Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Bersawang jurnal nie...

Thursday, May 30, 2019



Assalamualaikum wbt..
Allahu.. Lama rasanya saya tak update jurnal nie, maaf.. Dengan kerja hakiki yang begitu banyak, saya mengalami kemurungan atau lebih dikenali sebagai deppression sekejap..

Kalau ada sesiapa yang perasan pada facebook dan whatsapp, saya menggelapkan gambar, itulah yang terjadi pada dunia perasaan saya.. Ini kerana ada kisah sedih yang penah terjadi pada bulan Ramadhan dan minggu Lailatul Qadar, kisah yang mengubah kehidupan saya selepas itu.. 

Perasaan saya dah mula stabil semula.. Tapi perasaan sedih masih lagi menyelubungi emosi.. Semoga perasaan ini hilang untuk selamanya.. Aamiin.. Aamiin.. Aamiin...Ya Rabbal Alamin.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Tiara Sapphire

Tuesday, May 28, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Okey, minggu terakhir untuk bulan Mei nie saya nak review pada rakan saya yang bertuah pada minggu nie.. Jom kita kenal-kenal dengan beliau...


Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Tiara Sapphire

Blog Tiara Sapphire... Nama Tiara Sapphire nie biarlah dirahsiakan kerana di dalam blog beliau pun lebih dikenali dengan Tiara Sapphire jugak, hihihi.. Berumur dalam lingkungan 20-an dan beliau berasal serta tinggal di Kedah... 

Macam biasa kami kenal melalui segmen dan GA anjuran rakan-rakan blogger lain, dan Tiara nie merupakan salah sorang Top Commentator dalam jurnal saya yang agak konsisten dalam drop down komen.. Blog Tiara lebih berkisarkan pelbagai review dan sipnosis novel, movie, drama serta tutorial.. Kalau awak nak tau movie yang terkini, bolehlah jenguk ke blog beliau.. Walaupun dia banyak buat entri mengenai review dan sipnosis, dia jugak selalu support rakan-rakan blogger yang lain dengan menyertai pelbagai segmen dan GA anjuran rakan-rakan blogger dia.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah :-

Telefilem | Cruise Cinta Lebaran ;
Nak Cari Dan Download Drama Korea? ; 
Novel | Si Baju Kurung Kasut Kanvas ;
Gomen Aishiteru ;

dan banyak lagi kisah-kisah yang menarik untuk dibaca..



www.shikinrazali.comKepada Tiara, terima kasih akak ucapkan pada awak kerana sudi menjadi sahabat akaan dalam alam maya nie.. Terima kasih jugak kerana awak terus menerus memberi komen dalam jurnal akak walaupun akak jarang nak tinggalkan komen dalam blog awak.. Tapi blog awak memang selalu jadi rujukan akak untuk tengok drama dan movie especially movie Jepun yang awak dah buat review.. hihihi terima kasih.. Akak doakan agar awak sentiasa di bawah lindunganNya dan semoga awak terus sukses dalam dunia blogging.. Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah selalu.. Keep it up and always being positive in your life..



Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog Tiara Sapphire dan salam perkenalan pada semua...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



read more

Untuk Warga Terengganu, peluang untuk menjadi bomba bantuan kini DIBUKA hingga 2 JUN 2019...

Friday, May 24, 2019

Assalamualaikum wbt.. 
Okey, sapa-sapa yang nak jadi salah sorang ahli beruniform Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, bolehlah isi borang untuk mengisi jawatan ini.. 

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu

Jadi, adik-adik, kakak, abang yang berkelayakan bolehlah isi jawatan nie, manalah tau kot-kot rezeki awak untuk menjadi anggota bomba.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cik Ash

Tuesday, May 21, 2019


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, again my weekly entry has back in schedule.. Kali nie kita berkenalan dengan sahabat blogger pilihan saya pada minggu... Jom..


