Hadir kursus team building dekat Janda Baik, Pahang

Saturday, September 23, 2023


Assalamualaikum wbt..
Sebagaimana semua penjawat awam yang perlu melengkapkan kursus selama 7 hari dalam setahun untuk memenuhi KPI tahunan, saya pun tak terkecuali untuk melengkapkannya..

Pada awak yang bekerja di sektor awam, awak pasti perlu menghadiri kursus team building di jabatan/kementerian masing-masing.. 

Modul yang disediakan dalam kursus team building nie biasanya ada yang jenis memerlukan stamina yang tinggi, dan ada jugak yang jenis santai-santai saja...

Samalah macam saya.. Dulu masa mula-mula masuk JBPM nie, memang modul yang disediakan agak memerlukan stamina yang tinggi, lebih-lebih lagi jika jurulatihnya adalah di kalangan abang-abang bomba sendiri yang melatih kami.. Nak taknak kena ikut jugak modul yang telah disediakan walaupun modul yang disediakan tue agak mencabar dari segi mental dan fizikal.. Hehehe dah nama pun staf bomba, walaupun gunasama tapi perlu ikut gerak geri bomba sedikit demi sedikit... 

Ehhh.. terimbas cerita lama pulak.. Sebenarnya saya nak bercerita tentang kursus team building yang saya hadiri pada bulan lepas.. Tempat kursus nie dijalankan adalah di Cheringin Hills Convention & Spa Resort yang berada di Janda Baik.. Kalau dulu tempoh untuk pergi team building nie memakan masa sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam tapi kali nie tempohnya agak singkat iaitu 2 hari 1 malam.. Kalau dulu modul yang disediakan agak mencabar dari segi mental dan fizikal dan jurulatihnya adalah abang-abang bomba sendiri,.. Kali nie modul yang disediakan agak santai-santai dan konsultannya adalah daripada luar.. Apa yang saya boleh katakan modul kali nie adalah semuanya permainan yang menyeronokkan dan secara keseluruhannya ibarat macam kita buat family day.. 

KRONOLOGI KURSUS TEAM BUILDING BAHAGIAN PENGURUSAN, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA


26hb OGOS 2023 (SABTU)

8.30 pagi - Memulakan perjalanan dengan menaiki bas bersama-sama dengan rakan sekerja.. Macam-macam cerita yang berlegar di ruang bas kerana kami tertanya-tanya apakah modul yang disediakan untuk kami.. Adakah ianya sukar ataupun mudah untuk kami..? Awak tahu, sebenarnya itulah kali pertama saya jejakkan kaki ke Janda Baik dan Masha Allah, suasananya sungguh indah sekali.. Insha Allah lain kali saya akan ke situ lagi untuk menikmati keindahan alam serta yang pasti nak mandi manda di situ sambil ber 'bbq'.. 

11.00 pagi - Setelah berjaya mengharungi trafik jemmed di highway Karak, akhirnya kami sampai di destinasi iaitu di Cheringin Hill Convention & Spa Resort. Sebaik saja sampai, kami disambut oleh urusetia dan kami diminta untuk naik ke aras 1 untuk aktiviti pengenalan serta minum pagi.. Untuk modul pertama yang diberi nama 'Ice Breaking and Team Formation' , kami perlu main permainan, bermula dengan tepukan sorak orang kampung, dan akhirnya membentuk team berdasarkan nombor yang telah ditetapkan.. Team saya yang bernombor 6 diberi nama Hip Hip Horray dengan bertemakan 'hip hip horrary' jugak yang mempunyai kekuatan 10 orang ahli... Part yang paling kelakar tue, saya menjadi satu pasukan dengan pegawai tertinggi saya yang merupakan bos kedua terbesar dalam unit kami.. hihi ingatkan boleh lari dari pandangan bos tapi ternyata tak boleh jugak.. hihi anggap jea la bos tak tahu sisi lain anak buahnya samada introvert ataupun extrovert.. Paling sweet sangat adalah saya beserta rakan lain yang lahir pada bulan Ogos mendapat nyanyian hari lahir serta sorakan yang begitu gemuruh sekali... Moment yang paling mengharukan.. 

