15 perkara untuk buat pasangan awak lebih sayangkan awak..

Saturday, November 12, 2016


Assalamualaikum wbt..
Entri nie untuk pada pasangan yang dah berkahwin mahupun yang bakal melangsungkan perkahwinan.. Sesiapapun pasti inginkan kebahagiaan dalam rumahtangga kekal hingga ke akhir hayat..

Jadi, saya nak kongsi 15 perkara untuk buat pasangan kita lebih sayangkan kita.. 


1. Bila suami beritahu yang dia akan pulang lambat, ucapkan terima kasih kerana sekurang-kurangnya dia beritahu.

2. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

3. Sibuk macam mana pun dalam urusan mencari rezeki, telefonlah pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dia buat.

4. Mudah bertegur bila berlaku pertelingkahan. Jangan biar berpanjangan, (elak gaduh lebih sejam) nanti ada pula yang makan hati.

5. Marah macam mana pun jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia makin meningkat. Itu saja cara paling mudah nak ikat CINTA di tempat tidur.

6. Selalulah masak makanan kegemaran suami. Bab ini kena rajin mencuba walau tak begitu tak menjadi. Ingat, air tangan isteri lebih bermakna walau isteri sekadar goreng telur!

7. Amalkan sembahyang berjemaah setiap hari, berdoa dan saling mohon maaf salah silap. Ya, tak semua waktu tak apa, janji ada juga solat bersama.

8. Kena belajar cara memujuk walau awak memang jenis tak suka pujuk orang. Apa salahnya buat orang tersayang gembira dari berduka.

9. Beri pasangan masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Haaa... masa ni awak boleh bermanja dan tanya masalah pasangan.

10. Sentisa berdoa pada Ilahi agar dikurniakan rasa kasih berpanjangan dan panjang jodoh.

11. Jaga tempat tidur dan pakaian pasangan, jangan biar kalau bersepah.

12. Belikan hadiah walau harganya murah sebab walaupun murah, pasti pasangan awak menghargai hadiah tersebut apatah lagi dihadiahkan oleh orang yang dia cintai.

13. Bila suami marah, jangan menjawab. Ini salah satu cara nak ikat jaga hubungan suami isteri. Tolong belajar mengalah.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak TUJUH KALI setiap hari.

15. Beri peluang pasangan menjelaskan kalau berlaku salah faham. Dan paling penting jangan TIPU walau sekecil-kecil perkara. 


Semoga ianya beri manfaat kepada kita semua.. 


4 comments

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