Friday, August 10, 2018

Perbanyakkan Selawat di Hari Jumaat




Assalamualaikum wbt...
Daripada Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua memperbanyakkan membaca selawat kepadaku pada hari itu, kerana sesungguhnya ucapan selawat kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari kiamat nanti).

Huraian Hadith :

✅Hari jumaat merupakan hari yang paling digalakkan kepada kita supaya memperbanyakkan beramal, kerana itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
✅ Untuk mengerjakan amal kebajikan janganlah ditangguh-tangguh dan mengira masa, kerana setiap amal yang baik akan dibalas dengan ganjaran pahala.
✅ Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengan Baginda.

(Hadis Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)

*Petikan daripada JAKIM

#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggersepang #bloggerterengganu



7 comments:

  1. Insyaallah.. terima kasih di atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Allahumma soli 'ala sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sohbihi ajma'in :)


    semoga yang membaca selawat dari komen syaza ni , pahalanya dapat alir ke syaza dan shikin sebab sudi mengingatkan kami. amin :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian dan peringatan ni :)

    ReplyDelete
  4. hari jumaat adalah penghulu segala hari.buat apa-apa ibadah termasuklah selawat pada hari Jumaat, InsyaAllah diberikan pahala yang berlipat ganda oleh Allah SWT

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers