Amalan ritual yang pelik

2:00 PM

Assalamualaikum wbt..
Di dalam dunia nie, kita mempunyai pelbagai adat kebudayaan daripada sesebuah bangsa dan negara.. Kepelbagaian bangsa dan agama ini telah melahirkan pelbagai amalan ritual di mana ianya dirujuk kepada upacara khas yang diamalkan dalam sesebuah masyarakat. Kebanyakan ritual  yang dilakukan oleh masyarakat ini memiliki hubung kait rapat dengan pegangan agama.

Malah, ritual yang pelik jugak masih berlaku dalam masyarakat dunia. seperti............

Ritual Timiti

Ritual Timiti
Ritual Timiti ini adalah apabila seseorang individu yang berjalan ke atas api yang membara dengan hanya berkaki ayam saja,  iaitu tanpa pakai kasut. . Amalan ritual  ini dikatakan berasal daripada Tamil Nadu, Selatan India dan ianya menjadi amalan kepada penganut agama Hindu. Kalau awak nak tahu, penganut agama Hindu di Indonesia dan negara kita sendiri turut mengamalkan ritual ini seperti mana yang dirayakan di Pulau Pinang setiap kali berlangsungnya Festival Nine Emperor Gods. Ritual yang dianggap penyucian dosa bagi penganut agama Hindu dan ianya memerlukan individu tersebut berjalan di atas api tanpa kasut untuk membersihkan tubuh mereka dari segala anasir jahat. Simbolik ritual ini adalah bermaksud, sekuat mana seseorang itu berjalan di atas api, begitulah kuatnya keinginan untuk membebaskan diri daripada melakukan dosa.

Ritual Impaling

Ritual Impaling
Ritual Impaling ini adalah merupakan satu ritual atau festival vegetarian yang dianjurkan di Phuket, Thailand.  Upacara ini dikatakan dimulai dengan menjadi seorang vegetarian selama 10 hari dengan tujuan membersihkan diri mereka. Kemuncak pada ritual ini adalah 'mencucuk' besi tajam atau pedang, pisau dan pistol ke pipi mereka. Ritual yang mengerikan ini dikatakan pengamalnya yang merasa kesakitan, malah penonton yang menyaksikan ritual ini jugak turut merasai kepedihan itu. Setiap pelaku ritual ini percaya bahawa dewa yang terdapat di langit akan masuk ke dalam tubuh mereka dan seterusnya melindungi mereka daripada kejahatan dan membawa tuah dalam kehidupan mereka kelak.

Ritual Perkuburan Langit


Ritual Perkuburan Langit
Berbeza pula dengan Tibet, China, penganut Buddha di sana mengamalkan sebuah ritual yang cukup pelik iaitu mengebumikan mayat di langit atau Sky Burial. Mengikut kepercayaan mereka, setiap jasad yang telah meninggal dunia, jasad tersebut tak perlu simpan atau ditanam kerana setiap roh yang telah mati akan bergerak dengan sendirinya ke alam lain. Cara Sky Burial nie adalah dengan cara mayat akan dibawa ke kawasan terbuka atau pergunungan dengan ketinggian yang tinggi. Di sana, mayat akan ditinggalkan dan membiarkan saja untuk dimakan oleh haiwan pemakan bangkai seperti burung helang dan burung hering. Malah seorang tenaga pakar akan diarahkan untuk memotong mayat kepada bahagian yang lebih kecil bagi mempercepatkan proses ritual ini...

Hmm.. Macam-macam perkara pelik yang berlaku di negara orang.. 

*sumber gambar adalah daripada Google Images


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal


You Might Also Like

10 lovely notes

  1. terbeliak mata saya tengok gambar pistol tu haaa

    ReplyDelete
  2. Aduhaii..ngeri tengok. Memang pelik amat ritual dorang ni.

    ReplyDelete
  3. Ritual Perkuburan Langit baru first time tau... aduhhhhh surely busuk gila hmmm

    ReplyDelete
  4. Aduh yang terakhir itu paling ngeri.
    Sebenarnya bukan amalkan pelik tapi amalan menakutkan.

    ReplyDelete
  5. ishhh peliknyaaa..nsb sikit2 je gambar dia..kalau byk lg shikin..mau pening tgk huhuu..ritual org luar mmg pelik2..

    ReplyDelete
  6. Uiii yang last tu.. dahsyat. Pertama kali tahu ada ritual macam ni

    ReplyDelete
  7. Adoi.. ngeri pula nengokkan ritual pelik mereka ni..

    ReplyDelete
  8. Masyarakat dalam dunia ni macam- macam ritual pelik yang diorang lakukan..jangan la ada kat Malaysia...

    ReplyDelete
  9. Memang pelik dan scary. Ada yang membahayakan diri sendiri tu, tak yah lah buat. Huhu. Ngilu tengok gambar. Baru tengok kat gambar, tengok depan-depan pengsan kot agaknya.

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators