![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikWtRgV6T6PgKW-Pe9eLxQnk-xeK0PR2PfRBAyl-kLCL2NDkNbEYlfo6j0kry1vKPN0qcrRqAc7O4Qh36dFApEptvByyuhbZefIRk1lybRpE_cj8WXYl-6-c-IS4aMmOWY_DQ01zyq1j8/w640-h488/palace_of_the_golden_horses_exterior_kuala_lumpur_malaysia.jpg)
Assalamualaikum,
Alhamdulillah, segala kenduri kahwin sahabat aku telah selamat aku pergi dan pulang ke rumah... Aku baru sahaja sampai di rumah kerana menghadiri kenduri kahwin sahabat aku di Palace Of The Golden Horses Hotel di Seri Kembangan... Buat pertama kali aku dan hubby menjejak kaki ke sini dan kami selamat sampai di situ dengan bantuan GPS aku... hehehe memang kelas tertinggi sahabat aku ini, maklum sahaja dia ini seorang peniaga emas... Perniagaan emas yang sering diperkatakan oleh kebanyakan orang... Memang betul Rasulullah SAW telah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud "9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Tetapi untuk memulakan perniagaan adalah modal dalam bentuk wang kerana pada zaman sekarang kita memerlukan wang untuk membeli barang atau apa sahaja yang melibatkan wang.... Oh ya! Ini untuk promosi sahaja dan jikalau kamu semua minat dengan barang ini, sila layari laman blog aku yang satu lagi yea.... Produk ini berasaskan susu kambing yang diadun dengan herba Arab... Aku menjumpai satu laman web yang menceritakan tentang produk susu kambing kerana ummie aku telah meminta aku meminum susu kambing bagi membantu aku untuk hamil... Aku minum produk susu kambing ini sejak 4 bulan yang lalu... Apa yang menakjubkan Al-Hamdulillah, senggugut aku telah hilang sama sekali kerana aku sememangnya mengalami senggugut yang amat teruk hingga aku terpaksa mengambil cuti sakit.... Walaupun produk ini adalah minuman tambahan tetapi dengan berkat usaha, aku akan hamil juga dengan izin Allah SWT..... Nama produk ini SK Al-Khishbun dan keterangan lanjut, layari blog aku ini :
http://lunamoon-collections.blogspot.com
![](http://dl5.glitter-graphics.net/pub/1626/1626925ptcqdtxfdq.jpg)
Assalamualaikum,
Astaghafirullahadzim, aku terlupa untuk berniat puasa hari ini kerana aku masih mempunyai hutang puasa 3 hari lagi... Insya Allah aku akan berpuasa pada hari Ahad ini kerana esok aku mempunyai majlis kenduri kahwin sahabat aku di Palace Hotel dekat Seri Kembangan.... Hari ini macam biasa aku dan sahabat aku akan ke Alamanda dan kali ini kami pergi agak lama sedikit kerana dia hendak membeli beberapa barang keperluan dan aku juga ingin membeli scrub muka.. Scrub muka yang aku maksudkan ialah St. Ives Apricot Scrub.... Ianya memang sesuai dengan muka aku dan hubby pun memakai scrub ini akibat terpengaruh dari aku...hehehe.... Aku sudh cuba scrub muka jenama lain tetapi ianya tidak sesuai dengan kulit muka aku dan hanya ini sahaja produk yang aku gunakan... Manakala pencuci muka pula aku gunakan jenama Safi Gamat...
![](http://dl.glitter-graphics.net/pub/2084/2084011h4cqauk2m8.gif)
Astagfirullahaladzim... Ya Allah, ampuni aku, ampuni suami aku, ampuni kedua-dua ibu bapa kami, ampuni keluarga kami, ampuni semua umat Islam Ya Allah... Berikan kami petunjuk dan hidayah-Mu kepada kami.... Terima taubat aku Ya Allah... Terima taubat suami aku, terima taubat kedua-dua ibu bapa kami, terima taubat keluarga kami, terima taubat umat Islam Ya Allah.... Amin Ya Rabbal Alamin....
![](http://dl3.glitter-graphics.net/pub/1648/1648253v61180t9uk.gif)
Kalau semalam aku mengambil cuti rehat, hari ini giliran pegawai aku pula mengambil cuti rehat kerana pengasuh anak dia telah minta kebenaran untuk cuti rehat, jadi terpaksa mengambil cuti rehat bagi menjaga anak-anak dia... Kasihan tetapi kelakar... Ramai juga rakan-rakan bertanya pasal dia sampai aku naik letih untuk menjawab semua persoalan dia... Dalam unit kami ini, hanya kami berdua sahaja yang merupakan kakitangan perpustakaan... hehehe tiada orang lain melainkan kami berdua... Jadi mana-mana kami pergi, seolah-olah kami ini belangkas di mana ada pegawai di situ ada aku di sisi... hehehe seolah-olah kami tidak dapat dipisahkan... Aiseh... Ini tidak ada kena mengena hendak "mengipas" atau merasuah boss seperti dakwaan sesetengah pihak... Tidak mengapa, Allah tahu isi hati aku sama ada aku ini jujur di dalam pekerjaan atau tidak....
![](http://dl10.glitter-graphics.net/pub/2284/2284380jsnhd5wpzc.gif)
![]() |
Kad ini yang aku guna.. Memang jimat.... |
![](http://dl6.glitter-graphics.net/pub/2148/2148046vy7rf3f0k5.gif)
Tepat jangkaan aku, anak kucing yang aku jumpa semalam telah mati...Badannya agak sejuk dan keras jadi aku jangka kematian dia mungkin berlaku pada tengah malam tadi... Rest in peace my poor kitten.... Mungkin juga ianya telah ditakdirkan yang Si Kecik tidak mempunyai anak dan sejak anak dia mati beberapa hari lalu, dia seolah-olah menjadi seperti seorang ibu yang mencari-cari anak, seolah-olah dia meroyan... Apa? Ingat manusia sahaja yang boleh meroyan, kucing pun tahu sayangkan anak jadi dia menjadi tidak tentu hala dan asyik mengiau mencari anak dia.... Kasihan betul aku melihat dia tetapi apa yang boleh aku lakukan selain membelai dia dan mengusap bulu dia agar dia menjadi tenang.... Esok aku mengambil cuti rehat kerana ingin menenangkan fikiran aku serta menemani hubby yang turut bercuti selama 4 hari berturut-turut mulai esok hingga hari Khamis ini... Sebabnya, mungkin hanya dia sahaja yang tahu tapi aku tahu yang sebenarnya dia masih lagi tidak sihat sepenuhnya.... Batuk dia tidak berkurangan dan asyik batuk pada waktu malam khasnya... Tapi sebab utama aku hendak bercuti pada hari esok adalah kerana kami hendak pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bertanya tentang prosedur mengambil anak angkat.... Insya Allah aku akan maklumkan pada semua nanti....
![](http://dl7.glitter-graphics.net/pub/472/472657jwj12tm2v3.gif)
Seperti jangkaan aku, seekor lagi anak kucing aku yang terakhir telah mati pada pagi tadi... huhuhu..... Rest in peace Si Cotek..... Cotek mati kerana kesedihan yang amat dan mungkin dia merindui adik-adik dia... Aku terfikir apakah yang sedang berlaku? Adakah penyakit menyerang semua anak-anak kucing aku ini hingga menyebabkan kematian kepada mereka? Pada sebelah petang aku menemui seekor anak kucing dan keadaan anak kucing itu lebih kurang sama dengan keadaan anak kucing aku yang telah mati... Aku membawa dia ke dalam sangkar dan memberi dia makanan serta susu, tetapi dia terlalu lemah dan tidak mampu untuk menelan sebarang makanan, aku fikir mungkin esok atau lusa dia akan mati.... Kesedihan aku bertambah pilu kerana melihat keadaan dia dan aku masukkan dia ke dalam sangkar dan selimut badan dia agar dia tidak kesejukan.... Kita tengok macam mana keadaan dia pada esok hari...Mudah-mudahan dia akan selamat dan sihat selalu kerana aku lihat bulu dia seakan-akan Si Bulat aku yang telah hilang hari itu.....
