless
      • Salam Aidiladha
      • Sambungan cerita 'Selingan : Apa yang awak nampak..?
      • Adoiii... Tension nya... ;(
      • Selingan : Apa yang awak nampak..?
      • MARI KITA SOKONG DAN SAMBUT "WORLD QURAN HOUR"!!
      • Baru perasan ada caption baru...
      • Rasa stres sangat bila dah buntu nak masak apa..
      • Alhamdulillah...Hadiah untuk pemenang GA Birthday ...
      • Biar gambar berbicara
      • Jom Belajar Loghat Terengganu
      • Cari 6 perkataan dalam gambar ini...
      • Siapa nak menang iPhone..? Jom tengok drama bersir...
      • Hanya suami isteri yang PJJ saja faham situasi nie..
      • Perbezaan gaji dan rezeki
      • DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAA...
      • Drama bersiri kebombaan bertajuk 'Hero'..
      • Maafkan saya...
      • Drama tv terbaru - Abang Bomba I Love You
      • Untuk ibubapa yang mempunyai anak yang akan mendud...
      • Kerja part time saya.. Part 2
      • Proses mencari kebahagiaan
      • Kerja part time saya... Part 1
      • Keputusan Giveaway Birthday By Starlavenderluna
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Menjelang Ramadhan
  • Afzan Sidi
    WORDLESS WEDNESDAY~MARHABAN YA RAMADHAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Air kotak laici
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.