Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Diari harian

Friday, September 30, 2011


Assalamualaikum,
Hari ini adalah hari terakhir untuk bulan September.. Secara kebetulan hari ini hari Jumaat dan sepatutnya hari ini (kebiasaan) aku dan boss akan pergi ke Alamanda untuk membeli makanan tengahari kami... Tetapi malang menimpa nasib aku kerana semalam aku mengadu kepada hubby tentang ada bunyi dekat dengan tayar kereta.. Hubby pun bergegas ke bengkel kereta untuk memeriksa punca bunyi dan didapati bunyi tersebut adalah berasal daripada gear box kereta..Hubby beri nasihat agar pada esok (hari ini) aku perlu membawa kereta secara perlahan tetapi aku tidak yakin akan kemampuan kereta tersebut dan aku mengambil keputusan untuk menaiki tren ERL untuk ke tempat kerja...Nasib baik office aku berdekatan dengan stesen ERL kalau tidak jenuh juga aku hendak berjalan kaki... Lagi malang buat aku kerana boss tidak dapat datang ke tempat kerja kerana dia perlu pergi ke klinik untuk membuat check-up kandungan dia... Tetapi nasib baik menyebelahi aku kerana salah seorang sahabat aku sanggup membeli makanan tengahari aku... hehehe so,tidak kebulur aku masa waktu tengahari nanti... Untuk pengetahuan, waktu rehat tengahari hari Jumaat amat berbeza dengan waktu rehat tengahari hari lain..Kami semua akan mula berehat dalam pukul 12.15 tengahari hingga 2.45 petang, manakala pada hari lain pula iaitu hari Isnin hingga hari Khamis, kami akan berehat dalam pukul 1.00 petang hingga 2.00 petang... Petang tadi ribut kuat telah melanda di office aku dan nasib baik aku membawa payung untuk pulang ke rumah... Aku berjalan kaki ke stesen ERL dan sambil berjalan aku mendengar lagu daripada MP3 yang aku bawa khas untuk berjalan...Aku berharap agar pada hari esok cuaca akan menjadi cerah supaya senang aku menjalankan rutin mingguan aku....
read more

Diari harian

Thursday, September 29, 2011


Wah, sekejap sahaja masa berlalu hingga tidak sedar akan masa tinggalkan kita...Rasa baru semalam aku bercuti dan hari ini sudah memasuki hari Khamis... Akhirnya aku sudah dapat mengemaskini blog business aku dengan menambah senarai produk iaitu kek lapis Sarawak dan membuat borang tempahan... Penat rasanya mata aku kerana terpaksa menghadap komputer selama 5-6 jam, memang juling mata aku ini... Tetapi walau apapun aku berasa amat puas sekali walaupun sudah berapa kali aku gagal untuk membuat borang itu tetapi aku bukan orang yang suka putus asa... Aku akan tetap mencari widget untuk membuat borang ini.. Nasib baik kerja office untuk hari ini tidak terlalu banyak, jadi aku tidak berasa penat untuk membuat kerja... Hubby pula macam biasa dia akan bermain game yang terdapat dalam facebook dan memuat turun lagu-lagu lama... Tetapi hari ini dia tidak boleh bermain game sebab aku telah menggunakan broadband terlebih dahulu... Kami hanya mempunyai satu broadband sahaja dan kami tidak ada akses internet yang lain... Insya Allah, kami akan mendapat akses yang lebih baik iaitu Wi-Fi dari UNIFI... Senang sedikit bila ada Wi-Fi nanti, so tidak ada istilah berebut broadband lagi... Hari ini cuaca agak baik tetapi mungkin dalam pukul 1.00 pagi nanti hujan akan turun dengan lebat sebab sekarang ini bunyi guruh sudah kedengaran... Hari ini juga aku perlu tidur awal kerana esok aku akan pergi kerja dengan menaiki ERL, kereta aku itu sudah mengalami kerosakan pada gear box... Hubby kata lusa dia mahu membawa kereta itu ke bengkel dan membaiki kerosakan itu, so untuk keselamatan aku tidak boleh memandu lebih jauh... Aku akan bangun pada pukul 5.40 pagi untuk bersiap-siap pergi kerja dan dalam pukul 6.05 pagi aku akan memandu menuju ke Stesen ERL Salak Tinggi. Train ERL biasanya akan sampai dalam pukul 6.30 pagi dan aku perlu pergi awal untuk mengelakkan daripada ketinggalan train... Di wall ini, aku ada sertakan contoh borang tempahan kek lapis Sarawak.. Kalau kamu semua mahu melihat lebih lanjut lagi tentang produk baru ini, sila layari blog aku ini yea....

http://lunamoon-collections.blogspot.com

Inilah contoh borang tempahan kek lapis Sarawak yang aku cipta sendiri... Macam mana? Cantik atau tidak? Okey, aku mahu tidur sekarang... Insya Allah, panjang umur kita jumpa lagi esok yea... Terima kasih kerana membaca entri ini... 

read more

Diari harian

Wednesday, September 28, 2011


Assalamualaikum.
Okey, aku sambung semula cerita semalam... Bermula dengan internet juga aku mengenali dengan dua orang sahabat yang berlainan bangsa, agama dan negara.. Aku mengenali mereka di salah satu laman web fanpages Backstreet Boys yang ketika itu amat popular sekali dan masa itu K-Pop dan J-Pop masih belum popular lagi...Nama mereka biar rahsia kerana takut privacy mereka akan terganggu, tetapi walau apapun, sehingga sekarang ini Al-Hamdulillah kami masih berhubung antara satu sama lain... Bercakap soal sahabat ini, aku mempunyai dua orang sahabat setia aku di waktu aku senang atau pun waktu susah... Kami bersahabat sejak dari sekolah rendah dan sekolah menengah lagi dan hingga kini kami masih berhubung antara satu sama lain... Aku amat menyayangi mereka seperti saudara kandung aku sendiri walhal usia kami adalah sama... Dari tahun ke tahun aku mengenali internet dan berbual dengan sahabat yang tidak bersua muka hingga aku bertemu jodoh dengan hubby... Aku masih teringat lagi tentang perkenalan pertama kami di salah satu laman web pencarian sahabat... Pada mula, perhubungan kami tidak lebih dari seorang sahabat tetapi entah bagaimana perasaan cinta telah berputik di hati kami, walhal kami tidak pernah bersua muka, apatah lagi untuk berjumpa...Kami hanya berhubung melalui telefon sahaja dan aku cuma menghantar gambar aku sekali sahaja....Begitu besar kuasa Allah kerana memberi pertemuan antara kami dan Al-Hamdulillah sehingga sekarang kami bahagia dengan rumahtangga kami... Kawan-kawan semua, minta doakan kesejahteraan kami di dunia dan di akhirat dan semoga jodoh kami kekal hingga hujung nyawa... Aku amat menyintai hubby dan aku tahu dia pun menyintai aku.... hehehe terlebih pula....okey,esok aku akan sambung lagi cerita hidup aku, Insya Allah jika aku masih bernyawa esok... Selamat malam aku ucapkan kepada kawan-kawan semua.....
read more

Diari harian

Tuesday, September 27, 2011


Assalamualaikum, 
Al-Hamdulillah, syukur kepada Allah kerana aku sudah semakin sihat walaupun kadang kala batuk dan selesema datang menyerang... Tetapi dengan berkat makan ubat setiap hari, aku akan semakin sembuh, Insya Allah... Hari ini aku teringat akan kisah-kisah lama, tentang zaman kecil, zaman persekolahan, zaman percintaan, zaman pekerjaan dan zaman perkahwinan (walhal perkahwinan aku baru berusia 4 tahun) Walau apapun, kehidupan kita mesti diteruskan, kesabaran dan ketabahan yang tinggi dalam menjalani hidup amat diperlukan dalam diri dan minda kita... Dunia sekarang semakin hari semakin canggih dan dunia juga semakin hari semakin tua ditelan zaman... Amal ibadat kita harus tingkatkan lagi demi mengejar dunia yang lagi satu iaitu akhirat... Zaman kecil aku? Di mana harus aku mulakan dahulu? Pada zaman kecil aku banyak kenangan manis yang pernah aku lalui dan ianya seimbang dengan kenangan pahit yang pernah aku lalui... Kemudian aku menjejak kaki ke sekolah rendah dan sekolah menengah, di mana aku mencari ilmu pengetahuan tentang peradaban dunia dan teknologi... Aku masih ingat lagi bagaimana pertama kali aku memegang tetikus komputer dan mencuba untuk membuat perkataan di Microsoft Word... Agak kelakar pada masa itu dan ketika itu juga aku mengenali dunia internet... Di rumah, perkhidmatan internet masih belum dipasang dan ketika itu juga hampir setiap hari dengan duit belanja yang ummie bagi, aku pergi ke cyber cafe untuk melayari internet... Bermula dari situ juga aku mendapat ramai kawan-kawan yang baru sama ada dari dalam negara mahupun di luar negara... Aku mengenali dunia tanpa sempadan dan bermula dari situ juga aku belajar tentang internet dan dunia chatting.... Pada masa itu, facebook masih belum wujud lagi dan emel pertama aku yang pernah dicipta adalah funleogirl_99@hotmail.com.... Okey,aku akan sambung cerita ini pada malam esok kerana waktu sudah pun menunjukkan pukul 11.00 malam dan badan aku mulai penat... Selamat malam aku ucapkan pada kawan-kawan semua... Jangan lupa basuh kaki sebelum tidur dan baca doa sebelum tidur agar kita tidak diganggu oleh perkara buruk....
read more

Diari harian

Monday, September 26, 2011


Assalamualaikum,
Hari Isnin dan minggu ini adalah minggu terakhir untuk bulan September dan minggu depan kita akan memasuki bulan Oktober... Sekejap betul rasa masa berlalu hingga kita tidak dapat mengundur masa lagi untuk memperbaiki kesilapan kita...Kadang-kadang aku teringat dengan kisah dan kenangan lalu, kenangan semasa di bangku sekolah rendah dan menengah, kenangan semasa aku mula-mula dapat pekerjaan ini hingga kenangan semasa berjumpa dengan hubby... Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui sejak 29 tahun lalu... Tetapi aku bersyukur dengan kurniaan Allah kerana DIA telah memberi harapan dan semangat kepada aku untuk meneruskan kehidupan aku yang serba mencabar ini... Allah telah banyak membantu aku dalam menangani semua masalah dunia dengan memberikan aku hidayah dan petunjuk dari Allah... Dengan ini, aku amat bersyukur kepada Allah kerana DIA memberikan peluang kepada aku untuk bernafas di bumiNya... Terima kasih Ya Allah!!! Bila mengenangkan memori lama, kadang-kadang aku ketawa sendirian kerana memang banyak kelemahan yang terdapat dalam diri aku...Dengan adanya teknologi canggih di zaman moden ini, aku dapat mencari dan berjumpa semula dengan kawan-kawan lama,kawan-kawan zaman sekolah aku... Sudah ramai di kalangan rakan-rakan aku yang sudah berkahwin dan mempunyai keluarga bahagia, tetapi ada juga di kalangan kawan-kawan aku yang sudah meninggal dunia... Antara sahabat yang pergi mengadap Allah adalah arwah Asrol Afendi yang merupakan sahabat baik aku semasa di dalam kelas.... Aku masih teringat lagi tentang kenangan semasa di sekolah, bagaimana guru kami mendidik untuk menjadi seorang insan yang berguna untuk masyarakat... Jasa guru-guru kami tidak akan dilupakan hingga akhir hayat dan kerana didikan mereka juga, kami dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat... Ada di antara kami yang menjadi, doktor, pensyarah, guru, kakitangan kerajaan dan pelbagai sektor dan agensi yang ada sekarang, menunjukkan yang segala ajaran dan didikan guru-guru kini membuahkan hasil... Terima kasih guru....
read more

Diari harian

Sunday, September 25, 2011


Assalamualaikum, 
Aduh... Letih betul rasa badan aku ini... Setelah bali dari kampung, aku terus membuat kerja rumah yang terbengkalai semalam dan hari ini bermula operasi melipat pakaian dan menggosok pakaian kerja... Naik juling biji mata aku ini untuk membuat semua ini... Apapun aku hendak mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan kerana sudi membaca blog aku ini walaupun aku menulis blog ini hanya sekadar hobi aku sahaja... Aku memang suka menulis, diari kehidupan aku dari kecil sampai sekarang masih lagi aku menulis kerana aku suka menulis tentang kehidupan seharian aku... Walaupun aku sudah agak jarang untuk menulis dalam buku diari tetapi dengan adanya blog ini, aku dapat menulis tentang kehidupan aku, bukan untuk tatapan semua tetapi hanya sekadar memberi peringatan kepada aku dan untuk generasi aku yang akan datang... Esok bermula lagi kehidupan aku jika masih bernafas untuk mencari rezeki yang halal... Hari ini adalah merupakan hari sejarah pertama aku untuk membaiki lengan pakaian aku yang melebihi ukuran aku... Aku telah berjaya membaiki lengan pakaian aku dan hari ini aku juga dapat menjahit banyak pakaian kami yang koyak... hehehe satu kejayaan yang tidak pernah aku rasai sebelum ini dan ini telah menaikkan semangat aku untuk menjahit langsir serta pakaian...
read more

Diari harian

Saturday, September 24, 2011

Aku ingin memohon maaf kepada rakan dan jiran aku kerana tidak dapat menghadiri majlis jamuan raya pada hari ini kerana aku dan hubby mendapat khabar sedih iaitu ibu saudara hubby telah meninggal dunia pada hari ini... Dalam pukul 2.30 petang, kami telah bersiap-siap untuk ke majlis jamuan raya tetapi kami mendapat panggilan telefon dari ibu mertua aku yang mengatakan ibu saudara hubby telah meninggal dunia... Kami pun tidak pasti apakah punca kematian dia... Aku harap kita semua sedekahkan Surah Al-Fatihah untuk arwah ibu saudara kami, semoga roh arwah akan dicucuri rahmat... Nasib baik aku sudah membasuh semua pakaian kami dan nasib baik cuaca hari ini agak baik dan panas untuk mengeringkan pakaian kami... Pagi tadi hubby telah pergi ke bengkel kereta untuk memperbaiki kereta kami yang ada mengalami sedikit kerosakan.. Aku harap bulan November nanti, tiada apa yang serius akan berlaku semasa kami mahu pulang ke kampung... Tadi aku telefon ummie untuk bertanya khabar... Aku jangka ummie aku juga akan mengalami demam selesema dan apa yang aku jangka memang tepat dengan sasaran... Ummie aku mengalami demam selesema, berjangkit dengan aku kerana baru-baru ini aku mengalami sakit demam dan selesema... Kasihan aku mendengar bila ummie sakit tetapi apa boleh aku buat selain mendoa kesejahteraan ummie dan berdoa agar ummie cepat sembuh dari segala penyakit...



read more

Diari harian

Friday, September 23, 2011


Assalamualaikum,
Hari Jumaat.. Seperti biasa aku dan boss akan pergi ke Alamanda untuk membeli hidangan tengahari kami... Masa berlalu dengan begitu pantas sekali hingga bulan September sudah memasuki fasa minggu terakhir bulan... Dan bulan Oktober akan menyusul tidak lama lagi... Bulan Syawal akan meninggalkan kita dan akan datang singgah semula untuk tahun depan, Insya Allah... Cuaca pada hari ini begitu cerah dan ceria sekali dan aku harap pada hari esok dan lusa, cuaca akan menjadi cerah kerana seperti kebiasaan rutin mingguan aku untuk membasuh pakaian.... Oh ya! Esok ada jamuan hari raya di dua buah rumah, so aku tidak perlu bersusah payah untuk memasak....Bagi sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran dia pada hari ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk sesiapa sahaja.... Semoga kamu semua panjang umur, murah rezeki, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT hendaknya... Kehidupan kita mesti diteruskan dan kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi... Apa jua kita lakukan, perlu buat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran... Kemudian, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, kena sentiasa merendah diri dan jangan menyakiti hati sesiapa pun di dunia ini... Kita perlu sentiasa senyum dan sentiasa ceria... Biarpun kesedihan akan menimpa dalam kehidupan kita, kita semua perlu tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran.... Kerana sabar itu separuh daripada iman dan kita perlu mencari jalan penyelesaian dalam apa jua situasi yang mendatang, samada daripada segi kebaikan atau keburukan... Kita perlu  mengingati dalam fikiran dan minda kita yang Allah akan sentiasa menolong hambaNya tetapi dengan syarat kita perlu menolong diri sendiri untuk mengubah dengan segala kebaikan... Allah TIDAK SESEKALI meninggalkan kita bersendirian, DIA sentiasa menolong kita dengan pelbagai cara, cuma kita memahami atau tidak bentuk pertolongan Allah itu... Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam dan aku fikir untuk masuk tidur dahulu...
read more

Tentang Rukun Iman

Thursday, September 22, 2011

RUKUN IMAN
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mestilah percaya kepada 6 perkara asas dalam Islam yang dikenali ramai sebagai Rukun Iman:-
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
  6. Percaya kepada Qada' dan Qadar
DALIL AL-QURAN TENTANG RUKUN IMAN
“ " Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (Surah An-Nisaa': 136) ”
Dari ayat diatas Rukun Iman disebutkan hanyalah lima perkara iaitu
  1. Percaya kepada Allah
  2. Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul
  3. Percaya kepada Malaikat-Malaikat
  4. Percaya kepada Kitab-Kitab
  5. Percaya kepada Hari Akhirat
Tidak disebut rukun iman ke-6 iaitu
  1. Percaya kepada Qada' dan Qadar
Kewajipan beriman kepada Qada' dan Qadar sememangnya tidak diterangkan di dalam ayat 136 surah an-Nisaa'. Namun begitu, Rukun Iman ke-6 yang digariskan oleh Rasulullah tetap mempunyai asas di dalam al-Quran berdasarkan kepada ayat-ayatnya yang lain iaitu:-
“ " Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Surah Al-Hadid: 22-23)


DALIL HADIS MENGENAI RUKUN IMAN
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:
“ " Pada suatu hari, Rasulullah saw. muncul di antara kaum muslimin. Lalu datang seorang laki-laki dan bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Iman itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, rasul-rasul-Nya dan kepada hari berbangkit.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, apakah Islam itu?
Rasulullah saw. menjawab: Islam adalah engkau beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan apa pun, mendirikan solat fardu, menunaikan zakat wajib dan berpuasa di bulan Ramadan.
Orang itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Ihsan itu?
Rasulullah saw. menjawab: Engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Dan jika engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia selalu melihatmu.
Orang itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah, kapankah hari kiamat itu?
Rasulullah saw. menjawab: Orang yang ditanya mengenai masalah ini tidak lebih tahu dari orang yang bertanya. Tetapi akan aku ceritakan tanda-tandanya; Apabila budak perempuan melahirkan anak tuannya, maka itulah satu di antara tandanya. Apabila orang yang miskin papa menjadi pemimpin manusia, maka itu tarmasuk di antara tandanya. Apabila para penggembala domba saling bermegah-megahan dengan gedung. Itulah sebagian dari tanda-tandanya yang lima, yang hanya diketahui oleh Allah.
Kemudian Rasulullah saw. membaca firman Allah Taala: Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Kemudian orang itu berlalu, maka Rasulullah saw. bersabda: Panggillah ia kembali! Para sahabat beranjak hendak memanggilnya, tetapi mereka tidak melihat seorang pun. Rasulullah saw. bersabda: Ia adalah Jibril, ia datang untuk mengajarkan manusia masalah agama mereka. (Kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 10



RUKUN ISLAM
Para ulama menetapkan setiap umat Islam mesti mematuhi perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Islam yang terdiri daripada lima perkara iaitu:-
  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat fardu lima waktu
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan
  4. Membayar zakat - Zakat fitrah, Zakat harta
  5. Mengerjakan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

RUKUN ISLAM
MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH
Mengucap dua kalimah syahadah iaitu setelah mengucap 2 kalimah Syahadah fardhu untuk menyampaikan/mendakwahkan Kalimah Syahadah Kepada yang belum menerima Kalimah(belum Islam) dan sesama Islam diingatkan tentang maksud Kalimah dan diajak mentaati perintah Allah iaitu 5 Rukun Amal Islam. Amalan disebut di dalam Quran sebagai amar makruf nahi Munkar, iaitu mengajak manusia kepada Kebaikan utama iaitu mengucapkan Kalimah Syahadah ini dan mencegah kemunkaran iaitu manusia tidak mengaku Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad saw Pesuruh Allah. Hukum Fardhu Ain kepada semua manusia yang telah mengucapkan Kalimah Syahadah untuk mendakwahkannya dan Fardhu Kifayah secara berjemaah bermula di setiap Masjid.

Kalimah Syahadah



Tiada Tuhan Melainkan Allah
;
Muhammad Itu Pesuruh Allah
.

“ "Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti), bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Surah Ali ‘Imran : 18) ”

SOLAT 5 WAKTU

Solat adalah ibadat fardu yang wajib dilakukan oleh orang Islam lima kali sehari. Solat lima waktu ini dikenali sebagai solat Fardu atau solat yang wajib dilakukan.

“ " Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan solat, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah solat itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. " - (Surah An-Nisaa’: 103)

”

Waktu Solat telah ditentukan masanya
  • Solat Subuh (Sekurang-kurangnya sejam setengah sebelum matahari terbit)
  • Solat Zohor (Baru sahaja selepas tengah hari)
  • Solat Asar (Waktu petang)
  • Solat Maghrib (Baru sahaja selepas matahari terbenam)
  • Solat Isyak (Sekurang-kurangnya sejam setengah selepas matahari terbenam)
Sebelum solat dapat dilakukan, seorang harus membersihkan diri daripada hadas besar dan hadas kecil. Pembersihan hadas kecil dikenali sebagai Wudhu. Manakala pembersihan hadas besar pula adalah Mandi wajib (ghusl).
Solat harus dilakukan dalam bahasa Arab, yakni bahasa Al-Quran. Ketika solat, orang Muslim hendaklah berdiri tegak (bagi siapa yang mampu), rukuk, sujud sambil menghadap ke arah Kiblat yakni menghadap Kaabah di Makkah. Ianya berakhir dengan memandang ke kanan dan kemudian ke kiri, menyebut "Assalamu 'alaikum" bermaksud salam sejahtera bagimu.

