Assalamualaikum wbt,
Sempena dengan penutupan tahun 2020, saya nak bagi sedikit hadiah pada yang bertuah..
Kepada follower saya yang ke-800 (yang ditanda petak merah), TAHNIAH saya ucapkan kerana awak terpilih untuk menerima hadiah akhir tahun daripada saya.. Sila emelkan kepada saya detail awak, seperti nama, alamat penghantaran dan nombor telefon pada emel saya starlavender.luna@gmail.com
Terima kasih yang tak terhingga kerana sudi follow jurnal saya...
Assalamualaikum wbt...
Hanya tinggal beberapa jam saja lagi kita akan melangkah ke tahun seterusnya.. Pelbagai kisah suka dan duka yang berlaku pada tahun 2020..
Awak masih ingat tak dulu², masa kita kecik², kita pernah membayangkan yang tahun 2020 ini adalah tahun yang penuh dengan imaginasi masa depan, seperti kereta terbang dan semua peralatan yang serba canggih.. Okay, mungkin kereta terbang belum dapat direalisasikan, tapi sebenarnya dah banyak perkara yang canggih berlaku dalam kehidupan kita..
Contohnya, seperti pembelian barangan secara online.. Dulu² hanya orang yang have² jea yang membeli barangan secara online.. Tapi disebabkan pandemik COVID-19 yang berlaku pada seluruh dunia, membuatkan kita terpaksa membeli barangan secara online.. Contoh yang kedua adalah pembayaran secara swap card secara menyeluruh.. Dulu² nak swap card kena ada kad kredit, tapi sekarang nie melalui kad debit pun kita boleh swap card, boleh bayar samada pinned number ataupun wave..
Semuanya di hujung jari kita sekarang.. Bukankah ianya dah canggih..?? Banyak lagi perkara yang canggih berlaku dalam kehidupan kita sekarang...
Tahun 2020 nie jugak kita menghadapi cabaran besar dalam kehidupan, yang mengubah hampir 360 darjah dalam kehidupan kita.. Sedia maklum, kita sekarang nie sedang 'berperang' dengan pandemik yang merbahaya ketika ini, iaitu COVID-19 dan kita masih belum menang lagi dalam 'peperangan' ini.. Di samping itu jugak, kita menghadapi kesukaran dalam kehidupan, ada yang diberhentikan kerja, ada yang terpaksa membuat tiga empat pekerjaan sekaligus untuk menampung kehidupan sekarang, jika ada syarikat sendiri, kita terpaksa struggle and survive, dan jika keadaan tak mengizinkan, ada yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tak mampu nak survive lagi.. Semua dugaan ini adalah kerana melalui izin-Nya.. Walaupun Allah SWT yang mampu mengubah kehidupan kita, tapi kita sendiri perlu berusaha juga dan sentiasa bertawakkal dan berserah kepada Allah SWT..
Kita yang merancang, TAPI ALLAH YANG MENENTUKANNYA...
Pada rakan-rakan seperjuangan yang menghadapi pertukaran tempat kerja secara besar-besaran, saya nak ucapkan selamat maju jaya di tempat baru dan bekerjalah kerana Allah.. Macam kat office saya pun berlaku pertukaran staf di sini dan ketua unit saya merupakan salah seorang yang bertukar... Pada 4hb Januari depan, dia akan bertugas di Jabatan Kemajuan Masyarakat, Presint 4 dan saya akan menerima ketua unit yang baru, yang sebelum ini bertugas di tempat ketua unit saya ditempatkan nanti.. Kiranya, mereka switch tempat kerja..
Saya pun berkemungkinan akan ditukarkan... Ke mana..??
Belum tahu lagi.. Hanya menunggu e-mel daripada HQ saja..
Wait and see..
Sebenarnya sedih jugaklah nak berpisah dengan ketua unit sekarang nie, maklumlah dah 10 tahun kami bertugas sama-sama.. Orang kata, susah senang kami memang berdua jea, sampaikan satu office nie gelarkan kami belangkas, mana² pergi, kami memang pergi berdua.. hihihi..
Tapi adat dalam kehidupan, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan, tiada yang kekal melainkan Allah SWT..
Kepada Puan Jamilah, saya doakan semoga Puan terus sukses dalam bidang yang diceburi, terus maju dalam bidang kepustakawanan, jangan sedih², walaupun kita jauh daripada tempat kerja, Insha Allah kita akan selalu jumpa kat area rumah.. Walaupun Puan dah tak terlibat dalam penulisan a.k.a. novel, tapi saya harap Puan jangan patah semangat untuk terus menulis..
😭😭😭😭Memang sedih sangat².. Tapi demi tugas dan demi berkhidmat untuk masyarakat, kita kena tabah...
Pada rakan-rakan yang lain yang dah bertukar, selamat maju jaya di tempat kerja yang baru.. Pada rakan-rakan yang masih menunggu e-mel pertukaran, sabarlah dan sama-samalah kita tabah dalam penantian ini..
Selamat Tahun Baru 2021 saya ucapkan pada awak semua.. Semoga di tahun 2021 ini, kita akan menjadi lebih matang daripada tahun-tahun lepas, dan semoga kita semua dilindungi daripada pandemik bahaya ini, sekaligus hilang dari radar bumi..
Pada yang nak balik kampung tue, hati² di jalanraya, jika awak bergejala, pergilah ke klinik untuk rawatan swab dan kuarantin diri awak di rumah.. Jika takde keperluan untuk keluar, duduklah di rumah..
Sentiasa amalkan SOP yang ditetapkan oleh kerajaan..
Sentiasa basuh tangan, pakai hand sanitizer, pakai pelindung muka apabila keluar dari rumah, dan jarakkan penjarakan sosial awak..
Elakkan bersalaman dengan orang, demi memutus rantaian COVID-19... Nampak seperti kurang sopan lebih² lagi jika bersalaman dengan ahli keluarga, sanak saudara yang lebih tua, tapi demi menjaga kesihatan kita dan mereka, perlulah buat SOP itu...
Kita jaga kita...
Pencarian bloglist bagi bulan Januari, Februari dan Mac 2021 di MiaLiana.com bermula pada 10.00 pagi 29/12/2020 sehingga 10.00 pagi 30/12/2020. Semua blogger dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #39 MiaLiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Disember 2020.
** jom support Mia Liana....
Assalamualaikum wbt..
Awak, jom kita sama-sama join giveaway daripada sahabat baru saya nie.. Mana tau rezeki dapat hadiah yang ditawarkan..
Kenapa saya join giveaway nie..?
Tak lain tak bukan adalah nak kenal-kenal dengan rakan blogger yang baru, di samping tue mungkin kita boleh berkongsi maklumat ataupun apa-apa saja cerita yang menarik, dan yang paling penting kita sama-sama support each other..
Macam biasa, jika nak join, klik pada banner kat atas nie dan ikutlah syarat-syarat yang diberikan..
Best of luck...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Jom kita sama-sama meriahkan suasana, selain tue kita dapat berkenal-kenal dengan rakan baru, kan..
Macam biasa, kalau awak nak join, klik pada banner kat atas nie dan ikutilah syarat-syarat yang diberikan oleh penganjur..
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Terlupa nak publish entri nie.. hihihi.. Saya join giveaway yang dianjurkan oleh blogger Nieyla Nadia pada bulan Oktober lepas dan pada bulan November dia umumkan senarai pemenang..
Tak disangka-sangka, saya terpilih untuk jadi pemenang utama..
Memula tue, saya takdelah perasan sangat dengan senarai pemenang sebab itu bukan sebab utama saya join mana-mana segmen dan giveaway, tapi yealah, orang kata kalu dah rezeki, jika berada di alamat yang betul, maka adalah rezeki untuk kita..
So, saya pun emelkan butiran pada Nieyla Nadia.. Dan beberapa hari kemudian, parcel yang dialamatkan kepada saya dah sampai pada 27 November 2020 (Jumaat) yang lalu..
Tapi masa parcel sampai kat opis pada waktu petang, saya dah berada di rumah kerana ketika itu, saya bekerja secara shift waktu pagi.. So, saya collect parcel kat pigeon hole pada hari Isnin kemudiannya..
Tada.. Inilah dia hadiahnya..
Bawang goreng yang dibuat sendiri oleh Nieyla Nadia sendiri memang sedap dan rangup, lebih-lebih lagi bila dimakan dengan nasi panas..
Nak beli bawang goreng dengan Nieyla..? Boleh hubungi beliau, Insha Allah pasti sedap..
Assalamualaikum wbt..
Dijemput pada awak semua untuk join giveaway daripada sahabat saya nie..
Klik pada banner untuk join dan ikutlah syarat-syarat yang diberikan...
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Saya nak menjemput awak semua untuk join segmen sahabat baru saya nie..
Macam biasa, klik pada banner kat atas untuk join dan ikutilah syarat-syarat yang diberikan..
Kenapa saya join segmen Eza..? Ianya adalah untuk kenal secara maya antara satu sama lain, mungkin boleh berkongsi pengalaman hidup atau cerita yang menarik, dan saling sokong menyokong antara satu sama lain..
Jangan lupa klik pada banner untuk join segmen yang dianjurkan oleh Eza..
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Okey, seperti biasa saya akan umumkan pemenang Top Commentator untuk bulan Disember.. Sebelum tue saya nak ucapkan bebanyak terima kasih pada awak semua kerana masih sudi untuk membaca jurnal saya walaupun saya tak dapat nak bagi komitmen yang jitu pada jurnal ini ekoran daripada kerja-kerja hakiki dan kerja-kerja sampingan saya..
Anyway, TAHNIAH diucapkan kepada 10 orang Top Commentator yang berjaya memasuki carta bulanan saya.. Selamat kembali kepada Tiara Sapphire, Siti Yang Menaip dan Mia Liana kerana berjaya memasuki carta bulanan ini..
Oleh kerana semua yang tersenarai ini pernah menjadi pemenang, saya terpaksa membuat cabutan undi.. So, jom kita tengok video ini [https://youtu.be/tqGIPuzgzFQ], siapakah yang bertuah untuk menerima hadiah kecil ini, jadi saya berlaku adil kepada semua orang.. [p.s. : Jika awak tak boleh tengok video ini pada versi mobile, awak kena tengok melalui versi web atau tekan link ini..]
TAHNIAH diucapkan pada nama yang disenaraikan.. Untuk pemenang bulan September dan Oktober dan November, hadiah awak akan dipos bersama dengan pemenang bulan ini.. Maaf di atas kelewatan pengeposan kerana PKPB yang membataskan pergerakan...
Seperti biasa jugak, kesemua 10 orang yang berjaya memasuki carta bulanan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Disember 2020...
Tahniah diucapkan..
Assalamualaikum wbt..
Yang nie segmen pertama saya join untuk bulan nie.. hihihi... Kawan saya Izatie nie dah lama tak update blog dia dan dia nak buat senarai bloglist baru..
Katanya lagi, bloglist tue akan kekal selama setahun, so jom kita ramai-ramai join segmen beliau..
Tarikh tutup penyertaan segmen adalah sehingga 31 Disember 2020...
Macam biasa, klik pada banner untuk join segmen nie..
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt...
Okay, nie giveaway yang ketiga saya join, just untuk memeriahkan suasana... Sahabat saya Ejulz nie memang suka buat giveaway...
So, pada sesiapa yang nak join, boleh klik pada banner kat atas tue..
Tarikh tutup penyertaan giveaway nie adalah sehingga 25 Disember 2020..
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt,
Hihihi, yang nie giveaway kedua untuk bulan ini.. Saja nak meriahkan suasana, dan saya nak menjemput awak semua untuk join giveaway sahabat baru saya nie...
Best of luck...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Giveaway yang pertama untuk bulan ini.. Jom kita join ramai-ramai sebab hadiah yang Cuya bagi nie sangat menarik...
Anda suka sekiranya gambar anda dilukis dan menjadi digital?
Tak tahu mana nak cari orang untuk lukis?
Nah...jom order dengan cik Cuya kita.
Harga serendah RM6 sahaja untuk seorang!
Ws ke www.wasap.my/60135800776
Penyertaan giveaway ini adalah pada 5 Disember 2020 sehingga 5 Januari 2021..
Klik pada banner untuk join giveaway ini..
Best of luck..
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons