Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Eh, Lagu Saya Dah Jadi Versi Jepun Pula! 🇯🇵

Monday, September 28, 2026


Assalamualaikum wbt...
Nampaknya cerita tentang lagu “Di Dalam Kesunyian” ni belum tamat lagi. Kalau awak masih ingat, beberapa bulan yang lalu saya pernah cerita di jurnal ini tentang satu eksperimen kecil saya menghasilkan lagu menggunakan AI.

Masa tu saya hasilkan dua versi lagu yang sama, iaitu versi Bahasa Melayu “Di Dalam Kesunyian” dan versi Bahasa Inggeris “Inside The Silence”.

Idea lagu tersebut sebenarnya bermula daripada perasaan tentang kesunyian, hati yang kadang-kadang terasa kosong walaupun dikelilingi ramai orang, serta perkara-perkara yang susah nak diluahkan melalui kata-kata. Dari beberapa cetusan idea dan bait ayat, saya kembangkan menjadi lirik dan melodi dengan bantuan AI. Untuk menghasilkan lagu dan nyanyian pula, saya menggunakan Suno AI.

Kalau nak baca cerita saya yang terdahulu, boleh singgah sini:

👉 Di Dalam Kesunyian, Inside The Silence: Sebuah Perjalanan Emosi Dalam Dua Bahasa

Tapi…

Cerita lagu ni rupanya belum habis. 🇯🇵 Tiba-tiba lagu nak pergi Jepun pula…Entah macam mana, tiba-tiba terlintas dalam kepala saya…

“Kalau lagu ni dibuat dalam bahasa Jepun pula macam mana?” 

Dan daripada satu soalan kecil itu, bermulalah satu lagi eksperimen.

Hahaha… saya ni memang macam tu. Bila dah cuba satu benda, mesti ada pula idea sambungan.

Daripada Bahasa Melayu → Bahasa Inggeris → sekarang Bahasa Jepun pula. 🇯🇵 Lagu yang asalnya saya tulis untuk meluahkan rasa kesunyian, sekarang dah macam buat international expansion pula.


Untuk versi Jepun ini, saya pilih tajuk:

「静寂の中で」
Seijaku no Naka de – Inside the Silence

Maksudnya masih sama, iaitu “Di Dalam Kesunyian”. Saya kekalkan tema dan emosi asal lagu — tentang malam yang sunyi, kenangan yang masih tersimpan, luka yang tidak terluah, hati yang mencari cahaya dan harapan untuk terus melangkah.

Cuma kali ini…

dalam bahasa Jepun. 🇯🇵

Dan saya sendiri rasa ada satu suasana yang berbeza bila liriknya dialihkan ke bahasa Jepun. Macam lebih tenang. Lebih sinematik. Lebih sesuai kalau bayangkan seorang wanita duduk seorang diri di ruang tamu pada waktu malam, hujan turun di luar tingkap, secawan kopi di atas meja dan lampu malap menyala…

Okay, dah macam tengah bagi idea untuk anime pula. 

Kali ini saya bukan guna Suno AI..  Untuk kali ini saya cuba pula menggunakan Gemini AI dalam proses penghasilan karya. Kiranya saya sedang sambung eksperimen saya dalam dunia AI.

Dulu:

“Jom cuba buat lagu.”

Sekarang:

“Eh, boleh buat versi Jepun pula tak?” 

Begitulah kalau dah mula seronok bereksperimen.

Satu benda siap, datang pula satu idea lain. Tapi bagi saya, AI hanyalah alat yang membantu proses berkarya.Cerita, tema, emosi dan mesej yang ingin disampaikan masih bermula daripada idea dan perasaan saya sendiri.

Sama juga seperti lagu versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebelum ini. Walaupun teknologi digunakan dalam proses penghasilannya, kisah dan emosi yang ingin saya sampaikan tetap datang daripada diri sendiri.

Dari dua bahasa… jadi tiga bahasa

Jadi sekarang koleksi kecil saya dah ada:

🎵 Di Dalam Kesunyian – Bahasa Melayu
🎵 Inside The Silence – English Version
🎵 静寂の中で (Seijaku no Naka de) – Japanese Version

Siapa sangka satu idea kecil tentang kesunyian boleh berkembang sampai jadi tiga versi bahasa. Lepas ni jangan terkejut kalau tiba-tiba ada versi Korea pula. hehehe

Annyeonghaseyo, kesunyian! 🇰🇷

Okay… itu gurauan sahaja. Buat masa sekarang, kita berhenti dulu di Jepun. Hahaha! Bila saya fikir balik, sebenarnya menarik juga perjalanan lagu ini.

Ia bermula daripada satu perasaan.

Kemudian menjadi beberapa bait lirik.

Kemudian menjadi lagu.

Kemudian diterjemahkan ke bahasa lain.

Dan akhirnya, ia menjadi satu karya kecil yang boleh didengar dalam beberapa versi.

Mungkin itulah salah satu perkara yang saya suka tentang menulis dan berkarya. Kadang-kadang sesuatu yang bermula daripada rasa yang susah nak dijelaskan, akhirnya boleh berubah menjadi sesuatu yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Dan mungkin ada seseorang di luar sana yang sedang melalui kesunyian yang sama. Kalau lagu ini dapat menemani dia walaupun hanya untuk beberapa minit…

Itu pun sudah cukup bermakna bagi saya. 

Jadi…

「静寂の中で」 – Seijaku no Naka de kini sudah saya release dalam versi Jepun. 🎶🇯🇵

Kalau sebelum ini saya bawa awak menyelami “Di Dalam Kesunyian” dalam Bahasa Melayu dan “Inside The Silence” dalam Bahasa Inggeris, kali ini saya ajak awak mendengar cerita yang sama tapi dalam bahasa Jepun pula. 

🎧 Selamat mendengar.


Dan kalau tiba-tiba lepas mendengar lagu nie awak rasa nak duduk tepi tingkap sambil tengok hujan…

itu bukan salah saya ya. 

—
Edited by SRLavender Studio

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal #SeijakuNoNakaDe #InsideTheSilence #DiDalamKesunyian #JapaneseSong #OriginalSong #AIMusic #GeminiAI #SunoAI #SRLavender #JurnalShikinRazali #MalaysianBlogger

read more

Hadiah Giveaway Dah Selamat Tiba!


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah… Akhirnya hadiah giveaway yang saya menangi daripada Kak Suria Amanda a.k.a. kak SA dah selamat sampai ke rumah.

Nak tau kisah kelakar..? 

Mula-mula masa parcel sampai kat rumah, saya ingatkan parcel daripada Shopee sebab kebetulan bila saya tengok tracking, ianya dalam perjalanan untuk hantar ke rumah. Tapi rasa macam pelik pulak bila pegang parcel tue sebab terasa ringan, sebab sepatutnya parcel yang saya nak tue boleh dikatakan berat jugak...

Masa buka parcel, nampak satu kotak yang rupanya seperti hadiah.. mula-mula rasa blurr kejap sebab saya takde pun beli apa-apa hadiah...


Dan bila buka parcel, rupa-rupanya hadiah tue datangnya daripada kak Suria, hehehe..  Perasaan seronok bila tengok dalam kotak tue sebab banyak juga goodies yang saya dapat! Antaranya:

Mini notebook Malakoff – comel dan memang boleh jadi teman untuk catat macam-macam benda.

Pen Malakoff – okey notebook dah ada, pen pun ada. Tinggal rajin nak menulis jea! 

Keychain penyu yang comel – yang nie memang terus mencuri perhatian saya. Comel sangat sebab penyu tue kecik jea...! 

Snack kacang – wowwwww... yang ni bahaya sikit… kalau dah buka, boleh lupa nak berhenti mengunyah dan kalau suami nak makan, saya nak bagi sikit jea... hehehe kedekut betul kan...

Sehelai tudung – Alhamdulillah, dapat lagi satu untuk tambahan koleksi.

Knitting bag – HAAA… yang ni paling istimewa bagi saya! Beg nie memang buatkan hati saya berbunga sikit. Entah kenapa, hadiah yang boleh digunakan dan sesuai dengan minat kita tu rasa lebih dekat di hati. Terima kasih banyak-banyak Kak SA! 


Semua hadiah sampai dengan selamat dan saya sangat hargai setiap satunya. Kadang-kadang rezeki datang dalam bentuk yang sederhana, tapi kegembiraan yang dibawa tue amat besar nilainya. 

Sebelum ni saya ada tulis juga tentang rezeki giveaway dan segmen yang saya menang dalam cerita bertajuk:

🌸 REZEKI MEMANG TAK SALAH ALAMAT

Dan kalau nak baca tentang pemenang giveaway yang dianjurkan oleh Kak SA pula, boleh singgah sini:

🌸 MENANG GIVEAWAY - WEDDING ANNIVERSARY

Terima kasih Kak SA atas penganjuran giveaway dan pemberian hadiah yang sangat bermakna nie. Semoga akak terus dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dalam keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Alhamdulillah, program Perpustakaan yang pertama tahun 2026 selesai!

Sunday, September 20, 2026

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, untuk kali pertama tahun nie, program perpustakaan yang pertama telah selesai dilaksanakan. Tapi saya hanya akan berasa lega setelah kesemua program perpustakaan berjaya dilaksanakan. 

Biasalah bila saya dah BDR nie, tiba-tiba terasa banyak pula kerja nak kena buat... Nasib baik lah kesemua kerja-kerja yang melibatkan kertas kerja, surat minit bebas dan surat jemputan dilakukan oleh pegawai saya.. Jadi saya boleh tumpukan pada kerja-kerja yang melibatkan promosi dan perjalanan program yang lain... 


Program perpustakaan nie dinamakan Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2026 bersempena dengan Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit yang telah diadakan secara serentak pada 23 April yang lalu di seluruh negara.. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan kami terpaksa anjakkan tarikh ke 15hb Julai 2026.. Pelbagai aktiviti yang kami telah rencanakan, antaranya pada 13hb sehingga 17hb Julai, kami adakan satu peraduan yang dinamakan Peraduan Teka Muka Surat Buku dan Teka Berat Buku. Kemudian acara seterusnya adalah pada 15hb Julai yang lepas, di mana kami telah mengadakan pelbagai aktiviti program seperti Sesi Jom Baca Bersama Selama 10 Minit, Sesi Bacaan Kegemaran Saya, Sesi Kuiz Atas Talian, Sesi Kuiz Kahoot, Sesi Permainan Teka Silang Kata, Sesi Bingo Secara Atas Talian dan Sesi Cabutan Bertuah.. 

Tepat pada 17hb Julai, pukul 5.00 petang, iaitu petang semalam, kami telah menutup pautan penyertaan peraduan dan Insha Allah kami akan mula buat kiraan muka surat dan timbang berat buku pada minggu depan.. Ada 4 orang juri yang akan buat kiraan tersebut dan senarai pemenang akan dimaklumkan melalui emel. Ooo kalau awak nak tau, peraduan nie kami buat secara atas talian, jadi takde borang untuk diisi, cuma diisi melalui Google Form.. 

KRONOLOGI PROGRAM

8hb Julai 2026
Akhirnya surat minit bebas telah ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan dan seterusnya di bawa ke pejabat Ketua Pengarah untuk kelulusan. Syukur Alhamdulillah, surat minit bebas tue tak lama di meja Ketua Pengarah, terus dia tandatangan tanpa halangan.. Kemudian dengan pantas pegawai saya membuat surat jemputan kepada kesemua bahagian tapi tak sempat ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan kerana beliau menghadiri mesyuarat yang penting. PA Pengarah meminta untuk kami mengambil surat tue pada hari esoknya.. 

9hb Julai 2026
Akhirnya surat jemputan berjaya ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan dan saya ditugaskan untuk membuat edaran surat ke bahagian-bahagian serta Ibu Pejabat JBPM WP Putrajaya.. Tapi memandangkan masa nie saya tengah BDR jadi tugasan saya tue ditangguhkan keesokan hari... Dalam masa yang sama juga pegawai saya telah siapkan beberapa buah buku untuk dijadikan sebagai salah satu prop untuk peraduan yang akan dijalankan pada minggu depannya tue. Disebabkan pegawai saya akan bercuti pada hari esoknya hingga hari Isnin (untuk mengundi di Johor) jadi dia hanya dapat mencari beberapa buah buku saja dan meminta saya untuk menambah lagi koleksi buku untuk dijadikan prop... Dalam masa yang sama, saya menyiapkan beberapa jenis kerja yang lain seperti siapkan poster kehadiran, video aluan kepada peserta dan juga satu lagi inovasi yang saya berjaya buat, terima kasih pada teknologi AI. Inovasi tue adalah permainan BINGO yang akan dimain secara dalam talian.. Cara nak main..? Awak boleh tengok dalam vlog saya nie...


10hb Julai 2026
Pada jam 9.00 pagi, saya terus siapkan kesemua surat jemputan untuk dihantar ke bahagian-bahagian serta Ibu Pejabat JBPM WP Putrajaya dan terus hantar secara fizikal dan secara emel. Ini membolehkan mereka mendapat informasi tentang promosi program tersebut. Kemudian saya terus siapkan prop untuk peraduan iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku Dan Teka Berat Buku.. Para warga JBPM kena meneka berapakah muka surat buku yang berada dalam kotak dan juga kena meneka berapakah berat buku yang juga berada dalam kotak... 