PUASA DI BULAN RAMADHAN

“ " Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa Surah Al-Baqarah: 183)  sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. " - ( ”
“ " (Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. " - (Surah Al-Baqarah: 184) ”
“ " (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafirpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur. " - (Surah Al-Baqarah: 185) maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia ber ”

MENUNAIKAN ZAKAT  

Zakat dari segi syarak adalah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.

“ " Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." (Surah Al-Baiyinah : 5) ”
“ " Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. " (Surah At-Taubah : 103) ”
“ " Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. " (Surah At-Taubah : 60) ”

MENUNAIKAN HAJI

Semua orang Islam yang mampu wajib mengerjakan haji, tidak berkira asal-usul mereka. Umat Islam harus mengerjakan rukun ini sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.
“ " Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. " (Surah Ali ‘Imran : 97) ”
Semasa haji para Muslim mengingati peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Penyelidik Muslim dan Barat mendapati cara penunaian haji ini berasal dari cara Nabi Muhammad s.a.w. melakukakannya
Semasa haji, umat Muslim tiba di Pelabuhan Jeddah, dan berjalan ke Makkah. Berdekatan dengan Makkah, umat Muslim menukar ke pakaian putih yang dipanggil Ihram. Kaya atau miskin, hitam atau putih, semuanya berdiri sama rata.




read more

Tentang Rasulullah SAW

Wednesday, September 21, 2011

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم‎) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu anugerah dan kurniaan Allah SWT kepada umat manusia untuk menunjukkan jalan yang lurus dan benar. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai khalifah, yang mengetuai angkatan tentera Islam, membawa perubahan kepada umat manusia, mengajarkan tentang erti persaudaraan, akhlak dan erti kehidupan yang segalanya hanya kerana Allah SWT. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan Rasul dan Nabi terakhir bagi umat manusia dan seluruh alam oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai Nabi dan Rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.

Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud:
Surah Al-Anbiya, ayat 107
"Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."

KELAHIRAN
Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.

MASA REMAJA
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.


PERKAHWINAN
Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.

BAPA DAN IBU SAUDARA NABI MUHAMMAD SAW
  • Al-Harith bin Abdul Muthalib
  • Muqawwam bin Abdul Muthalib
  • Zubair bin Abdul Muthalib
  • Hamzah bin Abdul Muthalib
  • Al-Abbas bin Abdul Muthalib
  • Abu Thalib bin Abdul Muthalib
  • Abu Lahab bin Abdul Muthalib
  • Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
  • Hijl bin Abdul Muthalib
  • Dzirar bin Abdul Muthalib
  • Ghaidaq bin Abdul Muthalib
  • Safiyah binti Abdul Muthalib
  • 'Atikah binti Abdul Muthalib
  • Arwa binti Abdul Muthalib
  • Umaimah binti Abdul Muthalib
  • Barrah binti Abdul Muthalib
  • Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib
KERASULAN
Muhammad telah dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya. Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat Jibril mendatangi Muhammad. Jibril membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap sama. Akhirnya, Jibril berkata:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."

Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun. Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun. Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri kepada Allah.

MARHALAH DAKWAH RASULULLAH
Perjuangan dakwah Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
  • Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah) dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka gerakan.
  • Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah - tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwah Islam, sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai masalah utama dalam hidupnya serta berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
  • Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh, lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.
TALABUN NUSRAH
Thalabun Nusrah adalah detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua aspek penting:-
  • Pertama, untuk mendapatkan perlindungan (himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan terlindung.
  • Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
CABARAN-CABARAN
Apabila Rasulullah menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.

HIJRAH
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya, sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu. Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyahYathrib. Masyarakat jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain. Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya berhijrah ke
Hampir dua bulan seluruh masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.

MADINAH
Di Madinah, kerajaan Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah memandangkan perjanjian telah dicabuli.

PEMBUKAAN KOTA MEKAH
Pada tahun kelapan selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah. Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah dimusnahkan.

TELADAN PERBUATAN RASULULLAH SAW
Perbuatan-perbuatan yang dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:
صَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman Allah SWT:
فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan, apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah penunjukan dalil.
Sedangkan perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan. Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha. Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).

PESANAN TERAKHIR RASULULLAH SAW
Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

read more

Diari harian

Tuesday, September 20, 2011


Assalamualaikum,
Hari ini aku tidak sihat kerana demam masih belum kebah sejak hari Isnin yang lalu... Aku harap esok aku akan sembuh seperti sediakala dan hari ini adalah merupakan jamuan raya di office aku...Banyak makanan tradisional dan moden didapati di gerai-gerai...Walaupun aku tidak ada selera untuk makan tetapi aku tetap meneruskan untuk makan sedikit...Sekarang ini adalah musim demam, selesema dan batuk, kadang kala aku berasa amat susah untuk bernafas takala batuk datang menyerang.... Dan baru sekejap tadi aku dan hubby telah pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan susulan dengan kesihatan aku ini.. Doktor memberikan aku cuti sakit untuk merehatkan badan aku ini.. Kata doktor aku mengalami demam yang agak kuat dan aku perlukan rehat yang cukup bagi memulihkan semula kesihatan aku... Aku juga dapat diberikan gas oksigen beserta dengan ubat bagi mengurangkan rasa semput aku... Alangkah lega rasa di hati dan bila waktu aku hendak tidur kerana sejak 2 malam berturut-turut aku tidak dapat tidur lena lantaran rasa semput yang melanda diri aku... Okay, malam ini aku perlu tidur awal....Selamat malam semua...
read more

Diary harian

Monday, September 19, 2011

Kalau semalam aku beritahu pasal drama Jepun, hari ini aku akan menceritakan tentang cerita Korea yang sedang ditayangkan di channel 8TV iaitu Boys Over Flowers... Walaupun aku sudah melihat cerita ini banyak kali tetapi ianya tidak menjemukan aku....Siri ini dibintangi oleh Lee Min Ho, Koo Hye Sun, Kim Hyun Joong, Kim Bum, Kim Joon dan Kim So Eun...Berikut adalah sipnosis tentang drama Boys Over Flowers ini....



