Cara untuk hilangkan kesan gelap pada bahagian ketiak

Wednesday, January 20, 2021


Assalamualaikum wbt...
Ramai di kalangan wanita yang mengalami masalah kesan gelap pada bahagian intim dan ianya berlaku di bahagian ketiak, celah peha dan belakang betis. Bila ada kesan gelap seperti nie, kita menjadi kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri. 

Lebih menyedihkan jika ada yang mula mengejek dengan kekurangan kita, jadi saya nak berkongsi dengan awak cara untuk hilangkan kesan gelap pada bahagian ketiak dengan cara alami...

Jom..

LEMON
Seperti yang kita tau, lemon kaya dengan vitamin C, jadi ianya dapat membantu mencerahkan kulit secara semula jadi. Nak buat cukup mudah, awak guna perahan air lemon untuk menghilangkan kesan gelap di bahagian bermasalah. Oleskan dan gosok pada permukaan ketiak secara perlahan-lahan, kemudian biarkan dalam masa 10 minit. Lakukan rutin nie pada pada setiap hari, Insha Allah kulit akan beransur cerah.


Aloe Vera
Nama yang orang lama-lama panggil lidah buaya, dikatakan mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Nak hilangkan kesan hitam pada ketiak, mudah.. Cuma oleskan saja lendir aloe vera pada bahagian yang nak dicerahkan, biarkan selama 20 minit. Kemudian, awak bilas dengan air suam. Lakukan rutin dengan secara kerap untuk melihat kesannya, Insha Allah kulit awak akan menjadi cerah.


Kunyit 
Kunyit bukan saja dijadikan bahan utama dalam masakan, tapi ianya juga digunakan sebagai bahan kecantikan luaran dan dalaman. Penggunaan kunyit sebagai bahan kecantikan sememangnya sinonim dengan masyarakat India dan Melayu. Untuk hilangkan kesan hitam pada ketiak, cara yang mudah adalah awak kisar kunyit hidup bersama dengan perahan limau nipis. Kemudian, sapukan bahan kisar ini pada bahagian yang nak dicerahkan dan jadikan bahan kisar ini sebagai sapuan masker tubuh. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Insha Allah, kulit akan menjadi cerah.


Yogurt
Yogurt bukan saja dapat dimakan, malah ianya jugak boleh dibuat sebagai bahan untuk kecantikan. Caranya oleskan saja yogurt asli pada bahagian kulit yang tak sekata warnanya. Biarkan sehingga 20 minit dan bilas dengan air suam. Amalkan rutin ini pada setiap hari, Insha Allah cara ini menjadi.. 

Senang kan nak hilangkan kesan pada bahagian ketiak..? Mudah dan senang didapati bahan-bahannya dan yang penting ianya adalah daripada sumber alami...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



11 comments

  1. Sesekali gunakan petua lama pun okay juga :)
    Tq atas perkongsian ni kak :)

    ReplyDelete
  2. for me, i just gunakan pencuci muka sajaaa.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. Sesiapa yang mencari harap dapat manfaatkan salah satu bahan.

    ReplyDelete
  4. nice tips..tp kalau guna rexona whitening tu pn okay hehee

    ReplyDelete
  5. Menarik! Bahan pun semua mudah cari!

    ReplyDelete
  6. bagus sebanarnya guna petua orang lama ini.. sebab guna bahan semula jadi dan mudah diperolehi.. rasa macam nak tanam balik je lidah buaya tu..

    ReplyDelete
  7. Barangnya semua senang nlmcari

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