10 tip untuk ibu bapa yang bekerja ketika anak bercuti sekolah

Saturday, November 12, 2016

Image result for children safety
Assalamualaikum wbt...
Cuti sekolah akan bermula tak lama lagi, mesti mak dan ayah tengah pening macam mana nak menjaga anak-anak sepanjang cuti sekolah.. Kes penculikan kanak-kanak pada zaman sekarang cukup membimbangkan walaupun anak-anak meningkat remaja..

Saya nak kongsi tips untuk mak dan ayah ketika keluar bekerja semasa cuti sekolah.. Semoga tips ini akan beri manfaat pada kita semua..

1. Kunci pintu
Sentiasa alert dengan keselamatan anak-anak. Kunci pintu, pagar dan anak-anak sentiasa dalam pengawasan.



2. Ada peneman
Yang ini memang selalu berlaku, tahu-tahu anak ghaib depan mata sebab terlalu khusyuk pilih barang! Janganlah biarkan anak-anak sendirian di luar rumah, baik ketika berada di pusat membeli belah mahupun ketika bercuti.



3. Peka dengan aktiviti anak
Sentiasa peka dan prihatin dengan langkah anak-anak dan jangan biarkan anak-anak melakukan aktiviti sendirian tanpa pengawasan.



4. Ajar bab keselamatan
Kalau anak dah faham arahan dan cerita, umur 2 tahun pun dah boleh ajar anak tentang bahaya dengan persekitaran.



5. Sediakan jadual
Menyediakan jadual yang tersusun bagi dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika cuti sekolah. Jangan harapkan anak main gajet 24 jam, eloklah ibu ayah belikan buku atau permainan yang boleh asah skill.



6. Biar ada rutin
Sediakan rutin harian lengkap kepada anak-anak di rumah dari pagi hingga ibu bapa pulang dari tempat kerja. Kalau macam ini, anak mesti sibuk dengan jadualnya. Tidaklah anak keluar rumah sesuka hati, bahaya!



7. Selalu telefon
Sentiasa berhubung dengan membuat panggilan ke rumah dan bertanyakan aktiviti anak-anak di rumah.



8. Ada orang dewasa
Kalau dulu, anak-anak main basikal kampung sebelah pun tak ada masalah tetapi sekarang tak boleh biarkan. Yang main depan rumah pun boleh jadi macam-macam. Jadi pastikan ada orang dewasa berumur lebih 18 tahun yang menemani anak-anak di rumah apabila ibu bapa ke tempat kerja.



9. Bergilir dengan pasangan jaga anak
Bergilir-gilir antara suami isteri dalam mengawasi keselamatan anak-anak. Tambah kalau sama-sama keluar mencari rezeki, anda tetap kena ambil tahu hal anak-anak.



10. Hantar anak ke kem
Menghantar anak-anak ke kem-kem yang boleh membantu menambahkan ilmu selain memberi motivasi kepada anak-anak. Cara ini sedikit sebanyak suntik sikap positif dan boleh isi masa terluang anak-anak.

Sebelum terlambat, awasilah dan ajarlah anak-anak tentang keselamatan, baik sewaktu berada di luar atau di dalam rumah. 


2 comments

  1. Yg ade kan aktiviti, msuk kem and adakan rutin tu mek stuju. Time cuti jugak la nk aja lbh brdisiplin :) klau ank dh bsar at least mntk tlg kemas rumah. Jgn bg sepah je. Tk yah la smpai mop mop bgai. Klau mop pn kita bonus la :)

    ReplyDelete
  2. WAJIB NI BUAT MACAM SO ANAK TERKAWAL THEN CUTI X SIA2

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