Review buku : Abang Bomba Sayang Kamu

Monday, April 15, 2019

Review buku : Abang Bomba Sayang Kamu

Assalamualaikum wbt..
Dah lama rasanya saya tak buat review buku kan.. hihihi sebenarnya masa untuk membaca tue ada tapi bila mood membaca tak timbul dalam diri, tue yang susah tue.. Dan saya memang respect pada rakan-rakan yang mempunyai masa untuk membaca, macam rakan blogger saya, Kak Sha Mohamed, Fatina Mudz, Farhana Jafri dan sebagainya.. 

Tapi baru-baru nie, saya tertarik dengan satu buah buku dan sebagai tanda sokongan saya pada penulis buku ini, iaitu Penguasa Kanan Bomba II (PgKB II) Tuan Zulkifli Che Noh iaitu Abang Bomba Sayang Kamu... 

Review buku : Abang Bomba Sayang Kamu

Buku nie mengisahkan kisah seorang anggota bomba yang berusaha untuk berkhidmat kepada masyarakat.. Kisah ini adalah berkenaan sisi berbeza tentang bomba daripada apa yang kita ketahui selama ini dan awak boleh bayangkan tugasan sebenar bomba kerana penulis nie pun sememangnya merupakan anggota bomba sendiri.. Selain daripada cerita tentang tugasan bomba, ada juga diselitkan kisah romantik antara penulis dan isterinya, dan ada satu bab istimewa iaitu sisipan istimewa isteri anggota bomba.. 

Menjadi seorang anggota bomba sememangnya bukan mudah, banyak dugaan dan cabaran yang perlu ditempuhi, bermula dengan temuduga yang melibatkan ujian fizikal dan kemudian temuduga lisan.. Ujian fizikal yang perlu ditempuhi adalah ujian mengangkat berat,  ujian menegakkan tangga bomba, ujian memanjat tali dan ujian menaiki tangga.. Bila dah berjaya kesemua ujian fizikal ini, barulah awak akan ditemuduga secara lisan.. Bila dah berjaya barulah awak diterima sebagai pelatih anggota bomba dan akan dilatih di Akademi Bomba Dan Penyelamat sebelum ditauliahkan sebagai anggota bomba.. 

Review buku : Abang Bomba Sayang Kamu
Bersama dengan penulis buku.. Terima kasih pada Tuan Zulkifli Mohd Noh.. 

Buku ini diterbitkan oleh Galeri Ilmu dengan harga RM15 sebuah.. So pada awak yang nak tahu mengenai tugasan sebenar anggota bomba, bolehlah dapatkan buku ini di pasaran.. 


#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



7 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