Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Maaf lama tak muncul...

Tuesday, November 29, 2016


Assalamualaikum wbt...
Lama tak bercerita dengan awak suma..Sihat ke..? Dah makan ke blum..? hihi sori sebab tanya yang bukan2, sebab ayat tue memang dah biasa saya tanyakan dengan hubby, huhuhu.. Sedih jugak la sebab dah seminggu dia demam, nak balik dia tak bagi balik sebab katanya awal bulan 12 nanti dia nak balik... Dalam hati nie risau jugaklah dengan keadaan dia walaupun dia tinggal dengan keluarga mertua, sapa yang tak sayang suami oii, kan..

Dan maaf jugak sebab beberapa hari nie saya tak dapat nak bercerita sebab line wifi opis megalami masalah.. Nak pakai internet sendiri plak, baru2 nie saya dah terminate line maxis sebab nak pakai prepaid la konon2nya tapi belum beli lagi line prepaid..huhuhu jadi untuk sementara nie, hanya line wifi rumah aje yang saya gunakan.. Pada sahabat yang nak berurut tue, boleh whatsapp pada saya selepas waktu bekerja yea..

Okey, hari Jumaat lepas merupakan hari yang sibuk sikit sebab ketua unit saya nak buat pertandingan celik minda untuk suma warga IP JBPM Putrajaya.. Memang tiap2 tahun kami buat pertandingan celik minda, dan hadiahnya adalah barangan hamper dan sijil penyertaan.. Fuhh berpeluh jugak la nak buat pertandingan nie sebab selalunya ketua unit saya akan draft kan pertandingan dan tugas saya pulak menyiapkannya.. Kali nie kami buat dua kategori, kategori pertama adalah pertandingan teka silang kata dan kategori kedua adalah pertandingan teka muka surat buku...
Pertandingan Celik Minda 2016

Yeayy.. Inilah hasilnya yang saya buat, yang teka silang kata tue saya cari aplikasinya dalam internet, taipkan jawapan dan pembayang lepas tue, sistem akan create kan silang kata tue... Selalunya kami buat beserta dengan slogan yang mudah jea.. Tapi favourite staf opis nie lebih gemarkan pertandingan teka muka surat buku yang dah dibungkus tue.. Masing2 mencari dan memadankan buku yang hampir sama dengan ketinggian buku yang dibungkus, lepas tue teka muka suratnya... Lepas saya menyiapkan tugasan ini, saya pun menyiapkan poster pertandingan untuk ditampal di semua board aras dan board pada lif dan inilah hasilnya...
Pertandingan Celik Minda 2016
Sebenarnya saya takde idea nak buat poster nie jadi sebab tue nampak ringkas jea poster nie, hmm takpelah asalkan announcement nie sampai pada semua staf.. Setakat nie baru dua orang staf yang menyertai pertandingan nie, hehehe banyak masa lagi.. Tarikh penyertaan pun sampai 9 Disember nie.. Itulah aktiviti Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi sebagai penutup acara pada tahun 2016 sebab kami baru perasan tahun nie hanya sekali aje kami adakan aktiviti untuk unit kami iaitu pada awal tahun nie, kami cuma buat jualan majalah terpakai.. Memang laris jualannya awak tau, mana taknya, kami jual RM1 jea setiap satu, majalah yang tebal sikit kami jual RM3 ke RM5 setiap satu..  Kami buat aktiviti jualan nie pada setiap dua tahun sekali dan Insha Allah pada tahun 2018 pulak kami akan adakan lagi jualan nie.. Bukan staf opis jea tau yang beli, ada jugak pembeli daripada kalangan orang awam yang mempunyai urusan JBPM turut sama2 membeli, ada sekali tue kami penah dapat sorang customer yang memang giler kan majalah Reader's Digest, Majalah PC dan majalah Dewan Masyarakat, dia membeli suma edisi yang ada pada kami... 


Masa tue seronok giler sebab dapat wang jualan, opp...opp... nanti...Duit jualan tue kami tak ambik sikit pun, duit jualan yang kami dapat tue, kami rolling jadi modal untuk buat pertandingan lain seperti pertandingan celik minda seperti sekarang yang tengah berlangsung nie.. So, kalu awak yang duduk berdekatan dengan Putrajaya, bolehlah join sekali untuk membeli majalah terpakai tapi kena tunggu tahun 2018 la... hehehe

Okey, nanti ada masa Insha Allah kita jumpa lagi pada malam esok.. 
Jaa nee, oyasumi minna.. 

read more

Wordless Morning..

Thursday, November 24, 2016


Assalamualaikum wbt, untuk renungan kita bersama..

Image result for selawat

Image result for selawat

read more

Keputusan Segmen Blog Review Safirul Amar

Wednesday, November 23, 2016

Related image

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, akhirnya blogger Safirul Amar telah selesai memberi ulasan pada jurnal saya dengan keluarnya entri terbaru beliau (Klik sini..) .. Pada sahabat yang telah menyertai segmen anjuran beliau baru2 nie, boleh la check nama awak kat sini dan keputusan segmen telah dikeluarkan di sini...

Oleh kerana nama saya yang ke-13, saya mendapat ulasan penuh daripada beliau.. Memang ada banyak lagi yang saya perlu pelajari dalam bidang coding html dan saya berterima kasih sangat2 kerana sudi review jurnal saya.. 

Dan inilah hasilnya..
Keputusan segmen blog review Safirul Amar

Blogger Safirul bagitau saya boleh memperbaiki sikit demi sikit dan kalu mengikut peratusan markah SEO saya terlalu rendah, 19%.. Tapi setelah beliau beri tunjuk ajar camne nak buat, akhirnya markah saya naik, 61%.. Awak boleh check kat laman web nie untuk tengok permarkahan SEO blog awak.. 

Inilah markah saya...
Keputusan segmen blog review Safirul Amar

Sekali lagi terima kasih pada blogger Safirul Amar kerana sudi memberi komen pada jurnal saya.. Insha Allah, ada masa saya akan improve lagi dalam bidang coding, nak kena gali lagi ilmu.. hehehe



read more

Renungan Zohor

Image result for islamic

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sesuatu barang itu bernilai bukan terletak pada barang tersebut, tetapi keadaan yang menentukan nilainya. Sebatang buluh yang hanyut tiada nilai dalam keadaan biasa, namun ia akan lebih mahal dari dunia dan isinya bagi seseorang yang sedang terkapai kapai kelemasan. Demikian juga sebotol air minuman, mungkin nilainya hanya satu ringgit dalam keadaan biasa. Tetapi ia akan mencecah ribuan ringgit di saat sedang dahaga di padang pasir.
Demikianlah juga dengan pahala. Ia tidak dirasai nilainya sewaktu di dunia, berbanding di akhirat, yang semua benda tidak bernilai melainkan hanya pahala. Oleh kerana semua kita sedang menuju ke sana, maka kutiplah apa saja amalan yang menjadi bekalan pahala, walau sekadar manis muka pada saudaramu..
والله أعلمُ بالـصـواب


read more

Dashboard blogger dah bertukar..?

Assalamualaikum wbt...
Sekali lagi, blogspot menukar dashboard nya.. Tak sempat saya nak snap gambar, sebab 20 minit yang lepas, dashboard blogspot masih seperti biasa, alih2 dah bertukar begini.. Awak suma dah bertukar ke belum..?

Dasboard blogspot bertukar..

Seingat saya dashboard blogger dulu, hanya terpampang nama blog kita lepas tue kat bawah tue ada senarai blog yang kita follow kan.. Lepas tue, kalu nak buat entri yang baru, kena klik kat button new post dan dibawa ke new tab, kan...Tapi template yag baru nie, dashboard nie dah disatukan jadi satu, macam dalam gambar nie..


Nampak tak saya tanda no. 1, 2 dan 3..? itulah template yang baru bertukar tue.. No. 1 tue kalu awak ada banyak blog yang dihasilkan, ianya dah disatukan kat situ.. 



No. 2 pulak, macam biasalah ada new post.. Tapi yang no. 3 tue reading list.. Dulu kat dashboard lama hanya dipaparkan blog yang dihasilkan dan reading list saja.. Tapi sekarang, dekat bahagian dashboard yang baru nie, reading list dipaparkan dalam satu kolum saja... 

Ada satu lagi bertukar... Ramai yang dah tau ada simbol emotion dalam entri post yang baru kan.. Tapi awak perasan tak ada satu lagi icon yang diletakkan di situ.. kat sebelah tajuk besar post tue, ada icon posting as 'nama author' dipaparkan, macam dalam gambar nie..



Macam2 dah blogspot nie dah bertukar kan.. 


read more

Review drama : Anak Mat Salleh Tapi Melayu (2016)

Tuesday, November 22, 2016


Assalamualaikum wbt..
Untuk kali pertama saya nak review satu drama yang saya tonton kat youtube semalam.. Drama nie ditayangkan pada bulan September lepas, sempena dengan Hari Malaysia... 

Drama Anak Mat Salleh Tapi Melayu, mengisahkan  tiga orang anak gadis kacukan Melayu-Inggeris: Amelia (Diana Danielle), Mary (Amelia Henderson) dan Jane (Jelita Kako) yang membesar di Chicago, USA dan tidak dapat menyesuaikan diri mereka setelah pulang kembali ke Malaysia. Datuk Borhan (Redzuan Hashim), bapa kepada ketiga-tiga gadis itu, meminta tolong daripada Nek Mah untuk mendidik anak-anaknya bergaul dengan masyarakat kampung. Ketibaan Tok Mah disambut dingin oleh mereka. Sejak mereka tinggal bersama Tok  Mah, pelbagai perkara baharu yang mereka pelajari, sebagai contoh camne cara nak bersalam dengan orang-orang yang lebih tua dan mempelajari adab-adab budaya Melayu.. Dan mereka bertiga didedahkan dengan masakan Malaysia yang selama nie mereka tak pernah menjamah semasa berada di Chicago dulu macam sambal belacan dan nasi lemak.. 

Image result for drama anak mat saleh cakap melayu

Amelia seorang gadis yang memang sukakan suasana di Malaysia, berbeza sangat dengan Mary yang sering menyebut nak balik ke Chicago sebab katanya dirinya tak sesuai berada di Malaysia, malah dia berasa bangga kerana dilahirkan di Chicago.. Manakala adik bongsu mereka Jane yang pada mulanya tak berapa suka nak tinggal di Malaysia, akhirnya dia terpaut hati pada suasana kampung..  
 
Part yang paling kelakar adalah masa babak anak2 gadis ini diajar membuat sambal belacan, oleh kerana mereka tak penah rasa sambal belacan, Tok Mah memberi mereka merasa sedikit sambal belacan... hihihi 😂berkejar2 tiga beradik nie ke sinki sebab kepedasan dan semasa mereka merasa sambal belacan, mereka menutup hidung masing2 sebab tak tahan bau belacan.. Dan bila Tok  Mah mintak mereka bercakap Jawa, secara automatik loghat Jawa dikeluarkan daripada mulut tiga beradik nie, akibat kepedasan.. hihihi..

Awak try la tengok drama nie, memang kelakar tapi ada diselitkan unsur-unsur teladan..

read more

Kenapa..? Why..?

Urut terapi buang angin bagi wanita Muslimah

Assalamualaikum wbt...
Saya sering mendapat persoalan daripada orang-orang di sekeliling, kenapa saya tidak berusaha untuk mempelajari dan masuk ke bidang urutan lepas bersalin sebab hasilnya lebih lumayan..? Dan kenapa saya hanya buat part-time saja dan bukan sepenuh masa..? Dan kenapa harga perkhidmatan saya terlalu murah sedangkan urutan spa Thai / orang kurang upaya pun paling2 busuk RM50 untuk sekali perkhidmatan...

