Cara alami hilangkan panau

9:00 AM



Assalamualaikum wbt..
Alamak...!!! ADA PANAU PULAK....!! Mesti kita berasa kurang yakin dan malu jika wajah kita dicemari panau.. Antara punca panau yang singgah ke wajah kita adalah disebabkan...

  • Cuaca panas
  • Tak jaga kebersihan
  • Kuat berpeluh
  • Kurang zat makanan
  • Kesan pengambilan ubat-ubatan seperti steroid sistemik
  • pakai pakaian lembap
Jadi, nak buat camne untuk hilangkan panau pada muka...? Jom kita tengok petua cara alami... 



DAUN GELENGGANG
Daun gelenggang nie sebenarnya boleh hilangkan panau.. Caranya, tumbuk atau kisar daun gelenggang sehingga hancur, lepas tue awak tempek kat bahagian bermasalah.. TAPI jangan biarkan daun gelenggang terlalu lama kat bahagian tue, cukup hanya sehingga 10 minit jea.. Awak buat pada setiap hari, Insha Allah panau tue akan beransur hilang..



DAUN PINANG
Daun pinang jugak boleh dibuat untuk hilangkan panau. Caranya sama seperti daun gelenggang tadi, tumbuk hingga lumat dan kemudian tempek kat bahagian bermasalah..



DAUN BELIMBING
Buah belimbing memang sedap dimakan tapi awak tau tak daunnya pun boleh dibuat ubat untuk hilangkan panau.. Caranya awak tumbuk daun belimbing sehingga lumat. Kemudian, campurkan daun tadi dengan sedikit asam jawa dan bedak sejuk.. Campuran tadi tue awak lumurkan pada bahagian yang ada panau. Lakukan rutin nie pada sekerap mungkin, Insha Allah panau akan beransur hilang.


HALIA
Halia memang terkenal dengan pelbagai khasiat, dan ini termasuklah nak hilangkan panau.. Caranya awak ketuk atau tumbuk halia pada kadar separuh hancur, kemudian awak tempek halia yang dah ditumbuk tue pada bahagian bermasalah. Biarkan selama 15 minit dan kemudian bilas dengan air bersih. Buat rutin nie selama 3  kali seminggu, Insha Allah akan nampak hasilnya.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



You Might Also Like

13 lovely notes

  1. halia ni mmg khasiat dia mcm2 kan

    ReplyDelete
  2. HALIA MEMANG BAGUS DAN BANYAK KHASIATNYA

    ReplyDelete
  3. Halia memang khasiat dia banyak.

    Ingatkan daun gelenggang ni utk orang demam campak je. Untuk panau pun boleh rupanya..

    Hehe lama tak datang sini.. dah berubah header! Niceee!

    ReplyDelete
  4. Boleh la share kat sesiapa yg ada masalah panau ni...

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  6. baru tahu daun gelenggang tu.. igtkan pokok hiasan semata-mata. nice sharing :)

    ReplyDelete
  7. Paling sy mau elak ni panau 😅

    ReplyDelete
  8. Pertama kali dengar nama daun gelenggang. Bagus juga ada petuanya.

    ReplyDelete
  9. Paling senang cari di hutan konkrit ni adalah halia. Hihi, daun2 tu semua kena balik kampung dulu baru jumpa daun-daun tersebut. Terima kasih sharing kak.

    ReplyDelete
  10. Tq shikin.. cara alamin paling bagus

    ReplyDelete
  11. jarang dengar daun gelenggang ni. nice sharing kak shikin :)

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

Top Commentators