PLOT STORIES

Shin Hwa School is a school for rich people, attended by Goo Jun-pyo, the heir of the global corporation Shin Hwa Group, Yun Ji-hu, So Yi-jeong, and Song Woo-bin which form a gang called F4. Jun-pyo, the leader of F4, is the main ruffian.
Geum Jan-di, who is not from rich family, ends up attending Shin Hwa School when she saves a boy from jumping off the rooftop and is given a scholarship to quiet down all the publicity the incident has caused. The entire school worships the F4 except for Jan-di. However, she holds a certain soft spot for Yun Ji-hu, who appears to be different from the other three. Jan-di finally speaks up against F4 to defend her friend, Oh Min Ji. From then on, she becomes Jun-pyo's main rival. Almost every time Jan-Di is bullied, she is helped by Ji-hu in some way. Jan-di and Jun-pyo's rivalry intensifies, but at the same time it is a source of amusement for him as Jan-di has now caught his attention.
The story develops and Jun-pyo slowly starts falling for Jan-di. On the other hand, Jan-Di's attention is on Ji-hoo, her savior, but ultimately, as the story progresses, her heart is with Jun-pyo. The couple face many obstacles as they continue to struggle for their love, but eventually they find their way back to each other.

CAST

Ku Hye Sun as Geum Jan Di Jan Di is the headstrong daughter of a dry cleaner. While on a delivery run to Shinhwa High School, she saves a bullied student from committing suicide. Jan Di is offered a scholarship to attend the prestigious school, and ends up getting on the bad side of Gu Jun Pyo.

Lee Min Ho as Gu Jun Pyo Jun Pyo is the leader of F4 (the most popular guy at Shinhwa High) and heir to the Shinhwa conglomerate. He torments Jan Di after she stands up to his bullying ways, but ends up falling for her instead.

Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo Ji Hoo is a member of F4 and grandson of the Korean ex-president. His musical talent catches Jan Di's attention and she begins to develop feelings for him.

Kim Bum as So Yi Jung Yi Jeong is known as F4's Casanova. He is a skilled potter and his family owns the country's biggest art museum. He eventually changed his Casanova ways as he realized that he is in love with Chu Ga Eul ( Kim So Eun , Jan Di's best friend )

Kim Joon as Song Woo Bin Woo Bin is F4's other playboy. His family runs a large construction company and has important connections to an underground organization, hinted to be the mafia.

Kim So Eun as Chu Ga Eul Jan Di's best friend and works with her at the porridge shop. She eventually falls for So Yi Jung.




read more

Review : My Boys More Than Family But Less Than Lovers (2009)

Sunday, September 18, 2011

Assalamualaikum, 
Hari ini aku mahu bercerita tentang siri drama yang menjadi kegemaran aku pada hari Jumaat malam dan aku sememangnya amat menyukai siri drama ini... Drama Jepun ini berjudul My Boys More Than Family  But Less Than Lovers lakonan Horikita Maki, Kaname Jun,Okada Yoshinori, Mukai Osamu, Yamamoto Yusuke, Okayama Tomoki, Kusakari Masao. Berikut adalah sipnosis mengenai drama Jepun yang aku minati ini...

My Boys More Than Family  But Less Than Lovers (2009)

Maki Horikita stars as Chisato Mineta, a 20-year-old homeless girl who moves about from parks to net cafes. Her mother died of illness, and when her father disappears after earning an incredible 100 million Yen debt, she is chased out of her home. Chisato spends her life running from debt collectors, but one day, she meets the president of a huge toy company who agrees to pay off her debts and then tricks her into marrying him. She then finds out that he only has one month to live. If she stays married him then she doesn't have to pay back the debt but if she leaves then all the money has to be returned.

A month later, she finds out that the president actually has more conditions than to just being his wife. She must also live with his six sons; all adopted as successors to the company by the president. However, each son has hidden himself away from the rest of the family—and none are eager to welcome their new mother. Will Chisato be able to open up their hearts and turn these strangers into a loving family?
read more

Diari harian

Saturday, September 17, 2011

Semalam keluarga aku selamat sampai di rumah pada pukul 1.45 petang dan Al-Hamdulillah nampaknya semua berjalan dengan lancar... Buat pertama kali, adik lelaki aku memandu terus sampai ke rumah dengan bantuan GPS yang baru dibeli oleh dia... Dan buat pertama kali aku tidak perlu menjemput mereka di mana-mana perhentian lantaran keluarga aku sudah sampai di rumah... Ketika itu, aku masih mengemas rumah dan bernasib baik kerana aku sudah pun siap memasak... Menu masakan aku pada hari semalam adalah nasi ayam... Ummie telah berjanji pada hari itu yang ummie akan masak nasi dagang di rumah aku dan pada hari ini aku dan ummie telah berjaya membuat masakan nasi dagang, makanan kegemaran aku... hehehe... Setelah selesai makan, kami semua pun berangkat ke Bandar Baru Nilai untuk pergi ke gedung perkahwinan di Nilai 3 untuk membeli kelengkapan perkahwinan kedua-dua adik aku... Memang penat berjalan seharian sampai hubby tertidur keletihan... Banyak juga barang-barang yang mereka beli, tetapi aku tidak membeli apa-apa kelengkapan kecuali aku amat berminat untuk membeli langsir, hehehe maklum sahaja aku baru beli mesin jahit, so aku fikir mahu menjahit sahaja....Keluarga aku akan singgah di rumah kami untuk tempoh 4 hari 3 malam...Tempoh yang amat singkat sekali....Tetapi walau apapun aku amat gembira dengan kedatangan mereka ke rumah kami....



read more

SELAMAT HARI MALAYSIA

Friday, September 16, 2011


Assalamualaikum
"SELAMAT HARI PENUBUHAN MALAYSIA"... Hari ini aku ingin menceritakan tentang sejarah dan logo tema Hari Kemerdekaan.... Kebetulan ianya jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari...



