Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Jadikan Anak Insan Cemerlang

Sunday, April 07, 2013


Setiap anak-anak dilahirkan dengan memiliki keistimewaan tersendiri. Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkan anak menjadi insan cemerlang atau sebaliknya. Anak-anak adalah aset paling berharga yang bakal mendoakan kebahagiaan ibu bapa sama ada masih hidup di dunia atau setelah meninggalkan dunia ini. Bahkan merekalah permata hati yang menyerikan kehidupan rumah tangga ibu bapa. 

Memiliki anak-anak yang soleh umpama satu ganjaran yang bakal diterima oleh ibu bapa bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat jua. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mencorakkan anak-anak seperti mana yang dituntut oleh agama bukan mengikut kehendak sesuka hati. Menerapkan nilai-nilai dan didikan positif pada anak-anak perlu dimulakan sejak peringkat awal, iaitu sejak proses pertumbuhan janin. 

Mulakan dengan amalan pemakanan yang halal, bersih dan berzat kerana ia mempengaruhi perkembangan dan tumbesaran anak-anak sama ada dari aspek fizikal dan akhlaknya. Banyakkan berdoa agar janin yang dikandung terbentuk menjadi bayi yang sihat dan cemerlang. Selain dari itu hubungan ibu bapa juga menjadi faktor penentu pembentukan sahsiah diri anak-anak. Ibu bapa ada role-model terbaik bagi anak-anak. Justeru itu, ibu bapa perlu menjaga kerukunan rumah tangga serta hubungan dengan ahli keluarga kedua belah keluarga. 

Membentuk anak-anak cemerlang perlu dimulakan mengikut pelbagai tahap. Setiap tahap memerlukan pendekatan dan strategi yang berbeza-beza daripada ibu bapa.  Pada tahap pertama (bayi hingga usia tujuh tahun), ibu bapa harus menyayangi, bergurau senda dan mencurahkan sepenuh kasih sayang dan perhatian kepada anak-anak. Pada tahap kedua (lapan hingga 14 tahun), ibu bapa perlu didik dengan penerapan nilai disiplin dan pemahaman tentang pengagihan tanggungjawab sama ada di rumah mahupun di sekolah. 

Kemudian pada tahap ketiga (usia 15 hingga 21 tahun) elakkan daripada menggunakan kekerasan atau herdikan yang melampau. Ini kerana jiwa mereka mudah memberontak. 
Manakala bagi usia 21 tahun ke atas, ibu bapa perlu memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk membuat keputusan sendiri. Namun, ibu bapa masih perlu memantau, menasihati dan berdoa agar anak-anak sentiasa mengikut landasan yang betul 


Tip anak cemerlang 
  • Didik mengikut tahap intelektual dan usia anak-anak.
  • Kenal pasti kecenderungan dan minat anak-anak. 
  • Jana keyakinan dan ketabahan diri mereka. 
  • Rangsang kecerdasan minda anak-anak dengan pemakanan seimbang. 
  • Isi waktu lapang anak-anak dengan aktiviti berfaedah. 
  • Beri anak-anak ruang berdialog bersama anda dalam situasi tenang dan ceria. 
  • Ambil berat kebajikan anak dan tunaikan hak-hak mereka mengikut tahap kemampuan ibu bapa. 
  • Beri galakan dan amaran ke arah sesuatu yangpositif. Jika anak lakukan kesalahan, beri hukuman yang wajar dan tidak keterlaluan. 
  • Bermain dan bergurau dengan anak sambil memberi nasihat. 
  • Mengasuh anak melalui teguran dan nasihat. 
  • Didik anak berdasarkan pengalaman yang anda pernah lalui (positif atau negatif) atau pernah berlakuk di sekeliling anda.
read more

Sup Kentang Lemak Berkrim

Saturday, April 06, 2013

Sumber gambar : Google Images

Assalamualaikum,
Kanak-kanak amat menggemari hidangan sup. Jika sudah bosan memasak sup ayam atau sup sayur-sayuran apa kata kali ini cuba buat sup kentang berkrim. Pasti digemari si kecil.


