Diari harian

Friday, September 23, 2011


Assalamualaikum,
Hari Jumaat.. Seperti biasa aku dan boss akan pergi ke Alamanda untuk membeli hidangan tengahari kami... Masa berlalu dengan begitu pantas sekali hingga bulan September sudah memasuki fasa minggu terakhir bulan... Dan bulan Oktober akan menyusul tidak lama lagi... Bulan Syawal akan meninggalkan kita dan akan datang singgah semula untuk tahun depan, Insya Allah... Cuaca pada hari ini begitu cerah dan ceria sekali dan aku harap pada hari esok dan lusa, cuaca akan menjadi cerah kerana seperti kebiasaan rutin mingguan aku untuk membasuh pakaian.... Oh ya! Esok ada jamuan hari raya di dua buah rumah, so aku tidak perlu bersusah payah untuk memasak....Bagi sesiapa yang menyambut ulang tahun kelahiran dia pada hari ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir untuk sesiapa sahaja.... Semoga kamu semua panjang umur, murah rezeki, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT hendaknya... Kehidupan kita mesti diteruskan dan kita tidak boleh menoleh ke belakang lagi... Apa jua kita lakukan, perlu buat dengan penuh keikhlasan dan kejujuran... Kemudian, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang, kena sentiasa merendah diri dan jangan menyakiti hati sesiapa pun di dunia ini... Kita perlu sentiasa senyum dan sentiasa ceria... Biarpun kesedihan akan menimpa dalam kehidupan kita, kita semua perlu tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan dan cabaran.... Kerana sabar itu separuh daripada iman dan kita perlu mencari jalan penyelesaian dalam apa jua situasi yang mendatang, samada daripada segi kebaikan atau keburukan... Kita perlu  mengingati dalam fikiran dan minda kita yang Allah akan sentiasa menolong hambaNya tetapi dengan syarat kita perlu menolong diri sendiri untuk mengubah dengan segala kebaikan... Allah TIDAK SESEKALI meninggalkan kita bersendirian, DIA sentiasa menolong kita dengan pelbagai cara, cuma kita memahami atau tidak bentuk pertolongan Allah itu... Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 malam dan aku fikir untuk masuk tidur dahulu...

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