Blog Cik Ash... Nama di sebalik nama pena Cik Ash nie adalah Sharifah Ashikin Binti Syed Ali, hihi boleh dikatakan kembar saya sebab nama kami hampir sama, iaitu Ashikin... Cik Ash berasal daripada Kuantan dan kini dia menetap di Sungai Petani.. Berumur dalam lingkungan 30-an dan telah berumahtangga.. Cik Ash nie merupakan seorang surirumah sepenuh masa di samping menjadi seorang blogger sepenuh masa dan dia mula berblog sejak tahun 2010 lagi, lebih kurang dengan usia jurnal saya jugak.. 

Macam biasa, kami kenal melalui segmen dan GA yang dianjurkan oleh rakan blogger lain dan Cik Ash adalah salah sorang rakan blogger yang rapat dengan saya dan kami mempunyai minat yang sama iaitu kucing... Cik Ash agak konsisten dalam memberi komen di jurnal saya, cuma saya jea yang tenggelam timbul tapi saya pasti bukan saja Cik Ash tapi rakan-rakan yang lain mungkin memahami situasi saya.. hihihi..Kalau awak nak tau, blog Cik Ash memang agak terkenal di kalangan blogger Malaysia kerana dia selalu berkongsi idea resipi yang menarik bukan saja di dalam blog dia, malah di media sosial yang lain seperti facebook dan Instagram..Bukan resipi saja dia kongsikan dalam blog, malah ada pelbagai info yang menarik yang boleh dijadikan rujukan dan panduan hidup.. Satu lagi yang menarik tentang Cik Ash nie adalah dia pandai membuat design watermark, header blog, header facebook dan kad kawin.. So pada awak yang dah bosan dengan header dan watermark sedia ada, bolehlah hubungi Cik Ash untuk membuat rekaan yang baru.. 

Antara entri yang menarik dikongsikan oleh Cik Ash adalah :-

Design Kad Kahwin ;
Buat Bawang Putih Goreng Churcy Crispy ;
Cara Membuat Origami Bunga Lily ;
Renungan Bersama | 7 Sunnah Hebat ;

Dan banyak lagi entri yang menarik...


Kepada Cik Ash, terima kasih saya nak ucapkan pada awak kerana masih sudi menjadi rakan blogger saya, walau kita tak pernah jumpa tapi ikatan persahabatan antara kita menjadi kuat.. Mungkin jugak nama kita sama kot tue yang ada keserasian, hihihi.. Apapun saya doakan agar kita sama-sama dikurniakan zuriat yang comel satu hari nanti, dan Insha Allah apa kita doakan Insha Allah akan dimakbulkan oleh Allah.. Jangan putus asa dan selalu bersangka baik dengan Allah.. Saya doakan agar Cik Ash sentiasa sukses dalam dunia blogging dan semoga Cik Ash sekeluarga dirahmati, diberkati dan dilindungi oleh Allah SWT... Terima kasih kerana selalu bagi sokongan pada saya dengan selalu drop down komen kat jurnal saya, mintak maaf kerana saya jarang drop down dalam blog awak.. Tapi saya selalu menjadi silent reader dalam blog awak terutama bila awak bercerita tentang Mekcik.. Apapun, teruskan perjuangan awak dalam memberikan ilmu yang bermanfaat kepada pembaca awak.. Best of luck, my friend..


Jom kita kenal dan singgah ke blog Cik Ash dan salam perkenalan pada semua.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



read more

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Raydah

Tuesday, May 14, 2019

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Okey, back to schedule again.. Alhamdulillah.. Okey, kali nie siapa pulak yang saya nak kenalkan dengan awak suma.. Jom kita kenal-kenal dengan sahabat saya pada minggu ini.. 

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Raydah

Blog Raydah Alhabsyi... Lebih dikenali sebagai Ray dalam kalangan rakan-rakan blogger, berumur dalam lingkungan 20-an, seorang student dan merupakan salah sorang ahli Blogger Pantai Timur (BPT).. 

Persahabatan kami macam biasa bermula daripada segmen dan GA rakan-rakan blogger yang lain dan menjadi rapat setelah kami join group BPT.. Walaupun kami berdua jarang drop down komen dekat blog masing-masing tapi kami saling berbalas whatsapp dan bertanya khabar.. Saya suka dengan karakter Ray yang walaupun nampak gila-gila perangainya (hihi nie masa saya selalu tengok status kat whatsapp) tapi sebenarnya terselit kesopanan, sifat hormat pada orang yang lebih tua dan sifat pemalu Ray walaupun kami tak penah berjumpa.. Okey, kalau awak nak tau, blog Ray adalah salah satu blog berbahasa Inggeris dekat Malaysia nie, dan kebanyakan entri blog dia menceritakan tentang kehidupan dirinya.. Ada jugak dia membuat review tapi mungkin dek kesibukan dia sebagai seorang pelajar, so dia tak sempat nak buat apa-apa review.. Kalau ikutkan Ray telah berblog sejak tahun 2013, tapi entrinya bermula sejak tahun 2017, mungkin dia dah delete entri terdahulu ataupun dijadikan draft.. 

Antara entri yang menarik perhatian adalah :-

My Favourite Online Tools | iLovePDF ;
Is This Anxiety? | Decisions Decisions ;
Type Of Women Bags You Should Know ;
There Was An Explosion In Our Hotel Room ;

Dan banyak lagi kisah yang menarik.. 


notesKepada Ray, terima kasih akak ucapkan pada awak kerana sudi menjadi rakan blogger akak, walaupun kita berdua jarang drop down komen dalam blog / jurnal masing-masing tapi kita selalu bersapa dalam whatsapp, kan.. hihi sebenarnya akak memang suka tengok status awak yang selalu bersenam, pada waktu pagi dan petang, akak rasa terhibur dengan kaletah awak.. Akak rasa macam kita ada pertalian persaudaraan, hihi tak taulah betul ke tak tapi itulah naluri akak rasakan.. Akak doakan agar awak sentiasa sukses dalam pembelajaran awak dan menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara.. Semoga awak sekeluarga dilindungi, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT dan semoga awak sukses dalam dunia blogging.. 

blogwalking

Jom kita kenal dan singgah ke blog Raydah Alhabsyi dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



read more

Terima hadiah daripada blogger Shalimar Yusof | Hadiah Giveaway

Saturday, May 11, 2019


Assalamualaikum wbt..
Terima kasih Shalimar Yusof kerana kirimkan hadiah yang comel nie pada akak.. Alhamdulillah, parcel awak selamat sampai pada hari Khamis lepas.. Hadiah nie adalah hadiah GA di Instagram Shalimar Yusof pada bulan lepas.. Sebenarnya saya dah lupa pasal GA tue, maklumlah saja nak support rakan-rakan blogger yang anjurkan GA, jadi menang ataupun tak,ianya langsung tak menjadi masalah bagi saya..

Tetiba saya dapat direct message daripada Shalimar di Instagram, dimintanya details mengenai saya kerana saya salah sorang yang bertuah menerima hadiah GA.. Mula-mula macam blur jea tapi bila tengok semula history kat Insta Shalimar, barulah saya ingat yang saya ada join GA dia dulu.. hihihi..



Inilah hadiahnya.. Alhamdulillah.. Terima kasih Shalimar dan tahniah jugak pada rakan-rakan yang berjaya...


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mamapp

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna

Assalamualaikum wbt..
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada awak suma, selamat berbuka puasa dan selamat bersahur diucapkan pada awak semua.. Mintak maaf kerana minggu nie saya memang sibuk sangat dengan tugasan hakiki, dan tak sempat nak buat entri mingguan saya nie.. Maaf sangat-sangat.. Okey, kali nie kita berkenal-kenal dengan sahabat saya minggu nie..

Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mamapp

Blog Mamapipie... Nama di sebalik nama pena ini adalah kak Suhada Binti Ahmad atau lebih saya kenal sebagai Kak Adda, berumur dalam lingkungan awal 40-an, berasal daripada Muar dan kini dia tinggal di Shah Alam.. Kak Adda telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai seorang cahayamata yang sangat hensem.. 

Persahabatan antara kami macam biasa melalui segmen dan GA anjuran rakan-rakan blogger dan saya pun selalu jugak join GA ataupun segmen anjuran daripada Kak Adda sendiri.. Kak Adda adalah salah sorang rakan blogger saya yang paling paling paling supportive dalam perjalanan jurnal saya.. Dia selalu singgah ke jurnal dan memberi komen yang membuatkan saya makin bersemangat untuk teruskan penulisan blog.. Ada masanya kalau saya ada masa, saya akan drop down komen saya dalam blog kak Adda tapi selalunya saya akan menjadi silent reader aktif dalam blog kak Adda.. Kak Adda jugak selalu menjadi salah sorang Top Commentator dalam jurnal saya, jadi memang dia seorang yang aktif dalam jurnal saya.. Apa yang menariknya dalam blog kak Adda adalah ada pelbagai cerita yang menarik yang diceritakan, termasuklah pelbagai review, pelbagai resipi, pelbagai info keibubapaan dan macam-macam lagi.. 

Antara entri yang menarik untuk dibaca adalah  :-

Tips Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadhan ;
Resipi Siakap Kengsom Mudah Dan Sedap ;
Senaman Ibu Mengandung Untuk Mudahkan Bersalin (Bergambar) ;
Cara Pulangkan Barang Rosak Lazada ;

dan banyak lagi entri yang menarik dalam blog beliau...


notesKepada Kak Adda, terima kasih banyak-banyak kerana akak menjadi rakan blogger saya yang paling supportive, paling aktif dalam jurnal saya, walaupun saya adakalanya kurang drop down memberi komen dalam blog akak.. Terima kasih kerana akak selalu memberikan komen yang membuat saya lebih bersemangat untuk meneruskan penulisan saya dalam jurnal, sebab adakalanya akak selalu tanya khabar jika saya tak menulis pada minggu tertentu.. Saya berharap satu hari nanti kita akan bertemu sebab kita tinggal berdekatan jugak.. hihihi.. Saya doakan agar akak lebih bersemangat dalam dunia blogging dan teruskan memberi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca-pembaca blog akak.. Saya doakan agar kehidupan akak sekeluarga diberkati, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT.. Saya juga doakan agar akak terus sukses dalam dunia blogging.. Terima kasih atas segala-galanya.. 

blogwalking

Jom kita kenal dan singgah ke blog Mamapp dan salam perkenalan pada semua.. 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #sahabatbloggerpilihanStarlavenderluna



read more

8 lokasi pilihan penulis buku popular

Thursday, May 02, 2019

Assalamualaikum wbt..
Satu fakta yang bagus untuk kita tahu, buku bukan saja boleh membawa kita meneroka tempat-tempat yang menarik serta mengujakan tapi ianya juga boleh membawa kita ke alam baru seolah-olah kita boleh berimaginasi dengan karakter dalam buku tersebut. Bersempena dengan Hari Buku Sedunia yang telah kita sambut pada 23 April yang lalu, jom kita jelajah bersama-sama, menjejaki asal usul beberapa penulis buku yang terkenal dan popular kerana disitulah mereka mengilhamkan beberapa karya agung mereka...

Penulis : Gabriel Garcia Marquez
Karya penting : One Hundred Years Of Solitude terbitan HarperCollins, Love In The Times Of Cholera terbitan Penguin Classics
Tempat menarik : Casa Museo, Casa del Telegrafista
Fakta menarik : Perbandaran Aracataca dibina sepanjang sungai dengan nama yang sama dan ia juga merupakan tempat kelahiran pemenang Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan, Gabriel Garcia Marquez. Kampung Macondo di dalam karya agung Garcia Marquez, One Hundred Years Of Soliture ditulis berdasarkan Aracataca. Jelajahi rumah kelahiran Garcia Marquez yang kini telah dijadikan muzium dan Casa del Telegrafista. 

Penulis : Ricky Lee
Karya penting : Para Kay B terbitan Philippine Writer's Studio Foundation
Tempat menarik : Kepulauan Calaguas, Pulau Apuao Grande, Pantai Bagasbas
Fakta menarik : Hasil kerja Ricky Lee bukan saja dalam penulisan novel Para Kay B, malah beliau juga terlibat dalam penulisan skrip filem dan teater. Beliau pernah menghasilkan karya untuk pengarah Filipina yang terkenal seperti Lino Brocka dan Ishmael Bernal serta menerbitkan sebuah buku panduan skrip filem yang berjudul Trip To Quiapo yang kini telah menjadi sebuah rujukan utama bagi kolej-kolej bidang komunikasi di Filipina. Kunjungi tempat kelahiran Ricky iaitu Camarines Norte di wilayah Bicol dan nikmatilah pantai-pantai yang indah di Pulau Apuao Grande dan gugusan Pulau Calaguas.

Penulis : Mohammad Al-Murr
Karya penting : Dubai Tales dan The Wink Of The Mona Lisa terbitan Motivate Publishing
Tempat menarik : Burj Khalifa, Palm Jumeirah
Fakta menarik : Anak kelahiran Dubai, Mohammad Al-Murr pernah memenangi anugerah penulis cerita pendek dan menerbitkan lebih 10 buah himpunan cerpen. Kompilasi Dubai Tales menampilkan kisah hidup di Dubai mengikuti arus fikiran moden dan perasaan bangga terhadap tradisi negara tersebut. 

Penulis : J.K. Rowling
Karya penting : Siri Harry Porter terbitan Bloomsbury
Tempat menarik : Edinburgh Castle, The Royal Botanic Gardens, Dynamic Earth, Underground Edinburgh, The Scotch Whisky Experience
Fakta menarik : Walaupun Rowling dilahirkan di Yates, England tapi beliau banyak meluangkan masa di Edinburgh dan kebanyakan buku-buku Harry Porter ditulis di sana. Kunjungilah kafe-kafe yang dikatakan pernah dikunjungi oleh Rowling untuk tujuan menulis dan daftar masuk ke Radisson Collection Hotel, Royal Mile Edinburgh.

Penulis : Dante Alighieri
Karya penting : The Divine Comedy dan Vita Nuova terbitan Penguin Classics
Tempat menarik : Gereja Santa Margherita del Cerchi, Ponte Vecchio, Piazza della Signoria dan Loggia dei Lanzi
Fakta menarik : Tempat ini dikatakan era kebangkitan Renaissance. Florence adalah merupakan ibu kota kebudayaan Itali dan juga tempat penyajak Dante bertemu dengan kekasihnya Beatrice yang menjadi sumber inspirasi kepada karya agungnya termasuk Vita Nuova dan The Divine Comedy.

Penulis : Orhan Pamuk
Karya penting : Snow dan The Museum Of Innocence terbitan Faber & Faber
Tempat menarik : Museum Of Innocence, The Blue Mosque, Hagia Sophia Museum
Fakta menarik : Pamuk telah dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan pada tahun 2006 dan turut diraikan sebagai pemenang Hadiah Nobel yang pertama dari Turki. Hasil karya beliau banyak menampilkan kebudayaan dan politik Turki. Beliau juga telah mengasaskan Museum Of Innocence berdasarkan novelnya dengan nama yang sama.