Masa: 40 minit
Hidangan: 5 orang
Bahan-bahannya:
250 gram kentang dipotong
25 gram mentega
1 kiub ayam
Sedikit serbuk oregano
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
100 ml susu cair
Air panas dari rebusan kentang secukupnya
Sedikit daun sup dihiris halus
 
Cara membuatnya:
Rebus kentang sehingga empuk. Kisar kentang menggunakan sedikit air rebusan hingga hancur. Panaskan mentega hingga cair. Masukkan kentang yang sudah dikisar. Kacau rata lepas itu masukkan kiub ayam, baki air rebusan kentang, garam, serbuk lada hitam dan oregano. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan susu cair, hirisan daun sup. Kacau hingga sebati dan kuah agak pekat. Siap dihidang. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan roti garlic.
read more

Panduan Keselamatan Anak

Friday, April 05, 2013


Assalamualaikum wbt...
Anak anda mungkin kelihatan tidak berdaya, tetapi sebenarnya mereka amat tangkas dan suka mencuba semua perkara tanpa mengetahui sama ada ia selamat atau berbahaya. Mungkin langkah berikut membantu anda menyediakan persekitaran yang selamat untuk si kecil kesayangan keluarga. 

Keselamatan semasa bermain 
  • Pilih permainan yang bersesuaian mengikut peringkat usia anak.
  • Pastikan lantai bebas daripada sebarang alatan mainan sekiranya bayi anda tidak bermain. 
  • Pastikan mainan bersaiz kecil yang mudah tercekik dijauhi daripada anak. 
  • Jangan letak kerusi enjut bayi pada paras yang boleh dicapai oleh anak kerana ia mungkin boleh menimpa diri mereka. 
Keselamatan di bilik air 
  • Suhu terbaik untuk memandikan bayi iaitu antara 36 C dan 38 C.
  • Jangan gunakan lebih daripada 6 - 8 cm air untuk mandikan bayi dan jangan sekali-kali tinggalkan bayi mandi sendirian sementara anda mengambil tuala atau lampin walaupun dia berada dalam besen mandian yang selamat. 
  • Bayi boleh lemas walaupun hanya dalam air sedalam 3 cm. 
  • Jangan biarkan anak berdiri atau melompat ketika mandi. 
Keselamatan di tempat makan 
  • Sterilkan semua botol dan puting botol susu anak sehingga usianya setahun.
  • Jangan tinggalkan bayi makan atau minum bersendirian. 
  • Pastikan kerusi makannya kukuh dengan ciri-ciri keselamatan yang memuaskan hati. 
  • Sentiasa sisihkan sisa makanan yang tidak dimakan daripada mangkuk bayi. 
  • Periksa tarikh luput makanan bayi yang dibeli. 
  • Jangan panaskan semula makanan bayi yang anda masak lebih daripada sekali. 
  • Sesetengah makanan jejari bayi sangat berbahaya kerana bentuknya boleh membuatkan bayi tercekik. Anggur, sosej dan tomato ceri perlu dipotong kecil dan jangan beri si comel makan bertih jagung.
Tidur yang selamat 
  • Jangan merokok dalam bilik yang ada bayi sedang tidur.
  • Sentiasa tidurkan bayi dalam keadaan terlentang dan bukan meniarap atau mengiring. Jika bayi tidur meniarap pastikan anda mengawasi posisinya daripada masalah tidak boleh bernafas. 
  • Jangan biarkan anak terlalu panas. Biarkan kepalanya tanpa bertopi atau jangan guna bantal ketika tidur. 
  • Jangan tidur dengan bayi di atas sofa atau kerusi malas. 
  • Tempat paling selamat untuk menidurkan bayi iaitu di dalam katil bayi dan bersama anda di dalam bilik ketika enam bulan pertama usianya. 
Kediaman yang selamat 
  • Jangan tinggalkan bayi berseorangan tanpa pengawasan di atas katil walaupun hanya sesaat kerana kita tidak tahu bila mereka boleh berpusing dan akhirnya terjatuh.
  • Jangan gantung gambar atau sebarang perhiasan yang berat di atas katil bayi. 
  • Tali pintal pada bidai boleh membahayakan si kecil terutama yang baru pandai berjalan. Pastikan mereka tidak boleh mencapainya. 
  • Sentiasa lekatkan barang perhiasan yang besar dan berat pada dinding. 
  • Jauhkan katil bayi, kerusi atau lain-lain perabot dari tingkap. Pilih kotak alat permainan yang mempunyai penutup melekat untuk mengelakkan penutup daripada jatuh ke atas jari atau lehernya.
read more

Penyusuan Jarakkan Kehamilan

Thursday, April 04, 2013


Assalamualaikum wbt...
Kata orang, menyusukan bayi antara kaedah menjarakkan kehamilan secara semula jadi yang mudah. Benarkah?

Kaedah menjarakkan kehamilan menggunakan penyusuan susu ibu dinamakan Lactational Amenorrhea Method (LAM) di mana penyusuan susu ibu sepenuhnya berupaya melambatkan kedatangan haid dan ovulasi secara semula jadi.. Walau bagaimanapun, kaedah ini adalah 98 – 99.5 % efektif, sekiranya semua syarat di bawah dipatuhi:
  1. Haid ibu belum kembali.
  2. Bayi berumur kurang daripada enam bulan.
  3. Bayi menyusu secara eksklusif dengan kerap (siang dan malam).
  4. Bayi tidak mengambil sebarang makanan lain selain daripada susu ibunya selama enam bulan pertama.
Oleh itu, antara tip untuk memastikan keberkesanan kaedah LAM ini, anda haruslah:
  • Memastikan bayi sentiasa bersama atau berdekatan dengan ibu.
  • Menyusu dengan kerap tanpa had (siang dan malam). Untuk pengetahuan, penyusuan di waktu malam sangat penting kerana pada ketika itu hormon prolaktin adalah sangat tinggi. Hormon ini yang melambatkan ovulasi.
  • Menggunakan penyusuan sebagai cara untuk memujuk dan menenangkan bayi.
  • Menyusu sambil berbaring apabila berehat atau tidur.
  • Tidak menggunakan botol atau puting kosong.
Sekiranya haid ibu telah kembali atau bayi berumur lebih daripada enam bulan atau dia sudah diberi makanan tambahan (pada tahap umur ini, bayi seharusnya diperkenalkan dengan makanan tambahan dan tidak menyusu sepenuhnya), ibu dinasihatkan untuk menggunakan kaedah perancang keluarga yang lain. Ini kerana selepas enam bulan, perlindungan penyusuan susu ibu terhadap kehamilan mula berkurangan.
read more

Panduan Cairkan Susu Perahan

Wednesday, April 03, 2013


Mungkin ada di kalangan ibu-ibu berkerjaya yang menyusukan bayi menghadapi dilema bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika mereka bekerja.
Tidak kira sama ada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri, pastikan mereka sudah maklum tentang cara pengendalian susu perahan beku sebelum diberikan kepada bayi.

Berikut adalah garis panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu biarpun tidak menyusu secara terus dari payu dara ibu.

1.      Sentiasa menggunakan susu yang paling awal diperah.
2.      Letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan.
3.      Lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya.
4.      Bila sudah cair, rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja).
5.      Untuk lebih mudah dan menjimatkan masa, gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual dipasaran.
6.      Jangan panaskan dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
7.      Jangan carikan susu beku dalam suhu bilik.
8.      Susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa satu jam (tidak boleh disimpan semula).
9.      Susu yang dibekukan akan menampakkan lemak terpisah menjadi dua lapisan. Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lapisan lemak yang terpisah itu.
10.  Pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberi kepada bayi.
11.  Elakkan memanaskan susu di awal pagi dan memasukkan ke dalam termos kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
12.  Susu yang sudah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, jadi ibu kene pandai mengagak kuantiti yang diperlukan anak supaya susu perahan tidak membazir.
13.  Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.

Tip Penyimpanan Susu Perahan

a.      Di tempat kerja
Simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais, jangan dibekukkan (jika ada peti sejuk). Jika tiada, simpan sahaja dalam beg penyejuk susu ibu yang banyak terdapat di pasaran. Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.

b.      Sampai di rumah
Simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan) untuk kegunaan pada keesokan hari. Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.

c.       Seeloknya labelkan bekas perahan susu dengan nama bayi, tarikh dan masa pemerahan sebagai memudahkan anda menggunakan susu yang awal terlebih dahulu.

d.      Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan.

e.      Jangan lupa membersihkan dan mensteril semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori pengepam.
read more

Masalah jangkitan fungal pada mulut bayi

Tuesday, April 02, 2013


Assalamualaikum wbt..
Biasa tak tengok lidah bayi jadi camnie..? Kenapa ianya terjadi dan apakah penyebabnya terjadi perkara ini..? Jom kita baca apakah punca jangkitan fungal pada mulut bayi kita.. 

Bagaimana keadaan jangkitan fungal di mulut bayi?
Jangkitan kulat di dalam mulut bayi dinamakan thrush. Banyak faktor yang menyebabkan jangkitan fungal itu. Pakar kanak-kanak mengatakan antara sebabnya ialah belum ada keseimbangan hormon apabila bayi mula mengeluarkan hormonnya sendiri.

Saya juga suka menasihatkan para ibu yang menyusukan anak agar berhati-hati dengan penggunaan antibiotik atau ubatan herba yang dipindahkan melalui susu ibu. Bayi yang breastfeeding mudah dilanda jangkitan ini jika ibunya mengamalkan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor atau memakan herba (atau jamu) untuk melangsingkan badan.

Oleh kerana keputihan yang disebabkan oleh jangkitan fungal ini serupa dengan saki-baki susu, jadi bagaimana mahu membezakan?
Saki baki susu hanya menyebabkan keputihan di bahagian atas lidah saja. Tetapi jangkitan fungal thrush akan menyebabkan keputihan di seluruh bahagian dalam mulut, iaitu lidah, lelangit dan bahagian pipi dalam (buccal mucosa).

Thrush juga menyebabkan kesakitan kerana terdapat bengkakan (radang) di situ. Jadi bayi akan menangis kerana sakit ketika menyusu (sama ada botol atau breastfeeding).

Ibubapa juga boleh mencuba teknik ini. Masukkan jari yang dibalut dengan sapu tangan yang basah. Cuba sentuh dan alihkan keputihan itu. Jangkitan fungal thrush, susah ditanggalkan. Jika ia tanggal, kemungkinan meninggalkan luka atau sedikit pendarahan.

Jika keputihan itu boleh ditanggalkan tidak perlulah berjumpa doktor. Berikan saja banyak air masak kepada bayi, Insya Allah akan hilang perlahan-lahan.

Jika kita mengesyaki bayi kita mengalami jangkitan fungal, maka berjumpalah doktor. Selalunya doktor akan memberikan ubat anti fungal yang harus dititikkan ke dalam mulut bayi. Bagi bayi yang breastfeeding, ubat itu boleh disapukan ke puting ibu sebelum menyusukan bayi.

Apakah langkah-langkah yang perlu untuk mengelakkan jangkitan fungal ini?
Jangkitan fungal ada kalanya memeningkan kepala kerana banyak sebab jangkitan ini boleh berlaku. Ada bayi yang mudah mengalaminya berbanding dengan bayi yang lain.

Dibawah ini ada beberapa tips yang mudah diamalkan untuk mengelakkan jangkitan fungal ini.

Antaranya ialah :
  • Memberikan air masak selepas menyusukan bayi. Ini akan menanggalkan saki-baki susu yang mungkin tertinggal di ruang mulut. Saki-baki ini akan memudahkan jangkitan fungal.
  • Jika menyusukan anak secara breastfeeding, pastikan puting ibu dibersihkan dulu. Puting yang lembab di dalam bra selalunya menyebabkan jangkitan fungal.
  • Bersihkan puting botol menggunakan air yang mendidih sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Jika puting di payudara merekah, jangan sapukan krim antibiotik kecuali atas nasihat doktor. Bayi anda mungkin akan menyusu pada sebelah yang disapukan antibiotik tanpa disengajakan.
  • Jika bayi sakit, pastikan antibiotik yang diberikan kepada bayi anda adalah atas nasihat doktor. Penggunaan antibiotik yang terlalu lama juga boleh menyebabkan jangkitan ini.
  • Jika anda sendiri sakit dan memberikan susu secara breastfeeding, pastikan anda telah memberitahu doktor. Ada sesetengah antibiotik boleh sampai ke bayi melalui susu ibu.
  • Jika tidak pasti sama ada anak anda mengalami jangkitan fungal atau hanya mengalami keputihan disebabkan oleh saki-baki susu yang tertinggal, bawalah berjumpa doctor. Jangan membeli ubat dari farmasi kerana kebanyakan yang menjaga kaunter farmasi hanyalah ‘pembantu kedai’ yang tiada pengetahuan perubatan.

Adakah thrush merbahaya jika tidak dirawat?
Jangkitan fungal thrush tidaklah sampai menyebabkan kematian. Cuma masalahnya ialah apabila jangkitan ini menyebabkan kesakitan pada mulut. Bayi akan kerap menangis dan tidak mahu menyusu. Ini akan menyebabkan dehidrasi pada bayi.

Bayi juga boleh mengalami demam akibat dehidrasi. Doktor selalunya akan memberikan bayi ubat paracetamol untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan demam, selain daripada ubat antifungal.

Jika bayi mengalami demam yang semakin tinggi melebihi 101 darjah F / 38.2 darjah C, dan keputihan itu tidak berkurangan dalam masa seminggu, selalunya keputihan itu disebabkan oleh jangkitan kuman yang berbeza. Bukan lagi jangkitan fungal.

