Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Baru nak baik demam... adooiihh...

Thursday, April 23, 2015



Sori sebab lama tak kemaskini blog nie, dengan demam dan selesemanya, nasib baik tak batuk tapi tak mempunyai suara (dah macam itik bercakap dah... )... Sejak seminggu dua nie, saya mempunyai jadual yang agak padat di malam hari kerana memenuhi kehendak pelanggan yang ingin mendapat khidmat urut terapi buang angin....

 Saya buat perkhidmatan nie pada hari Isnin sampai Jumaat (waktu malam aje) dan hari Sabtu / Ahad (tengahari sampai malam).. Pada kawan-kawan yang tinggal berdekatan dengan Putrajaya, Kota Warisan, Salak Tinggi, Nilai, Kota Seriemas, Bandar Enstek dan Dengkil bolehlah hubungi saya jika nak melegakan otot-otot serta nak buang angin dalam badan.. Insha Allah saya boleh bantu... 



Saya memang lama boleh mengurut orang ( dengan izin Allah) tapi baru sekarang berani nak buat bisnes nie, bukannya apa, takut ada orang tak serasi dengan saya.. Oh ya, saya hanya boleh mengurut buang angin jea tau, saya takde kemahiran untuk mengurut wanita lepas bersalin atau lepas berpantang, begitu jugak untuk sengkak.. Insha Allah satu hari nanti saya akan belajar ilmu tue, tapi bukan sekarang... 

Perkhidmatan saya nie jugak saya buat dari rumah ke rumah samada awak suma nak datang ke rumah saya ataupun saya datang ke rumah awak, ikut keselesaan masing-masing... Harganya pun murah aje, jika area Salak Tinggi saya ambik caj RM35 untuk satu jam dan RM45 untuk satu jam bagi area lain-lain... Bak kata orang, ada kemahiran tertentu kita boleh buat bisnes, tengoklah zaman sekarang nie, ada aje yang buat bisnes kan... ada yang jual cookies, kek, cadar dan sebagainya, saya pulak di bidang perkhidmatan urut terapi dan ianya memang khusus untuk muslimah saja, sebab nak jaga aurat dan batas antara muslim... 



Jaa mata nee...


 
read more

Resipi Popia Pisang

Monday, April 13, 2015


Assalamualaikum,
Ahh sudah, sejak saya dah pandai baking pagi tadi (hehehe malunya), saya mula mencari-cari resipi yang mudah disediakan tanpa menggunakan mixer sebabnya saya masih belum memiliki mixer lagi... Dari satu bulan ke satu bulan nak membeli tapi ada jea yang penting perlu diselesaikan.. 

Kali nie saya nak kongsi satu resipi yang cukup senang sekali dan Insha Allah bakal menyusul dalam entri akan datang... Resipi nie saya dapat daripada laman fesbuk, almaklumlah walaupun kita dah share kat wall kita, tapi kadang kala malas nak scroll down dan membuang masa, jadi saya save kat sini dan dapat jugak kongsi resipi dengan awak suma kan.. Resipi nie namanya popia pisang, bahannya cukup mudah jea dan nak buat pun senang... Jom kita scroll down...

Bahan-bahan
10 keping kulit popia
10 biji pisang emas
Sedikit tepung jagung (untuk gam kulit popia) dicampurkan dengan beberapa titik air
Minyak masak untuk menggoreng
Sos coklat untuk hiasan


Cara-cara menyediakannya:

1. Buang kulit pisang, kemudian gulung kulit popia dengan pisang
2. Gam di hujung penjuru dengan tepung jagung
3. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan
4. Apabila popia sejuk, paipkan sos coklat di atasnya.



See, nampak senang kan... Anak-anak tentu suka dengan masakan nie sebab ada sos coklat tue.. Ini jugak boleh mengelakkan kita daripada berasa jemu makan pisang secara tradisional...  Saya pun nak buat jugak tapi tue la, kena cari pisang emas kat kedai dulu tapi kena goreng waktu pagi jugak sebab boleh bawak ke opis dan kongsi dengan kawan-kawan yang lain... Oh ya! Lupa plak, kalu ada sapa-sapa yang tak sukakan sos coklat, mungkin boleh gantikan dengan sos perasa yang lain, contohnya macam saya sukakan perasa sos strawberi... Alamak, terliur pulak rasanya, nak buat malam nie bahan takde, dan esok ada permintaan daripada rakan saya untuk buat tart roti telur tue, hehehe permintaan dari mak buyung... Semalam tak sempat nak bagi pada dia sebab saya buat pun dalam 6 biji jea, 5 daripadanya dah bagi pada rakan opis yang lain... Sahabat pregnant  saya tue baru tengok posting  fesbuk saya dan trus wassap saya supaya buatkan untuk dia, nasib baik masih ada lagi bahan-bahan untuk buat tart...

Well, jaa nee... oyasumi minna-san...

  
read more

Resipi Tart Roti Telur



Assalamualaikum,
Selamat pagi suma... Salam ceria di hari Isnin walaupun ramai di kalangan kita mengalami 'Monday Blues'.. hehehe sebenarnya saya happy sangat2 sebab untuk kali pertama saya bangun awal pagi untuk baking tart roti telur... Sebenarnya resipi tue dikongsikan oleh tunang saya yang tengok resipi nie melalui fesbuk dan mintak saya buatkan.. Mula2 dia tunjukkan gambar tart yang dia dah baking  dan ianya telah membakar semangat saya untuk baking  jugak... thanks to you bie sayang... 

Bahan-bahan nak buat tart roti telur amat senang sekali dan tak payah pakai mixer pun... Shell tart pun bukan jenis yang biasa yang selalu pakai untuk buat tart tapi hanyalah sekeping roti gardenia jea... Well nie bahan-bahannya...

6 keping roti gardenia - potong kulitnya
*1/2 batang lobak - disagat halus
3 keping keju cheesedale - dipotong memanjang
6 biji telur saiz C
* 4 keping isi ketam - potong memanjang
Nota : Bagi yang bertanda (*) awak boleh gantikan dengan sayur yang lain contohnya hirisan kobis dan sebagainya, jugak awak boleh gantikan isi ketam dengan hirisan hotdog atau isi ayam yang sudah direbus.

Cara buat :-

Masukkan roti di dalam bekas loyang mufin yang telah disapu dengan sedikit marjerin supaya tidak melekat dengan membuat bentuk shell mufin. Kemudian, lapisan pertama masukkan lobak yang disagat, lapisan kedua adalah keju cheesedale dengan meletak secara bersilang, lapisan ketiga adalah telur yang dipecahkan tanpa memecahkan kuning telur, dan lapisan terakhir isi ketam yang dipotong memanjang, disusun secara bersilang. Kemudian bakar tart tadi di dalam oven bersuhu 250 darjah celsius atau sehingga telur dimasak. Sedia dihidangkan.


 Jeng..Jeng..Jeng.. Inilah hasil baking saya pagi tadi, percubaan pertama nampak comot sikit sebab terlalu banyak cheese yang saya letakkan.. Dan kuning telur tue pulak nampak seperti separuh masak dan jika awak tak suka dengan kuning telur separuh masak, awak boleh masak tart nie sehingga kuning telur masak sepenuhnya... 

Nampak sedap kan.. Cubalah... 
read more

Urut terapi/buang angin bagi Muslimah

Wednesday, April 08, 2015


Assalamualaikum...
Hari Rabu yang penuh dengan kesibukan keja, tapi menyeronokkan...Stress? Rasanya suma orang mengalami stress cuma nak lepaskan stress tue kadangkala kita tak tahu caranya kan... Saya mudah aje nak hilangkan stress, cari gaduh atau bermanja dengan kucing kesayangan saya, Kecik, Lala dan Lili.. Tapi kadangkala stress jugak dengan diorang nie sebab kuat sangat khianatkan saya...Contohnya, kalu saya tengah mengemop (btul ke ejaan saya?) lantai, mesti diorang akan sengaja tinggalkan kesan tapak kaki dan main gelungsor kat lantai, sampaikan saya terpaksa halau mereka keluar dari rumah dan tutup suma tingkap dan pintu supaya mereka tak masuk.... Lepas tue buat muka blur jea bila panggil makan, kalu saya tinggalkan tempat makan, alamatnya jadi makanan semut lah lepas tue..Kenalah saya tunggu mereka makan sampai habis, tunggu pulak takleh berdiri, kena duduk dengan diorang, kalu tak mereka akan acuh tak acuh bila makan... haiihhh... 

Kadang-kadang saya rasa macam marahkan seorang anak pun yea jugak bila mereka mula khianatkan apa yang saya buat, dari kemas rumah sampailah nak basuh kereta... Tapi seronok jugak bila time gitu sebab hilang stress kat opis... hehehehe


Well, balik pada tajuk asal, saya sebenarnya ada buat perkhidmatan urut terapi atau urut buang angin dalam badan bagi kaum muslimah sahaja dan saya tumpukan pada kawasan Salak Tinggi, Putrajaya, Dengkil dan Nilai saja dulu... Saya dianugerahkan oleh Allah dengan kebolehan mengurut, mula-mula tak yakin jugak nak urut orang sebab takut tak serasi, tapi bila kawan opis yang penat mengurut dengan saya, dioranglah yang mencadangkan supaya saya membuat perkhidmatan tue.. Waktunya pun kalu hari Isnin sampai Jumaat saya cuma buat malam aje, kalu kesihatan mengizinkan (hehehe maklumlah sekarang kan musim panas), kalu hari Sabtu dan Ahad pulak, saya buat dari waktu tengahari sampai malam...Tempatnya, awak boleh datang ke rumah saya atau saya ke rumah awak tapi berlainan caj, sebab saya ambik caj minyak kereta sekali... bayarannya? Kalu kawasan Salak Tinggi, saya ambik caj RM35, manakala lain-lain kawasan, kena tambah caj minyak RM10 ke RM20 bergantung pada kawasan... Call atau wassap saya untuk temujanji sebab takut bertindan dengan janji customer yang lain...


Jaa nee...


 
read more

Pesta buku antarabangsa akan kembali lagi...

Tuesday, April 07, 2015



Assalamualaikum...
Jom pada semua peminat-peminat buku, tak lama lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan kembali lagi di PWTC... Rugi kalu tak pegi, sebab masa tue boleh dikatakan banyak diskaun-diskaun buku jika kita memborong di sana... Saya dan member opis pun nak pegi jugak, tapi kami biasalah peminat novel, so novel lah sasaran utama kami... Macam tahun lepas saya belikan buku kad imbas untuk anak buah kesayangan saya walaupun usia dia baru nak mencecah 1 tahun...Bukannya apa, bila didedahkan dengan buku, Insha Allah dia akan menjadi minat untuk membaca... Dan memang pun menjadi kegemaran dia sekarang, asyik belek buku aje walaupun dia tak memahami perkataan, tapi kata walid dan ibunya dia suka tengok gambar,....

So, memang tak salah pun kita terapkan anak kita membaca, biarpun kadang kala komik, ini akan mengalihkan pandangan dia pada gajet yang semakin canggih nie...Saya bukan menolak perubahan teknologi tapi berpada-padalah nak mendedahkan anak pada teknologi sebab dia masih di dalam proses pembelajaran.. hehehe dah mengarut coretan saya nie... nak citer pasal pesta buku jea tapi dah melalut ke gajet plak...gomennasai... hehehe...

Jaa nee...oh ya! Jangan lupa tau pada 24hb April hingga 3hb Mei 2015, ada pesta buku kat PWTC, bawaklah anak, suami, isteri, ayah, mak dan suma orang kampung pergi berkampung kat sana... 

 
read more

Ucapan tahniah pada rakan-rakan yang dapat KUP...


Baru dapat berita daripada kawan², pada yang telah dapat surat time based untuk KUP tue, tahniah diucapkan... aihhh bila lah pulak agaknya giliran saya yea?? Kena tunggu bulan 10 lah jawabnya cik Shikin, sebab kalu ikut bulan lantikan, ianya batch Oktober 2002... hmmmm

Tahniah sekali lagi pada rakan² yang telah mendapat KUP dan tahniah jugak pada bakal mendapat pemangkuan pembantu perpustakaan S22 kelak (biarpun baru nak mesyuarat pada bulan nie).. Apapun kita kena kerja dengan ikhlas dan jujur dan kerana Allah Taala... Pada yang tak dapat tue, Insha Allah, akan ada rezeki untuk kita suatu hari nanti, jadi kena selalu bersangka baik denganNya tau... Amboii dah macam ustazah lah pulak Cik Shikin... hehehe saja merapu di pagi hari nie...

Jaa nee...

 
read more

8 RAHSIA PETUA MELAYU LAMA



Wanita hari ini ramai yang tidak mengetahui dan bekeinginan untuk mengamalkan petua yang diamalkan oleh nenekamoyang kita dahulu kala walaupun sebenarnya petua itu jika diamalkan memberi banyak faedah kepada pengamalnya. Dalam masyarakat tradisi Melayu, terdapat banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak. Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan. 

1. Bangkit Bersambut 
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan. 

2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri. Ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan rnenjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.

3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air paipke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar, tidak mudah jatuh

4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa. Nafas dan badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu tahun yang lampau.

5. Lubang Jarum
Latih otot penahan kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil, kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh jadikan ia amalan setiap hari.

6. Suara Perindu
Elakkan dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas. Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.

