Aktiviti library ; membuat lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa

11:49 AM


Assalamualaikum wbt.. 
Curi masa kejap.. hihihi nie gara-gara line internet opis tak berapa nak berfungsi, bila key-in cataloging buku, asyik error jea.. Tak tau la kenapa... Opsss, yang update jurnal nie pakai line sendiri okey, pakai hotspot..

Okey, seperti yang kita tahu, Pesta Buku Antarabangsa baru saja habis berlangsung, so pada yang dah pegi tue, banyak ke awak beli bahan bacaan..? Tak kisah untuk diri sendiri ke untuk anak-anak ke, kan.. Pada yang belum berkesempatan tue, Insha Allah tahun depan bolehlah cuba pegi ke situ.. Kalau ikutkan, saya pun tak berkesempatan nak pergi tapi secara kebetulan ketua unit saya masuk list aktiviti library untuk buat lawatan ke pesta buku, apa lagi, sambil menyelam boleh minum air kan..

Mulanya saya hanya buat survey saja melalui group whatsapp opis, ada ke yang berminat nak pegi.. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan kerana ada 30 orang yang memberikan nama mereka pada unit kami.. Tapi bermula dari situlah cabaran yang perlu kami tempuhi.. Cabaran pertama kami adalah bas HQ kesemuanya rosak dan sedang dalam pembaikan.. Allahu Akbar.. huhu rasa macam nak pitam, lantas kami mintak bantuan daripada jiran sebelah iaitu Balai Bomba Putrajaya kerana kami tau mereka mempunyai coaster tapi nasib tak menyebelahi kami lagi kerana coaster tersebut telah ditempah oleh unit SMART.. huhuhu 😭 sedih rasanya, tapi bila memikirkan kesian pulak pada staf yang dah beri nama tue, kami mula mencari usaha yang lain, iaitu mintak bantuan daripada akademi dan ibu pejabat negeri.. Mulanya kami mintak bantuan dengan FRAM Kuala Kubu Bharu, keputusannya bas memang ada tapi dalam keadaan stand-by untuk Perkhemahan Kadet Bomba Kebangsaan 2019.. Lepas gagal di FRAM Kuala Kubu Bharu, kami mintak bantuan daripada ibu pejabat negeri Selangor dan Kuala Lumpur dan jawapan mereka sama seperti FRAM... Masa nie kami dah nak mula putus asa dah, tapi ketua unit masih nak pergi ke situ.. So dia mintak pendapat Ketua Penolong Pengarah (KPP Pentadbiran) dan akhirnya kami dapat meminjam sebuah bas daripada Jabatan Pendaftaran Negara kerana KPP Pentadbiran mempunyai rakan kerja di sana.. Alhamdulillah.. Selesai satu masalah...

Then, masalah lain pulak timbul.. Kami difahamkan Pengarah Bahagian kebanyakan tak melepaskan pegawai bahagian tersebut yang telah beri nama pada kami kerana ketiadaan memo pelepasan.. Huhuhu tapi atas budi bicara, akhirnya mereka melepaskan pegawai terbabit pergi ke pesta buku tapi next time, kami perlu kemukakan surat pelepasan.. Cuma ada beberapa bahagian la yang tak melepaskan pegawai yang nak pergi tue tak dilepaskan, mungkin terlalu banyak kerja yang penting yang perlu diselesaikan.. 


www.shikinrazali.com
Oleh kerana tak ramai yang pergi, kami bebas untuk memilih tempat.. Seat untuk 30 orang, special for 14 tetamu.. Hebat tak..?


Akhirnya, kami seramai 14 orang yang dapat pergi ke pesta buku, okeylah bilangannya.. Pada 4hb lepas, kami berangkat daripada HQ pada jam 9.15 pagi dan sampai di PWTC pada jam 10.45 pagi, kami perlu berkumpul di tempat yang sama pada jam 1 tengahari.. Masa dah sampai ke booth, kami berpecah dan macam biasa saya dengan kak Ayu akan bergandingan untuk mencari novel kegemaran kak Ayu, manakala ketua unit saya pulak bersama dengan sahabat kami pergi ke booth untuk pelajar UPSR.. 

Sebenarnya, target saya yang pertama untuk beli bahan bacaan adalah majalah Ujang dan Apo! yang dah tak publish kat pasaran dah, so bila dah jumpa booth Ujang memang seronoklah tapi yang tak seronoknya bila dah tak banyak edisi keluarannya, tapi bolehlah daripada takde kan.. Pada mulanya ingat setakat tue la saya nak beli, tapi bila kami singgah ke booth Karangkraf dan KarnaDya Publishing, tetiba saya ternampak beberapa buah novel yang cukup menarik minat saya.. Bagaikan magik yang ditarik-tarik, akhirnya saya membeli beberapa buah novel seram, genre kegemaran saya.. Okey, saya cakap dalam hati, it's done.. BUT NO... Bila kami tiba di booth Ana Muslim, mata saya tertacap beberapa buah buku cerita yang menarik.. Adoii, sekali lagi saya digoda oleh booth berkenaan dan berjaya dengan pembelian 4 buah buku cerita yang comel sangat.. 


www.shikinrazali.com
Inilah beberapa buah buku yang berjaya dibeli yang pada mulanya hanya satu booth saja yang ingin disinggah.. Memang berhantu betul la...


Okey, saya tetapkan dan kuatkan ketahanan hati untuk tak membeli belah lagi.. Akhirnya inilah yang berjaya dibeli.. Then pada jam 1 tengahari kami berangkat balik ke Putrajaya, dengan wajah masing-masing yang berasa amat gembira dan puas hati kerana dapat membeli bahan bacaan untuk diri dan family..


Aktiviti library ; membuat lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa

Aktiviti library ; membuat lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa

Aktiviti library ; membuat lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa

Insha Allah, tahun depan jika ada kesempatan, lawatan ini akan diteruskan dan kali ini akan disertakan dengan memo pelepasan, hihihi.. Rasa seronok pulak bila pergi beramai-ramai nie, macam lawatan sekolah rasanya.. hihihi cumanya kami tak dikawal oleh cikgu pengiring, tapi rakan-rakan opis memanggil saya sebagai chief, hihi padahal chief yang sebenar adalah ketua unit saya, saya plak sepatutnya co-chief jea.. 

Okey, inilah aktiviti library kami yang pertama.. Next project will be up soon.. 

#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang



You Might Also Like

3 lovely notes

  1. haha seronok berdhopping buku ye

    ReplyDelete
  2. Sekali sekala shopping buku banyak-banyak, apa salahnya hehe

    ReplyDelete
  3. terbaek :) seronok aktiviti mcm ni :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators