Monday, August 27, 2018

Tips untuk jadi lebih positif

Image result for positive

Assalamualaikum wbt..
Lumrah dalam kehidupan ada pahit manisnya, kadangkala diri ini menjadi putus asa selepas perkara yang diimpikan tak menjadi kenyataan. Namun, untuk menjadi seorang yang hebat, jangan sesekali kita membiarkan diri untuk terus saling menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Saya nak berkongsi dengan awak suma camne nak jadi seorang yang positif.. Jom kita selidik dan bolehlah diamalkan..

Bersangka baik - Sebagaimana manusia biasa, kita pastinya tak boleh lari daripada sifat berhati-hati dan sukar untuk mempercayai pada orang sekeliling terutama pada orang yang kita tak kenal. Biasanya kita lebih suka melihat keburukan daripada kebaikan seseorang. Apa kata, kita cuba untuk bersangka baik pada sesiapa saja, tapi dalam masa yang sama berhati-hati.. Bila kita bersangka baik, pasti minda, hati dan jiwa kita akan mendapat aura positif serta kita menjadi lebih tenang. 

Elak tekanan - Sememangnya tekanan ataupun stres tak mampu dihindarkan dalam kehidupan seharian dan ianya datang dalam pelbagai bentuk. Bila kita menghadapi tekanan hampir setiap hari pastinya mampu mendorong kita untuk menjadi lebih berfikiran negatif. Jadi kita perlu tangani dengan tenang dan bersikap rasional apabila kita berdepan dengan sesuatu masalah. Tekanan hanya akan menambah beban di fikiran dan menyukarkan kita untuk mencari jalan penyelesaian. Hidup ini untuk dinikmati, betul tak.? Jadi, jangan kusutkan fikiran awak, kerana setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya.

Bersyukur - Adalah lebih baik kita sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang dimiliki di dalam kehidupan.  Melihat kelebihan yang dimiliki orang lain kemudian membandingkan diri, ianya secara tak langsung akan menghadirkan perasaan negatif, rendah diri dan tak bersyukur. Selalulah melihat golongan yang susah dan buat perbandingan  dengan apa yang kita ada. Ia secara automatik akan menimbulkan rasa bersyukur tak terhingga dalam diri kita. Jadi belajar menghargai kehidupan kita sekarang ini, kerana bahagia itu bukan diukur dengan wang ringgit. 

Berbuat baik - Kadangkala kita sering beranggapan melakukan kebaikan hanya apabila kita mampu untuk membantu orang di dalam kesusahan atau pada waktu kecemasan. Contohnya ketika memandu di jalan raya, sekiranya kita memberi laluan kepada pemandu lain ia juga satu amalan yang baik. Jadi, apa kata kita berusaha melakukan kebaikan walaupun kecil. Ingat, sekali kita membuat kebaikan seribu kali kebaikan akan datang kepada kita. 

Senyum - Mengapa kita perlu senyum? Jawapannya mudah jea, senyum itu kan satu sedekah.. Senyum juga boleh merangsang aura positif dalam diri. Ia nampak mudah namun selalu sukar untuk diamalkan. Selain mampu menceriakan wajah, senyuman juga mampu untuk membuatkan orang di sekelling kita akan bergembira..

Jadi, berpositiflah selalu.. 

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu

12 comments:

  1. setuju! walau kekadang tu kat fikiran dok fikir yg negatif pasal org, kena cepat2 istigfar dan buang fikiran negatif tu..

    ReplyDelete
  2. t.kasih atas perkongsian ni kak, memang perlukan ni skrg .huhu

    ReplyDelete
  3. nice sharing

    bw time hihi..dtg jenguk2 hihi

    http://www.opzzpinky.my/2018/08/blogwalking-time-august2018.html

    ReplyDelete
  4. lagi satu pastikan tidur cukup. kekadang bila tidur tak cukup mula la emosi lebih, overthinking. fikiran pun jadi lebih negatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ni. Tido mesti cukup. Baru sihat, positif & jelita....

      Delete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers