Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Shuhaida Kabdy

Tuesday, April 30, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, back to schedule again.. Minggu nie siapakah sahabat blogger pilihan saya kali nie untuk direview..? Jom kita kenal-kenal..


Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Shuhaida Kabdy

Blog Shuhaida Kabdy... Blogger ini lebih dikenali sebagai Kak Sue, berumur dalam lingkungan 40-an, seorang usahawanita yang berniaga air kelapa laut dan merupakan seorang blogger separuh masa..

Sama seperti rakan yang lain, persahabatan kami bermula daripada GA dan segmen anjuran daripada rakan blogger yang lain.. Walaupun Kak Sue jarang untuk memberi komen dalam jurnal saya tapi dia selalu 'like' apa saja status saya samada dalam facebook ataupun instagram.. Apa yang menarik mengenai blog Kak Sue nie adalah, Kak Sue suka berkongsi idea dan berkongsi info yang bermanfaat kepada pembacanya, dan pelbagai reseipi jugak turut dikongsikan oleh Kak Sue.. Saya memang suka sangat baca blog Kak Sue kerana dia memang ada banyak resipi yang boleh dipraktiskan dan ada jugak resipi yang menarik perhatian saya.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah 

Resipi Siakap Kengsom ;
Tips Sambal Tumis Tahan Lama ;
Tips Mudah Cukupkan Minum Air Kosong Sehari ;
Doa Ketika Belajar ;

dan banyak lagi entri yang menarik..


Kepada Kak Sue, terima kasih saya ucapkan kepada akak kerana masih sudi menjadi rakan blogger saya, walaupun saya jarang drop down komen kat blog akak.. Tapi saya suka baca blog akak terutama entri mengenai resipi-resipi yang menarik... Saya doakan agar akak sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT, saya doakan agar bisnes akak maju jaya sehingga peringkat tertinggi, jika ada masa diizinkan oleh Allah, kita akan berjumpa, Insha Allah.. Saya doakan agar akak terus sukses dalam dunia blogging dan jangan berputus asa dengan apa juga halangan dan dugaan yang akak tempuhi samada pada masa sekarang ataupun pada masa depan.. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dunia dan akhirat..


Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Shuhaida Kabdy dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



read more

Petua Nenek Cara Alami

Sunday, April 28, 2019


Assalamualaikum wbt..
Okey, kali nie saya nak berkongsi dengan awak petua nenek cara alami, sebab ada banyak bahan semula jadi yang boleh menyelesaikan beberapa masalah kesihatan mahupun kehidupan kita.. Jom kita tengok petua-petuanya..

Memutihkan gigi - Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi. Selain itu awak juga boleh guna kulit manggis yang dibakar dan ditumbuk sehingga halus. Gunakan serbuk kulit manggis ini seperti ubat gigi, Insha Allah pasti gigi awak akan kelihatan putih berseri tanpa banyak belanja.

Hilangkan bau kaki - Mesti kita akan rasa malu jika kaki kita berbau kan.. Untuk atasi masalah ini, awak sediakan air di dalam besen dan campurkan segenggam asam jawa berserta dengan dua sudu garam. Rendamkan kaki awak sambil digosok-gosok celah-celah jari kaki dengan asam jawa. Selain dapat menghilangkan bau kaki, ia juga boleh menghilangkan masalah ulat air atau gatal-gatal di kaki.

Untuk pulihkan kulit terbakar - Kesan kulit terbakar akibat sinaran matahari memang agak kurang menyenangkan. Cara nak pulihkan adalah awak parutkan jagung muda dan tomato, ambik patinya. Kemudian awak gaulkan dengan satu sudu madu. Selepas itu, sapukan ramuan ini pada seluruh kulit yang terbakar. Awak perlu biarkan beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari dan awak akan lihat hasilnya.. 

Masalah kelemumur - Ambil 10 helai daun pandan dan ditumbuk hingga lumat, kemudian awak campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu, ramuan ini ditapis dan usaplah air tapis tadi ke kepala awak yang berkelemumur lalu dibilas dengan air. Lakukan pada setiap 2 hari sekali dan lihatlah hasilnya.

Hilangkan tanda hitam pada siku dan lutut - Awak perlu sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun sirih tersebut. Kemudian awak gosokkan daun sirih tadi pada lutut dan siku beberapa minit dan awak amalkan setiap hari, Insha Allah akan berkesan.

Untuk ketegangan kulit muka - Ambik tepung ubi dan campurkan dengan timun yang telah diparut. Gaulkan kedua ramuan ini hingga sebati dan tambahkan sedikit air. Kacau rata tapi jangan terlalu cair. Kemudian awak sapukan ke muka dan biarkan sehingga kering. Kemudian awak bilas muka dengan air bersih. Cara ini bukan saja dapat menegangkan kulit malah boleh menjadikan kulit muka menjadi segar dan putih. 

Selamat mencuba..!

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Review : A Is For Apple (2015)


Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya rancangan tv nie saya baru jea tengok dan nampaknya agak menarik perhatian saya.. Okey, channel nie ditayangkan di Nat Geo People dan saya ingatkan rancangan nie cuma rancangan dokumentari tapi ternyata ianya salah sama sekali.. 

Rupa-rupanya rancangan 'A Is For Apple' adalah rancangan masakan yang diterbitkan oleh Gusto TV dan dikendalikan oleh 3 orang hos merangkap chef masakan.. Apa yang menarik tentang rancangan ini adalah setiap episod 3 orang hos ini akan muncul dalam satu-satu episod dan dalam episod itu mereka perlu memilih abjad A sehingga abjad Z secara rawak dan mereka akan membeli barang masakan berdasarkan abjad yang dipilih.. Kemudian, mereka akan masak masakan berdasarkan barangan yang dipilih itu.. 






Bila saya tengok masakan diorang, memang nampak sedap sangat, walaupun yealah masakan pun masakan omputih, jadi ada sesetengah bahan masakan tak perlu diikut.. Kadang-kadang tak terjangkau pulak dalam fikiran bila bahan masakan disatukan menjadi masakan yang sedap.. 

Lime Curd Tarts

Corn and Zucchini Fritters

Zucchini Tart With Three Cheese

Lobster Lime Soup

Nampak sedap kan semua masakan nie..? So pada yang suka tengok rancangan masakan, awak bolehlah try tengok rancangan nie kerana ianya sungguh menarik.. Memang tak rugi kalau tengok rancangan nie.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Alhamdulillah, domain jurnal dah di renew...

Saturday, April 27, 2019

Alhamdulillah, domain jurnal dah di renew...


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, domain untuk jurnal saya telah di renew untuk tempoh setahun, mula-mula ingat nak renew untuk dua tahun tapi disebabkan saya nak balik kampung pada pertengahan bulan Mei nie bersempena dengan bulan Ramadhan, jadi terpaksa untuk buat renew setahun dulu.. 

Takpe, Insha Allah jika ada rezeki lebih saya akan buat renew untuk dua tahun ke tiga tahun ke.. 

Saya pakai khidmat NetKL untuk domain ini.. Sebenarnya, ianya adalah hadiah GA yang pernah saya menangi dulu, BACA SINI dan hingga kini saya masih pakai khidmat NetKL, kerana yuran tahunan pun agak murah jugak.. Sebelum ini saya ingatkan yang yuran untuk tukarkan domain nama agak mahal tapi domain daripada NetKL memang murah sangat-sangat, dan servis dia pun tip top.. 

Contohnya, macam saya sendiri, kalu ikutkan domain saya akan expire pada 11 Mei nie, dah diorang dah beberapa kali buat soft reminder kat emel untuk saya buat renew.. Memandangkan kesihatan saya untuk beberapa hari nie agak kurang memuaskan, saya tak dapat nak buat renew.. So hari nie barulah ada kekuatan dalam diri untuk lakukannya.. Dalam pukul 6.20pm tadi, saya buat pembayaran melalui perbankan online dan kemudian saya ikut langkah yang seterusnya, langkah yang diberikan memang ada disebutkan dalam emel reminder, camne nak buat pembayaran dan seterusnya.. Kemudian dalam beberapa minit saja, saya mendapat emel yang pembayaran telah diterima dan domain saya telah direnew.. Wah, memang cepat betul servis mereka, tak heranlah ada ramai blogger yang ambik khidmat mereka nie.. 

Jadi, pada awak yang nak rasa tukar daripada blogspot ke domain, saya memang rekomen kan NetKL nie, jika tak tahu cara nak pasangnya, awak boleh mintak bantuan daripada technician untuk untuk pasang domain.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Bebelan Cik Min

Tuesday, April 23, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah.. Minggu nie siapa yang direview..? Jom kita kenal-kenal dengan sahabat blogger pilihan saya minggu ini..


Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Bebelan Cik Min

Blog Bebelan Cik Min... Nama di sebalik nama blog ini adalah Siti Aminah Shamsudin atau lebih dikenali sebagai blogger Cik Min. Berumur dalam lingkungan 30-an, sudah berumahtangga, berasal dan menetap di Klang.. Cik Min merupakan salah sorang ahli Airasia Bloggers Community...

Sebenarnya saya sendiri dah lupa sejak bila Cik Min menjadi rakan blogger saya tapi apa yang pasti, kami mesti saling follow antara satu sama lain melalui GA ataupun segmen anjuran rakan blogger.. Kalau awak nak tau, Cik Min merupakan seorang usahawanita yang mengeluarkan produk makanan iaitu Min'z Sambal Hitam Pahang, dan produk nie pernah keluar kat tv dan majalah.. Selain itu, Cik Min merupakan seorang traveller dengan memberikan pelbagai review tempat yang menarik, barangan dan sebagainya.. Kalau awak tengok pada header blog Cik Min sudah mencerminkan dirinya yang sebenar.. Cik Min jugak merupakan rakan facebook saya dan kami saling 'like' antara satu sama lain, kadangkala drop down komen.. hihihi.. Ohh selain daripada blog Cik Min ini, dia ada satu lagi blog yang berkaitan dengan produk Cik Min iaitu sambal hitam Pahang yang dinamakan sebagai http://minionliciousenterprise.blogspot.com ... 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Air Asam Timun...Resipi Rare Turun Temurun ;
6 Cara Tingkat Kesuburan ; 
15 Tempat Yang Wajib Dilawati Di Batam ;
Min'z Sambal Hitam Pahang Memenuhi Citarasa Semua ;

Dan banyak lagi entri yang menarik..


www.shikinrazali.comKepada Cik Min, terima kasih diucapkan pada Cik Min kerana masih lagi menjadi rakan blogger dan rakan facebook saya.. Saya doakan agar perniagaan Cik Min akan menjadi lebih maju ke hadapan dan Insha Allah ke peringkat antarabangsa, sapa tau kan.. Saya doakan agar Allah merahmati, memberkati dan melindungi Cik Min sekeluarga di dunia dan di akhirat.. Saya doakan jugak agar Cik Min terus berjaya dalam dunia blogging and keep it up, don't give up.. Semoga ikatan ukhuwah silaturahmi antara kita akan berkekalan dan diredhai oleh Allah, Insha Allah. 


blogwalking

Jom kita singgah dan kenal dengan blogger Bebelan Cik Min dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



read more

10 asas untuk hias apartmen kecil

Monday, April 22, 2019



Assalamualaikum wbt..
Bila kita membeli apartmen dengan keluasan yang terhad, kena ada usaha yang berterusan untuk menjadikan suasana apartmen lebih teratur, kemas dan sedap dipandang. Dengan hiasan dalaman dan susunan perabot yang betul, pasti ruang rumah kita akan menjadi cantik.. Saya nak berkongsi dengan awak tips 10 asas untuk hias apartmen.. 

1) Jadikan balkoni sebagai ruang tamu kedua. Jangan mensia-siakan ruang ini kerana ia sangat berharga. Tak perlu kerusi meja, hamparkan saja tikar atau ambal dan kusyen yang selesa.

2) Elakkan membeli aksesori kecil yang banyak. Pilih material yang besar tapi dalam kuantiti minimun. Jadi segala perkakas ini akan nampak jelas dilihat dan menguatkan lagi konsep tata hias kita.

3) Selain daripada warna harmoni, awak boleh mencuba beberapa warna lain dalam kelompok yang sama agar ruang tak nampak seperti membosankan dan kecil. Kejutan warna-warna seperti ini dapat merangsang semangat kita. 

4) Pastikan ada sofa dua tempat duduk, sofa satu tempat duduk dan bangku panjang  sebagai set perabot ruang tamu kita. Jangan takut membuat suai padan antara tiga perabot ini. Elakkan juga memilih penyandar kerusi yang agak tinggi dan diletakkan di tengah ruang. Ia menghalang pandangan dan menjadikan sesebuah ruang nampak terhad.

5) Meja kaca atau kerusi telus pandang  boleh digunakan agar ruang yang kecil dapat dilihat secara keseluruhannya.

6) Selain daripada pemidang, fabrik juga membantu untuk membahagikan ruang mengikut aktiviti. Ia murah, ringan serta nampak tak sesak.

7) Elakkan memilih langsir yang mempunyai swag dan rekaan berlebihan. Ruang kecil perlu nampak ringkas dan jendela perlu membenarkan cahaya masuk secukupnya ke dalam apartmen. Pilih saja rekaan fabrik telus pandang atau polos  dan jika mahu memilih tema klasik, pilih saja langsir berpelmet ringkas, itu dah memadai.

8) Elakkan memilih konsep klasik rococo yang mempamerkan corak berlebihan, perabot dempak dan berwarna gelap. Ini hanya menjadikan ruang apartmen nampak lucu kerana konsep sebegini hanya sesuai untuk kediaman agam dan banglo besar.

9) Jika mahukan aksesori yang banyak, pilih aksesori dinding yang boleh digantung dan menjadikan ruang apartmen tampil nampak unik dan mempunyai karakter.

10) Jika menetap di apartmen studio, cuba dapatkan perabot dwi fungsi seperti contoh sofa bed yang sangat praktikal untuk berkongsi ruang untuk dua aktiviti. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Anda mengalami gejala ini ketika bekerja..? Ambiklah cuti...

Sunday, April 21, 2019



Assalamualaikum wbt...
Sekiranya awak telah mengalami gejala gejala ini, silalah ambil cuti dan rehatkan minda. 

Fenomena "Burnout" boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental.

Burnout adalah keadaan emosi, mental dan keletihan fizikal yang disebabkan oleh tekanan berlebihan yang berpanjangan. Dalam kebanyakan kes burnout, berpunca daripada faktor kerja. 

Sebagai contoh burnout :-

  • Beban kerja yang terlalu banyak dan tidak boleh menampung daripada segi fizikal menyebabkan rasa letih dan lesu
  • Bekerja terlalu kuat tanpa rehat dan bersosial
  • Tidak cukup tidur
  • Kurang sokongan daripada segi perhubungan sesama rakan sekerja, majikan dan keluarga
  • Wujudnya rasa bosan terhadap kerja yang dilakukan kerana organisasi membenarkan pekerja bekerja dengan potensi mereka sepenuhnya dan membawa kepada perasaan tidak puas hati
Sumber: Public Health Malaysia #mentalhealth #PHM

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Tahniah pada dua orang anggota bomba wanita yang menganggotai pasukan STORM JBPM

Assalamualaikum wbt..
Sebelum nie saya ada bercerita tentang wanita pertama yang menjadi Pengarah Negeri Bomba [ BACA DI SINI ] dan kini anggota bomba wanita semakin melangkah seiring dengan anggota bomba lelaki iaitu dengan penyertaan mereka ke dalam pasukan STORM bomba.. 



Okey, saya citer serba ringkas pasal STORM.. STORM adalah salah satu pasukan yang dikenali sebagai Malaysian Rapid Deployment Force ataupun lebih kurang sama macam komando ATM peranannya tapi jauh sekali daripada skop tugasan. STORM adalah pasukan yang ditugaskan untuk berfikir di luar kotak dan bekerja di luar kemampuan dalam menjalankan operasi menyelamatkan mangsa lagi-lagi yang melibatkan bencana besar seperti SEARCH AND RESCUE.

Oleh kerana tugas mereka lebih kepada melakukan operasi Search and Rescue kebanyakan operasi nya di tempat gelap terutama melibatkan runtuhan bagunan, penyelamatan di hutan atau bencana berskala besar, mereka dianugerahkan baju yang designnya lain sikit daripada pegawai lain iaitu ada JAHITAN SHINING(BERCAHAYA) pada pergelangan tangan dan kaki pada uniform, tulisan STORM di belakang baju, helmet operasi bewarna merah ketika operasi melibatkan pegawai STORM, lencana unit di sebelah kanan bahu dan di tampal bendera Malaysia di bahu kiri sebagai pengenal ketika operasi di luar negara. Hanya yang anggota yang pergi mengikuti kursus ala KOMANDO ini dan kepada anggota yang lulus sahaja yang akan ditauliahkan baju seperti ini dan lencana STORM untuk dilekatkan pada uniform.

Syarat kelayakan juga menggunakan Individual Physical Proficiency Test (IPPT) iaitu standard physical fitness yang juga digunakan oleh Singapore Armed Forces (SAF), Singapore Police Force (SPF) and Singapore Civil Defence Force (SCDF) dan juga kebanyakkan pasukan uniform dalam negara ini seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan lain-lain. Setelah layak memasuki asas kursus STORM, barulah mereka diberi latihan-latihan yang sangat menguji kemampuan anggota dan skill penyelamatan yang advance selain pentauliahan yang membanggakan selepas berhempas pulas keringat pada sesi kursus. Ibarat berey komando, siapa yang lepas kursus komando sahaja yang layak memakai berey. Uniform nie tiada siapa berhak memakainya selagi tidak pergi / tidak lulus kursus STORM ala komando ini berdasarkan skop kebombaan.

Jika ada insiden bencana yang besar contohnya kejadian bas jatuh gaung di genting tempoh hari, anggota yang berpakaian lain daripad yang lain ini akan dipanggil daripada seluruh Malaysia untuk berkumpul(sebab itu mereka dipanggil Pasukan Aturgerak Cepat kerana mereka perlu bersedia untuk bertugas selama 24 jam sekiranya dipanggil untuk bertugas tidak kira samada waktu siang atau malam. Mereka juga dipanggil On Stand by lebih kurang macam doktor pakar la. Tak boleh kata tidak sekiranya dipanggil bertugas walaupun pada waktu malam) dan akan melaksanakan misi tersebut secara bersama-sama menggunakan SOP yang disediakan, bekerja di luar kemampuan, dan berfikir menyelesaikan masalah secara di luar kotak ataupun think outside the box macam mana nak selamatkan mangsa walaupun dengan keperluan logistik yang minima dan keanggotaan yang sedikit. (*Sumber petikan ini daripada Friends Of Bomba Malaysia)



TAHNIAH kepada kedua-dua pegawai bomba wanita yang berjaya masuk ke dalam pasukan STORM yang sebelum ini anggota lelaki menjadi dominasinya.. Semoga dengan semangat yang ditunjukkan oleh mereka, akan ada lagi anggota wanita yang masuk ke dalam pasukan STORM dan menyelamatkan nyawa dan harta benda.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi

petua

Assalamualaikum wbt..
Selalunya stretch mark nie dikaitkan dengan wanita terutamanya semasa hamil yang biasa berlaku di bahagian perut. Tapi bukan setakat perut jea tau, tempat lain pun boleh terjadinya stretch mark nie, dan bukan wanita jea, malah orang lelaki pun ada stretch mark nie..Stretch mark nie berlaku kerana tekanan pada kulit di bahagian lapisan tengah kulit yang dipanggil dermis. Dalam keadaan ini, pembuluh darah yang ada pada dermis akan pecah dan kita akan berasa panas dan gatal sehinggalah membentuk stretch mark ini. Kali nie ada cara semula jadi yang boleh menghilangkan stretch mark yang agak stress nie.. Jom..

Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi
Aloe Vera - Sapukan gel aloe vera secara rutin pada bahagian stretch mark kerana ia membantu mengekalkan kulit kita dan secara tak langsung dapat menghilangkan kesan stretch mark tersebut.

Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi
Senaman - Ia membantu mengencangkan kulit secara semula jadi dan secara tak langsung menghilangkan stretch mark.

Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi
Lemon - Ia mampu menangkal radikal bebas yang ada dalam kulit. Caranya mudah jea, dengan hanya oleskan lemon pada bahagian stretch mark itu.

Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi
Minyak zaitun - Kandungan zat linoleic acid dalam minyak zaitun yang akan membantu, menjaga kadar air pada kulit. Selain itu, minyak zaitun banyak mengandungi anti oksidan yang disebut polifenol yang membantu meregenerasi kulit yang mengalami kerosakan. Caranya adalah campurkan satu sudu makan minyak zaitun dengan satu sudu teh madu. Kemudian, sapukan pada bahagian stretch mark.

Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi
Kentang - Kandungan mineral dan anti oksidan di dalam kentang dapat membantu menghilangkan stretch mark. Caranya adalah dengan merebus kentang dan kemudian awak tumbuk halus. Campurkan dengan dua sudu makan susu. Kemudian awak oleskan pada bahagian tersebut.Biarkan selama 30 minit sebelum bilas dengan air bersih.

Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi
Minum air mineral - Dengan minum sebanyak lapan gelas air mineral sehari dapat membantu menurunkan elastik kulit dan mempercepatkan proses regenerasi pada kulit.

Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi
Putih telur - Selain dapat mencerahkan kulit dan wajah yang anjal, putih telur ini boleh dijadikan losyen kulit secara alami. Caranya adalah tambahkan satu sudu makan air perahan lemon dan oleskan pada bahagian stretch mark. 


 Selamat mencuba!


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Rumah sewa berpenunggu



Aina, Mila dan Fifi memulakan semester baru kuliah di salah sebuah kolej swasta di pekan yang terletak berdekatan dengan kampung mereka. Biasanya mereka diberi hostel yang disediakan oleh pihak kolej. Tetapi, untuk semester kali ini mereka perlu mencari rumah sewa memandangkan hostel yang mereka duduki itu sedang diperbaiki.

Pencarian mereka berakhir dengan mendapatkan sebuah rumah yang terletak agak terpencil dan berdekatan dengan sebuah ladang. Memandangkan kesemua mereka mempunyai kenderaan jadi takde masalah untuk mereka tinggal di situ. Lagi pula sewa pun berpatutan dan sesuai dengan bajet mereka yang masih belajar. Mereka mula berpindah masuk, semuanya berjalan lancar sehinggalah ada jiran yang datang menegur dan memberitahu bahawa belakang rumah mereka adalah kawasan perkuburan Cina. Mereka tergamam seketika mendengarnya, tapi mereka fikir dah takde masa untuk mencari rumah yang lain. 

Malam menjelma, untuk hilangkan rasa sunyi kerana jarak antara jiran agak jauh, mereka memasang televisyen dengan kuat. Tapi masing-masing memegang telefon bimbit di tangan sambil memakai fon kepala. Sedang mereka semua asyik melihat telefon bimbit, tiba-tiba televisyen yang dipasang terpadam secara tiba-tiba. Mereka bertiga tersentak dan memandang antara satu sama lain. Rasa seram sejuk datang menjelma tapi mereka kuatkan semangat dan membaca ayat-ayat Al-Quran yang mereka tahu. Tiba-tiba kedengaran pula bunyi dari bilik air di bahagian belakang. Itu lebih membuatkan Aina, Mila dan Fifi  ketakutan. Mereka bertiga lari ke dalam bilik. Masuk sahaja di dalam bilik, mereka duduk dekat-dekat dan saling berpelukan. Ketiganya cuba lelapkan diri walaupun dalam ketakutan. Sebelum tidur, mereka sempat mendengar salakan anjing sahut menyahut. 

"Eh, korang berdua dengar tak bunyi anjing tue? Orang kata kalau bunyi macam nie, ada makhluk halus yang berdekatan," Mila tiba-tiba bersuara.

Apa yang diperkatakan Mila membuatkan mereka semakin takut. Semua surah yang mereka tahu dibaca bersama sehinggalah mereka berjaya lelapkan mata. Seminggu selepas itu, tiada lagi gangguann buat mereka. Tidur mereka tidak terganggu dan dapat tinggal dengan aman. Sehinggalah pada suatu malam Jumaat yang sangat dingin, hujan turun renyi seakan-akan tidak mahu berhenti dan ini menambahkan lagi suasana sunyi di kawasan kediaman mereka. 

Seperti malam-malam biasa, televisyen dipasang untuk memeriahkan suasana yang sepi. Tiba-tiba kedengaran sesuatu dari arah dapur. 

"Bunyi apa tue?" tanya Aina.

Tanpa menjawab, ketiga-tiga kawan ini jalan beriringan ke dapur. Sampai sahaja di dapur, alangkah terkejutnya mereka apabila melihat susuk tubuh yang memakai pakaian putih yang comot dan berambut panjang mengurai yang sedang berdiri di satu sudut. Ketiga-tiganya menjerit ketakutan dan lantas berlari masuk ke dalam bilik. Mereka mengunci pintu dengan harapan makhluk tersebut tak dapat masuk. Namun itu tidak seperti yang mereka harapkan. Masuk saja ke bilik, mereka dapati makhluk yang sama rupanya turut berada di dalam sambil mukanya mengadap dinding. Bagai tak cukup tanah mereka bertiga berlari meninggalkan rumah sewa itu dan meluru ke rumah jiran yang berdekatan.

Mereka ditenangkan oleh jiran mereka iaitu seorang makcik yang mula-mula datang menegur pada hari pertama mereka pindah. Ketiga-tiga kawan nie mula demam ekoran kejadian yang menakutkan itu. Mereka dapat tahu rupa-rupanya rumah tersebut pernah didiami oleh seorang wanita dan menurut cerita makcik tersebut, wanita berkenaan mati akibat bunuh diri. Selepas kejadian itu, Aina, Mila dan Fifi berpindah terus dan kali ini mereka mencari rumah sewa yang berdekatan dengan kolej. Mereka tak kisah walaupun bayaran sewa agak mahal asalkan perkara yang menakutkan tidak lagi menghantui kehidupan mereka.  

*sumber cerita daripada Mingguan Wanita

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Minggu bebas denda Perpustakaan Negara Malaysia


Assalamualaikum wbt..
Adakah awak seorang pengguna yang meminjam buku daripada Perpustakaan Negara Malaysia..? Dah hantar ke belum buku pinjaman..? APA..? BELUM HANTAR DAN KENA DENDA...? 

Awak nak tau tak, Perpustakaan Negara Malaysia nak buat minggu bebas denda tau.. Maksudnya awak tak perlu bayar denda pun dalam minggu denda tue.. Haa, macam mana? Best tak offer yang dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia.. 

Apa lagi, ayuh kita pulangkan buku pinjaman agar orang lain boleh menerima ilmu seperti kita juga.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Shalimar Yusof

Tuesday, April 16, 2019

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, kali nie siapa yang menjadi pilihan saya untuk direview..? Pada awak yang masih belum direview lagi, jangan risau, Insha Allah nanti akan tiba giliran awak yea.. Dalam pada tue, jom kita kenal-kenal dengan sahabat blogger pilihan saya pada minggu ini..


www.shikinrazali.com

Blog Shalimar Yusof... Atau lebih dikenali sebagai Sha, berumur dalam lingkungan awal 30-an, berasal daripada Jertih, Terengganu dan kini menetap di Perak.. Mempunyai 2 orang cahayamata dan Sha merupakan salah sorang daripada ahli Kelab Blogger Pantai Timur... Sha telah mula sebagai blogger sejak tahun 2010 dan dalam masa yang sama Sha merupakan wanita berkerjaya..

Rasanya persahabatan kami bermula dengan penyertaan GA dan segmen, dan lepas tue kami sama-sama join kelab BPT.. Sha memang seorang supportive dengan rakan-rakan blog, sebab dia rajin jugak join GA dan segmen anjuran daripada rakan-rakan blognya.. Apa yang menarik mengenai Sha nie adalah Sha memberikan perkhidmatan printing T-Shirt dan sticker produk custom made dengan harga yang berpatutan.. So pada yang tengah cari printing t-shirt atau sticker yang murah, bolehlah berhubung dengan Sha.. Mengenai blog Sha pulak, ada banyak entri yang menarik yang dia kongsikan dengan para pembacanya termasuklah pelbagai review barangan, tempat-tempat menarik dan sebagainya. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah 

Resipi Ikan Siakap Tiga Rasa Ala Thai Bersama Knorr ;
Kesan Hisap Gam Kepada Otak Manusia ;
Tempat Menarik Di Kampar Perak - Bandar Agacia Kampar Perak Sesuai Untuk Diabadikan Gambar Menarik Bersama Keluarga Tersayang ;
Tempahan Baju T-Shirt Dan Sticker Custom Made Bersama Philosophy Print ;

dan banyak lagi entri yang menarik..

Kepada Sha, terima kasih sangat-sangat kerana Sha masih lagi sudi jadi rakan blogger akak.. Walaupun kita tak pernah berjumpa, tapi oleh kerana kita pernah jadi satu team, akak rasa macam dah lama kenal, dan Sha pun selalu drop down nota dalam jurnal akak.. Terima kasih sangat.. Akak doakan agar Sha terus berjaya dalam dunia blogging dan apa jua yang Sha lakukan.. Insha Allah satu hari nanti kita akan berjumpa dan akak doakan jugak agar kehidupan Sha sekeluarga akan diberkati dan diredhai oleh Allah.. 




Jom kita singgah dan kenal-kenal dengan blogger Shalimar Yusof dan salam perkenalan pada semua.. 

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ▼  April (21)
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Shuhaid...
      • Petua Nenek Cara Alami
      • Review : A Is For Apple (2015)
      • Alhamdulillah, domain jurnal dah di renew...
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Bebelan...
      • 10 asas untuk hias apartmen kecil
      • Anda mengalami gejala ini ketika bekerja..? Ambikl...
      • Tahniah pada dua orang anggota bomba wanita yang m...
      • Cara hilangkan stretch mark secara semula jadi
      • Rumah sewa berpenunggu
      • Minggu bebas denda Perpustakaan Negara Malaysia
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Shalima...
      • Hadiah daripada blogger Mieza S. a.k.a. kanvasdakw...
      • Review buku : Abang Bomba Sayang Kamu
      • Resipi pupur untuk mengempiskan perut
      • Misteri kampung tidur
      • Aktiviti library ; membuat lawatan ke Pesta Buku A...
      • Amalkan penggunaan Bahasa Melayu dengan betul
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cik Nor
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cerita ...
      • Top Commentator bulan April 2019.. Tahniah...!
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Menjelang Ramadhan
  • Afzan Sidi
    WORDLESS WEDNESDAY~MARHABAN YA RAMADHAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Air kotak laici
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.