Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts
Assalamualaikum wbt..
Hari ini, seperti hari-hari lain, bila kepala dipenuhi dengan segala macam benda yang perlu difikirkan, bila mata tertancap pada skrin dan jari jemari rancak menekan papan kekunci, kepenatan secara mental mula terasa. Bila mata dah mula keletihan, fikiran pun akan perlahan-lahan akan menjadi serabut dan tak tenang.
Kadang-kadang rasa macam semua benda datang serentak, padahal bila difikirkan balik, kebanyakannya hanyalah perkara kecil.
Cuma, bila kepenatan secara mental mula datang, perkara kecil inilah yang selalunya bantu ubah mood saya.
Meja kerja saya dipenuhi dengan barangan bullet jurnal, dan susunannnya seakan-akan hampir sama dengan keadaan meja seorang pelajar. Tapi dalam kesederhanaan itu, ada satu benda kecil yang saya anggap cukup “magic” untuk tenangkan kepala — Home & Fragrance Aroma.
Aromaterapi nie didatangkan dalam satu set iaitu sebiji bekas kaca yang kecil molek dan seuncang kecil batuan kristal yang cantik berwarna putih jernih dan hijau. Rekaan bekas kaca yang simple tapi nampak comel sangat. Kadang-kadang bila mata jadi penat sangat, apa yang saya buat hanyalah pandang bekas tu sekejap, dan entah kenapa rasa tenang tue akan datang secara perlahan-lahan.
Yang paling saya suka adalah fungsi bekas aroma ni fleksibel. Kita boleh pilih samada nak jadikan ianya sebagai hiasan di meja ataupun digunakan sebagai aromatherapy diffuser. Kita boleh guna mana-mana minyak aromaterapi yang kita suka, ikut mood dan cita rasa sendiri. Tak ada betul atau salah. Bau yang buat kita rasa selesa, itulah bauan yang paling sesuai. Kalau nak jadikan ianya sebagai hiasan di meja, kita boleh hiaskan dengan benda-benda lain, macam kulit kayu manis, daun rosemary dan sebagainya. Nampak cute jea..
Untuk saya, pilihan bauan tak pernah berubah. Sejak dulu hingga kini, saya memang suka bauan lavender. Bau dia yang lembut, tak agresif, dan ada rasa menenangkan yang sukar untuk dijelaskan. Setiap kali aroma lavender naik perlahan-lahan ke udara, saya tanpa sedar akan tarik nafas dengan lebih dalam. Bau dia tak menyengat hidung, cuma cukup-cukup untuk ingatkan diri sendiri,
“Tak apa… boleh buat perlahan sikit.”
Sambil buat kerja, bauan aroma tu menemani saya dalam diam. Fikiran yang tadinya laju dan bercelaru, mula rasa lebih tersusun. Mood pun jadi lebih baik. Kerja yang biasanya rasa berat, tiba-tiba jadi lebih smooth. Meja yang dulunya kosong dan biasa-biasa, kini terasa lebih hidup — tenang, selesa, dan menyenangkan.
Aneh tapi benar, benda kecil macam ni boleh beri kesan yang besar. Ia bukan sekadar dijadikan sebagai pewangi, tapi satu cara halus untuk menjaga emosi dan ruang diri sendiri. Kadang-kadang kita lupa, ketenangan tak semestinya datang dari perubahan besar. Ada masanya, ia hadir dalam bentuk yang paling sederhana.
Seringkali bila kita terlalu sibuk mengejar fokus, produktiviti dan hasil, kita akan terlupa satu perkara — rasa. Rasa tenang, rasa selesa, rasa cukup dengan apa yang ada di depan mata.
Bila kita mula beri ruang pada benda kecil yang menenangkan, seperti aromaterapi kegemaran, kita sebenarnya sedang belajar untuk lebih lembut dengan diri sendiri. Tak semua hari perlu sempurna, dan tak semua perkara perlu diselesaikan dengan tergesa-gesa.
Mungkin ketenangan itu bukan sesuatu yang perlu dicari jauh. Ia sudah pun ada, menunggu untuk kita perasan. Dalam satu sudut kecil, dalam satu bau yang kita suka, dan dalam satu nafas perlahan yang kita izinkan untuk diri sendiri.
Dan hari ini, itu sudah lebih daripada cukup.
Kalau nak tengok dengan lebih jelas cara saya gunakan aromaterapi nie, awak boleh tengok video di channel youtube saya.
Jika awak sedang mencari vibe ala-ala ketenangan seperti ini, atau sebagai hiasan yang comel boleh tengok di
🔗 Lazada: [https://s.lazada.com.my/s.u3X6V]
🔗 Shopee: [https://s.shopee.com.my/13nev86mx]
Sharing is caring, kan?
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #relax #aromatherapy #selfcare #meTime #MejaKerja #KerjaTenang #HomeFragrance #KristalCantik #MoodBooster #DailyJournal #WorkVibes #SantaiSejenak #JurnalSantai
Assalamualaikum wbt..
Hari nie saya nak berkongsi sikit cerita mengenai satu barang yang terus buat meja kerja saya nampak lain daripada biasa — keyboard bentuk typewriter berwarna hijau. Sejujurnya, mula-mula saya tertarik sebab rupa dia. Warna hijau dia bukan jenis yang pucat, tapi cukup “hidup” untuk bagi vibe klasik yang tenang bila tengok lama-lama.
Masa nak buka kotak tue, perasaan memang bercampur antara teruja dan puas hati. Keycaps yang berbentuk bulat terus membuatkan saya teringat pada mesin taip lama, jenis yang selalu kita tengok dalam gambar-gambar vintage. Tapi jangan salah sangka, walaupun nampak klasik, keyboard ni sebenarnya jenis moden.
Dari segi rasa menaip, saya memang suka bunyi clicky dia. Setiap kali menekan keycaps, saya dapat merasai rasa “puas” yang buat jari jemari macam seronok nak terus menaip. Keycaps dia agak tinggi, jadi pengalaman menaip tu memang berbeza daripada keyboard biasa — lebih berkarakter, kata orang.
Satu lagi benda yang sangat best, keyboard ni guna wayar USB Type-C. Tak perlu fikir panjang dan berserabut, sambung jea dan terus kita boleh guna. Plug and play jea, jadi memang tak ada drama install macam-macam. Ringkas, kemas dan praktikal.
Bab paling mencuri perhatian saya tue mestilah lampu LED dia. Bila dihidupkan, terus rasa macam WOW.!!! Meja kerja saya kini nampak lebih hidup, terutama waktu malam. Yang bestnya, lampu LED ni boleh bertukar corak, jadi bolehlah kita pilih megikut mood. Hari ni nak tenang, esok nak meriah — semuanya boleh adjust ikut selera sendiri.
Lepas guna sekejap untuk menaip dan buat kerja harian, saya rasa keyboard ni sesuai untuk sama ada penulis, blogger, pelajar, atau jenis yang suka setup meja cantik-cantik, jadi keyboard ni memang boleh jadi satu “statement piece”.
Keyboard typewriter yang berwarna hijau dengan lampu LED ni bukan sekadar saja alat untuk menaip. Ianya dapat memberi pengalaman, vibe dan sedikit kepuasan visual setiap kali kita duduk di meja kerja. Gabungan retro dan moden yang buat saya sendiri tersenyum bila menggunakannya.
Kalau suka barang yang ada karakter dan tak terlalu biasa, keyboard ni memang boleh masuk dalam wishlist.
Awak boleh tengok dengan lebih dekat atau sekadar nak survey harga, saya tinggalkan link di bawah nie sebagai rujukan. Jadi senang untuk awak bandingkan dan tengok pilihan yang ada.
👉 Lazada:
👉 Shopee:
Tak wajib beli, saya cuma sekadar untuk berkongsi untuk yang mungkin sedang mencari keyboard dengan konsep retro dan ada lampu LED. Mana tahu jika ianya berkenan di hati 😊... Harga dan promosi mungkin berbeza ikut masa, jadi awak boleh semak dulu mana yang paling berbaloi. Yang penting, pastikan awak membeli dari penjual yang dipercayai supaya awak mendapat produk yang original dan berkualiti.
Kalau awak nak tengok versi video unboxing dan review dengan lebih jelas, saya ada kongsikan di YouTube. Dalam video tue awak boleh nampak sendiri rupa keyboard, lampu LED bila dihidupkan, serta bunyi menaip dia.
👉 Tonton video di YouTube
Kalau suka video tu, sudilah untuk menekan subscribe, like, share dan tinggalkan komen di video. Ia sangat membantu saya untuk terus buat review dan content yang berguna untuk semua. 😊
Assalamualaikum wbt..
Awak pernah baca tak buku nie...? Buku nie amat sesuai sangat untuk dibaca sebagai motivasi diri dan pada sesiapa yang mengalami konflik emosi..
Buku ini dikarang oleh penulis bersama iaitu Ahmad Najib Abdullah dan Lokman Ahmad.. Ianya diterbitkan pada tahun 2020, di bawah naungan Dewan Bahasa Dan Pustaka...
Sebenarnya saya ada masuk satu pertandingan review buku yang dianjurkan oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama Dewan Bahasa Dan Pustaka.. Pertandingan ini sedang berlangsung sehingga 10 Oktober nie dan para peserta yang join perlu memuat naik video review berserta teks..
Video nie nanti saya akan upload kat channel youtube saya selepas pada tarikh pertandingan tue nanti...
Hadiah yang ditawarkan agak lumayan jugak, walaupun tujuan sebenar join
pertandingan nie adalah untuk memeriahkan suasana.. Kalau ada rezeki untuk saya menang, Alhamdulillah... Kalau tak menang pun, takpe sebab memang saya join untuk memeriahkan suasana.. Hihi awak doakan saya yea...
pertandingan nie adalah untuk memeriahkan suasana.. Kalau ada rezeki untuk saya menang, Alhamdulillah... Kalau tak menang pun, takpe sebab memang saya join untuk memeriahkan suasana.. Hihi awak doakan saya yea...
Nak baca review tentang buku nie...? Awak boleh klik link blog saya yang nie..
Jika awak sudi, follow juga blog saya yang lagi satu nie... hihi
Assalamualaikum wbt...
Seingat saya, rasanya saya belum pernah buat review drama Cina, kan.. Ehhh.. ke ada..? Hihi dah lupa.. Takpelah, jom baca celoteh saya nie... Sebenarnya saya baru saja habis tengok drama Cina nie kat aplikasi WETV.. Sebenarnya drama nie saya terjumpa secara tak sengaja kat youtube, masa tue saya hanya tengok trailer saja.. Macam menarik.. Drama apa..?
Miss The Dragon yang ditayangkan pada tahun 2021 nie adalah adaptasi daripada sebuah sebuah permainan komputer yang diberi nama Yu Long (遇龙) dari Cheng Guang Games.. Drama ini mempunyai 36 episod dan 1 episod ekstra...
Ianya mengisahkan seekor naga yang berusia ribuan tahun bernama Yuchi Longyan lakonan Dylan Wang, yang jatuh cinta dengan seorang pembantu peribadi anak seorang yang kaya, bernama Liu Ling lakonan Zhu Xu Dan.. Percintaan ini bermula apabila Yuchi mengalami kecederaan dan jatuh ke dalam kawasan taman.. Liu Ling yang mendengar sesuatu bunyi jatuh tue terus mencari di manakah bunyi tersebut.. Memandangkan Yuchi tak boleh menjelma sebagai seekor naga, dia terus menukar dirinya sebagai seekor anak ular.. Liu Ling menjumpai Yuchi yang telah mengalami kecederaan tue dan mula merawat Yuchi.. Setelah beberapa hari kemudian, Yuchi mendapati Liu Ling merupakan seorang gadis yang baik hati dan dia mula jatuh cinta dengan Liu Ling.. Yuchi yang merupakan seekor naga, mula mempelajari macam mana nak memikat seorang manusia dan di sinilah banyak perkara yang baru bagi Yuchi.. Kemudian, ada babak seekor burung yang pernah diselamatkan oleh Liu Ling, datang membawa sekuntum bunga dan burung tue mendapati ada bayangan seekor naga di dalam bilik Liu Ling.. Sebenarnya burung tue adalah seekor burung jelmaan yang bernama QingQing lakonan Pan Mei Ye.. QingQing yang risaukan keadaan Liu Ling mula membuat siasatan samada naga itu mahu makan Liu Ling tapi masa dalam tengah siasat tue, Yuchi dapat menangkap QingQing.. Yuchi yang mahukan keselamatan Liu Ling terjamin, dia menyuruh QingQing berada di samping Liu Ling.. QingQing yang berasa terhutang nyawa pada Liu Ling yang telah menyelamatnya daripada kecederaan, menerima tawaran Yuchi dengan senang hati..
Pada suatu hari, Yuchi dapat tahu keluarga kaya ini akan mati dan ini termasuklah Liu Ling, maka Yuchi pergi ke tempat yang bernama Luofeng Pavilion.. Di tempat tue, Yuchi perlu bertarung dengan ketua Luofeng Pavilion yang bernama Xue Qianxun lakonan Deng Wei.. Tapi di akhir pertarungan Xue Qianxun membuat tawaran pada Yuchi, jika ingin selamatkan Liu Ling, Yuchi perlu berkahwin dengan anak orang kaya itu dan Liu Ling akan selamat... Pada mulanya Yuchi setuju dengan tawaran itu, tapi cintanya pada Liu Ling amat kuat.. Yuchi membuat salinan dirinya untuk dijadikan pengantin pada anak orang kaya tue... Tapi dalam masa yang sama Yuchi tak boleh mendekati Liu Ling kerana dia tak mahu Liu Ling mati awal.. Yuchi berjanji yang dia akan mengahwini Liu Ling pada hayat yang akan datang...
Kemudian, hayat seterusnya Liu Ling telah dilahirkan semula sebagai Yuan Ayu, seorang anak nelayan.. Jika hayat sebelumnya, Liu Ling memanggil Yuchi sebagai Dragon King dan belum sempat menyatakan perasaan sayang pada Yuchi.. Tapi pada hayat kali nie, Ayu dapat meluahkan perasaan tue pada Yuchi, malah Ayu dapat memanggil namanya sebagai Yuchi.. Malangnya sekali lagi mereka tak dapat bersama.. Immortal of Fate telah memberi amaran kepada Yuchi supaya menjauhi Ayu kerana tenaga naga Yuchi telah meresap tenaga manusia yang ada pada Ayu dan ini boleh menyebabkan Ayu mati.. Sekali lagi Yuchi terpaksa melepaskan Ayu dan membiarkan Ayu berkahwin dengan seorang maharaja Cina.. Yuchi berjanji sekali lagi yang dia akan bersama Ayu untuk hayat seterusnya...
Pada hayat yang ketiga, Ayu telah dilahirkan sebagai Feng Chenyue, seorang jeneral tentera yang amat disegani oleh pasukan tentera.. Oleh kerana Yuchi telah banyak menggunakan tenaga naganya untuk membantu sewaktu hayat Liu Ling dan Ayu, kali nie dia menyamar sebagai seorang tentera biasa yang bernama Long Yan.. Memandangkan Yuchi selalu tolong manusia biasa, dia dikenakan hukuman dipanah petir selama seribu tahun tapi semua tue tak menjadi kesan pada Yuchi, asalkan dia dapat bersama dengan Chenyue.. Pada hayat nie, mereka berdua hampir berkahwin tapi sekali lagi mereka dihalang oleh Immortal Of Fate.. Kenapa dihalang..? Sebenarnya Chenyue yang mempunyai jiwa Yin yang amat diburu oleh semua roh jahat, dengan jiwa Yin nie, maka roh jahat akan menjadi lebih berkuasa.. Immortal Of Fate telah mencadangkan Chenyue dilahirkan semula sebagai seorang penghalau hantu, untuk menguatkan jiwa Yin dan sekali lagi Yuchi terpaksa melepaskan Chenyue..
Pada hayat yang keempat iaitu kira-kira 200 tahun kemudian, Chenyue telah dilahirkan semula dan diberi nama Gu Qingyan.. Qingyan dibesarkan di sebuah kuil yang mengajar ilmu untuk menghalau hantu dan roh jahat... Yuchi terpaksa melihat Qingyan dari jauh memandangkan seorang pendeta bernama Xuanyang yang bertungkus lumus untuk menghapuskan roh dan kuasa jahat.. Setelah Qingyan meningkat umur 18 tahun, semakin banyak kuasa jahat yang memburu jiwa Yin yang berada dalam badan Qingyan menyebabkan mereka sekali lagi dipisahkan.. Yuchi yang mengetahui di sebalik dalang pemburuan jiwa Yin, untuk kali terakhir dia akan melindungi Qingyan dan akhirnya Yuchi mati dalam pertarungan terakhirnya.. Melihat tubuh Yuchi yang terbaring kaku, Qingyan yang terperangkap di dalam gelung Immortal Trapping-Net, mula mengingati masa bersama dengan Yuchi di hayat yang lepas... Qingyan sedaya upaya untuk menyalurkan kuasa Yin pada Yuchi dan akhirnya Qingyan mati.. Setelah Yuchi dihidupkan, dia berazam untuk menghapuskan pemburu yang telah menyebabkan kematian Qingyan dan dia juga menuntut bela di atas kematian Qingyan..
Dengan bantuan QingQing, Xue Qianxun, akhirnya Yuchi dapat menuntut bela dan dia dan Qingyan dapat bersama selamanya...
Jalan cerita nie mempunyai pelbagai kisah, suka duka dan ada juga babak yang kelakar.. Macam watak QingQing dan Xue Qianxun, dua orang nie saling bergaduh sesama sendiri tapi akhirnya mereka jatuh cinta.. QingQing merupakan seekor burung yang sangat obses pada kecantikan, suka makan kek osmanthus dan dia mempunyai parut pada dahinya.. Xue Qianxun pula merupakan seorang ketua yang tidak mempunyai apa-apa perasaan kecuali bengis dan ego, tapi bila dia berjumpa dengan QingQing, dia merasakan yang mereka pernah mempunyai hubungan cinta sebelum ini...
Lagi satu babak yang kelakar, iaitu ketika Yuchi menyamar sebagai seekor anak ular, Liu Ling memberi makanan yang seperti kebiasaan seekor ular akan makan, iaitu telur mentah.. Tapi Yuchi tak makan, malah dia selalu curi makanan Liu Ling.. Malah ada ketikanya Liu Ling memberi Yuchi makan durian, samada bentuk kek ataupun gula-gula... Hihi tak sangka makanan kegemaran rakyat Malaysia ada disebutkan dalam drama ini..
Saya sebenarnya suka tengok suasana dalam drama nie, seperti contoh taman yang mempunyai banyak pokok yang berbunga seperti bunga sakura, cantik jea.. Dan pada setiap babak yang ada watak Liu Ling dan QingQing, pasti akan ada pokok bunga sakura nie...
[Trailer Miss The Dragon]
Kalau awak nak tengok drama nie, boleh download aplikasi WeTV dan melanggannya kerana drama nie sebahagiannya adalah untuk VIP member..
Assalamualaikum wbt...
Lama betul saya tak bersiaran kat jurnal nie.. Maklumlah bila dah nak hujung tahun nie, pelbagai tugasan yang perlu diselesaikan, tambahan pula dengan projek renovation rumah bakal dilaksanakan tak lama lagi..
Okey, awak dah baca dah cerita saya yang nie...?
Dalam cerita tue saya ada menyebut mengenai premium planner yang saya dah beli dengan Mai sebelum nie... Akhirnya parcel yang ditunggu-tunggu telah sampai pada hari Khamis lepas (18hb November)... Premium planner yang menjadi pilihan saya adalah bercorak Autumn...
Nak tengok apakah yang berada dalam kotak parcel tue...? Jom tengok video nie...
Hihihi, camne..? Cantik tak premium planner yang saya beli nie...? Perbezaan antara standard planner dengan premium planner nie adalah terletak pada planner tue sendiri... Yang standard planner nie, kulit depannya adalah berbentuk soft-cover dan berbentuk buku biasa, manakala premium planner pula kulit depannya adalah berbentuk hard-cover dan ring-bind.. Memang best ada planner nie.. Untuk awak yang masih mencari planner yang cute dan senang digunakan, awak boleh hubungi
Hihi, tak sabar rasanya nak guna planner yang baru nie..
Assalamulaikum wbt...
Inilah kali pertama saya buat review filem daripada negara jiran kita, Thailand.. Filem ini diberi judul Dorm atau dalam bahasa Thailand adalah Dek hor, ditayangkan pada tahun 2006 dan ianya adalah filem seram....
DORM a.k.a. DEK HOR
Mengisahkan seorang pelajar yang bernama Ton Chatree (lakonan Charlie Trairat) yang telah dihantar ke sekolah berasrama oleh ayahnya. Menurut ayahnya, Chatree terpaksa dihantar ke sekolah berasrama ekoran daripada dia selalu tak buat kerja sekolah dan asyik menonton tv sepanjang masa. Sampai saja di sekolah Chatree ditemani oleh guru besar Ms. Pranee (Chintara Sukapatana) dan Chatree diperkenalkan kepada rakan-rakan kelasnya dan kemudian dia mengambil tempat duduk.
Kemudian, Chatree diperkenalkan oleh lima orang sekawan iaitu Peng, Nui, Sarote, Toei dan Pok. Sebagaimana yang selalu budak-budak asrama buat, mereka berlima menceritakan kisah-kisah seram yang berlaku di asrama mereka, termasuklah cerita tentang seorang wanita muda hamil yang mati bunuh diri dan satu lagi kisah yang popular di kalangan pelajar asrama adalah seorang budak lelaki yang mati lemas di dalam kolam sekolah mereka. Sebenarnya lima sekawan nie cuma nak mengusik Chatree dengan kisah-kisah sebegitu dan mereka lebih kuat mengusik Chatree ingin pergi ke tandas..
Apabila lima sekawan nie berjaya mengusik Chatree, dia berasa sangat sedih dan mula mengenangkan keluarganya. Tapi Chatree tak mahu balik ke rumah kerana ada satu rahsia yang dia sembunyikan.. Kemudian, semasa Chatree mengelamun, dia didatangi oleh seorang pelajar lain iaitu Vichien (Sirachuch Chienthaworn) dan akhirnya mereka berdua menjadi kawan rapat.
Pada satu hari semasa semua pelajar sedang menikmati makan malam, Chatree mendapati Vichien tidak ada di mana-mana dan setelah dia menyiasat, akhirnya dia mendapati satu rahsia besar yang melibatkan Vichien.
Rahsia itu adalah Vichien sebenarnya adalah roh hantu budak yang lemas yang kisahnya diperkatakan di seluruh sekolah..!!
Pada mulanya Chatree menjadi takut kerana selama ini dia berkawan dengan hantu tapi lama kelamaan dia berasa kasihan pada roh Vichien yang terperangkap di kawasan sekolah. Apakah yang menyebabkan roh Vichien terperangkap di situ..? Dapatkah Chatree membantu rakannya untuk pergi ke alam roh..?
Walaupun kisah ini adalah kisah seram tapi sebenarnya ianya takdelah seram mana pun, sebab dalam filem ini ada pelbagai babak kelakar yang diselitkan. Sebagai contoh, Vichien bertanya pada Chatree yang pertama kali Chatree terkencing di atas katil dan secara kebetulan anjing-anjing yang berada di kawasan sekolah menyalak. Rupa-rupanya semua itu adalah kerja Vichien dan mereka berdua ketawa bersama-sama. Filem ini berkisahkan tentang persahabatan, jika ada sahabat kita dalam kesusahan, kitalah yang patut memberikan bantuan kerana nilai sebuah persahabatan ini tak terbatas..
Assalamualaikum wbt...
Asyik buat review filem omputih jea, jom baca pulak review filem Jepun pulak.. Filem ini telah ditayangkan pada tahun 2016 di bawah arahan Shinobu Yaguchi... So, apakah filem yang dimaksudkan..?
SURVIVAL FAMILY
Mengisahkan secara tiba-tiba seluruh Jepun malah seluruh dunia mengalami ketiadaan elektrik dan semua peralatan termasuklah kereta, kapal terbang dan malah bateri jam sekalipun tidak berfungsi. Seluruh penduduk Tokyo pada mulanya tidak berasa panik kerana pada anggapan mereka, kejadian ini mungkin berlaku hanyalah sementara.
Tapi sangkaan mereka mula meleset setelah seminggu berlalu...
Ada di antara mereka mula berpindah ke tempat yang selamat dan ini termasuklah sebuah keluarga yang terdiri daripada Yoshiyuki Suzuki (lakonan Fumiyo Kohinata), Mitsue Suzuki (Eri Fukatsu), Kenji Suzuki (Yuki Izumisawa) dan Yui Suzuki (Wakana Aio).. Mereka terpaksa berpindah ke Kagoshima iaitu kediaman ayah Mitsue.. Pada mulanya Kenji dan Yui membantah untuk ke sana memandangkan mereka tak suka dengan suasana kampung. Tapi memandangkan bekalan makanan dan minuman mereka semakin habis dan tiada lagi sumber makanan yang dapat disalurkan oleh banyak pasaraya, akhirnya Kenji dan Yui menurut kata ibu bapa mereka...
Kalau diikutkan keluarga nie terlalu mengikut arus kemodenan tanpa mengetahui sedikit sebanyak perkara asas dalam kehidupan. Contohnya Mitsue terlalu bergantung kepada barangan elektrik sepenuhnya untuk membuat kerja-kerja rumah, Yoshiyuki pula selalu sibuk dengan kerja hingga dia mengabaikan keperluan keluarga, manakala Kenji dan Yui pula terlalu asyik dengan telefon.
Misi pertama mereka untuk balik ke kampung adalah mereka harus menuju ke lapangan terbang untuk menaiki pesawat.. Memandangkan semua kenderaan tak dapat digerakkan, mereka terpaksa menaiki basikal untuk ke sana.. Di dalam perjalanan, mereka sempat singgah ke kedai untuk membeli makanan dan minuman tapi dengan harga yang sangat mahal.. Setelah mereka sampai di perkarangan lapangan terbang, mereka dimaklumkan oleh petugas dan polis yang pesawat tak dapat diterbangkan kerana ketiadaan sumber tenaga.. Lalu keluarga Suzuki nie terpaksa mengayuh basikal sejauh 1,624km jaraknya dan memakan masa berbulan-bulan lamanya..
Semasa dalam perjalanan ke sana, keluarga ini mula telah belajar cara-cara untuk meneruskan kehidupan yang sebenar dan hubungan mereka juga menjadi lebih rapat lagi, sebab sebelum ini hubungan kekeluargaan boleh dikatakan agak renggang..
Adakah keluarga Suzuki dapat sampai ke Kagoshima..? Apakah sebenarnya yang berlaku yang menyebabkan seluruh dunia mengalami kehilangan sumber tenaga elektrik..?
Filem nie mempunyai banyak pengajaran walaupun ada diselitkan unsur-unsur komedi... Contohnya, sekarang nie kita semua terlalu asyik melihat gajet ataupun telefon hingga hubungan kekeluargaan menjadi renggang.. Buka mata jea, terus tengok telefon... Nak makan pun kita mengadap telefon, betul tak...?
Jadi, di sebalik pengajaran yang tersirat, janganlah kita terlalu mengharapkan kemodenan hingga kita terlupa pada yang tradisi lama kerana di sebalik kemodenan itu sebenarnya tercetus idea daripada yang tradisi lama... Samalah juga dengan hubungan kekeluargaan, jangan disebabkan kita terlalu asyik pada gajet, kita lupa pada hubungan sebenar pada keluarga kita.. Sebab andainya seseorang itu tak peduli pada kita, sebenarnya kita sendiri yang menjadi penyebab pada kelakuan mereka...
Mengenai babak lucu pula, saya suka sangat tengok babak yang mereka menaiki kereta api menggunakan kuasa arang. Apabila kereta api tue menghampiri terowong, beberapa orang warga tua mengingatkan keluarga Suzuki untuk menutup tingkap tapi disebabkan mereka tak mendengar sangat dek bunyi kereta api yang kuat, mereka tak melakukan apa yang disuruh.. Lalu semasa kereta api lalu di dalam terowong, asap daripada serombong mula memasuki ruangan gerabak dan semua orang di dalamnya mula terbatuk-batuk.. Apabila kereta api mula melepasi terowong, semua penumpang tertawa terbahak-bahak.. Ini kerana wajah masing-masing semuanya tercalit dengan serbuk arang..
Memang seronok tengok filem nie sebab ianya mempunyai seribu satu pengajaran terutama dalam kehidupan kita...
Assalamualaikum wbt,
Okay, awak ingat lagi tak tentang entri ini...?
Saya ada cerita kat awak tentang camne nak buat sticker label kan....Inilah gajet baru saya...
Tadaaa...Inilah dia portable label printer jenama Niimbot B21. Yang bestnya tentang printer nie adalah ianya langsung tak pakai ink atau toner, tak payah pakai wayar bagai tue, cumanya pakai bateri jenis Lithium-polymer bersaiz 1200mAh dan printer nie menggunakan thermal technology...
Rekabentuknya seperti mini typewriter, saiznya yang kecik membolehkan kita boleh print label kat mana-mana jea dan hanya perlu on bluetooth saja untuk print..
Dalam channel Youtube, saya ada buat video unboxing dan cara guna printer nie supaya ianya lebih jelas lagi tentang cara nak buat label...
UNBOXING PARCEL AND REVIEW IT..!!
Saya memang happy kerana dapat gajet yang menjadi idaman saya, harganya pun kebetulan ianya tengah sales iaitu sekitar RM154.99 jika dibandingkan dengan harga yang sebenar iaitu RM399.00...
Saya beli gajet nie melalui Shopee, sebenarnya pengaruh daripada video TikTok tue, yang memaparkan seseorang menggunakan printer yang comel nie... hihihi adoiiii lemah betul iman diri ini.. Ooo beli kat mana..? Awak boleh tengok kat
Tapi ada jugak faedahnya, sebab awak kan tau saya ada buat bullet journal.. So, senanglah kerja saya sebenarnya sebab takyah nak gunting bagai lagi untuk buat label.. hihi punyalah pemalas... Awak tau tak, ada orang lain jugak yang terlebih excited daripada saya, tak lain tak bukan hubby saya.. Sebenarnya semalam dia mintak saya buatkan label harga untuk jualan durian dia tue, lepas tue saya pun tunjuklah gajet canggih nie.. Terus dia mintak saya ajarkan dan install aplikasi Niimbot supaya senang dia nak buat label nanti...
Amboii... Amboii... Lebih sudu daripada kuah nampak.. hihihi...
Assalamualaikum wbt...
Baru-baru nie pada 4hb Ogos 2021, Jabatan Pengangkutan Jalan telah membuat pengumuman kepada semua pemegang lesen memandu supaya membuat pembaharuan lesen sebelum 30 September 2021... Selepas 30 September 2021, aktiviti pematuhan daripada JPJ dan PDRM akan dilaksanakan...
Kemudian, pada 7hb Ogos yang lalu, Pos Malaysia telah membuat pengumuman pembukaan semua urusniaga secara temujanji dalam talian...
Kebetulan pulak, lesen memandu saya telah tamat tempoh pada tahun nie... Nak tahu kisah tragis...??
Pada mulanya saya cuba untuk membuat pembaharuan lesen melalui aplikasi MySikap JPJ, tapi bila nak klik dekat bayaran, ianya seperti tak dapat dilakukan.. Saya mencubanya berkali-kali tapi tak berjaya, lepas tue guna kaedah pembayaran secara kredit dan debit pun tak berjaya... Adoiiii frust gilerrr time tue...
Kemudian saya cuba pulak untuk menetapkan tarikh temujanji untuk pergi ke pejabat pos di Salak Tinggi, malangnya perkhidmatan tue tak dapat dilakukan buat masa nie...Frust lagi...
Lepas tue, saya mencuba nasib dekat pejabat pos Sepang tapi malang sungguh nasib saya, tarikh untuk bulan nie sehingga akhir bulan September dah penuh... Warrghhhhhh... Terus nak jadi Hulk Hogan...
Kalau ikutkan saya memang boleh ke JPJ Putrajaya untuk buat pembaharuan lesen, masalahnya adalah kaunter JPJ dibuka pada hari bekerja sahaja... Memandangkan saya masih lagi BDR sepenuhnya dan dalam pekeliling perkhidmatan JPA, sesiapa yang bekerja secara BDR, kami tak dibenarkan sama sekali untuk membuat kerja-kerja peribadi semasa dalam tempoh waktu BDR kerana waktu tue adalah sama seperti waktu bekerja hari biasa (Bekerja Dari Pejabat @ BDP).. Jadi, saya dah mula rasa panik disebabkan lesen memandu dah mati, walaupun diberi tempoh oleh JPJ untuk buat pembaharuan lesen...
Lepas tue, saya teringat kat dalam group whatsapp, ada seorang rakan kami yang memberi perkhidmatan untuk tolong buat pembaharuan lesen memandu, lalu saya pun hubungi beliau untuk pertanyaan...
Mulanya saya tak berapa yakin dengan perkhidmatan yang ditawarkan, sebab selama nie saya tak pernah lagi gagal untuk buat pembaharuan lesen... Tapi memandangkan situasi yang saya alami sekarang amat genting sangat-sangat jadi terpaksa guna perkhidmatan mereka..
Alhamdulillah, setelah bersembang dengan mereka lebih lanjut tentang perkhidmatan yang ditawarkan, saya pun bersetuju untuk memberi kebenaran kepada mereka bagi pembaharuan lesen.. Setelah memberi maklumat yang diperlukan dan membuat bayaran kepada mereka, saya tak perlu menunggu lebih lama... Pada 13hb Ogos, pihak Safriana Ventures menghantar mesej bergambar melalui whatsapp kepada saya yang mereka telah pun berjaya membuat pembaharuan lesen dan pada hari yang sama jugak mereka mengepos lesen tue ke alamat rumah saya...
Oh, ya... Lupa nak sebut... Kan tadi saya cakap yang saya tak berapa yakin dengan perkhidmatan mereka, kan...? Nak tahu kenapa...? Kerana tempat operasi mereka di Caltex Wakaf Aik, Pantai Senok, Tawang, Kelantan... Lepas tue, saya cuba husnuzon dan cuba bertanya kepada mereka tentang apa-apa maklumat yang menyakinkan saya untuk percayakan perkhidmatan mereka, dan mereka memberikan maklumat melalui facebook mereka... Lepas tue, saya cuba hubungi rakan-rakan yang lain dalam group whatsapp saya untuk bertanyakan perkhidmatan pihak Safriana di mana pihaknya juga ada dalam senarai group kami.. So, lepas tue, setelah ada rakan-rakan yang mengesahkan dan pernah guna perkhidmatan Safriana Ventures barulah saya percaya dan yakin dengan pihak Safriana Ventures..
Alhamdulillah, mereka dah membuktikan yang perkhidmatan mereka boleh dipercayai dan akhirnya saya menerima parcel berisi lesen memandu pada hari semalam iaitu 19hb Ogos 2021, guna Poslaju...
Lega hati nie bila dah dapat baharui lesen tanpa resah gelisah lagi.. Jadi, pada sesiapa yang belum memperbaharui lesen memandu dan tak dapat nak lakukannya sebagaimana sama dengan situasi saya, awak boleh cuba guna perkhidmatan Safriana Ventures ini, dan jangan risau dengan kehilangan lesen awak kerana ianya dilindungi insurans bergantung pada kurier yang ditawarkan.. Untuk awak yang berada di kawasan Kelantan juga, boleh guna perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak Safriana Ventures...
Selain daripada perkhidmatan pembaharuan lesen, mereka juga memberi perkhidmatan pembaharuan cukai jalan kenderaan, perkhidmatan towing, semakan senaraihitam, perkhidmatan bayaran saman JPJ / PDRM / PBT dan perkhidmatan tukar hakmilik kenderaan persendirian...
Untuk maklumat lanjut awak boleh hubungi pihak Safriana Ventures ini...
Terima kasih saya ucapkan kepada pihak Safriana Ventures kerana memberi perkhidmatan yang terbaik kepada saya.. Saya mohon ampun dan maaf kerana mempunyai perasaan syak wasangka sebelum ini, maklumlah sekarang nie macam-macam perkara yang tak berapa baik berlaku dan saya cuma ambik pendekatan berhati-hati.. Tapi awak telah membuktikan bahawa prasangka saya salah selama ini, jadi minta maaf yea... hihihi jadi saya bagi sepuluh bintang kepada perkhidmatan Safriana Ventures...
Moral of the story, jangan ada perasaan prasangka yang bukan-bukan tanpa selidik terlebih dulu..
Assalamualaikum wbt...
Dah lama rasanya saya tak buat review drama kan.. Kali nie lain sikit daripada biasa, untuk kali nie buat julung kali saya review sebuah karya manga Jepun... Apakah karya itu..? Jom...
Midori No Hibi atau maksud di dalam bahasa Inggeris adalah Midori Days yang dikarang oleh Kazurou Inoue. Siri manga ini telah dikeluarkan pada tahun 2002 dan siri animasinya pula ditayangkan pada tahun 2004. Animasi ini mempunyai 13 episod yang mempunyai jalan cerita yang berlainan tapi saling kait rapat di antara episod ini..
Watak utama dalam siri ini adalah Seiji Sawamura yang berusia 17 tahun dan Midori Kasugano yang berusia 16 tahun. Ianya mengisahkan seorang gadis iaitu Midori yang meminati secara diam-diam dengan Seiji.. Seiji nie seorang pemuda yang suka bergaduh dengan orang-orang di sekelilingnya, senang citer watak Seiji nie adalah watak gangster.. Seiji sering bergaduh dengan budak-budak sekolah lain dan dia memang terkenal di seluruh Tokyo dengan panggilan Devils Right Hand kerana kekuatan tangan kanannya yang boleh menumbangkan lawan tanpa menggunakan apa-apa senjata.
Seiji nie sebenarnya sama saja dengan remaja yang lain, iaitu dia teringin nak memiliki seorang teman wanita.. Tapi dek kerana sifat buruknya itu, takde siapa pun yang ingin mendekati Seiji dan perkara itulah yang membuatkan dia terasa sunyi..
Satu hari, semasa Seiji sedang memikirkan kesunyian hidup, malah katanya hanya tangan kanannya yang menjadi teman hidupnya, secara tiba-tiba.......
TANGAN KANANNYA BERTUKAR MENJADI SEORANG BUDAK PEREMPUAN PERSIS SEBUAH ANAK PATUNG VENTRILOQUIST...!!!
DAN IANYA ADALAH MIDORI...!!!
Pada mulanya Seiji tak percaya apa yang berlaku dan masa tue lah, adegan soal siasat bermula... Midori sendiri tak tahu bagaimana ianya terjadi tapi dia berasa amat seronok sangat kerana dah lama dia memerhatikan Seiji dari jauh dan kini Seiji berada di depan matanya... Sejak itu, Seiji mula menerima hakikat bahawa tangan magis nya telah tiada dan telah digantikan dengan Midori..
Seiji dan Midori cuba untuk mendapatkan cara untuk memisahkan mereka berdua, tapi tak berjaya... Seiji juga berusaha untuk menyembunyikan Midori daripada orang kerana bimbang akan keselamatan Midori tue sendiri, tapi kakak Seiji iaitu Rin Sawamura dapat tahu tentang kewujudan Midori..
Melalui Rin jugak, Midori dapat tahu tentang kelakuan sebenar Seiji, di mana Seiji sebenarnya bukan budak jahat yang selalu mencari masalah atau mencari gaduh. Seiji sebenarnya cuba untuk menyelamatkan rakan-rakan yang dibuli oleh rakan-rakan yang lain dan itulah sifat sebenar Seiji...
Apabila dari sehari ke sehari Midori dan Seiji bersama, maka timbullah bibit cinta antara mereka tapi Seiji terlalu ego untuk meluahkan perasaan pada Midori..
Hinggalah satu hari Midori hilang tanpa dikesan.. Tangan kanan Seiji kembali normal... Apakah yang terjadi sebenarnya pada Midori...? Adakah Seiji dapat berjumpa kembali dengan Midori atau sebaliknya...?
Walaupun siri nie berkisahkan percintaan remaja, tapi sebenarnya ada juga terselit beberapa pengajaran di sebalik jalan cerita nie.. Contohnya, Seiji nie nampak jea ganas dan suka memukul tapi sebenarnya dia mempertahankan rakannya yang kena buli dan dia sememangnya tak suka dengan pembuli... Seiji menjadi sedemikian kerana semasa dia kecik, dia selalu kena buli oleh rakan-rakan sebayanya.. Mujurlah kakaknya iaitu Rin yang mengajar untuk mempertahankan diri... Walaupun Seiji nie bersifat ganas tapi sebenarnya dia amat menghormati orang yang lebih tua daripadanya, dan dia amat sayangkan kakaknya walaupun kakaknya kuat membuli Seiji... Satu lagi sifat Seiji, dia takkan sesekali memukul seorang perempuan walaupun ada ketikanya beberapa orang perempuan cuba untuk memukul Seiji kerana balas dendam tapi Seiji tak pernah cuba untuk memukul kerana dia amat menghormati orang perempuan..
Untuk watak Midori nie pula, kalau diikutkan permulaan cerita Midori nie seorang gadis yang amat pemalu dan pendiam.. Tapi bila dia jumpa Seiji dalam bentuk persis ventriloquist, Midori menjadi lebih berkeyakinan untuk bercakap dengan orang...
Pelbagai kisah lucu berlaku antara mereka berdua, antaranya Midori terpaksa menghabiskan satu kon aiskrim yang teramat besar baginya tapi bagi kita manusia normal, satu kon aiskrim tak cukup... hihihi..
Subscribe to:
Posts (Atom)





























Social Icons