Jika bayi mengalami jangkitan fungal tentulah memenatkan ibubapa yang menjaganya. Kita merasa kesian melihat bayi yang menangis dan tidak boleh menyusu, tetapi janganlah putus asa memberikan rawatan. Semoga Allah memberikan kesabaran atas kesabaran kita.

Wallahu a’lam.

(sumber:drzubaidi.com)
read more

Jom Sihat... ^_^

Monday, April 01, 2013


Cahaya Rangsang Gembira
Cahaya mampu merangsang rasa gembira. Caranya suluh lampu khas (valkee) ke dalam telinga. Jelas Timo Ahopelto, individu bertanggungjawab ke atas kajian cahaya dan rasa gembira, sebaik sahaja bahagian otak khasnya melatonin, serotonin dan dopamin mengesan cahaya yang disuluh ke dalam telinga, hormon gembira akan dirangsang untuk 'bekerja'. Kesannya anda merasa lebih santai dan seronok. Maklumat lanjut layari www.valkee.com

Angkara Telefon Pintar
Anda tidak pernah mengalami sebarang alahan, tetapi kerap demam, batuk dan selesema. Ini semuanya angkara telefon pintar anda. Hasil kajian di Korea menemui penggunaan aplikasi skrin sesentuh boleh menyebarkan DNA bakteria punca penyakit ringan. Begitu juga rembesan air liur mengandungi ribuan bakteria yang sering melekat pada telefon sewaktu bercakap. 

Makan Laju Cetus Diabetes
Kajian di Jepun membuktikan individu yang makan dengan cepat boleh mengalami kesan tindakan balas glukosa yang turut dikenali sebagai pra-diabetes. Kemudian situasi ini juga boleh bertukar kepada diabetes tahap dua. Jadi makan secara perlahan-lahan. Anda disarankan untuk mengunyah sebanyak 20 kali sebelum menelan makanan tersebut.

Hanya 1 Jam
Anda bimbang mengalami obesiti yang diwarisi daripada faktor genetik? Usah risau, anda mampun mengelaknya. Menurut pakar daripada Universiti Harvard, dengan cara berjalan pantas selama sejam setiap hari mampu menurunkan risiko mendapat penyakit ini sehingga 50 peratus.

Elak Sakit Suntikan
Suntikan begitu menakutkan dan menyakitkan anda? Mungkin selepas ini tidak lagi. Sekiranya tidak mahu merasa terlalu sakit, jangan lihat jarum suntikan. Kajian Jerman membenarkan panduan ini kerana sebaik sahaja seseorang melihat jarum suntikan, sistem autonomi terhadap resahan dan kegelisahan akan berlaku. Oleh itu tidak mustahil anda sering kali memikirkan kesakitan sedangkan suntikan bukan sesuatu yang boleh memudaratkan anda.

read more

Resipi Sagun


Assalamualaikum, 
Seingat aku, aku pernah makan sagun ini di masa kecil dahulu sama ada ummie ada membuatnya atau aku pernah beli di kedai.. Sekarang ini sudah tidak ada lagi dijual.. Tapi tadi aku mencari dalam internet dan Al-Hamdulillah aku terjumpa info pasal makanan sagun ini... Ini adalah resipinya dan In Shaa Allah aku akan cuba buat, bila..? biar masa yang tentukan, ahakksss.... :-)
 

Boleh dimasukkan ke dalam kon kertas atau plastik aiskrim

Saiz hidangan : 10 orang 
Waktu memasak : 20 minit
 
BAHAN-BAHAN
 
  • 600gm tepung beras
  • 1 biji kelapa parut
  • 3 biji putih telur
  • 250ml air dicampur sedikit garam
 
CARA MEMASAK
 
Kelapa digoreng tanpa minyak hingga kuning. Kemudian gaulkan dengan tepung beras.  Tuangkan air garam dan putih telur sedikt-sedikit. Gaulkan hingga menjadi seperti serbuk roti.  Masukkan kedalam kuali dan masak hingga garing.
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ▼  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ▼  April (8)
      • Jadikan Anak Insan Cemerlang
      • Sup Kentang Lemak Berkrim
      • Panduan Keselamatan Anak
      • Penyusuan Jarakkan Kehamilan
      • Panduan Cairkan Susu Perahan
      • Masalah jangkitan fungal pada mulut bayi
      • Jom Sihat... ^_^
      • Resipi Sagun
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    Malaysia | Nenek Bongkok Tiga (2023)
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Lirik Lagu Syair Cinta by Salsabilla Ainun
  • Afzan Sidi
    US PIZZA KUANTAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Hadiah untuk Raydah Blogger
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.