1976 - KETAHANAN RAKYAT
Lima lembaga manusia melambangkan lapisan rakyat yang berganding bahu membentuk satu tujuan dan cita-cita kemakmuran dan keselamatan negara. Tema "KETAHANAN RAKYAT" ditulis melengkung di atas menjadikan rekabentuk ini bulat dan bertangkup melambangkan keteguhan negara.
Rekabentuk ini juga berupa rebana ubi menggambarkan satu masyarakat yang berkebudayaan. Bulatan tadi membendung perkataan '31 Ogos' sebagai Hari Kebangsaan. Lima lembaga manusia juga mencerminkan lima prinsip Rukunnegara yang menjadi landasan kepada matlamat negara. Warna yang digunakan ialah warna-warna daripada bendera Malaysia.


1977 - BERSATU MAJU
Logo ini bertema "20 TAHUN BERSATU MAJU". Ia mempunyai lima bahagian yang naik meruncing menuju ke atas sebagai tanda kemajuan dan semua bahagian ini semakin rapat untuk membayangkan hasrat rakyat untuk bersatu. Lima bahagian atau tiang yang ada melambangkan lima prinsip Rukunnegara dengan yang di tengah-tengah sekali (yang paling tinggi) menandakan prinsip pertama, yakni kepercayaan kepada Tuhan. Tiang-tiang lain yang rupa dan bentuk asalnya diambil daripada bentuk hadapan perahu melambangkan empat prinsipRukun Negarayang lain, sementara bentuk hadapan perahu dipilih sebagai menandakan teras kebudayaan Nasional yang berasaskan kepada apa yang benar-benar timbul dari bumi negara ini.
Bulatan yang mengandungi nombor 20 atau rupa bentuk unsur-unsur kebudayaan itu menandakan 20 tahum selepas merdeka. Empat tiang diperbuat drp.timah bagi menandakan kemajuan perdagangan dan perindustrian negara ini, sementara tiang yang paling tinggi diperbuat daripada kayu belian bagi menandakan keteguhan bumi Malaysia.
Di kelilingnya pula terdapat sebuah kolam dengan airnya berwarna biru laut bagi menandakan kekayaan hasil laut dan kemajuan para nelayan yang dialami sejak merdeka. Sementarajejambat kecil yang menyerupai petak-petak melintasi kolam membayangkan betapa teguh dan sistematiknya ekonomi pertanian negara ini. Jadi jelaslah bahawa logo tersebut merangkumi kemajuan segenap sektor kehidupan iaitu lahiriah (Pertanian danPerindustrian) dan batiniah.

1978 - KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN
Selaras dengan tema Hari Kebangsaan 1978 iaitu, "KEBUDAYAAN SENDI PERPADUAN", logo ini menggambarkan bulan sabit serta bintang berwarna kuning yang diambil daripada sebahagian daripada lambang bendera Malaysia dan memberikan makna sebuah negara (Malaysia). Di dalam bulatan bulan dan bintang itu terdapat suatu bulatan lagi dalam bentuk ukiran berwarna biru yang mencerminkan kesenian negara dan diikuti pula dengan bentuk kepala dan badan berwarna biru seolah-olah bersendi dan bercantum yang mendedahkan perpaduan rakyat.
Bulatan yang terakhir pada logo ini memberikan gambar rebana ubi berwarna merah/kuning yang melambangkan kebudayaan dan ditengah-tengah sekali kelihatan angka 'XXI' yang memberikan erti 21tahum merdeka. Ringkasnya logo tahun ini memberikan penerangan babawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi rakyat berbilang keturunan dan mempusakai berbagai-bagai kesenian dan kebudayaan dan di samping itu berjaya menaungi serta memupuk rakyatnya hidup bersatupadu.

1979 - BERSATU BERDISIPLIN
Logo ini berbentuk lima segi dan bulatan di luar melambangkan perpaduan pada keseluruhannya. Lima bulatan kecil berwarna biru melambangkan prinsip-prinsip Rukunnegara dan juga rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Segi lima yang berwarna merah melambangkan kerjasama, perpaduan dan disiplin rakyat yang bersama-sama menuju ke arah matlamat untuk memajukan negara.
Matlamat tersebut dilambangkan oleh bulatan-bulatan yang berwarna biru, merah di tengah-tengah bentuk lima segi itu. Bulatan kecil kuning melambangkan kedaulatan raja dan memberikan makna taat setia rakyat terhadap pemerintahan beraja. Selaras dengan tema tahun ini, logo ini melambangkan rakyat Malaysia daripada berbagai-bagai keturunan dan daripada segenap lapisan masyarakat bersatupadu dan berdisiplin mematuhi amalan-amalan prinsip Rukun Negara dan dengan itu dapat menuju kearah kemakmuran dan keamanan.

1980 - BERDISIPLIN BERBAKTI
Logo ini melambangkan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa yang berdisiplin berpandukan Rukun Negara (bentuk lima segi) dalam mencapai kesejahteraan hidup hari-hari. Bulatan-bulatan yang melindungi di tengah-tengah itu adalah kumpulan-kumpulan berbilang bangsa yang sentiasa bersedia berbakti kepada Raja dan Negara. Bulatan Besar yang melingkumi segala bentuk yang ada itu melambangkan 'bulat manusia kerana muafakat'. Bentuk bulat itu juga menegaskan lagi keutuhan hidup berdisiplin.