Penulis : Haruki Murakami
Karya penting : Kafka On The Shore dan 1Q84 terbitan Shinchosha
Tempat menarik : Ikuta Shrine, Arima Onsen, Jambatan Akashi-Kaikyo
Fakta menarik : Murakami dibesarkan di Kobe, sebuah kota yang menjadi latar belakang kepada beberapa buah karya beliau seperti novel sulung yang berjudul Hear The Wind Sing. Karya Murakami menampilkan unsur surealisme yang seringkali mengangkat tema melankolia dengan bayangan kedamaian tempat-tempat pemujaan dan keindahan alam semula jadi di kota pinggir pantai.

Penulis : Jenny Han
Karya penting : To All The Boys I've Loved Before terbitan Simon & Schuster
Tempat menarik : Bangunan Empire State, Statue Of Liberty, Jambatan Brooklyn, Broadway
Fakta menarik : Walaupun Han berasal daripada Virginia, New York adalah tempat kerjayanya sebagai penulis novel cereka berkembang.

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Top Commentator bulan Mei 2019.. Tahniah...!

Top Commentator bulan Mei 2019.. Tahniah...!

Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, saya masih lagi konsisten untuk beri penghargaan pada rakan-rakan yang rajin tinggalkan nota bermakna dalam jurnal saya.. Terima kasih banyak-banyak saya ucapkan kerana awak suma selalu tinggalkan nota-nota yang bermakna untuk saya, walaupun saya jarang tinggalkan komen kat blog awak.. hihihi.. Sebenarnya ada yang pelik melihat entri nie kerana selalunya orang akan umum Top Commentator pada bulan lepas, tapi saya buat lain daripada lain, iaitu pada rakan-rakan yang tersenarai pada hari terakhir bulan lepas akan diumumkan pada bulan ini.. hihi so, dah faham apa yang saya terangkan nie..? 

Jadi, inilah 10 orang yang bertuah yang menjadi TOP COMMENTATOR dalam jurnal saya, TAHNIAH diucapkan kepada...

Top Commentator bulan Mei 2019.. Tahniah...!


Saya nak ucapkan 'Selamat Kembali' ke carta bulanan saya iaitu Cik Ash, Cik Tie, Mijablur dan Farhana Jafri dan tahniah pada 4 orang sahabat saya ini kerana dapat masuk semula ke carta bulanan saya. Okey, bulan ini ada sorang sahabat saya yang bertuah untuk menerima saguhati, dan orang itu adalah....

Top Commentator bulan Mei 2019.. Tahniah...!

TAHNIAH diucapkan kepada yang tersenarai.. Pada Cik Nor, sila whatsapp kepada saya (019-9884032) tentang butiran Cik Nor seperti nama penuh, alamat penghantaran dan nombor telefon untuk penghantaran saguhati...TAHNIAH diucapkan kepada yang terpilih dan kesemua 10 rakan yang bertuah ini saya buatkan satu bloglist khas sehingga 31 Mei 2019...Kepada yang tak tersenarai, jangan berhati walang yea, Insha Allah mungkin minggu depan nama awak pulak yang berada di dalam carta bulanan saya, sapa tau kan..

Top Commentator bulan Mei 2019.. Tahniah...!


TAHNIAH DAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA-GALANYA... 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #topcommentator



read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ▼  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ▼  May (9)
      • Bersawang jurnal nie...
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Tiara S...
      • Untuk Warga Terengganu, peluang untuk menjadi bomb...
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Cik Ash
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Raydah
      • Terima hadiah daripada blogger Shalimar Yusof | Ha...
      • Sahabat blogger pilihan Starlavenderluna : Mamapp
      • 8 lokasi pilihan penulis buku popular
      • Top Commentator bulan Mei 2019.. Tahniah...!
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Menjelang Ramadhan
  • Afzan Sidi
    WORDLESS WEDNESDAY~MARHABAN YA RAMADHAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Air kotak laici
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.