7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu, kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima'setelah berkahwin nanti.

8. Payudara Montok
Elakkan dari rneniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam, kerana meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.
read more

Warna yang sesuai untuk diri pada hari Ahad hingga hari Sabtu


Assalamualaikum wbt...
Tak dinafikan penggunaan warna dalam kehidupan memberi impak dalam kehidupan kita.. So, kali nie saya nak berkongsi dengan awak semua tentang penggunaan warna dalam kehdiupan.. 

Jom..

Isnin
Warna putih adalah warna perangsang Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya tubuh berada dalam keadaan hening.
Salah satu cara untuk mendapatkan keheningan ialah dengan tidur awal. Mereka yang tidak mendapat waktu tidur yang betul akan menjadi lemah semangat, letih dan tidak bersedia menghadapi hari Isnin. Biasanya mereka yang tidak mendapat warna perangsang ini akan merasa malas untuk ke tempat kerja setiap hari Isnin.
Jika kita mendapat tidur yang mencukupi, hari Isnin sepatutnya ialah hari yang paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman yang baru. Isnin ialah hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen pada hari ini.
Bunga warna putih jauh lebih mekar pada hari Isnin berbanding hari lain. Pokok bunga putih yang ditanam pada hari yang lain biasanya sukar untuk hidup atau berbunga tetapi masalah ini boleh diatasi sekiranya ia ditanam pada hari Isnin.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada hari Isnin ialah penyakit seperti lemah semangat, kelesuan, hilang keyakinan diri, halusinasi, pelupa, epilepsi, amnesia (nyanyuk) dan beberapa penyakit lain yang berkaitan dengan Kelenjar Pineal dan Kelenjar Pitutary. Mereka yang mendapatkan rawatan seperi yang dinyatakan di atas didapati akan lebih cepat sembuh berbanding dengan hari lain.

Selasa
Warna pink ialah warna kasih sayang dan menyamai dengan vibration bahagian Thalamus. Mereka yang mengalami migrain akan merasa kelegaan setiap hari selasa.
Thalamus berperanan menjaga kasih sayang dan penghayatan. Hari ini ialah hari yang paling sesuai untuk beremosi, meluahkan perasaan kasih sayang kepada pasangan masing-masing. Ini juga adalah hari yang sesuai untuk mengembara atau bermusafir ke destinasi yang jauh kerana masalah tersesat atau keletihan setika sedang mengembara diimbangi dengan tahap penghayatan yang tinggi pada hari ini.
Dengan berpakaian pink, kuasa pujukkan terhadap anak atau pelajar yang degil bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap pesakit atau orang yang ingin membunuh diri. Elakkan memakai pakaian merah untuk memujuk meraka kerana mereka akan menentangnya dengan serta merata dan akan meneruskan hasratnya untuk membunuh diri dengan sekelip mata. Anggota bomba perlu menukar pakaian ke warna pink sebelum memujuk orang yang mahu membunuh diri.
Rawatan yang sesuai dijalankan pada Selasa ialah migrain, Attention-Deficit / Hyperactivity Disorder ADHD (kanak-kanak bermasalah) atau yang berkaitan dengan bahagian otak Thalamus.

Rabu
Warna biru ialah warna perangsang kelenjar Tyroid. Biru ialah warna yang menjadikan gelombang dalam bentuk bunyi lebih resonan. Pada hari Rabu didapati kicauan burung lebih merdu (resonan dan bermomentum, tidak terputus-putus garisan gelombangnya).
Pada hari Rabu, didapati paras hormon thyroxine (T4) yang dirembeskan oleh Kelenjar Tyroid (NW9) berada pada tahap optimum. Paras thyroxine yang optimum menjadikan segala yang dihasratkan oleh hati dapat diluahkan dengan berkesan melalui kata-kata. Oleh itu, hari rabu ialah hari yang paling sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya.
Berbanding dengan hari yang lain, penyakit yang berkaitan dengan Tyroid seperi goiter (beguk), tonsil, penyakit kerongkong dan sebagainya akan mudah pulih sekiranya mula dirawat pada hari Rabu.

Khamis
Warna kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi.
Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Pada hari ini dinasihatkan agar kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya.
Sistem penghadaman yang amat bertenaga pada hari ini sesuai untuk menghadamkan segala sisa makanan di dalam tubuh untuk menjadi zat dan tenaga yang amat diperlukan. Pada hari Khamis, asid folik yang amat sukar dihasilkan pada hari biasa didapati dapat dihasilkan dengan banyak dalam tubuh. Bagi mereka yang berdiet pada hari Khamis, didapati kandungan urik asid, lemak dan protein dipecahkan dan ditukar menjadi tenaga dalam kuantiti yang banyak.
Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat.
Pada hari Khamis, penyakit yang berkaitan dengan sistem penghadaman dan sistem reproduksi mudah dirawat dan mencapai tahap penyumbuhan yang pantas berbanding apabila ia dirawat pada hari yang lain.

