Klinik Lelaki : Anemia jejas fungsi jantung

Monday, November 21, 2016

Image result for men check up
Assalamualaikum wbt..
Tak sangka saya entri pertama saya iaitu Klinik Lelaki mendapat bacaan yang agak ramai jugak, dan ada pembaca dari kalangan pembaca lelaki yang memberi komen.. Terima kasih yea sebab sudi memberi komen pada entri saya..



Maklumlah kerja saya dalam bidang kepustakawanan, memang salah satu tugas saya untuk mencari artikel yang manfaat untuk dimasukkan dalam blog library, sambil2 tue boleh jugak berkongsi dengan sahabat saya di sini, kan..



Entri kali nie saya nak berkongsi tentang anemia yang boleh menjejaskan fungsi jantung. Anemia memang sering dikaitkan dengan wanita tapi lelaki pun tak berkecuali boleh menghidap masalah kesihatan nie dan kalu ianya berlarutan boleh menjadi penyakit jantung yang menjadi pembunuh utama golongan lelaki.. Tapi apa tue anemia..? Anemia nie adalah keadaan yang mana terdapat kekurangan sel darah merah dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Dalam erti kata lain anemia nie bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi. Jadi jika bacaan hemoglobin awak tidak mencapai paras normal iaitu 12.5 hingga 18.5g/DL, sila dapatkan nasihat daripada pakar kesihatan dengan segera.
Image result for anemia


Antara penyebab anemia berlaku adalah :

1) Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik)
-Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan.
- Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, jangkitan cacing dan lain-lain keadaan.

2) Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. Ini mungkin disebabkan oleh :-
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi, vitamin B12, asid folat dan erythropoietin.
- Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ia melebihi paras penyerapan zat besi.
- Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
- Faktor toksik : Penyakit inflamasi,, kerosakan hati dan ginjal ; ubatan.
- Kekurangan hormon : Paras hormon tiroid rendah.
- Kerosakan sum-sum : Kanser darah, penyakit sum-sum.
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti talasemia.

3) Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat. Jenis anemia yang biasa berlaku :-
- Anemia disebabkan kekurangan zat besi
- Talasemia

Simptom / gejala anemia 
- keletihan setiap masa
- pening
- sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
-  kulit pucat
- kadar denyutan jantung yang cepat
- kurang daya ingatan

Komplikasi - Anemia yang teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung dengan fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.

Rawatan anemia bergantung pada jenis anemia yang dihidapi :-
- Jika disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia atau leukemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
- Jika disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka awak perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga boleh mengambil pil suplemen zat besi.

3 comments

  1. Alhamdulillah..terima kasih perkongsian ini...

    ReplyDelete
  2. bila satu sakit datang fungsi organ yang lain pun terjejas .. terima kasih atas perkongsian :))

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