Ini jawapan saya untuk semua.. Bukan saya taknak mempelajari untuk urutan lepas bersalin tapi saya tak yakin dengan kemampuan saya untuk melakukan demikian, malah untuk membuat sengkak naikkkan rahim / peranakan nie bukan sebarangan orang boleh lakukannya.. Jika salah sengkak, lain pulak kesnya nanti.. Biasanya perawat urutan lepas bersalin mempunyai sejarah dalam keluarganya yang merupakan perawat bidan dan ianya akan diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain.. Memang betul hasil daripada upah untuk urutan bersalin lebih lumayan daripada apa yang saya dapat sekarang, tapi masalah yang paling utama adalah MASA... Saya merupakan seorang pekerja yang komited pada kerja waktu siang, dan masa urutan lepas bersalin seharusnya dilakukan pada waktu pagi hari disebabkan saluran urat dan darah masih lembut pada waktu pagi.. Tapi apa yang akan terjadi pada kerja hakiki saya jika saya membuat perkhidmatan urutan lepas bersalin..? Dah tentunya prestasi kerja saya akan terjejas dek selalu mengambil cuti rehat tanpa alasan kukuh untuk memberi perkhidmatan pada orang...

Berkenaan dengan upah perkhidmatan tue, ini jawapan saya.. Saya membuatnya hanya kerana Allah dan saya cuma nak membantu orang di dalam kesakitan.. Allah telah memberi saya anugerah untuk membantu orang lain.. Jika saya tamakkan duit, maka apa yang saya dapat bukan daripada keberkatan Allah.. Tapi macam saya cakap, saya lakukan hanya kerana Allah, sebab jika Allah tak gerakkan hati seseorang untuk menghubungi saya, maka bukanlah rezeki saya.. Apa yang saya tulis nie bukanlah nak bersifat riak, mahupun bongkak apa yang saya dapat.. Cuma saya nak menerangkan keadaan sebenar di sebalik persoalan nie... 


Alhamdulillah kini suami dan ahli keluarga merupakan penyokong kuat untuk saya teruskan memberi bantuan kepada orang lain.. Selagi saya terdaya nak membantu, saya akan terus membantu.. 


read more

Wang syiling vs batu kecil


Assalamualaikum wbt...
Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .
Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yang berada pada aras paling bawah.
Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yang terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai untuk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yang menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat untuk mendongak , menadah tangan untuk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta...

read more

Klinik Lelaki : Anemia jejas fungsi jantung

Monday, November 21, 2016

Image result for men check up
Assalamualaikum wbt..
Tak sangka saya entri pertama saya iaitu Klinik Lelaki mendapat bacaan yang agak ramai jugak, dan ada pembaca dari kalangan pembaca lelaki yang memberi komen.. Terima kasih yea sebab sudi memberi komen pada entri saya..



Maklumlah kerja saya dalam bidang kepustakawanan, memang salah satu tugas saya untuk mencari artikel yang manfaat untuk dimasukkan dalam blog library, sambil2 tue boleh jugak berkongsi dengan sahabat saya di sini, kan..



Entri kali nie saya nak berkongsi tentang anemia yang boleh menjejaskan fungsi jantung. Anemia memang sering dikaitkan dengan wanita tapi lelaki pun tak berkecuali boleh menghidap masalah kesihatan nie dan kalu ianya berlarutan boleh menjadi penyakit jantung yang menjadi pembunuh utama golongan lelaki.. Tapi apa tue anemia..? Anemia nie adalah keadaan yang mana terdapat kekurangan sel darah merah dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Dalam erti kata lain anemia nie bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi. Jadi jika bacaan hemoglobin awak tidak mencapai paras normal iaitu 12.5 hingga 18.5g/DL, sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan dengan segera.
Image result for anemia


Antara penyebab anemia berlaku adalah :

1) Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik)
-Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.
- Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, jangkitan cacing dan lain-lain keadaan.

2) Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. Ini mungkin disebabkan oleh :-
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, asid folat dan erythropoietin.
- Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ia melebihi paras penyerapan zat besi.
- Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
- Faktor toksik : Penyakit inflamasi,, kerosakan hati dan ginjal ; ubatan.
- Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
- Kerosakan sum-sum : Kanser darah, penyakit sum-sum.
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti talasemia.

3) Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis anemia yang biasa berlaku :-
- Anemia disebabkan kekurangan zat besi
- Talasemia

Simptom / gejala anemia 
- keletihan setiap masa
- pening
- sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
-  kulit pucat
- kadar denyutan jantung yang cepat
- kurang daya ingatan

Komplikasi - Anemia yang teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung dengan fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.

Rawatan anemia bergantung pada jenis anemia yang dihidapi :-
- Jika disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia atau leukemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
- Jika disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka awak perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga boleh mengambil pil suplemen zat besi.

read more

Jom kita mendengar Al-Quran


Walaupun kita mendengar Al-Quran, sekurang-kurangnya bacalah walau satu muka surat sehari.. Itu lagi afdal dan lagi berkat kan..

read more

Soalan yang ditanya masa interview untuk hantar borang nikah

Image result for contoh borang nikah terengganu

Assalamualaikum wbt..
Masa saya hantar borang nikah dulu tue, takde pulak kena interview sebelum nikah, hubby pun tak ditanyanya..Hehehe takpelah, nie saya nak share tentang soalan yang ditanya masa interview untuk hantar borang nikah untuk sesiapa yang nak berkahwin nanti..👰 Harap2 ianya sikit sebanyak dapat membantu awak suma dalam menjawab interview tue nanti...

1. Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Baca doa qunut
4. Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
5. Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
6. Tanggungjawab suami/Isteri.

Soalan paling penting, sebagai seorang islam dan wajib tahu.. soalan 1 dan soalan 2 kerana bacaan ini ada dalam solat. Termasuk no 3, walaupun sunat dituntut.


Jgn risau, ada jawapan tau kt bawah ni:

1. Apa itu Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis

2. Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.
3. Sebelum lakukan ibadah wajib :-
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk

4. Bahagian najis :-
- Najis muhaffafah
- Najis Mutawassitah
- Najis Mughallazah

5. Tanggungjawab suami:
- Menunaikan perintah/hak Allah
- Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
- Beri nafkah pada isteri.
- Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
- Melindungi isteri

6. Munakahat - ilmu tentang perkahwinan.
7. Rukun nikah
- pengantin lelaki
- pengantin perempuan
- wali
- saksi
- Sighah - Ijab dan Qabul


Image result for contoh borang nikah terengganu

Alhamdulillah lepas jugak jawab semua. Cara nak counter nervous, kena hadam buku yang kita dapat masa kursus kahwin tu.. kaitkan dgn ibadat kita buat inshaAllah mudah ingat. Yang paling wajib kena tahu iaitu kalimah syahadah, surah Al-fatihah, doa qunut..





read more

Jaga lidah.. Jangan sebarkan fitnah..

Related image
Assalamualaikum wbt..
Pada zaman Imam Malik, terdapat seorang wanita yg buruk akhlaknya. Dia selalu tidur bersama lelaki & tidak pernah menolak ajakan lelaki (pelacur).
Tiba pada hari kematiannya, ketika mayatnya dimandikan oleh seorang wanita yg kerjanya memandikan mayat, tiba2 tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu. Semua penduduk & Ulama' gempar akan hal itu. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.
Terdapat berbagai cadangan & pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada 2 pandangan yg dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan. Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yg kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat & jenazah itu sekaligus. Oleh kerana kedua2 cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik. Imam Malik bukan calang2 orang yg memberi fatwa.
Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yg berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu: "Apakah kamu lakukan/berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?" Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menjawab bahawa dirinya tidak berbuat/tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.
Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong/ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata: "Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar & memukul berkali2 pada batang tubuh si mati." Imam Malik berkata: "Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zina) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zina tanpa mendatangkan 4 saksi." Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah SWT, terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.



PENGAJARAN:
Jaga lidah, jangan sebarkan fitnah. Jangan bersangka buruk dengan kuasa Allah. Kalau kita tahu dia itu seorang pelacur sekalipun, tapi kalau kita tak pernah lihat, maka kita dilarang menuduhnya berzina.




Diharap kisah Imam Malik dan Pemandi Mayat ini dijadikan sebagai tauladan & ikhtibar. Kerana itu ingatlah, apabila kita membantu menyebar sesuatu perkara buruk dalam masyarakat, negeri atau negara, yg mana kita tidak menyaksi & tiada saksi, maka tunggulah suatu hari, kita akan menerima balasannya, walaupun peristiwa berlaku. Berhati-hatilah semua dan jangan terjerat dengan jarum-jarum kejahatan.



read more

27 tanda-tanda kita sudah menjadi hamba dunia...

Assalamualaikum wbt... Untuk renungan kita bersama..
Image result for islamic
1. Kita tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.
2. Kita melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Kita terlalu sibuk.
3. Kita selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Kita semakin bertambah.
4. Kita marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Kita lakukan adalah haram.
5. Kita terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”
6. Kita sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.
7. Kita selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah.
8. Kita tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.
9. Kita tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.
10. Kita tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.
11. Kita sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Kita miliki.
12. Kita merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.
13. Kita menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya.
14. Kita memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Kita pada Allah.
15. Kita hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.
16. Kita melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan Kita benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya
17. Kita meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.
18. Kita merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.
19. Kita tidak kuasa mengubah gaya hidup Kita yang suka berpoya-poya, walaupun Kita tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.
20. Kita diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Kita beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.
21. Kita ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya
22. Kita sangat perhatian dengan penampilan luaran Kita.
23. Kita meyakini bahawa kematian dan hari kiamat masih lambat lagi dan lama datangnya.
24. Kita ikut menguburkan orang lain yang meninggal, tapi Kita sedikit pun tidak mendapat pengajaran dari kematiannya.
25. Kita mengerjakan solat dengan tergesa-gesa agar segera melanjutkan pekerjaan.
26. Kita tidak pernah berfikir bahawa hari ini boleh jadi hari terakhir Kita hidup di dunia.
27. Kita merasa mendapatkan ketenangan hidup dari berbagai kemewahan yang Kita miliki, bukan merasa tenang dengan mengingati Allah.

Semoga Allah melindungi kita dari hal tersebut dan semoga kita termasuk golongan hamba-hamba Nya yang soleh. 
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن

read more

Klinik lelaki : Makanan yang boleh meningkatkan kualiti sperma

Image result for backstreet boys
Gambar nie cuma berkaitan dengan kesihatan lelaki.. hehe and of course one of my favourite boyband till now.. 
Assalamualaikum wbt..
Tak salah rasanya saya tulis entri berkaitan lelaki👨, kan sebab ianya salah satu bentuk informasi jugak, hehehe😁.. So jangan fikir berbentuk negatif okey.. Entri nie pun boleh jugak dibaca untuk wanita sebabnya awak dapat ilmu pengetahuan dan sudah tentu kita dikelilingi lelaki, maksud saya, suami, anak2 lelaki, adik beradik lelaki, sanak saudara lelaki, kan dan dalam erti kata lain, lelaki mahram kita... 

Dah meleret2 pulak.. hehehe😉.. Okey, bagi seseorang lelaki, jika mengalami kekurangan sperma adalah perkara yang sangat menakutkan, lebih-lebih lagi pada mereka yang sedang dan berusaha untuk mendapatkan zuriat dalam perkahwinan.. Selain mempunyai risiko penyakit berkaitan prostat, kekurangan ini akan mempengaruhi kehidupan lelaki dari segenap aspek.. 

Antara faktor penyumbang kekurangan bilangan sperma :-
1) Pengambilan dadah
2) Pengambilan alkohol
3) Duduk terlalu lama. Risiko kepada lelaki yang bekerja sebagai pemandu
4) Merokok
5) Tekanan diri
6) Obesiti atau kegemukan
7) Faktor dari segi perubatan, seperti masalah ejakulasi, hormon yang tidak seimbang dan lain-lain.

Awak tau, terdapat makanan yang boleh membantu untuk meningkatkan kualiti sperma..Antaranya :-

Image result for bananaPisang - Mengandungi bromelain, sejenis enzim yang turut terdapat dalam buah nanas. Ia adalah enzim anti-inflamasi semula jadi yang boleh membantu meningkatkan pengeluaran testosteron iaitu hormon seks lelaki. Selain itu, pisang kaya dengan vitamin B1, A dan C yang penting dalam penghasilan sperma yang baik.


Image result for chocolateCoklat - Sememangnya mempunyai pelbagai khasiat terhadap tubuh badan. Coklat mengandungi L-arginine, sejenis amino asid yang diperlukan oleh tubuh dalam penghasilan sperma. Coklat dapat meningkatkan bilangan sperma dan isi padu air mani. Pengambilan L-arginine sebagai suplemen tambahan dalam beberapa bulan dapat meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma. 


Image result for garlicBawang putih - Mengandungi oxide synthase (NOS) yang merupakan bahan yang memainkan peranan yang penting dalam ereksi. Bawang putih juga mengandungi selenium dan vitamin B6 yang penting dalam penghasilan sperma yang sihat.


Image result for pomegranateBuah delima - Mengandungi bahan anti oksida yang dapat melawan malondialdehyde (MDA), sejenis bahan kimia dalam salur darah yang boleh membunuh sel sperma. Malondialdehyde ini juga terdapat dalam air mani yang menunjukkan sperma kurang berkualiti. 
e) Daging merah - Mengandungi zat seperti zink yang membantu menghalang radikal bebas dari menjadi sebahagian dari sperma, yang akan mengurangkan kualitinya. Zink juga membantu testosteron dari bertukar kepada estrogen yang akan mengakibatkan kurang nafsu syahwat. Ia juga dapat membantu mengurangkan masalah mati pucuk.


Image result for kacang walnutKacang walnut - Selain mengandungi arginine, kacang walnut juga mengandungi asid lemak omega-3 yang dapat membantu meningkatkan aliran darah ke arah alat sulit lelaki. Selain itu, kacang walnut mengandungi anti oksida sebanyak dua kali ganda berbanding kacang-kacang yang lain.


Image result for spinachBayam - Terdapat banyak kandungan asid folik dalam bayam yang boleh membantu meningkatkan kuantiti sperma. Bahan ini juga mampu membantu menghasilkan sperma yang sihat dan tinggi mobilitinya.



Image result for eggTelur - Dapat membantu meningkatkan bilangan sperma dan membaiki kesuburan. Telur kaya dengan kandungan vitamin E, di mana kekurangannya boleh menyebabkan berlakunya kemerosotan tisu buah alat sulit lelaki.




Image result for waterAir - Cara yang paling mudah untuk meningkatkan bilangan sperma adalah dengan meminum air yang mencukupi setiap hari. Ia sangat penting bagi memastikan tubuh badan awak sentiasa terhidrat bagi meningkatkan fungsi sel-sel dalam badan termasuklah sel sperma. Bilangan pengambilan air yang mencukupi adalah antara lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari.

Yang paling penting, usaha dan bertawakal kepada Allah.. Sesungguhnya kita hanya boleh merancang, Allah yang menentukan.. Tapi untuk menjaga kesihatan, hanya kita boleh mengubahnya.. 

read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ▼  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ▼  November (67)
      • Maaf lama tak muncul...
      • Wordless Morning..
      • Keputusan Segmen Blog Review Safirul Amar
      • Renungan Zohor
      • Dashboard blogger dah bertukar..?
      • Review drama : Anak Mat Salleh Tapi Melayu (2016)
      • Kenapa..? Why..?
      • Wang syiling vs batu kecil
      • Klinik Lelaki : Anemia jejas fungsi jantung
      • Jom kita mendengar Al-Quran
      • Soalan yang ditanya masa interview untuk hantar bo...
      • Jaga lidah.. Jangan sebarkan fitnah..
      • 27 tanda-tanda kita sudah menjadi hamba dunia...
      • Klinik lelaki : Makanan yang boleh meningkatkan ku...
      • Kenapa pentingnya untuk keluarkan angin dalam bada...
      • Wordless Monday
      • Cerita Semalam.. Let's Get F.I.T...!
      • Tukar template jurnal yang baru
      • Ohh tidak..! Esok seharian bersukan..??
      • Review : Sadako vs Sayako (2016)
      • Tutorial : Error keyboard pada laptop
      • Kata-kata semangat di pagi hari..
      • Assalamualaikum dan selamat pagi..!
      • Alhamdulillah, rezeki lagi... (>‿◠)✌
      • Tengah viral sekarang..! Beca warna warni di Putra...
      • Petua lama untuk buang angin dalam badan
      • 4 Cara Yang Salah Guna Pisau. No.2 Tu Semua Orang ...
      • Bacaan untuk wanita... Kuasa senaman kegel (kemut)..
      • Alhamdulillah, dapat jadi salah sorang pemenang Sa...
      • Serbuk kunyit boleh mencantikkan luar dan dalam..
      • 15 perkara untuk buat pasangan awak lebih sayangka...
      • 5 langkah untuk elak anak mencarut..
      • Cara untuk selamatkan anak di rumah pengasuh ataup...
      • Jangan salah cuci muka
      • Buang Angin & Kempiskan Perut Wanita Bersalin Czer
      • 10 jenis makanan yang tak boleh disimpan dalam pet...
      • 10 tip untuk ibu bapa yang bekerja ketika anak ber...
      • 8 cara untuk hilangkan aerophobia (ketakutan pada ...
      • Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup
      • ULAR INI TIDAK BOLEH MATI!
      • 6 kesan untuk para ibu tahu mengenai tabur bedak p...
      • Makna bacaan dalam solat..
      • Petanda mimpi orang yang telah meninggal dunia..
      • Tazkirah tengah hari :: AKU DAH LAMA TAK SOLAT .. ::
      • Viral pasal pelajar didenda duduk atas jalan tar
      • Pagi-pagi nak moody
      • 70 jenis penyakit fobia
      • Elak beli bahan mentah yang rosak
      • Tanda angin dalam badan..
      • Sunyi...?
      • Makanan kesukaan di zaman kecil
      • Duduk sebelah je pun, takkan nak kena whatsapp jug...
      • Syukur padaMu Ya Allah
      • Review : Sunk Into The Womb (2013)
      • Citer pasal minyak masak..!
      • Makluman trafik jalan Bandaraya Kuala Terengganu
      • Lagenda : Kedai Roti Abdullah, Kuala Terengganu
      • Alhamdulillah, tangan dah mulai okey...
      • Okey, surrender..
      • Tazkirah Zohor..Sentiasa bersyukur..
      • Buat ujian kecergasan...
      • Tazkirah malam #2
      • Tazkirah malam...
      • Petua : Isteri-isteri sentiasa macam anak dara
      • Allahu...ALLAH
      • Besarnya fadhilat sedekah...
      • Tetiba jadi obses dengar lagu opera - The Phantom ...
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Cara Memohon Program Perumahan Rakyat (PPR) Secara Manual (PPR Lama/Pengisian Semula)
  • KasihkuAmani
    Malaysia | Nenek Bongkok Tiga (2023)
  • Afzan Sidi
    US PIZZA KUANTAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Hadiah untuk Raydah Blogger
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.