Hari 2 - Siri TV kegemaran | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal

Monday, January 04, 2021

Hari 2 - Siri TV kegemaran | Cabaran 14 Hari Menulis Jurnal


Assalamualaikum wbt,
Ada yang tak sabar nak tahu cabaran untuk hari ke-2 saya..? So, cabaran untuk hari ke-2 adalah 'Siri TV Kegemaran'.. Nak tahu saya suka tengok rancangan apa..? Jom


CSI : Crime Scene Investigation


CSI : Crime Scene Investigation
Siri TV yang mengisahkan sekumpulan forensik polis yang menyiasat kematian seseorang.. Siri TV nie mempunyai 4 siri yang berbeza iaitu CSI : Miami, CSI : Las Vegas, CSI : NY (New York) dan CSI : Cyber... Walaupun kesemua siri nie dah tak ditayangkan kat tv, tapi pada masa lalu, inilah siri TV yang tak pernah 'miss' untuk saya tonton, biarpun episodnya diulang banyak kali.. 

Ghost Adventures


Ghost Adventures
Siri nie dari mula-mula ditayangkan sehinggalah sekarang, saya memang tak terlepas pandang untuk menontonnya.. Siri TV yang mengisahkan sekumpulan seekers pencarian entiti makhluk halus, diorang travel di seluruh Amerika dan Britain dan mencari tempat atau bangunan yang telah ditinggal begitu lama, tapi ada jugak mereka dijemput oleh orang awam untuk menyiasat sesebuah tempat atau bangunan, di mana aktiviti entiti masih lagi berlaku biarpun mereka tinggal di kawasan atau tempat tue.... Pada siri yang pertama dulu, penyiasat entiti nie boleh dikatakan suka provok secara terang-terangan dan secara kasar dengan entiti tapi lama kelamaan mereka mula sedar yang entiti yang mereka provok selama ini terlalu bahaya untuk mereka dan semua ahli keluarga....Senang citer, mula² tue diorang nie jenis yang tak percaya dengan makhluk halus dan jenis bodoh sombong, tapi bila dah terkena pada hidung sendiri, barulah mereka mula slow down sikap mereka yang suka provok tue, tapi dalam masa yang sama mereka jugak telah banyak membantu pada orang yang di dalam kesusahan bila menghadapi entiti makhluk halus nie.. Sehinggakan  ketua pasukan penyiasat nie yang bernama Zak Bagans mempunyai sebuah bilik muzium yang menempatkan barang-barang lama, barang-barang sihir dan barang-barang pujaan, semua barang-barang nie dia perolehi semasa dia membantu orang ramai untuk menghalau entiti makhluk halus daripada rumah mereka.. Macam dalam filem The Conjuring tue... 

Air Crash Investigation


Air Crash Investigation
Saya mula jatuh cinta dengan siri nie bertahun-tahun lamanya..Siri yang mengisahkan sebuah dokumentari mengenai kes-kes kapal terbang yang terhempas di seluruh dunia dan mereka menyiasat punca nahas tue.. Ada satu episod yang saya suka tengok adalah Episode : Helios 522 Ghost Plane.. Episod nie boleh dikatakan hampir sama dalam sebuah filem


Kalau awak dah tonton filem nie, camtue la lebih kurang dengan nahas Helios 522..

George Clarke's Amazing Spaces

George Clarke's Amazing Spaces
Siri nie yang mengisahkan dokumentari seorang arkitek yang berasal daripada Britain, George Clarke yang menjelajah ke seluruh Britain, untuk mencari seseorang yang tak berapa mahir dalam pembinaan tapi mempunyai hasil yang mengagumkan.. Bayangkan sebuah rumah yang nampak kecik tapi bila diubahsuai dengan pembinaan dengan bajet kewangan tertentu (selalunya diorang target bajet kewangan yang rendah) tapi nampak mewah seperti sebuah rumah agam yang mewah... Daripada siri nie, kita boleh ceduk idea inspirasi camne nak nampak rumah kita mewah tapi dengan menggunakan bajet yang minima... Pernah sekali ada episod di mana George Clarke pergi ke Jepun untuk melihat struktur binaan bangunan di sana.. Ada satu struktur binaan bangunan yang dipanggil Micro-House yang tak pernah dibayangkan mempunyai struktur bangunan yang nampak mewah di dalam.. Keluasan rumah tue dikatakan hanyalah berukuran 7 kaki persegi lebar tapi hiasan dalaman dan cara dia susun perabot dalaman membuatkan rumah tue nampak luas.. Itu adalah salah satu contoh dan ada banyak lagi episod yang menarik untuk ditonton lebih-lebih lagi pada sesiapa yang nak buat ubahsuai rumah tue... 

Ocean Girl

Ocean Girl
Siri tv yang berasal daripada Australia nie sebenarnya dah lama ditayangkan iaitu pada sekitar tahun 1995 / 1996.. Mengisahkan seorang remaja perempuan yang bernama Neri, berasal daripada planet lain (tak silap saya planet dia merupakan planet hidupan laut) tapi menetap di bumi.. Dia berkebolehan berenang di lautan tanpa menggunakan alat pernafasan, lebih kurang macam mermaid tapi takde ekor tau.. Dia ditugaskan oleh ibunya yang merupakan ratu kat planet asal, untuk menjaga hidupan laut di bumi dan dia menjaganya bersama-sama dengan seekor ikan paus biru (blue whale) .. Kiranya Neri nie merupakan seorang puteri raja yang mempunyai tanggungjawab besar, dalam persiapan untuk ditabal menjadi ratu planet asal.. Neri nie berkawan dengan dua orang beradik lelaki, iaitu Jason dan Bretts Bates yang bekerja dengan pasukan Oceanic Research Center of Australia (ORCA), sebuah pasukan yang melindungi hidupan laut dan alam semulajadi.. Saya tak pasti samada siri nie ada ditayangkan kat online ataupun tak.. 

Jejak Rasul

Jejak Rasul
Siri yang pertama kali disiarkan pada bulan Ramadhan tahun 1996 nie memang tak pernah ketinggalan untuk ditonton satu ketika dulu.. Bila tiba bulan Ramadhan jea, saya mesti akan tonton sebab seronok melihat makam-makam nabi dan Rasul yang mungkin kita tak dapat nak ziarah.. Dengan bercerita tentang kisah nabi dan Rasul membuatkan rasa seperti mendengar hikayat lama, yang memang berlaku beratus tahun dulu.. 

Nigella Express

Nigella Express
Jangan tak percaya, inilah siri tv masakan yang saya suka, iaitu Nigella Express.. Biasalah, nama pun rancangan omputih kan, mesti akan ada perencah yang diharamkan oleh umat Islam tapi kebanyakan masakan dia memang nampak sedap, dan cara dia makan setelah masak resepi tue, membuatkan orang yang melihatnya terliur.. Nigella Lawson nie merupakan seorang penulis masakan dan seorang chef yang terkenal di London.. Ada pelbagai masakan yang dia buat, daripada masakan barat hinggalah masakan timur, daripada sarapan pagi hinggalah makanan lewat malam.. 

Okay, itu saja yang dapat saya cerita.. Sebenarnya ada banyak lagi saya suka tonton, seperti Restoration Man, Rescue 911, Master Chef, Chef At Home, Poh & Co dan banyak lagi..  So, pada awak yang belum lagi baca cerita cabaran saya yang lalu bolehlah klik kat bawah nie...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



14 comments

  1. Banyak juga diri Shikin suka. CSI itu pun dulu minat tengok. Siap muat turun guna torrent.

    ReplyDelete
  2. kawan i suka tgk air crash juga..then till now tkot nak naik flight sbb trauma ><

    ReplyDelete
  3. Waahh CSI!! Dulu Cik TK sangat suka tengok! Ghost adventures tu pun menarik, kadang2 ada tengok.

    ReplyDelete
  4. CSI ..memang fav dulu ni. semua CSI pun best!

    ReplyDelete
  5. Pernah juga layan CSI tu. Boleh tahan best jugak.

    ReplyDelete
  6. Wow lamanya tak layan csi. Dulu fav tak kiralah csi new york ke, miami

    ReplyDelete
  7. pernah juga jadi fans csi dulu, suka yang gary sinise punya :)

    ReplyDelete
  8. saya suka juga tengok air crash tu. jejak rasul memang wajib tengok time bulan puasa :)

    ReplyDelete
  9. CSI tu memang Eza minat sangat! Sampai sekarang masih tengok. Eza suka cerita penyiasatan gituu. Nice sharing kak :)

    ReplyDelete
  10. menariknya...ada beberapa dlm list tu shida juga minat shikin :)

    ReplyDelete
  11. CSI tu Sha pun minat..
    Boleh dikatakan memang tak pernah miss.. Sekarang je tak berkesempatan nak follow..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