1.00 tengah hari - Selesai membentuk team, kami terus ke kaunter receptionist untuk check in bilik penginapan.. Selesai letak beg dalam bilik, kami terus bergerak ke jamuan tengah hari dan kami diberitahu oleh urusetia untuk ke padang bersebelahan dengan swimming pool untuk acara seterusnya.. 

2.30 petang - Tibalah masanya untuk kami bertarung antara team.. Modul seterusnya diberi nama Combat Archery iaitu acara memanah dan kami semua perlu bertarung antara satu sama lain.. Modul nie lebih kurang sama game paintball tapi mungkin nak sahut sunnah Rasulullah SAW, modul memanah menjadi pilihan.. Kami perlu membuat pemilihan ahli untuk masuk dalam gelanggang iaitu 6 orang di dalam gelanggang, manakala ahli yang lain perlu masuk pertandingan memanah pada pemuka sasar panah.. Saya dipilih untuk masuk pertandingan memanah pada pemuka sasar tapi dapat markah sikit jea.. hihihi.. Selepas tue kami jadi tukang sorak untuk ahli kami yang masuk dalam gelanggang.. Di sinilah kita boleh nampak sisi lain rakan sekerja, yang mana bila kat opis nampak seperti seorang yang serius tapi di luar waktu opis, rupanya orang tue kelakar sangat.. Ada 4 pusingan yang mereka perlu bertarung satu sama lain dan Alhamdulillah team kami mendapat tempat kedua.. hip hip horray... 

4.30 petang - Berhenti rehat untuk minum petang di depan dewan..

5.15 petang - Modul seterusnya diberi nama Samurai Warrior.. Mesti awak pun ada terfikir yang kami akan bertarung guna pedang macam samurai Jepun kan.. Apa yang awak fikir tue sama dengan apa yang kami fikir masa tue, tapi sebenarnya fikiran tue meleset sama sekali.. Untuk permulaan, konsultan kami memberi arahan supaya kami berjalan tanpa kasut dengan perlahan menuju dewan kedua.. Ini kerana seorang pahlawan samurai telah berada di dalam dewan kedua tue untuk melakukan upacara samurai dan kami diminta untuk tidak bercakap melainkan diarahkan.. Bila masuk dalam dewan, ternyata dewan tue bersuasana gelap yang bercahayakan cahaya lilin semata-mata.. Setelah pahlawan samurai tue selesai melakukan upacara samurai, barulah kami dibenarkan untuk bercakap tapi dengan nada perlahan.. And guess what happened..? Mulanya kami pakai pakaian seorang pahlawan samurai beserta dengan pedang yang disangka pedang betul (rupanya pedang plastik kedai Eco, hihihi.. Kena scam) .. Setelah tue, kami disuruh buat aksi seperti seorang samurai iaitu,... perlu buat aksi seperti seorang pengayuh basikal dengan suara berbunyi, 'kayuh..kayuh...' dengan angkat kaki sebelah.. Hihihi adoii masa nie kami tergelak besar sebab ingatkan modul nie jenis serius tapi sebenarnya kelakar sangat-sangat.. Pahlawan samurai kata siapa yang dapat bertahan lama, dialah pemenangnya.. And amazingly, team kami sekali lagi mendapat tempat kedua tapi dua orang dari ahli kami mendapat gelaran 'shogun' iaitu gelaran tertinggi dalam kalangan samurai.. Hip hip horrary... Sayangnya aksi-aksi ini tak dapat dirakam kerana kami tak dibenarkan untuk merakam semasa modul ini dijalankan.. Selesai upacara penyampaian hadiah untuk modul Combat Archery dan Samurai Warrior, kami mendapat arahan daripada urusetia untuk memakai baju rasmi team building pada hari esok.. Untuk aktiviti malam takde apa-apa modul diberikan, cuma aktiviti makan malam serta BBQ saja.. Masa tue la ada rakan-rakan yang pergi terjun kolam mandi.. Saya pula cuma rehat dalam bilik sambil-sambil healing dengar muzik.. 

27 OGOS 2023 (AHAD)

8.30 pagi - Selesai sarapan, kami diarahkan untuk pergi ke padang sasar sekali lagi.. Modul seterusnya yang kami pelajari adalah Slingshot Battle dan kali nie kami perlu mengelak diri daripada ditembak dengan peluru belon air... Modul nie sebenarnya mengajar kita bagaimana untuk kita mengelak daripada selisih faham berlaku dalam kalangan rakan-rakan sekerja.. Jika ada perselisihan faham, cepat-cepat selesaikan antara kita agar tiada dendam berlaku hingga ke akhirnya.. Kami perlu shoot maskman yang telah disediakan dan dalam masa yang juga kami boleh menembak pihak lawan.. Jika kami berjaya shoot 2 maskman, kami mendapat peluang untuk mengambil bendera di tengah padang dan itu menjadikan markah bonus untuk team yang berjaya mengambil bendera.. Alhamdulillah sekali team kami telah mendapat tempat kedua untuk modul ini.. Hip hip horrary... 

10.10 pagi - Kami mendapat arahan daripada urusetia untuk check out pada pukul 10.40 pagi berikutan ada team jabatan lain yang akan masuk ke situ.. Memandangkan saya dah siap packing awal-awal jadi takdelah kelam kabut sangat nak pack, cuma saya tukar seluar saja memandangkan seluar yang dipakai telah kotor dek basah.. Nasib baik baju tak basah.. Setelah sarapan pagi kami diminta untuk masuk ke dewan semula untuk laksanakan modul terakhir... 

11.10 pagi - Okay, tibalah masanya untuk modul yang terakhir iaitu kami perlu membuat Tabla Challenge.. Modul nie adalah untuk mengajar kita bagaimana kita perlu mendengar arahan daripada pihak atasan dengan penuh tekun kemudian dapat lakukan tugasan tue dengan baik.. Tabla Challenge nie adalah sama dengan orang yang bermain tabla tue, cumanya kita perlu menepuk tangan dengan mengikut rentak tabla.. Mulanya agak susah untuk diikut tapi lama-lama kita jadi fokus dengan apa yang dipelajari..  Modul kali nie takde siapa yang menang sapa yang kalah, sebaliknya jika kami semua dapat bermain Tabla Challenge dengan baik, kesemuanya akan dapat piala dan dinobatkan The best Tabla Challenge.. Alhamdulillah akhirnya kami semua dapat piala tue..

12.20 tengah hari - Dengan berakhirnya modul Tabla Challenge, maka tamatlah sudah kursus kami.. Setelah diberi sijil penghargaan, team saya telah dinobatkan sebagai The Best Team daripada 10 team yang ada.. Alhamdulillah, hip hip horray.. Setelah makan tengah hari dan solat, kami terus bergerak balik ke WP Putrajaya dengan menaiki bas.. 

Itulah cerita saya waktu pergi team building yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan JBPM.. Walaupun singkat tapi ianya menyeronokkan dan modul yang disediakan pun tak terlallu berat hingga tak terdaya nak masuk kerja pada keesokan harinya.. 

Oh ya.. Saya ada buat vlog cerita tentang hari berkursus nie.. Jemputlah tengok.. 


Satu lagi untuk pengetahuan awak, Bahagian Pengurusan nie ada 4 cawangan utama yang terdiri daripada pegawai gunasama dan juga pegawai bomba.. Masa kursus nie boleh dikatakan hanya separuh saja yang hadir, selebihnya tak dapat hadir kerana telah menghadiri kursus yang lain.. Paling seronok sekali adalah kehadiran Pengarah Pengurusan yang begitu sporting dalam apa-apa jua modul yang dijalankan hingga dia sendiri pun terkena tembak dengan belon air, hihihi.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

5 comments

  1. Wahh.. seronoknya team building macam ni!
    Kalau Cuya pon mesti enjoy ada game2 macam ni..
    Cuya pergi training biasa pon dah seronok, apa lagi kalau ada aktiviti gini

    ReplyDelete
  2. Tahniah jadi juara keseluruhan. Hip hip horey ­čÖé

    ReplyDelete
  3. lama dh x pegi team building... dulu masa muda² seronok la kursus macam ni... bila dh agak berusia ni dh malas nk kursus mcm ni.. hihihi

    ReplyDelete
  4. seronoknya.. lama sgt MA x gi kursus.... ada ek, KPI 7 hari setahun..kena check ni

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