Inilah prop yang telah disiapkan.. Ehh..ehh.. Saya tak angkat tau buku-buku nie, hihihi.. Saya mintak bantuan daripada abang-abang bomba untuk mengangkat buku-buku nie dan menyusunnya... Masa tengah menyusun tue, ada juga staf yang bertanya bila peraduan nie bermula dan ada yang cuba scan QR Code peraduan, tapi saya bagitau pada mereka yang peraduan nie akan dibuka pada 13hb Julai, pukul 8.00 pagi... Jadi selesai saja tugasan untuk prop peraduan, saya terus dengan persiapan untuk program pada minggu depannya...

13hb Julai 2026
Pada hari nie, saya masih buat persiapan program dengan mencetak poster dan menampalnya di tempat yang bersesuaian... Hadiah para peserta dan persiapan tempat program akan dibuat pada hari esoknya kerana pada hari nie, pegawai saya masih berada di kampung dan dia meminta agar kesemua persiapan dibuat pada hari Selasa... Jadi saya sempatlah siapkan persiapan seperti hadiah dan goodies untuk diberikan kepada peserta kelak..

14hb Julai 2026
Kalau diikutkan hari nie saya BDR tapi disebabkan program tue akan berlangsung pada hari esoknya dan persiapan majlis perlu diselesaikan, jadi saya masuk office seperti biasa.. Pada pukul 10 pagi, barisan urusetia terdiri daripada warga Cawangan Pentadbiran telah datang untuk membantu untuk persiapan majlis. Pegawai saya telah memberi tugasan kepada kesemua urusetia, untuk urusetia wanita, mereka ditugaskan untuk membalut hadiah serta menyiapkan goodies, manakala urusetia lelaki termasuk abang bomba ditugaskan untuk membuat persiapan majlis seperti memasang projektor, menghias dekorasi majlis dan persiapan tempat makan. Kebiasaannya, walaupun kami bekerja dalam situasi yang serius tapi sebenarnya kami bekerja dalam suasana gelak ketawa dengan keletah seorang abang bomba yang sememangnya ceria dan sentiasa buat lawak hingga kami semua ketawa tak henti-henti.. Jadi selesai untuk tugasan persiapan.. Oh, tugas saya ke..? Saya memang sejak dulu bertugas sebagai pengacara majlis, tapi saya jadi pengacara majlis pun jenis santai-santai dan bukan ikut protokol majlis.. Sebab program pun program yang jenis santai jadi tak sesuai untuk saya membawa tema serius, jadi kena santai-santai jea.. Lagipun untuk jadi pengacara majlis yang protokol mengikut standard JBPM sememangnya bukan bidang saya sebab saya nie jenis seorang ambivert... Habis jea majlis saya akan bertukar menjadi seorang introvert semula.. 

Inilah barisan urusetia yang dilantik..


Ada yang ditugaskan untuk menyiapkan goodies untuk peserta program..

Ada pula ditugaskan untuk membalut hadiah untuk pemenang...



Urusetia lelaki pula ditugaskan untuk membuat persiapan tempat dan prop majlis...
Inilah hadiah untuk para pemenang.. Banyak kan... hihi

Inilah warga Cawangan Pentadbiran yang membantu program kami..

15hb Julai 2026
Akhirnya tiba di hari kejadian.. Seawal 9.00 pagi peserta mula memasuki ruangan perpustakaan selepas mereka mendaftar secara online... Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah Sesi Jom Baca Bersama 10 Minit, para peserta semua akan membaca buku selama 10 minit. Kemudian aktiviti seterusnya adalah Sesi Bacaan Kegemaran Saya di mana pegawai saya berkongsi cerita dengan buku yang telah dibacanya. Menarik tentang aktiviti nie adalah setelah pegawai saya selesai membuat perkongsian, dia akan memberi hadiah buku tersebut kepada peserta yang bertanya soalan...Kemudian, para peserta semua berpeluang untuk memenangi hadiah yang telah kami sediakan antaranya Cabutan bertuah untuk 10 orang, Kuiz Secara Dalam Talian Kahoot yang juga menyediakan 10 hadiah untuk 10 orang pemenang, Pertandingan Teka Silang Kata yang menyediakan 5 hadiah untuk 5 orang pemenang dan Permainan Bingo Secara Digital yang menyediakan 10 hadiah untuk 10 orang pemenang... Satu lagi kami ada sediakan hadiah yang special sangat untuk para peserta, kami namakan hadiah nie adalah Raja Program Paling Sempoi dan Ratu Program Paling Sempoi.. Memang happening gilerr program yang kami anjurkan dan Alhamdulillah kesemua peserta amat gembira dengan program kami, apatah lagi bila dapat bawak balik hadiah yang dimenangi mereka... Tapi mereka masih ada lagi hadiah yang menanti iaitu hadiah Pertandingan Teka Muka Surat Buku dan Teka Berat Buku yang berlangsung selama seminggu...















