Tuesday, August 14, 2018

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Adianiez AIDA

https://www.shikinrazali.com

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, di minggu ini saya dapat siapkan lagi task mingguan, jadi siapakah pulak yang bertuah untuk direview pada minggu ini..? Jom kita kenali beliau dengan lebih dekat lagi.. 

https://www.shikinrazali.com

Blog Adianiez AIDA... Nama sebenar pemilik blog ini adalah Aida Binti Md Hanafiah, seorang pegawai kastam yang berpangkalan di Melaka, merupakan ibu kepada 3 orang anak yang comel dan merupakan anak jati Melaka. Kak Aida mula memasuki dunia blog sejak tahun 2009 lagi, kiranya kak Aida otai lah dalam dunia blog.. hihihi

Saya mula mengenali kak Aida dalam segmen / giveaway, dan kak Aida salah sorang yang aktif dalam memberikan nota semangat dalam jurnal saya.. Kak Aida nie seorang yang ramah walaupun kami tak pernah lagi bersua muka tapi memang dia peramah sangat.. Wajah kak Aida nie mengingatkan saya kepada sahabat saya, akak bomba yang berpangkalan di FRAM Tronoh kerana wajah kak Aida nie nampak seiras.. hihi sebab tue agaknya saya selesa berkawan dengan kak Aida walaupun hanya di alam maya.. Kak Aida banyak bercerita dalam blog beliau seperti resipi viral, pelbagai tips dan isu-isu semasa termasuklah hal-hal berkaitan dengan kastam.. Ooo, napa nama blog dia nampak macam susah nak sebut..? Sebenarnya nama blog kak Aida adalah gabungan nama kak Aida dengan suami dia Niezam.. Adia tue sebenarnya nama kak Aida sendiri, terbalikkan jadi Adia.. hihihi.. 




https://www.shikinrazali.comKepada Kak Aida, terima kasih saya ucapkan kerana  akak sudi menerima saya sebagai kawan maya akak.. Dan terima kasih jugak saya ucapkan kerana akak selalu singgah dan tinggalkan nota dalam jurnal saya walaupun saya tenggelam timbul untuk memberi komen dalam blog akak.. Saya berharap satu hari nanti kita akan berjumpa dan semoga akak sekeluarga dikurniakan kerahmatan daripada Allah.. Harap-harap akak takkan jemu dan bosan untuk singgah lagi ke jurnal saya, walaupun saya hanya mampu menjadi silent reader dalam blog akak.. hihihi.. Semoga blog akak menjadi rujukan dan inspirasi kepada semua pembaca akak..

https://www.shikinrazali.com
Jom kita singgah serta jengah ke blog Kak Adianiez Aida dan salam perkenalan semua.. 


#teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang #therapistmasseur #assistantlibrarian #sahabatbloggerpilihanstarlavenderluna


10 comments:

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers