Tuesday, October 09, 2018

10 kebaikan penyusuan susu ibu


Assalamualaikum wbt...
Umumnya kita memang dah tau yang susu ibu adalah susu yang terbaik untuk bayi kita kerana manfaatnya kepada bayi itu sendiri.. Faedah susu ibu ini sebenarnya lebih daripada sekadar untuk kesihatan si manja saja malah si ibu juga dapat faedahnya.. 

Bayi sihat - Menurut sorang pakar nutrisi kanak-kanak yang bernama Ruth A. Lawrence telah berkata bayi yang diberikan susu ibu mempunyai risiko lebih rendah mengalami radang paru-paru, selesema dan jangkitan virus. Dia berkata lagi walaupun mengalami cirit birit iaitu masalah yang serius untuk bayi, bagi bayi yang menyusu badan, simptom ini akan berkurangan. Diabetes jenis I, penyakit seliak atau penyakit Crohn juga dalam senarai penyakit yang tidak dialami oleh bayi yang menyusu badan. 

Tulang lebih kuat bagi si ibu - Lawrence juga berkongsi bahawa ibu yang menyusukan bayinya akan mengalami kurang cenderung untuk penyakit osteoporosis atau masalah tulang selepas menopaus.

Mengurangkan risiko SIDS untuk bayi - SIDS bermaksud Sindrom Kematian Bayi Mengejut. Penyusuan boleh mengurangkan risiko sebanyak 50 peratus.

Mengurangkan masalah berat badan - Kedua-dua ibu dan bayi boleh mendapat manfaat daripada aspek ini. Ibu dan bayi akan kurang berisiko mendapat obesiti (kegemukan). Ini kerana menyusu dapat membantu ibu membakar lebih kurang 500 kalori setiap hari. Selain itu, susu ibu adalah lebih sihat daripada mana-mana susu pasaran lain dari segi nilai pemakanan. 

Proses penyembuhan lebih baik selepas bersalin - Apabila seorang ibu menyusukan anaknya, hormon yang dipanggil oksitosin akan dirembeskan. Bahan ini menjadikan rahim mengecut dan mengurangkan kehilangan darah selepas bersalin. Penyusuan juga mempercepatkan proses rahim kembali ke saiz asal. Jika kita menyusukan bayi, tempohnya hanya mengambil masa kira-kira enam minggu berbanding 10 minggu bagi mereka yang tidak menyusukan bayi mereka.

Mengurangkan risiko kanser - Penyusuan badan juga boleh menurunkan kanser tertentu untuk bayi. Bagi si ibu pula, ianya dapat mengurangkan risiko kanser payu dara sebelum menopaus dan kanser ovari.

Ikatan ibu dan anak lebih baik - Menyusukan bayi dan melihat mereka membesar hari demi hari dapat menguatkan ikatan antara ibu dan anak.

Vaksin yang hebat untuk bayi - Kajian menunjukkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu mempunyai tindak balas antibodi yang lebih hebat berbanding kebanyakan vaksin yang diambil oleh bayi.

Melewatkan haid - Apabila si ibu menyusukan bayinya, ia boleh melambatkan ovulasi dan haid. Dengan prolaktin yang dikeluarkan semasa penyusuan, estrogen dan progesteron akan berada pada paras yang rendah, dengan itu ovulasi tidak diaktifkan.

Penyelesaian mesra bajet - Susu badan sentiasa ada pada jumlah dan suhu yang betul untuk bayi. Selain itu, ia boleh bertukar secara semulajadi untuk memenuhi permintaan bayi. Apabila bayi kita baru dilahirkan, kolostrum iaitu susu awal berada dalam tekstur berair dengan penuh antibodi untuk memuaskan kelaparan pada bayi yang baru lahir. Kemudian, apabila bayi memerlukan lebih banyak kalori untuk berkembang, susu badan menjadi kaya dengan gula dan lebih tinggi jumlah kalorinya. Untuk perubahan ini, ibu yang menyusukan tak perlu mencari maklumat mengenai jenama  atau fakta pemakanan. 

Semoga ianya bermanfaat pada semua..
*Sumber kredit : Hello Doktor


#shikinrazalidotcom #teambpt #bloggerpantaitimur #bloggerterengganu #bloggersepang



6 comments:

  1. dpt menyusukan, adalah satu rezeki yg indah bagi sorang ibu :)
    khasiatnya, Allahu Akbar... sgt besar!

    ReplyDelete
  2. 11. Boleh jimat tak payah beli susu fomula.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..moment terindah dapat menyusukan anak.

    ReplyDelete
  4. Memang moment yang ohsem bila dapat menyusukan anak..
    Bagus perkongsian shikin ini..

    ReplyDelete

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧

GooglePlus Followers