Jumaat
Hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung dan Paru-paru.
Pada hari Jumaat, didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksumum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat).
Hari Jumaat ialah hari yang sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman-taman bunga. Senaman pernafasan yang dijalankan pada hari Jumaat akan memeri kesan menakjubkan pada hari ini berbanding hari-hari yang lain.
Biasanya pada hari-hari yang lain kita akan merasa lemas apabila berada dalam himpunan orang ramai. Tetapi amat menghairankan kerana setika di dalam masjid pada waktu solat Jumaat didapati kita tidak merasa lemas atau rimas walaupun saling berhimpit-himpit dengan kesesakkan.
Hari Jumaat ialah hari yang paling sesuai untuk menjalankan rawatan berkenaan penyakit kardiovaskular dan respirasi kerana paras oksigen dalam atmosfera berada pada tahap yang tertinggi pada hari ini.

Sabtu
Merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.
Hari Sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan pelbagai aktiviti seperti bersukan, menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.
Bagi mereka yang mengalami penyakit yang berkaitan dengan Usus, Darah dan Otot atau Tulang dan Saraf, amat sesuai memulakan rawatan pada hari Sabtu. Memulakan rawatan bagi penyakit yang berkaitan dengan organ merah ini pada hari yang lain selain Sabtu biasanya akan memberi implikasi kesan pembongkaran di mana pesakit akan merasa kesakitan dalam proses penyembuhan.

Ahad
Tenaga spektrum pada hari Ahad adalah menyamai pada hari Isnin. Perbezaannya ialah gerakkan zarah pada hari Ahad didapati lebih tertumpu kepada sesuatu kawasan berbanding dengan semua hari yang lain di mana pergerakan zarah adalah rawak. Gerakkan zarah dalam atmosfera amat pelik kerana menyamai keadaan zarah dalam air.
Gabungan semua warna dalam udara akan membentuk warna putih, tetapi gabungan semua warna dalam air akan membentuk warna kegelapan atau hitam. Hari Ahad adalah gabungan semua warna dalam keadaan zarah yang menyamai sifat air.
Gabungan semua warna akan mempertenagakan seluruh tubuh. Tetapi kewujudannya dalam keadaan zarah yang hanya bergerak dalam kawasan setempat menjadikan tenaga ini separa matang (magnitud) dan masih belum mampu mempertenagkan mana-mana bahagian tubuh.
Oleh itu, hari Ahad ialah hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti teruatamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh.
Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan. Pengamal seni mempertahankan diri yang mengenakan mengenakan tali pinggang hitam dan pakaian hitam akan merasa bebas dari kongkongan atau pengaruh gangguan tenaga asing.
read more

Tip Kesihatan Untuk Wanita 30-an


Assalamualaikum wbt..
Dalam kesibukan menyeimbangkan antara tugas pejabat dan tugasan tetap dirumah, wanita selalunya kesuntukkan masa untuk diri sendiri. Penjagaan diri yang ala kadar ataupun ikut sempat je… seringkali menjadi amalan harian. Dalam kesibukkan kita seharian, perlulah kita mencuri sedikit masa untuk “merawat, menjaga dan memanjakan” diri sendiri.

Semoga sedikit tip di bawah dapat membantu kita wanita terutamanya yang berusia 30-an dapat mengekalkan kesihatan dan keterampilan diri yang baik.

Kawal pemakanan 
Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. 

Guna Pelembap yang sesuai 
Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing-masing. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita. 
Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

Sentiasa bersenam 
Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

Minum banyak air 
Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn. meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan.

