Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cerita Ibu Dilah

12:00 AM

www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt.. 
Alhamdulillah, lega rasanya dapat keluarkan entri mingguan nie, maaf kerana terpaksa lari sikit daripada jadual asal, kerana dek kesibukan dengan kerja hakiki dan kerja part time.. Okey, jom kita kenal dengan sahabat blogger pilihan minggu ini..

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cerita Ibu Dilah

Blogger Ibu Dilah... Nama di sebalik Cerita Ibu Dilah adalah Nor Afdilah Lias yang berasal daripada Melaka tapi kini menetap di Johor Bahru, berumur dalam lingkungan 30-an, sudah berumahtangga dan mempunyai 4 orang cahayamata, bekerja di dalam sektor swasta dan dalam masa yang sama seorang blogger separuh masa. Dilah juga merupakan salah sorang ahli JDT Blogger dan sering bergerak aktif dalam kumpulannya.. 

Sebenarnya saya sendiri dah lupa tahun sejak persahabatan ini terjalin tapi macam rakan-rakan blogger yang lain, kami kenal di alam maya melalui segmen dan giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger dan seingat saya jugak saya pernah memenangi hadiah giveaway daripada Dilah sendiri.. Apa yang menarik tentang blog Dilah nie adalah pelbagai review yang menarik untuk dikongsikan pada semua pembaca blog dia seperti tempat percutian yang menarik, review barangan serta makanan dan dia jugak sering bercerita tentang keletah anak-anaknya, orang kata macam e-diari lah.. Kini Pageview (PV) Dilah dah mencecah 8 juta tau... huhuhu rasa tak terjangkau PV sebanyak itu dalam jurnal ini, terasa kerdil pulak, hihihi.. Dan kalau awak nak tau, Dilah sekarang sedang mengadakan giveaway sempena dengan PV 8 juta dia, so awak masih sempat lagi nak join GA dia.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah ...

Cara Cepat Nak Lenyek Bubur Baby
Resipi Mudah Ayam Goreng Crispy Ala-Ala KFC
Kulit Baby Overdue Mengelupas Teruk?
Ketahui 10 Keunikan Taman Tema Air, Bukit Gambang Resort City

dan pelbagai lagi kisah yang menarik..

notesKepada Dilah, terima kasih saya ucapkan pada awak kerana menjadi rakan blogger saya di alam maya ini.. Dan saya nak mintak maaf sangat-sangat kerana jarang tinggalkan komen dalam blog Dilah tapi saya selalu menjadi silent reader kerana blog awak  berada dalam bloglist saya.. hihihi.. Saya doakan agar awak sentiasa sukses dalam dunia blog dan semoga kehidupan awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.. Semoga persahabatan kita akan kekal selamanya dan diredhai oleh Allah SWT.. Terima kasih sekali lagi.. 




blogwalking

Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Cerita Ibu Dilah dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #bloggerterengganu #bloggersepang #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



You Might Also Like

6 lovely notes

  1. follow blog Cerita Ibu Dilah ni tp xsmpt nk blogwalking ag.
    hee

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum.. hai syikin, terima kasih banyak2 la sbb sudi jadikan dilah sebagai blogger pilihan shikin.. dilah pun sama, slalu baca blog shikin, tp kadang2 x sempat nak tinggalkan jejak.. kira silent reader gitu.. hehe

    ReplyDelete
  3. good segment mama pun boleh kenal ibu dilah

    ReplyDelete
  4. selalu juga singgah blog Dillah nie..

    ReplyDelete
  5. Lama tak singgah blog ibu dilah.. Nanti nak g singgah la hihihi

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators