Diari harian

Friday, December 23, 2011


Hari terakhir minggu ke 4 dan minggu depan kami akan bercuti gantian kerana hari krismas jatuh pada hari Ahad...Macam biasa seperti sebelumnya aku dan sahabat akan pergi ke McDonald's untuk membeli makanan tengahari kami..... Pada hari ini cuaca amat mendung dan diikuti dengan hujan turun dengan lebat sekali dan angin bertiup dengan kencang... macam mana agaknya keadaan kampung aku dan hubby? Adakah kampung kami akan banjir atau telah banjir? Harap-harap semuanya akan selamat.... Sekarang ini musim banjir dan aku harap kamu semua akan menjaga diri dan keluarga baik-baik, jangan mengundang bahaya kepada diri dan keluarga... Aku juga berdoa agar pada hari esok hujan tidak akan turun kerana aku mahu melakukan tugasan mingguan... Minggu depan aku akan pergi ke hospital Seremban untuk melakukan pemeriksaan lanjutan tentang kesihatan aku... Mungkin aku mendapat MC atau sebaliknya... Hari Jumaat penghulu segala hari... Aku akan pastikan setiap hari sekurang-kurangnya sekali dalam sehari aku akan dapat membaca Surah Yassin kerana itu akan dapat menenangkan jiwa dan rohani aku... Dengan membaca Al-Quran sahaja yang dapat menyelamatkan kita di akhirat.... Antara fadhilat membaca Surah Yassin adalah :-

  • Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi “kenyang”.
  • Jika orang tiada pakaian boleh mendapat “pakaian”.
  • Jika orang belum berkawin akan mendapat jodoh.
  • Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
  • Jika “terpenjara” akan dibebaskan.
  • Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
  • Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan seksanya.
  • Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
  • Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar dari pada penyakitnya.
  • Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al- Quran itu ialah Yassin. Barang siapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al- Quran sebanyak 10 kali."
  • Sabda Rasulullah S.A.W lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari,turunlah beberapa malaikat berbaris bersama malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
  • Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Ridwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
  • Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Siapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya, tetapi barang siapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang – orang yang munafik."

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