Makanan tambahan 
Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

Elakkan bermekap tebal 
Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang 
Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang-orang tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan tekanan.
read more

Tip untuk menjadi ‘ibu super’ di tempat kerja


Assalamualaikum wbt...
Camne nak jadi super mom di tempat kerja..? Jom baca info yang menarik nie...
  • Tambahkan pendidikan dan ilmu pengetahuan
  • Tingkatkan kemahiran komunikasi dan perhubungan.
  • Bina keyakinan diri anda.
  • Tonjolkan diri anda.
  • Utamakan disiplin.
  • Guna keunikan atau kelebihan yang ada dalam diri anda.
  • Fokus terhadap apa yang ingin dilakukan.
  • Banyakkan informasi dengan membaca dan bertukar-tukar pandangan.
  • Sediakan ruang kerja atau persekitaran kerja yang harmoni.
  • Aturkan jadual kerja dengan baik dan berdisiplin.
  • Sekiranya perlu menunda satu tugasan pastikan ia dilakukan dengan bijak dan ada penyelesaiannya.
  • Pastikan diri anda tenang walau berhadapan dengan apa jua situasi sekalipun.
Semoga dengan tips ini akan dapat memberi sedikit ilham untuk kita semua..

Yes, all of us are super mom...
read more

Tip Mudah Ibu Bekerjaya

Image result for women workMenjadi ibu yang bekerja memerlukan anda bergerak pantas menguruskan diri sendiri, rumah tangga dan keluarga. Berfikiran kreatif dalam mengendalikan tugas harian di rumah membantu ibu menjadi lebih cekap dan efisien.
Sebaik pulang dari pejabat, ibu perlu menyinsing lengan memasak untuk keluarga pula. Dalam masa yang sama masih perlu memberi perhatian kepada anak-anak. Jika ada yang masih menyusu susu ibu, maka perlu disusukan dan pelbagai lagi kerenah si kecil yang lain.
Oleh itu ibu perlu bijak menyusun keperluan yang akan digunakan untuk tugas rutin seperti memasak, mengemas, mencuci pakaian dan sebagainya lagi. Berikut adalah beberapa contoh tip pantas yang boleh membantu ibu berkerjaya menguruskan tugas harian di rumah.
  1. Siapkan bahan asas memasak
Tugas memasak sebenarnya menjadi lebih mudah sekiranya segala macam bahan asas yang mengambil masa lama untuk disediakan seperti bawang, cili kisar, ikan, ayam, udang, sotong sudah tersedia. Oleh itu jadikan cuti hujung minggu untuk anda membuat persediaan mengisar cili, mengupas dan memotong bawang, menyiang ikan, sotong, udang dan sebagainya lagi. Untuk lebih mudah, anda boleh pekkan setiap bahan basah mengikut bahagian yang akan dimasak dalam sehari. Lebih mudah sekiranya anda sudah menetapkan jenis masakan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk kegunaan lima hari bekerja. Cara ini mempercepatkan proses memasak malah memelihara kesegaran bahan basah yang dibeli.
  1. Menyediakan pes masakan
Kaedah ini juga dijamin menjimatkan masa memasak anda di dapur. Anda boleh menyediakan pes masakan seperti pes cili, pes kari dan sebagainya bagi memudahkan kegunaan masakan anda. Pes tersebut boleh dipelbagaikan untuk memasak lauk pauk, pasta, mee dan sebagainya.
  1. Mencuci pinggan mangkuk
Kadang kala tugas di dapur menjadi berganda selepas memasak kerana perlu menyelesaikan tugas mencuci pinggan mangkuk kotor pula. Mengapa perlu tunggu selepas makan? Anda boleh jimatkan masa dengan mencuci segala alatan yang digunakan dalam penyediaan memasak. Sementara menunggu lauk yang ditumis atau direneh, ringankan tangan untuk mengosongkan sinki daripada peralatan dapur yang kotor. Ia dapat menjimatkan masa anda.
  1. Membasuh dan menyidai pakaian
Jangan biarkan bakul pakaian kotor anda sentiasa penuh. Usah bertangguh untuk membasuh pakaian kotor. Kini kebanyakan rumah dilengkapi dengan mesin basuh bahkan ada yang mempunyai alat pengering. Oleh itu pastikan membasuh pakaian setiap hari agar anda tidak terbeban pada hujung minggu.
  1. Usah tangguh melipat pakaian
Ia antara tugas yang paling tidak digemari oleh kebanyakan ibu. Untuk menjimatkan masa, sebaik mengangkat pakaian dari ampaian, jangan bertangguh melipatnya atau menunggu sehingga pakaian menjadi ‘gunung’. Jika mempunyai anak yang besar, anda boleh meminta bantuan mereka melipat pakaian masing-masing. Biarpun awalnya lipatan mereka kurang sempurna tetapi percayalah latihan awal akan membuatkan mereka ringan tulang membantu.
  1. Menggosok pakaian
Tugas menggosok pakaian memang mengambil masa yang panjang. Jadi untuk menjimatkan masa, peruntukan masa pada hujung minggu untuk menggosokan stok seminggu pakaian anda dan suami serta anak yang bersekolah.
Dengan perancangan yang cekap, anda masih boleh meluangkan masa untuk anak-anak pada waktu malam selepas menikmati makan malam sekeluarga.
read more

'Lady driver'? Betul-betul teruk ke??


