Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Resipi Ketupat Sotong Terengganu

Wednesday, May 21, 2014


Assalamualaikum,
Yeayyy....Musim candat sotong telah kembali.... Rasa seronok sangat sebab dulu saya penah mencandat sotong dan dapat makan hasil tangkapan sendiri...Sejak duduk kat Salak Tinggi nie, memang susah nak buat perancangan untuk mencandat sotong sebab satu ; kekurangan masa bercuti, dua ; selalunya masa nielah tempahan untuk bot memang fully booking.. adoiii...


Well, takpelah, sempena dengan musim mencandat sotong nie, saya nak berkongsi sikit pasal makanan tradisional Terengganu iaitu ketupat sotong... Nie lah rupanya ketupat sotong, kalau kat sini memang susah nak dapat, lebih-lebih jika sotong tue kecik... Ianya lebih enak dimakan bersama dengan sotong yang besar... Saya akan berkongsi resipi nie untuk awak... nanti awak suma bolehlah mencubanya di rumah...


Bahan-bahannya :
  • 1 kg sotong (sederhana besar) - dibuang kulitnya
  • 200 gram beras pulut - direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
  • 3 cawan santan pekat - untuk kuah
  • Sedikit halba
  • 2 cm halia - dimayang
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • Gula, garam dan perasa.
  • lidi yang mencukupi

Cara membuat : 
Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk. Masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan. Masukkan bawang, halba, halia,garam dan gula serta santan pekat dalam periuk. Kemudian,masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.


Nanti awak suma bolehlah mencubanya yea... Bila dah taip resipi nie, rasa macam nak buatlah nanti... tapi tue la, duduk sorang-sorang rasa macam tak best la pulak... nantilah adik-adik saya datang ke rumah, saya akan mencuba resipi nie...Maklumlah dulu-dulu saya agak culas di dapur tolong ummie masak, sekarang haaa...terkial-kial nak masak masakan tradisional...
 
Jaa mata nee...

read more

Resipi Rojak Betik

Wednesday, May 07, 2014


 Hari nie saya nak berkongsi resipi salah satu makanan kegemaran saya.. Masa saya di zaman sekolah rendah dulu, setiap hari Khamis ummie saya pasti akan singgah di gerai jual makanan seperti pisang goreng, keropok goreng dan rojak betik... 

Sumber gambar : Google Images


Rojak betik nie sedap dimakan begitu saja dan bila cuma tinggal kuahnya saja, nak hirup macam tue pun boleh, nak cicah dengan keropok keping pun boleh... Nie lah rupanya rojak betik tue...Saya tak pasti kat sini ada ke tak yang jual rojak betik nie... nak tahu resipinya? Jom...


Bahan-bahannya :-
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun

Bahan untuk Kuah :-
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping manisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air

Cara Membuatnya:-
Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air. Hancurkan kapur makan dengan sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik tadi. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis-nipis.

Untuk membuat kuah :-
Rebus ikan dengan sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yang ditumbuk dan gaul sebati. Jangan sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan akan berketul-ketul. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.

Untuk menghidang :-
Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh juga letakkan hirisan nanas bagi yang sukakan makan nanas. Letakkan kuah atas bahan-bahan tadi dan rojak betik sedia untuk dimakan...


Selamat mencuba yea...wahh...meleleh pulak air liur nie...hehehehe... jaa mata nee...









read more

Resipi bubur pulut hitam

Friday, May 02, 2014



Bulan nie rasanya saya nak berkongsi pasal resipi jea...hehehehe kadang-kadang seronok jugak bila masuk entri bab makanan nie, sebab kebanyakan dari kita akan mencari resipi yang diinginkan....

Sumber gambar : Google Images

Salah satu resipi yang saya nak berkongsi adalah bubur pulut hitam dan ianya makanan kegemaran saya sebabnya saya boleh menghabiskan setengah periuk sederhana besar tanpa makan apa-apa makanan yang lain...Sebenarnya adik-adik saya tak berapa suka bubur pulut hitam, tapi bagi saya inilah makanan yang paling sedap sekali... Nak tahu resipinya? jom...


Bahan-Bahan :-
  • 1 1/2 cawan pulut hitam
  • 6 cawan air, untuk merebus pulut
  • 1/2 biji kelapa (anggaran 2 cawan santan pekat dan 2 cawan santan cair)
  • 2 helai daun pandan, carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan gula putih
  • 1/2 ketul gula melaka
  • garam secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung 

Penyediaan :-

Cara untuk masak bubur pulut hitam:
Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
 
Cara untuk kuah santan: 
Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.
Tips: Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

 



Well, camne? silakanlah mencubanya di rumah... Jaa mata nee...






read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ▼  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ▼  May (3)
      • Resipi Ketupat Sotong Terengganu
      • Resipi Rojak Betik
      • Resipi bubur pulut hitam
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Lirik Lagu Syair Cinta by Salsabilla Ainun
  • KasihkuAmani
    ebook | Antagonis oleh Irsyad Tarudin
  • Afzan Sidi
    US PIZZA KUANTAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Hadiah untuk Raydah Blogger
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Nasihat Ramadan: Ubat Yang Boleh Diambil Ketika Puasa
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.