Apapun, itu adalah realiti kehidupan kita sebagai manusia dan kita MEMANG TIDAK AKAN DAPAT LARI DARI KENYATAAN.... Itu adalah lumrah alam semulajadi.. Minggu depan ummie akan datang untuk berhari raya dengan kami di Sepang dan sudah ada pelbagai rancangan yang perlu dibuat... Aku sudah memesan awal-awal lagi pada ummie supaya memasak masakan kegemaran aku iaitu nasi dagang... Pagi tadi ummie ada menelefon aku untuk bertanya khabar dan memberitahu tentang majlis pertunangan adik perempuan aku pada hari Sabtu ini... Aku beritahu pada ummie yang aku tidak dapat balik ke kampung untuk meraikan majlis pertunangan adik perempuan aku dan Al-Hamdulillah ummie faham dengan situasi aku... Lagipun majlis itu sebenarnya tidak dirancang dengan teliti... Pada asalnya, majlis tersebut adalah majlis merisik tetapi keluarga pihak lelaki (bakal adik lelaki ipar aku) berasa segan untuk datang ke rumah dengan tangan kosong, jadi adalah lebih baik mereka membuat majlis pertunangan sekaligus... Ummie berpesan pada aku supaya aku menyimpan cuti rehat untuk majlis perkahwinan adik lelaki dan adik perempuan aku pada bulan November nanti... Entah mengapa, aku pula yang terasa berdebar-debar pula untuk menantikan majlis itu nanti, seolah-olah aku pula yang hendak berkahwin, walhal perkahwinan aku sudah menjangkau 4 tahun... Oh ya! Bulan ini (aku tidak pasti berapa hari bulan) genap 9 tahun pemergian arwah nenek aku (arwah Babah) kembali ke Rahmatullah... Teringat pula tentang kenangan bersama arwah dan aku sememangnya agak rapat dengan arwah Babah... Sedih pula di hati ini dan apa yang perlu lakukan sekarang adalah memberi sedekah Surah Al-Fatihah dan Surah Yassin kepada arwah Babah dan tidak lupa juga kepada arwah datuk aku (arwah Habib)...

In:
Diari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semua makhluk akan bertemu dengan kematian.
ReplyDeleteAl-Fatihah.