Cemas, kalut, ‘main redah’, ikut suka hati, pandu melulu antara ayat sinis yang sering dilemparkan kepada pemandu wanita. Entah kenapa tanggapan ini terus wujud hingga ke hari ini.

Apabila ditanya, beberapa jejaka menggambarkan pandangan sebenar mereka terhadap isu ‘lady driver’. Resah dan gusar apabila melihat si gadis memandu, selain rasa tidak selamat seolah-olah boleh ancam nyawa orang lain antara faktor wujudnya pandangan negatif terhadap pemandu wanita.

Menyangkal apabila kaum lelaki dikatakan mudah untuk stereotaip, mereka berkongsi pendapat mengenai beberapa kelebihan dan kekurangan pemandu wanita daripada kaca mata sang jejaka. Disini disertakan antara ciri-ciri pemanduan oleh sebilangan wanita untuk kita renungi bersama dan tips untuk diperbaiki.

CEKAP DAN TANGKAS

Dapat lakukan pelbagai kerja dalam satu-satu masa memang mengagumkan tetapi tidak ketika memandu. Tapi situasi dapat dilihat apabila menaiki kereta yang dipandu wanita. Bercakap telefon atau menghantar SMS adalah situasi biasa, namun ada sebahagiannya mampu bersolek, rakam gambar sendiri malah betulkan rambut dan tudung ketika memandu. Lebih drastik apabila semuanya dilakukan serentak!

TERTIB SEPANJANG MASA
Gadis memang sinonim dengan sikap tertib. Tapi kalau sikap itu ditonjolkan pada waktu dan tempat tak sesuai, memang boleh bikin pemandu lain menyirap. Contoh yang jelas ketika menukar lorong perlahan ke laluan laju. Sudahlah memandu 60 km/pj di lorong kanan, habis sangkut kenderaan lain di belakang sebab tak boleh nak memotong.
Lagi satu hal memang melecehkan. Bagus kalau memandu selalu beri isyarat sebelum keluar masuk simpang atau tukar laluan. Bayangkan kalau setengah jam berkelip-kelip lampu isyarat tapi keretanya tetap di lorong sama, tak ada gunanya.

KAKI GAGAP
Sikit-sikit nak pijak brek! Itu antara situasi paling tidak disukai ketika sedang memandu apabila ‘terserempak’ dengan pemandu lain yang suka tekan brek kereta. Dan si jejaka berpendapat, kebanyakan perlakuan ini dimonopoli pemandu wanita. Walaupun jarak kereta di hadapan boleh muat sebuah lori treler, tapi kaki asyik memijak brek.
Asasnya, jika tidak yakin dengan kelajuan kenderaan, kekal saja di lorong perlahan. Perlu pandai mengimbangkan kelajuan kenderaan dan fokus dengan jarak lebih-lebih lagi waktu kesesakan lalu lintas untuk mengelakkan kereta anda ‘dihentam’ pemandu lain.

TERAGAK-AGAK
Kebanyakan ‘lady driver’ cepat rasa takut dan tidak berkeyakinan. Mereka gagal membuat keputusan dengan tepat. Jika ada yang berani, mereka berani dengan bodohnya sehingga anda rasa bimbang bahawa dia akan terbabit dengan kemalangan, contohnya seperti memandu melulu dan rasa diri seperti pemandu Formula 1. Penulis masih tertanya-tanya, adakah faktor ini menjadi salah satu punca kerajaan Arab Saudi mengharamkan wanita memandu? Mungkin mereka tahu bahawa kebanyakan wanita akan memandu ikut rasa hati tanpa fikir panjang.

BANYAK FIKIR
Melihat kepada cara pemanduan, perempuan didakwa suka memikirkan pelbagai perkara dan terlalu banyak pertimbangan sehingga menimbulkan tindakan terlalu berhati-hati dan jadikan mereka teragak-agak. Sebagai contoh, kadang-kadang penglihatan dan fikiran membuatkan jarak sesebuah kereta jadi lebih dekat walaupun hakikatnya pada ketika itu, kenderaan dipandu masih sempat keluar simpang.
Oleh kerana pergerakan lelaki lebih pantas dan kelebihan dalam mengagak, kadang-kadang mereka menjadi terlalu yakin sehingga boleh dikatakan kebanyakan jejaka selalu memandu laju. Kesimpulannya, sikap teragak-agak dan terlalu yakin menimbulkan risiko.
Sebenarnya, tak kira pemandu itu lelaki atau ¬perempuan, cara kita memandu memang berbeza. Masa penulis belajar memandu dulu, untuk mengelakkan gugup, saya suka berbual dengan guru memandu. Jadi, ¬tidak adil sekiranya hanya cara pemanduan ¬perempuan asyik diperkatakan. Kedua-duanya punya sikap ¬positif dan negatif yang sukar dihurai. Apa yang penting, ¬lebihkan sikap bersabar dan hormat menghormati ketika memandu untuk elakkan dapat ‘dosa kering’.

