Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Diari harian

Monday, October 03, 2011


Assalamualaikum,
Hari Isnin, 3 Oktober 2011 bersamaan 5 Zulkaedah 1432H... Umat Islam kini sedang bersiap sedia untuk menunaikan fardhu haji di Mekah Al-Mukarammah... Bila agak aku dapat peluang untuk menunaikan haji di Mekah Al-Mukarammah? Adakah pada waktu itu umur aku masih panjang dan kudrat aku masih kuat? Ya Allah, aku amat merindui dan ingin sekali pergi ke Tanah Suci Mu...Pagi tadi aku menelefon ummie dan abah untuk bertanya khabar mereka dan Al-Hamdulillah mereka masih sihat dan bertenaga walaupun sudah lanjut usia... Ummie akan bersara dari perkhidmatan pada tahun 2013 dan Ummie amat berhajat untuk ke Tanah Suci Mekah Al-Mukarammah dengan membuat umrah... Ummie mengajak aku dan hubby untuk sama-sama pergi ke Mekah bagi mengukuhkan ibadah dan berdoa agar kami dikurniakan zuriat... Sebut pasal zuriat, hari ini berita yang agak mengecewakan telah berlaku, seorang bayi dicampak dari tingkat 2 di Gombak.... Sedih rasanya melihat nasib malang menimpa bayi berkenaan.. Apa salah bayi itu hingga dihina sebegitu rupa... Kasihan betul bila mengenangkan nasib malang menimpa bayi itu? Tidak takutkah gadis itu pada dosa yang dilakukan? Tidak ada rasa perikemanusiaan di hati dia sehingga sanggup membunuh anak yang dikandungnya sendiri? Sudah lupakah akan kesakitan yang ditanggung oleh gadis ini semasa melahirkan anak? 


ANGGOTA polis mengambil mayat bayi untuk dibelah siasat selepas dicampak remaja dari tingkat dua Flet Taman Selayang Segar, semalam. 

Remaja cuba elak kelahiran diketahui 

GOMBAK: Seorang remaja perempuan menangis teresak-esak apabila ditahan polis tidak sampai sejam selepas mencampakkan bayi perempuan yang baru dilahirkannya dari tingkat dua ke dalam longkang di Flet Taman Selayang Segar di sini, pagi semalam. 
Remaja berusia 19 tahun, pekerja pelatih sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, dipercayai melahirkan bayi cukup sifat dan masih bertali pusat itu dalam tandas rumah didiaminya bersama lapan pekerja wanita restoran sama kira-kira jam 4 pagi. 

Bayi itu ditemui mati tertiarap dalam keadaan bogel di longkang flet berkenaan oleh penduduk kira-kira jam 7.30 pagi yang sebelum itu mendakwa mendengar bunyi seperti bungkusan sampah dicampakkan dari tingkat atas. 

Suspek yang masih bujang dan baru bekerja di restoran itu dua minggu lalu, mengaku membuang bayinya dari koridor tingkat dua flet bagi mengelak kelahiran bayinya diketahui rakan serumah. 

Namun, perbuatannya dapat dikesan selepas polis menemui titisan darah yang baru dicuci di lantai flet hingga depan pintu rumah sewanya. Suspek pada mulanya memberitahu sedang datang bulan, tetapi akhirnya mengaku selepas disoal siasat. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata berdasarkan siasatan awal polis, suspek mengaku melahirkan bayinya tanpa disedari rakan serumahnya termasuk empat warga Indonesia yang sedang tidur. 
Beliau berkata, suspek mendakwa bayinya sudah meninggal dunia tidak lama selepas dilahirkan sebelum membuangnya ke dalam longkang bagi mengelak kelahiran bayi itu diketahui rakan serumah. 

Bagaimanapun, katanya, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti sama ada bayi itu benar-benar meninggal dunia sebelum dicampak suspek. “Mayat bayi dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat, manakala suspek dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan dengan kawalan polis,” katanya. 

Difahamkan, rakan serumahnya tidak mengetahui remaja itu mengandung kerana tubuhnya gempal. Penduduk flet, Zahrizan Shahari, 27, berkata beliau baru pulang ke rumah dari kampungnya di Jengka, Pahang, sebelum ditegur seorang jiran yang memberitahu ternampak objek seakan-akan bayi dalam longkang. 

Zahrizan berkata, beliau kemudian menghampiri longkang itu dan terkejut sebaik melihat mayat bayi perempuan dalam keadaan tertiarap sebelum menghubungi polis. Sementara itu, seorang bayi dipercayai berbangsa Myanmar ditemui masih hidup yang diletakkan di dalam kotak di lorong belakang sebuah klinik swasta di Jalan Ipoh di sini, petang semalam. 

Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui seorang jururawat klinik swasta berkenaan selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki yang secara kebetulan terdengar tangisan bayi berkenaan. Ekoran keadaan bayi yang masih berlumuran darah dipercayai baru dilahirkan, jururawat itu membawanya ke kliniknya untuk diberikan rawatan. Selepas dibersihkan dan diperiksa, bayi yang disahkan dalam keadaan sihat itu diserahkan di Balai Polis Sentul.
read more

Diari harian

Sunday, October 02, 2011


Assalamualaikum,
Alhamdulillah, walaupun cuaca hari ini agak mendung dan sejuk, pakaian kami semua telah kering sepenuhnya dan kini adalah acara melipat dan menggantung pakaian... Terasa penat melanda tubuh aku kerana kami baru pulang dari pasaraya Giant untuk membeli barang keperluan dapur kepunyaan abang ipar aku... Kemudian kami menghantar semua barang keperluan itu di rumahnya. Abang ipar aku belum pulang dari kerja dan hubby telah meletakkan makanan tersebut di dalam rumah lantaran hubby mempunyai satu set salinan kunci rumah supaya senang dia meletakkan barang keperluan dapur... Hari ini aku dan hubby membeli makanan segera iaitu A&W Double Deluxe Burger 2 set... Setelah selesai makan malam, aku pun mula operasi melipat dan menggantung pakaian harian dan pakaian kerja... Cerita pasal kucing, aku mendapati salah seekor kucing aku iaitu Koko, bagai telah mengetahui kehilangan saudara kandung dia dan tidak mahu makan lantaran hilang selera makan..Mungkin dia rindukan saudara kandung yang diambil orang itu manakala dua ekor lagi nampaknya seperti masih tidak perasan akan kehilangan salah seekor daripada mereka... sedih pula rasa di hati melihat kesayuan di wajah Koko... Akhirnya aku berjaya menyiapkan semua kerja rumah sebelum pukul 12.00 tengah malam dan aku perlu bersiap-siap untuk menggosok pakaian kerja aku dan hubby... Okey, selamat malam kepada semua kawan-kawan....
read more

Diari harian

Saturday, October 01, 2011


Assalamualaikum,
Hari ini sudah genap selama 9 tahun aku bekerja sebagai Pembantu Perpustakaan di jabatan kerajaan. Syukur aku kepada Allah kerana dengan rahmat Nya aku masih dapat bertahan dengan pekerjaan aku ini... Aku berasa amat seronok dan gembira dengan kerja aku walaupun banyak perkara yang perlu aku lakukan... Kereta aku pun sudah siap diperbaiki dan aku dapat rasa kelainan sewaktu mengambil kereta tersebut manakala hubby pula menaiki motorsikal untuk ke tempat bengkel...Kemudian dia terus ke kedai gunting untuk menggunting rambut dia yang panjang... Tetapi di dalam kegembiraan, ada kedukaan berlaku... Jiran aku meminta kebenaran dengan kami untuk mengambil salah seekor kucing kesayangan kami untuk di bawa pulang ke rumah kerana anak perempuan jiran aku amat menyukai haiwan comel itu... Dengan rasa berat hati aku pun membenarkan jiran aku mengambil salah seekor kucing dan aku harap mereka dapat menjaga kucing itu dengan sebaik mungkin...Nama? Kucing yang mereka ambil adalah kucing jantan nama Panjang... Aku harap saudara kandung dia tidak akan perasan kehilangan Panjang... huhuhu sedih pula rasa di hati tetapi sekurang-kurangnya aku mendapat sedikit pahala kerana menolong orang... Cuaca pula adalah pada waktu pagi begitu baik dan cerah sekali tetapi pada jam 2.30 petang mendung mula melanda dan kemudian diikuti hujan turun dengan lebatnya dan diikuti dengan guruh dan kilat... Pakaian yang dibasuh tidak sempat kering sepenuhnya dan aku terpaksa mengangkat pakaian aku dan masuk di dalam rumah... Hujan turun sehingga pukul 5.30 petang dan pada masa itu sudah agak terlambat untuk menjemur pakaian aku...
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Jangan sabotaj Ketua Pesuruhjaya baharu | Keratan akhbar Berita Harian 13 Mei 2026
  • Jom Kita Masak-Masak
    Rojak Buah Stor Versi Terengganu
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2026 (49)
    • ▼  October (9)
      • Bila Pustakawan Mula Coding: Terhasilnya Permainan...
      • Segmen Pencarian Bloglist Aktif - Jom Penuhkan Sid...
      • Nieyl Cari Bloglist Baru
      • Dari Melayu, English, Jepun… Sekarang Korea & Mand...
      • Saya Join Segmen Mencari Blogger Aktif di Beeha Azman
      • Penutup Program Perpustakaan 2026
      • Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad
      • Segmen Refresh Bloglist SA 2026 ~ Cari Blog Best &...
      • 1 Oktober: Dari Rak Buku Di Bilik Sendiri, Hingga ...
    • ►  September (8)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (14)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (133)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (20)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (268)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (27)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (271)
    • ►  December (59)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist February - July 2026

  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: CERMIN MATA PERTAMA KAK M :.
  • KasihkuAmani
    US | The Punisher (2019)
  • Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini!
    Bajet 2027 - Peruntukan SARA, STR 2027 Ditingkatkan Kepada RM16 Bilion
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Sarapan Pagi Nasi Lemak Homemade
  • Camdandusler
    Take a step for your dream prom dress
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    AJK Taman Markonah ๐Ÿ˜…
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Merenung Bulan, Menginsafi Nikmat Kehidupan
  • Blog Rabia Adawiyah
    Beli thermos cup smeg
  • Titian Perjalanan
    Seketika di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang, Dungun
  • anajingga
    White & Black Cafe, Taman Tasik Titiwangsa, KL
  • Manis Strawberi
    Segmen Refresh Bloglist SA 2026: Cari Blog Best & Aktif!
  • aizamia3
    Jerebu, Sekolah Tutup dan PdPR
  • Sii Nurul
    Recap Ogos & September: Bercuti, Balik Sabah & Belajar Memandu
  • Aida Deq Su
    Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026 - Lived experiences heard: real voices, real change
  • Warisan Petani
    Sungai Pun Boleh Hilang
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 000 000
  • Syurga Untuk Sofie๐Ÿ–Š️
    Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad
  • Blog Cik Renex
    Bento Merdeka untuk Program Merdeka Tabika Mikhail
  • Yusuf Baradar
    Setiap Orang Tidak Akan Terlepas Daripada Penilaian Dan Kritikan Manusia
  • Drawing the Words
    Styling Tudung zaman dolu dolu
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    27/12/2025 | Hallstatt, Austria
  • Daily Bliss Journal
    Trip Kerja ke Miri, Sarawak
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.