![](http://dl7.glitter-graphics.net/pub/171/171687iu6krczy4n.gif)
Assalamualaikum,
Satu lagi berita mengejutkan aku, anak kucing aku yang kedua telah mati pada pagi tadi dan namanya ialah Abu... Alangkah sedihnya hati aku ini kerana mereka semua telah mati... Kasihan aku melihat Si Cotek kerana sewaktu aku balik dari kerja, aku melihat hubby sedang menanam Abu dan aku melihat Si Cotek iaitu anak kucing ketiga aku sedang termenung,melihat adiknya ditanam... Lantas aku mengambil dan mendukung dia dan aku melihat dia sedang mengalirkan airmata,mungkin dia memahami dan sedih bila melihat adik-adik telah pergi meninggalkan dia seekor diri... Manakala ibunya iaitu Si Kecik asyik mengiau sahaja kerana mencari anaknya yang hilang..... Kemudian aku terus meletakkan Si Cotek di dalam sangkar dan hati aku telah terdetik mungkin Si Cotek akan mengikut jejak langkah adik-adik dia.... Hati aku terasa hiba dan sedih bila melihat dia menangis...
![](http://dl8.glitter-graphics.net/pub/350/350758hgthp12u5o.gif)
Assalamualaikum,
Sekarang ini kita sudah memasuki pertengahan bulan Jun dan kita akan memasuki bulan Julai tidak berapa lama lagi... Bila difikirkan semula, banyak perkara lagi yang perlu aku lakukan dan terlalu banyak perkara untuk difikirkan... Tetapi apapun aku harap agar semuanya akan berjalan dengan lancar... Tapi masalah dunia ini lagi memeningkan kepala aku sampaikan aku sudah naik muak dengan kelakuan manusia-manusia yang berkelakuan seperti tidak bertamadun... Kenapa manusia sekarang semakin tidak bertamadun, semakin rakus dalam apa jua keadaaan?? Di mana silapnya kita sebagai manusia? Kenapa kita berkelakuan sedemikian? Pembunuhan di merata tempat, ketindasan antara manusia lemah dan manusia kuat dan bermacam-macam lagi ragam manusia... Memang dunia semakin maju tetapi akhlak dan sikap kita sebagai manusia semakin mundur, malah lebih mundur dari zaman jahilillah.....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEimYq10dhVG1DvtjqfkJwtsH1ZHsip4sVEsEjUJBfOuPUGDzqrPEjviCkVm15MpN08OP4ctUZez6HRP1WNTpLTqVuLBRUzGrtf3iITFXV7I0q2-eDnYRTChZK3AgemNUaFxl-5rkabNKEDD/s200/essentialoilspicture.jpg)
![](http://101healthsupplements.com/images/L3-bilberry-bowl.jpg)
![](http://marinesuppliers.in/images/FFA/eyeprotectionproducts.jpg)
Aim your car vents down
at your feet, not at your eyes. Air-conditioned air, which is dry,
sucks moisture out of the eyes like a sponge, so direct the airflow away
from your face. Serious dryness can lead to corneal abrasions and even
blindness.
Eat fish twice a week.
Fish are a rich source of omega-3 fatty acids-proven to reduce the risk
of dry-eye syndrome. If you can't stand fish, try fish-oil supplements.
Cook with red onions, not yellow. Red onions contain more quercetin, an antioxidant that is thought to protect against cataracts.
Put on sunglasses
whenever you leave the house. Not only will they block out the harsh
glare of the sun, but they'll also protect your eyes from the drying
effects of wind.
![](http://swarthmorecoop.files.wordpress.com/2012/02/heirloom-sweet-potato.jpg)
Remove eye makeup every night. This prevents small pieces of the makeup from winding up in your eye, which could possibly scratch your cornea.
![](http://www.yourwellnessconnection.com/wp-content/uploads/2010/03/enb07440x_spinach.jpg)
![](http://www.dreamstime.com/herbs-and-spices-thumb5446962.jpg)
![](http://www.bestselection.com.my/images/products/others/Face%20Towel.jpg)
Check your blood pressure every
month. You can do this at home with a do-it-yourself monitor cuff. High
blood pressure in unchecked, can damage vessels in the eyes.
Walk at least four times a week.
Some evidence suggests regular exercise can reduce the intraocular
pressure, or IOP, in people with glaucoma. In one study, glaucoma
patients who walked briskly four times a week for 40 minutes lowered
their IOP enough so they could stop taking medication for their
conditions. It's also possible although there's no proof yet, that
walking could also reduce your overall risk of developing glaucoma.
![](http://www.binbin.net/photos/generic/dou/double-bell-alarm-clock.jpg)
When you are working or reading, set your alarm
to beep every 30 minutes. Use this as a reminder to look up and away to
some distant point for 30 seconds. This helps prevent eye fatigue and
eye strain.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjyJAvByGd2fszOz4UGCwPJikQh3kmtcPWZoSCd1cCjGK6LKQ3zrVtjMsjLgZeO6h9pI7FbWgUFgak-fc94oePC46RD6nSXMXdmyd7yS_H5aoNbTd2kmhxb8bWpx1Wv3_gFGXIYB82uoxRa/w400-h343/hari+bapa.jpg)
Assalamualaikum,
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari
Bapa kepada semua bapa dan bakal bapa di seluruh dunia... Kasih sayang
seorang bapa tiada tandingan dan tanpa kasih sayang bapa, siapalah
kami.... Abah, terima kasih kerana menjaga dan mendidik aku selama ini dan hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasamu dan aku sentiasa akan mendoakan kesejahteraan abah... Kami sayang abah!!!
![](http://dl3.glitter-graphics.net/pub/186/186543kf2546wskc.gif)
Assalamualaikum,
Hati aku terdetik sedih kerana melihat anak kucing aku si Comel mula sakit, akibat kekurangan susu... Sampaikan bila aku pegang badan, ianya mulai lembik menandakan tanda-tanda ianya akan mati... Sebab semasa kucing pertama aku Si Hitam mengalami sakit-sakit yang sama simpton dengan Si Comel, dan aku bawa dia jumpa dengan doktor, dia sendiri beritahu pada aku yang seandainya badan kucing mulai lembik, itu tandanya dia akan meninggalkan dunia ini tidak beberapa lama lagi... Si Comel aku sememangnya seekor anak kucing yang aktif tetapi sejak beberapa hari ini dia mula tidak mahu menyusu dan bila aku menyuakan ke tempat ibunya, dia langsung melarikan diri dan menyorok di balik kotak...
Assalamualaikum,
Bahasa terdiri daripada sekumpulan
dialek yang bersalingfahaman antara satu sama lain. Dialek-dialek yang
tergolong dalam satu bahasa lazimnya mempunyai banyak ciri persamaan dan
juga terdapat perbezaan . Perbezaan dialek ini dipengaruhi oleh faktor
ruang dan juga geografi.
Bagi mereka yang bukan penutur dialek Terengganu, perkataan yang mungkin paling kerap didengar dan disebut mengenai dialek Terengganu ini ialah 'makang ikang'. Entah sebab apa dua perkataan ini sering timbul dan sentiasa disebut-sebut untuk mengaitkannya dengan dialek Terengganu. Mungkin kerana Negeri Terengganu ini kaya dengan makanan laut itu. Sebenarnya terdapat banyak lagi perkataan-perkataan loghat Terengganu yang jika disebut mungkin langsung tidak difahami. Satu lagi perkara yang sangat sinonim dengan loghat Terengganu ialah penambahan huruf 'G' di belakang perkataan. Selain itu, dialek ini sangat kaya dengan penambahan kata penguat di belakang perkataan. Sebagai contoh, 'busuk kohong', 'kohong' itu membawa maksud sangat busuk. Loghat Terengganu juga sering meringkaskan perkataan seperti perkataan 'masjid' menjadi 'sejid'.
Terdapat
tiga dialek yang berbeza di Terengganu ini, iaitu dialek di Daerah
Kuala Terengganu Dungun, Kemaman dan Marang, dialek di Daerah Kuala
Berang dan Dialek di Daerah Besut. Di Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman
dan Marang, dialek Terengganu pekat digunakan. Dialek ini juga digunakan
oleh penduduk di sempadan Pahang. Berbeza di Daerah Besut dan
sebahagian Setiu, mereka menggunakan dialek Kelantan dalam kehidupan
seharian. Loghat Kuala Berang merupakan loghat yang paling unik di
Negeri Terengganu, ia sangat berbeza dengan loghat Terengganu dan loghat
di Besut. Seperti perkataan 'balik', loghat Kuala Berang menyebutnya
sebagai 'balaik', manakala perkataan 'barangkali' disebut sebagai
'bakalai'. Banyak lagi perkataan-perkataan loghat Kuala Berang yang
sangat berbeza dari loghat Terengganu.
Untuk melihat dan belajar loghat Terengganu, sila klik di bawah....
![](http://dl4.glitter-graphics.net/pub/2931/2931604sgotgvwzae.gif)
Assalamualaikum wbt..
Semalam adalah hari lahir sahabat aku yang juga merupakan pegawai aku, dan hari ini aku ada buat suprise untuk dia....hehehe sebenarnya aku tidak merancang apa-apa pun cuma ianya terus terlintas dalam hati untuk buat suprise untuk dia... Aku belikan kek dan KFC untuk dia...hehehe memang suprise sebab aku katakan yang aku keluar untuk berjumpa dengan sahabat aku, sedangkan aku keluar untuk mengambil kek dan membeli ayam goreng KFC... Aku menjemput 3 orang lain sahabat aku untuk meraikan majlis hari lahir pegawai aku ini... Happy birthday to you Puan Jamilah Sailillah... Semoga puan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dirahmati dan dilindungi oleh Allah SWT....
Asas 5 jari
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba
anda lihat pada ruas jari-jari anda...Kalau ruas jari kehitaman tu
maknanya badan kita ini penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut
boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Seterusnya,
kalau kita sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman
perempuan kita pula, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita.
Kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tak teratur,
keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh.
Kalau tapak tangan
berbintik maknanya masalah angin. Cuba periksa tapak tangan
masing-masing, kalau yang suka marah-marah itu mungkin angin dalam badan
banyak. Sebab
itulah selalu rasa hendak marah dan naik angin sahaja.
Selain itu, pernah atau
tidak anda mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembap? Jika ya,
itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari
berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah
resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada
urat hijau kebiruan maknanya anda seorang pengidap gastrik.
Selain itu, urat biru
/hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis
kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam
kehidupan sehariannya.
Seterusnya,ini yang
paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita.
cuba anda perhatikan betul-betul pada kuku setiap jari anda..Jika
terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda
mengalami hormon yang tidak seimbang.
Tapi berlainan pula
sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada
ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat..Insya Allah...
Ramai manusia yang
mengorbankan
kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi
akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali
kesihatan yang hilang.. Oleh itu, jagalah kesihatan anda seperti mana
anda menjaga diri dan keluarga kerana kesihata itu penting untuk diri
kita....
Sebenarnya aku
ingin membuat promosi tudung daripada salah satu blog bisnes kepunyaan adik perempuan aku dan rakannya...Mereka baru sahaja berjinak-jinak dalam perniagaan tudung hijab... Macam-macam ada....
Pelbagai tudung dengan rekaan terbaru yang diambil terus dari kilang
dengan harga yang berpatutan... Untuk keterangan lanjut sila lawati
laman blog yang tertera di bawah :-
http://comey-comeybiz.blogspot.com
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhe_psi-nM7o7zF8-8IMCLQytcM5ZMpRA1OUGXvmtDyfhMM_uYPi6UkFTy7Gk-gL67qNcHhJPVoYQyj81iDUL72fBZIcy8fo-Bl9rM-YN46H7rxCgvgR3i3r2en15wWydMiz5A2nY9h1x_O/w640-h480/1099120900gawai.jpg)
Assalamualaikum,
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua seluruh rakyat Sarawak.... Wah, best la sebab hari ini kamu semua dapat cuti umum, hari Jumaat pula...So dapat 3 hari cuti kan, hari esok dan lusa... hehehe apapun hati-hati di jalan raya kerana malang tidak berbau.... Pada adik-adik yang sedang bercuti sekolah, jangan lupa buat kerja rumah yang cikgu telah bagi pada kita....
HARI GAWAI
Gawai Dayak
merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum bumiputera
Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai
dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964,
apabila Gawai Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan
Gawai Dayak pada peringkat negeri adalah pada 1 Jun 1965.
Gawai
Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah
panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada
dewa padi untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang
khusus untuk upacara ini dan melumur darah ayam jantan pada bahan
persembahan.
Selepas
upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang
pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan
dihiasi dengan makanan dan minuman.
Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai yang dikenali
sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik
orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban
pula akan mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup
berakhir dengan penurunan pokok ranyai tersebut.
Pada umumnya Gawai dalam budaya Dayak terdiri dari beberapa jenis
Gawai. Gawai tersebut terdiri dari gawai untuk orang meninggal atau
gawai kubur, gawai untuk pantang kampung, gawai untuk mengucap syukur
atas panen padi dan sebagainya. Jadi gawai sendiri terdiri dari beberapa
jenis salah satu yang populer adalah Gawai Padi atau Harvesting Gawai.
Gawai sendiri dilakukan oleh kaum bangsa Dayak pada umumnya. Dayak dari
berbagai sub sukunya memiliki gawai serupa yang bertujuan mengucap
syukur kepada Tuhan atas berkat panen padi dan berbagai sayur mayur di
ladang. Jadi gawai sendiri memiliki nama beragam sesuai sebutan
masing-masing sukunya. Gawai padi adalah gawai yang sangat umum dalam
kehidupan masyarakat Dayak. Dayak Iban menyebutnya Gawai Padi, Dayak
Bidoih/Bidayuh menyebutnya Gawa Semangat Padi atau nosuminu. Dayak
Sarawak dan Dayak Kalimantan Barat memiliki ciri yang sama dalam hal
budaya Gawai tersebut sebab keduanya memang satu yang dibagi dalam dua
negara. Budaya Gawainya sama persis dan dari namanya juga sama yakni
gawai. Gawai sendiri merupakan ritual khusus kepada
Jubata/Petara/Penompa/Sang Hyang/yang berisikan sesajen dan peralatan
berladang yang disamaikan kepada Tuhan melalui doa doa khusus dalam
bahasa Dayak itu sendiri dengan maksud dan tujuan agar kehidupan
masyarakat Dayak di kampung tersebut atau di wilayah tersebut diberkati
dalam kehidupannya termasuk apa yang telah Tuhan berikan sangat patut
sebagai manusia mengucapkan terima kasih kepada Nya dalam wujud pesta
padi atau Gawai padi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Social Icons