Tips memandu jarak jauh
1. Pilih kedudukan dan waktu yang anda selesa - Pemanduan waktu malam kurang meletihkan dan keadaan trafik juga kurang sibuk. Perlu fokus lebih tinggi dan rehat yang cukup di siang hari.
2. Pakai cermin mata hitam jika memandu pada waktu siang. Kesannya amat ketara dan anda akan jadi lebih tenang.
3. Pilih posisi selesa sebelum memandu.
4. Sediakan air yang mampu untuk memulihkan tenaga. Untuk lebih afdal, wuduk juga memulihkan kesegaran.
5. Selidik kondisi jalan. Selekoh curam, lopak, air bertakung, binatang liar dan sebagainya.
6. Pilih kelajuan yang tenang dan jarak sesuai dengan kenderaan di hadapan. Elakkan menekan brek terlalu kerap, terutama waktu hujan. 99.9% Kemalangan berlaku apabila brek ditekan.
7. Berkomunikasi dan bertolak ansur dengan pemandu lain.
8. Jangan malu untuk berhenti berehat dan tidur di mana-mana saja asalkan tidak menyusahkan pemandu lain.
9. Kalau kereta berhawa dingin, buka tingkap 10 saat setiap satu jam untuk menyegarkan udara di dalam kereta. Kadar oksigen yang kurang akan menyebabkan mengantuk dan hilang tumpuan serta stress.
10. Paling penting, jangan lupa baca doa sebelum perjalanan!
read more

My Engagement Day

Monday, April 06, 2015


Hehehe...Lama dah sebenarnya nak bagitau tapi hanya tunggu masa yang sesuai saja... Well, pada 20hb Februari yang lalu (semasa cuti Tahun Baru Cina), saya dengan rasminya telah menjadi tunangan kepada Mohd Shahril Azmezaa Bin Mohd Shahimi... Citernya agak complicated dan sempoi sikit, mana taknya, planning asal adalah majlis merisik ditukar menjadi majlis pertunangan, takde hantaran, takde pelamin so whatever... hehehe

Tapi memang impian saya pun, kali nie jika bertemu jodoh dan bertunang, saya tak mahu lagi membuat majlis yang gilang gemilang sebab rasa macam membazir aje..bak kata orang hanya mengikut sunnah saja...





See, awak tengok, pakaian pun takde yang grand pun, sebenarnya saya tak sempat nak salin baju jubah yang lain sebab masa tue saya baru selesai menggoreng karipap untuk santapan tetamu.. Nasib baik saya dah menempah nasi dagang daripada jiran sebab Shahril kata dia teringin nak makan nasi dagang yang asli daripada Terengganu... Dan Alhamdulillah, sumanya dah selesai dan sekarang nie yang tinggal adalah majlis pernikahan kami nanti, Insha Allah akan dilangsungkan pada tahun nie jugak... Bila?? nanti saya akan bagitahu... 


Hopefully kali nie biarlah berkekalan hingga ke akhir hayat, Insha Allah... 



 
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ▼  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ▼  April (13)
      • Baru nak baik demam... adooiihh...
      • Resipi Popia Pisang
      • Resipi Tart Roti Telur
      • Urut terapi/buang angin bagi Muslimah
      • Pesta buku antarabangsa akan kembali lagi...
      • Ucapan tahniah pada rakan-rakan yang dapat KUP...
      • 8 RAHSIA PETUA MELAYU LAMA
      • Warna yang sesuai untuk diri pada hari Ahad hingga...
      • Tip Kesihatan Untuk Wanita 30-an
      • Tip untuk menjadi ‘ibu super’ di tempat kerja
      • Tip Mudah Ibu Bekerjaya
      • 'Lady driver'? Betul-betul teruk ke??
      • My Engagement Day
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Menjelang Ramadhan
  • Afzan Sidi
    WORDLESS WEDNESDAY~MARHABAN YA RAMADHAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Air kotak laici
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.