Assalamualaikum wbt...
Sejak kebelakangan ini, saya memang suka mencuba benda-benda baru bila melibatkan teknologi AI... Kalau ada masa terluang, mesti saya akan fikir, "Apa lagi yang boleh saya hasilkan kali ini?"
Sejujurnya, saya sendiri tak sangka pada satu idea yang pada mulanya hanya untuk memudahkan urusan dan Alhamdulillah, kali ini saya berjaya siapkan satu lagi projek kecil yang bagi saya cukup menyeronokkan, iaitu Permainan BINGO Online. .
Sebenarnya, idea ini datang secara tak sengaja. Saya terfikirkan idea nie memandangkan dalam usaha penjimatan penggunaan kertas yang sering dilaungkan oleh pihak kerajaan kepada semua penjawat awam... Biasanya kalau nak buat permainan BINGO semasa program perpustakaan, kami perlu cetak kad BINGO untuk setiap orang peserta. Kalau pesertanya ramai, memang banyak juga kertas yang digunakan dan selalunya bila dah habis saja permainan nie, para peserta akan buang kertas-kertas tue dan inilah pembaziran yang perlu dielakkan..
Dari situ saya mula berfikir...
"Kalau semua orang dah ada telefon, kenapa tak buat versi online je?"
Maka bermulalah misi saya.
Seperti biasa, saya akan mulakan dengan membina ayat prompt yang sesuai. Bila dah jumpa ayat yang sesuai, maka saya teruskan dengan membina permainan tue... Mula-mula tue rasa macam down sikit sebab selalu taip coding yang salah tapi saya nie memang seorang yang tak mudah mengalah..., Macam kata orang Jepun, fighto...fighto... hihihi saya pun mencuba lagi, kena ubah sana, betulkan sini, dan cuba lagi... dan ulang semula...
Memang prosesnya banyak kali mencuba dan perbaiki. Nasib baik juga saya pernah melihat semua coding HTML tue semasa tukar baju jurnal nie dahulu...Jadi takdelah saya terkena kejutan budaya.. hihihi
Sedikit demi sedikit, permainan itu mula terbentuk sehingga akhirnya berjaya dimainkan secara dalam talian seperti yang saya impikan.
Perasaan bila kali pertama melihat permainan itu berfungsi memang sukar nak digambarkan. Rasa puas hati tue lain macam. Walaupun nampak seperti projek yang ringkas, sebenarnya banyak perkara baharu yang saya belajar sepanjang proses menyiapkannya.
Yang paling saya suka, permainan ini lebih praktikal. Tak perlu lagi cetak kad BINGO yang banyak. Peserta hanya perlu membuka pautan menggunakan telefon atau komputer dan terus boleh bermain. Lebih mudah, lebih kemas dan secara tidak langsung pengunaan kertas langsung tak digunakan..
Alhamdulillah, permainan BINGO Online ini sempat juga saya gunakan semasa Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2026 yang telah berlangsung pada 15 Julai 2026 yang lalu. Pada mulanya saya agak berdebar juga, risau kalau ada perkara yang tidak menjadi seperti yang dirancang. Biasalah, bila pertama kali menggunakan sesuatu yang kita hasilkan sendiri dalam program sebenar, memang ada sedikit rasa gugup dan seram sejuk...
Alhamdulillah syukur semuanya berjalan dengan lancar. Melihat peserta seronok bermain menggunakan telefon masing-masing membuatkan saya rasa segala usaha yang dicurahkan sebelum ini benar-benar berbaloi. Jadi saya dah tak perlu lagi cetak kad BINGO yang banyak dan mengagihkan kepada setiap peserta. Semuanya menjadi lebih mudah, cepat dan tersusun.
Satu lagi perkara yang ingin saya kongsikan ialah permainan BINGO Online ini saya bangunkan dengan menggunakan Google Apps Script. Apa yang menarik, platform ini boleh digunakan secara percuma, jadi sesiapa sahaja boleh mencuba untuk membangunkan aplikasi atau sistem ringkas mengikut keperluan masing-masing.
Semestinya proses untuk membangunkannya bukanlah terus siap dengan sekali cuba. Saya banyak bereksperimen, mencuba pelbagai idea dengan memperbaiki kod sikit demi sikit sehingga akhirnya permainan ini berjaya berfungsi seperti yang saya inginkan.
Kita tidak semestinya memerlukan perisian yang mahal untuk menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Dengan memanfaatkan platform percuma seperti Google Apps Script, ditambah dengan idea sendiri dan kesungguhan untuk belajar, kita juga mampu menghasilkan inovasi yang boleh digunakan dalam program atau urusan seharian.
Bagi saya, itulah antara kepuasan yang paling bermakna. Apabila sesuatu idea yang pada asalnya hanya bermain di fikiran akhirnya dapat digunakan dalam program sebenar dan memberi manfaat kepada orang lain. Walaupun masih ada beberapa perkara yang boleh ditambah baik, saya gembira kerana projek kecil ini berjaya mencapai tujuan asalnya.
Insya-Allah, dalam entri yang akan datang saya akan kongsikan pula cerita mengenai Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2026 yang berlangsung pada 15 Julai 2026 yang lepas. Banyak aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program tersebut, termasuk suasana yang meriah dan gelagat para peserta ketika menyertai setiap aktiviti. Nantikan perkongsian saya dalam entri seterusnya yea.
Setiap kali kita mencuba sesuatu yang baru, pasti akan ada ilmu yang boleh kita manfaatkan.. Kadang-kadang idea yang paling menarik bukan datang ketika kita sedang mencari, tetapi muncul ketika kita sedang memikirkan cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
Ramai orang bila dengar saya menghasilkan permainan ini dengan menggunakan teknologi AI, mesti terus berfikir yang AI buat kesemuanya. Sebenarnya, bukan begitu... Teknologi AI nie hanyalah alat yang membantu. Idea asal, konsep permainan, fungsi yang saya mahukan dan setiap arahan (prompt) yang diberikan semuanya datang daripada saya sendiri.
Boleh dikatakan saya cuma "berbual" dengan AI. Saya beritahu apa yang saya nak, kalau hasilnya belum menjadi, saya akan ubah arahan, tambah lagi sikit penerangan, cuba lagi dan baiki semula. Proses itu berulang banyak kali sehinggalah saya berpuas hati dengan hasil pada akhirnya.
Jadi tak salah untuk kita memanfaatkan teknologi yang ada pada hari ini. Sama seperti kita menggunakan komputer, Internet atau telefon pintar untuk memudahkan kerja harian, AI juga hanyalah satu lagi alat yang boleh membantu menjimatkan masa dan membuka ruang kepada lebih banyak kreativiti.
Apa yang penting ialah bagaimana cara kita menggunakannya. Gunakanlah teknologi ini untuk perkara yang memberi manfaat, membantu menyelesaikan masalah dan menghasilkan sesuatu yang berguna. Jangan pula disalahgunakan untuk perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri atau orang lain.
AI bukanlah pengganti kepada kreativiti manusia. Sebaliknya, AI menjadi teman yang membantu mengembangkan idea. Tanpa idea daripada kita, AI tidak akan tahu apa yang hendak dihasilkan. Sebab itu saya percaya, kreativiti tetap bermula daripada manusia, manakala teknologi hanyalah medium untuk merealisasikan idea tersebut.
Saya sendiri masih lagi belajar sedikit demi sedikit. Semakin banyak saya meneroka, semakin saya sedar bahawa masih banyak perkara menarik yang boleh dihasilkan. Siapa tahu, mungkin selepas permainan BINGO Online ini akan lahir pula inovasi kecil yang lain. Yang penting, jangan berhenti belajar dan jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baharu.
Daripada nak mengurangkan penggunaan kertas, akhirnya lahirlah sebuah permainan BINGO versi online.
Nak tengok cara bermain...? Jom saya tunjukkan dalam video nie...
Dan inilah poster yang saya buatkan untuk memudahkan para peserta scan permainan nie... Mudah kan... Just scan and play..!
Nampaknya, lepas ini bolehlah saya mula berfikir... projek apa pula yang nak dihasilkan pada masa akan datang nie...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Assalamualaikum wbt..
Rasanya macam dah lama saya tak join segmen daripada rakan blogger.. Jom kita beramai-ramai join segmen daripada blogger Roziah@Cie yang sedang buat pencarian bloglist..
Tarikh mula segmen adalah bermula semalam iaitu 6 Julai 2026 jam 7.00 pagi sehinggalah 12 Julai 2026 jam 11.59 malam... So ada masa untuk join segmen nie...
Syaratnya pun senang sangat, jadi rugi tau kalau awak tak join.. Mana tau rezeki untuk masuk dalam bloglist beliau...
Macam biasa, kalau awak nak join, klik saja banner di atas nie dan awak akan terus di bawa ke link segmen...
Bismillah... Best of luck, folks...
Assalamualaikum wbt...
Semalam adik menghantar satu gambar yang mengamit kenangan, katanya dia terjumpa satu post entri dekat fesbuk yang sememangnya kami dah lama mencari gambar nie...
Inilah gambarnya, yang merupakan gambar rumah lama arwah atok dan nenek saya, yang kami panggil 'Abek' (panggilan atok) serta 'Babah' (panggilan nenek).. Rumah nie sememangnya menjadi nostalgia yang takkan dilupakan..
Masih teringat lagi, sewaktu saya masih kecil dulu, setiap kali nak masuk waktu solat, arwah Abek pasti akan menyuruh kami cucu-cucunya pergi ke surau untuk solat.. Kemudian azan akan dialunkan sama ada arwah Abek sendiri ataupun pakcik-pakcik yang selalu saja balik ke rumah sini... Paling tak lupa, telaga yang berusia ratusan tahun, yang mana airnya sentiasa jernih dan tak pernah surut walaupun sedikit. Ummie saya bagitau yang di dasar perigi tue sebenarnya ada mata air yang sentiasa mengalir, dan di dalam perigi tue ada seekor ikan yang berenang riang dalam perigi.. Saya tak ingat dah ikan jenis apa, tapi yang pasti airnya sejernih-jernihnya hingga dapat lihat di dasar perigi.. Perigi tue tak mempunyai ketinggian yang terlalu dalam jadi arwah Abek tak pernah sekali pun letak jaring di atas perigi... Kebiasaan cucu-cucu lelaki akan mandi di perigi tue di sebelah luar, manakala yang perempuan akan mandi di sebelah dalam rumah.. Awak nampak kan sekeping atap zink yang menutupi sebahagian perigi tue? Di sebelah zink itulah terletaknya dapur memasak dan ruangan mandian... Airnya begitu sejuk sekali, dan bila bilik air dimasuki oleh orang dewasa, selalunya kamilah cucu-cucu yang masih kecil nie mandi di situ..
Surau pula menjadi saksi dengan nostalgia lama.. Bila waktu Hari Raya Korban, di ruangan lapang tue lah yang menjadi saksi haiwan ternakan dijadikan korban.. Masa tue memang meriah dengan pelbagai ragam manusia, tak kira dewasa atau kanak-kanak. Pernah juga surau ini dijadikan tempat untuk solat hari raya, nampak kecil tapi sentiasa penuh saf.. Selesai saja korban, kami sekeluarga beramai-ramai akan masak dengan hidangan yang besar, dan di sinilah kami akan makan beramai-ramai.. Selalunya kami yang budak-budak kecil nie akan disuruh hamparkan surat khabar lama dan juga tikar untuk dijadikan alas duduk, yang remaja pula akan disuruh menyiapkan hidangan ke dalam pinggan mangkuk serta mengangkat hidangan tue ke ruangan yang telah disediakan.. Kebiasaannya ada tiga tempat hidangan yang perlu kami sediakan... Untuk orang yang lebih berusia dan tak boleh duduk di atas lantai, mereka akan makan di atas meja, jadi dua hidangan lagi, akan dibahagikan kepada untuk orang dewasa dan kanak-kanak.
Nampak macam ikut darjat kan.. Tapi sebenarnya itulah ajaran keluarga kami yang mementingkan penghormatan kepada orang yang lebih tua dan beradab... Lagi satu, mungkin sebab budaya keluarga arwah Abek dari Yaman yang mengamalkan budaya makan berasingan jadi pegangan keluarga kami..
Kalau hari biasa, surau nie sering dikunjungi oleh orang-orang muslim di sekitar kawasan nie dan sebenarnya lokasi kawasan rumah nie berdekatan dengan Pasar Payang.. Jadi memang kebanyakan orang terutama pekerja pasar pasti akan singgah untuk solat di surau nie...
Arwah Abek juga ada sediakan pelbagai kemudahan, seperti Quran, kopiah, kain pelekat, telekung solat dan sejadah yang sentiasa baru. Telekung solat dan kain pelekat akan sentiasa dibasuh setiap dua hari demi memastikan keselesaan ahli surau... Jadi, mereka tak perlu risau jika tak bawak kain telekung atau kain pelekat, sebab semuanya telah disediakan. Kebersihan surau pun selalu arwah Abek akan terapkan pada cucu-cucunya, dengan menyuruh kami semua menyapu guna penyapu lidi ataupun nak senang pakai vakum, dekat kawasan tempat air wuduk pula kami akan disuruh menyental guna berus sabut, untuk hilangkan lumut... Kalau awak tengok pada gambar surau tue, yang tue adalah pintu surau untuk muslimah, manakala untuk muslimin pulak pintu masuknya adalah di depan rumah dan hanya diletakkan pintu pagar beroda yang cuma setinggi paras peha saja....
Nostalgia paling kelakar yang tak pernah lupa bila ada tetamu luar datang berkunjung ke rumah arwah Abek, selalunya arwah akan menghambat kami semua pergi ke surau dan bermain di sana... Tapi jika ada orang yang sedang solat, arwah abek akan menyuruh kami bermain di ruangan lapang di halaman rumah... Jarak antara rumah ke surau..?? Cuma tiga langkah saja sudah sampai ke surau... hihihi surau nie agak tinggi kedudukannya, disebabkan pada zaman ummie saya kecil dulu, ada beberapa ahli keluarganya meniaga dengan membuat terompah kayu... Lokasi buatan terompah kayu tue berada di bawah surau tue, dan di situlah juga terletaknya stor untuk menyimpan barangan masakan kenduri kendara.
Kini semua jadi kenangan.. Inilah jalan masuk ke rumah arwah Abek yang dulu.. Kini kawasan tue telah diambil alih oleh kerajaan, dan di situlah dulu terletaknya perkampungan Melayu yang kini telah pupus... Walaupun begitu, kawasan rumah tue telah direkodkan sebagai warisan sejarah Islam... Terima kasih diucapkan kepada tuan punya post fesbuk nie (Mohd Norisan Bin Tahir) kerana telah menyampaikan sejarah lama...
Kalau awak nak baca kisah sejarah nie, boleh lah klik cerita nie
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, akhirnya entri cerita nie dapat dikeluarkan daripada draf yang saya tangguhkan berbulan-bulan... Mesti awak ingat yang saya dah lupa dengan rutin entri bulanan saya, iaitu carta bulanan Top Commentator Jurnal Shikin Razali. Sebenarnya, saya memang tak pernah lupa dengan rutin tue, cumanya masa yang tak berapa nak mesra dengan saya jea.. Okey, jom kita tengok dulu carta bulanan daripada bulan Februari sehingga bulan Julai 2026.
Dengan ini saya akan umumkan nama-nama yang bertuah untuk saya berkongsi sedikit rezeki dengan nama-nama yang bertuah nie.. Dan inilah nama-nama yang terpilih...
Tahniah kepada semua pemenang bulanan. Kepada penerima rezeki bulanan, diharapkan awak dapat memberikan details kepada saya seperti nama, alamat penghantaran dan nombor telefon untuk urusan hadiah saguhati di alamat emel saya starlavender.luna@gmail.com. Hadiah tue nanti saya akan hantar secara berperingkat jadi awak semua diharapkan bersabar dengan penghantaran hadiah tue nanti, yea...
Seperti kebiasaan, setiap orang yang berjaya memasuki carta bulanan, cerita blog mereka akan dimasukkan dalam bloglist khas. Jom kita kenal-kenal dan singgah ke blog mereka, mana yang belum follow mereka, bolehlah berbuat demikian supaya senang untuk awak jejakinya lagi..
SII NURUL | MUMMY AYU | NA | ROZIAH@CIE | AIDA DEQSU | SHA MOHAMED | EYMA BALKISH | UJIE OTHMAN | ANA JINGGA | RABIAHTUL ADAWIYAH | ADNIL LINDA | SOFIE ADIE | CUYA | AYNORA | I AM LZ | AIZAMIA3 | YUSUF BARADAR | AMIIZAA@MIEJA | WARISAN PETANI | CAMDANDUSLER | ABAM KIE | CIK RENEX
Kepada yang terkeluar daripada carta, jangan susah hati, usaha lagi yea.. Tapi tuelah saya belum ada banyak cerita lagi dalam jurnal nie.. Insha Allah saya akan cuba usaha untuk bercerita dengan awak semua.. Jumpa lagi nanti yea...
Anyway, tahniah kepada semua pemenang bulanan...
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
Subscribe to:
Posts (Atom)
.png)
.png)










Social Icons