1981 - BERDISIPLIN BERHARMONI
Logo Hari Kebangsaan 1981 ini melambangkan kejayaan dan kemajuan yang telah dicapai oleh negara kita selama 24 tahun iaitu sejak mencapai kemerdekaan dahulu. Bentuk yang merupakan tiga orang di sebelah bawah logo melambangkan masyarakat berbilang bangsa yang sentiasa berganding bahu berusaha menampung dan menuju mercu kejayaan dan kemajuan melalui lima tiang yang mencerminkan garis panduan hidup berdasarkan prinsip Rukunnegara. Bulatan-bulatan yang di sebelah atas melambangkan kejayaan dan kemajuan yang berunsurkan politik, ekonomi dan kemasyarakatan.

1982 - BERDISIPLIN GIAT MAJU
Logo tahun ini berbentuk bunga raya yang merupakan Bunga Kebangsaan. Daripada segi ciri-ciri bunga tersebut ia dapat melambangkan ketahanan yang tetap segar seperti yang telah dibuktikan oleh bunga itu sendiri. Warna-warna yang digunakan adalah warna yang terdapat pada bendera Malaysia. Lima kelopak bunga tersebut boleh diertikan sebagai lima prinsip Rukunnegara yang membentuk keutuhan negara.
Bulatan yang kelihatan menunjukkan keharmonian perpaduan dan kesempurnaan. Seperti digambarkan warna biru pada angka 25 melambangkan cinta rakyat terhadap negara dan percantuman 25 itu dapatlah melambangkan perpaduan, liku hidup dan pembangunan yang telah dialami oleh negara dalam bidang pembangunan dan kestabilan negara bagi mencapai 25 tahun merdeka dan terus berkembang untuk 25 tahun dan seterusnya pada masa hadapan.

1983 - BERSAMA KE ARAH KEMAJUAN
Logo Hari Kebangsaan 1983 ini merupakan anak panah yang memberikan gambaran menuju ke satu arah tertentu, iaitu matlamat kemajuan. Logo ini melambangkan perpaduan dan kerjasama yang erat antara beberapa golongan rakyat dalam berbagai-bagai bidang.
Ini digambarkan melalui tiga simbol empat segi yang terjalin antara satu dengan lain yang di dalamnya mengandungi bulatan-bulatan yang menggambarkan kelompok-kelompok golongan yang terdiri daripada usahawan-usahawan persendirian, golongan swasta dan golongan pentadbiran awam. Ketiga-tiga golongan ini bergiat untuk membangunkan negara ke arah kemajuan dan didukungi oleh satu petak tiga segi yang melambangkan sokongan pihak Kerajaan terhadap usaha bekerjasama bagi mencapai aspirasi negara.

1984 - AMANAH ASAS KEJAYAAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1984 melambangkan tema 'AMANAH ASAS KEIAYAAN'. Bulatan putih di tengah-tengah logo mencerminkan kesucian, kesempurnaan dan keutuhan yang menjadi intisari kepada sifat amanah. Bulatan biru yang dikelilingi oleh rajah kuning biru berbentuk lima segi melambangkan hidup muafakat di antara rakyat berbilang kaum di dalam negara yang berdaulat berserta kerjasama yang erat antara sektor awam dengan swasta yang akan membawa kejayaan di berbagai-bagai aspek. Manakala lima bentuk merah yang menyerupai anak panah menunjukkan apa-apa yang kita usahakan telah menuju kejayaan dengan pancaran anak panah yang bermula dari bulatan putih sebagai asas amanah serta juga daripada aspek-aspek lain.

1985 - NASIONALISME TERAS PERPADUAN
Logo Hari Kebangsaan bagi tahun 1985 melambangkan tema "NASIONALISIME TERAS PERPADUAN". Lima bulatan biru yang dikandungi oleh bentuk-bentuk merah melambangkan rakyat Malaysia berbilang kaum daripada berbagai-bagai rumpun bangsa yang bersatupadu manakala bentuk-bentuk merah pula melambangkan semangat nasionalisme yang menjadi teras perpaduan tersebut.
Bulatan putih menunjukkan negara yang bersih dan harmoni. Bulatan biru di tengah-tengah menunjukkan perpaduan erat di antara kaum menjadikan satu bangsa rakyat Malaysia manakala bulatan kuning melambang negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat. Bulatan merah menunjukkan patriotisme menjadi asas yang penting dalam mengukuhkan perpaduan rakyat yang cintakan negara.

1986 - BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH
Logo Hari Kebangsaan bagi tahum 1986 ini melambangkan tema "BANGSA TEGAS NEGARA TEGUH". Bentuk-bentuk berwarna biru mencerminkan kesungguhan dan ketegasan negara ini dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan negara di kalangan masyarakat antarabangsa.
Sikap negara yang teguh dan positif ini hanya dapat diwujudkan dengan adanya sokongan lapisan rakyat Malaysia seperti yang dilambangkan dengan bentuk tiga segi berwarna merah itu. Warna Kuning di tengah melambangkan kedaulatan Raja-raja yang merupakan satu daripada prinsip Rukun Negara.
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ▼  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ▼  September (29)
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Tentang Rukun Iman
      • Tentang Rasulullah SAW
      • Diari harian
      • Diary harian
      • Review : My Boys More Than Family But Less Than L...
      • Diari harian
      • SELAMAT HARI MALAYSIA
      • Kompilasi mutiara kata
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Mukjizat Rasulullah SAW - Membelah Bulan
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Diari harian
      • Review : Invincible Youth (2009)
      • Diari harian
      • Diari harian
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Menjelang Ramadhan
  • Afzan Sidi
    WORDLESS WEDNESDAY~MARHABAN YA RAMADHAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Air kotak laici
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.