22hb Julai 2026
Pada jam 10.00 pagi, kami menjemput juri yang diundang khas untuk membuat kiraan muka surat buku dan juga berat buku... Kemudian pukul 4.30 petang, saya membuat hebahan nama pemenang melalui emel.. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Puan Pengarah Bahagian Pengurusan pada 27hb Julai 2026.






27hb Julai 2026
Kini acara kemuncak telah berakhir.. Kesemua pemenang telah diserahkan hadiah oleh Yang Berbahagia Puan Pengarah Bahagian Pengurusan. Setelah itu, Puan Pengarah telah berpeluang untuk mengenali lebih dekat lagi tentang perpustakaan kami..

Yang Berbahagia Puan Pengarah Bahagian Pengurusan bersama dengan Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran)


Para pemenang bergambar bersama Yang Berbahagia Puan Pengarah bersama barisan urusetia.. Abaikan tangan yang comel tue yea, hihihi...




Yang Berbahagia Puan Pengarah diberi taklimat oleh Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber, Encik Zulkeply bin Taib.. 



Pemenang Teka Muka Surat Buku

Pemenang Teka Berat Buku

Pemenang paling tepat untuk Pertandingan Teka Muka Surat Buku Dan Teka Berat Buku


Okey, selesai untuk program kami yang pertama... Nanti saya share pulak tentang program kami yang kedua iaitu Program Merdeka@Bomba Tahun 2026 yang dah berlangsung pada 26hb Ogos yang lalu.. Jadi saya kongsikan vlog Youtube sepanjang Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2026..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more

Rezeki memang tak salah alamat

Friday, September 18, 2026


Assalamualaikum wbt.
Orang kata rezeki memang tak pernah salah alamat. Betul sangatlah tu! Kadang-kadang kita masuk segmen saja-saja, join giveaway pun sekadar mencuba nasib dan menyokong pengajuran segmen  dan giveaway daripada rakan-rakan blogger. Sekali… eh, nama sendiri pula yang naik! 

Alhamdulillah, kali ini saya dapat rezeki memenangi satu segmen dan satu giveaway. Tak sangka pula boleh tersangkut dua-dua sekali. Ingatkan datang nak meriahkan segmen, rupanya balik bawa rezeki. 

Untuk kemenangan segmen, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Refresh Bloglist yang dianjurkan oleh This Ni3 Zahata. Kalau nak tengok senarai peserta dan pengumuman tersebut, boleh singgah di sini:

👉 Menang Segmen – Refresh Bloglist

Manakala satu lagi rezeki datang daripada Giveaway Wedding Anniversary anjuran Kak Suria Amanda. Alhamdulillah, nama saya pun ada dalam senarai pemenang. 

👉 Menang Giveaway – Wedding Anniversary

Apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada penganjur yang memilih saya sebagai salah sorang pemenang. Terima kasih juga kerana sudi menganjurkan segmen dan giveaway, sekali gus menambahkan lagi warna-warni dalam dunia blogging yang kian menjauh sekarang.. 

Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk yang besar. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk hadiah giveaway, kadang-kadang dalam bentuk kemenangan kecil, dan kadang-kadang cukup sekadar sesuatu yang membuatkan kita tersenyum pada hari tersebut.

Yang penting, syukur dulu… bab nak fikir nak menang lagi, itu cerita kemudian. 

Alhamdulillah untuk rezeki kali ini. Semoga rezeki penganjur pula sentiasa dilimpahkan dan dipermudahkan dalam segala urusan. Pada rakan-rakan yang belum ada rezeki, Insha Allah, di lain masa, rezeki awak akan sampai.. 

Terima kasih sekali...

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • Jom Kita Masak-Masak
    Rojak Buah Stor Versi Terengganu
  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    Sekilas fakta ; Sejarah Mega TV
  • SRLavender's Library
    10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita - Greg Behrendt & Liz Tuccillo
  • Starlavenderluna's Bloglist

My Digital Shop

  • SRLavender Shop

Archive

  • ▼  2026 (44)
    • ►  October (4)
    • ▼  September (8)
      • Eh, Lagu Saya Dah Jadi Versi Jepun Pula! 🇯🇵
      • Hadiah Giveaway Dah Selamat Tiba!
      • Alhamdulillah, program Perpustakaan yang pertama t...
      • Rezeki memang tak salah alamat
      • Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 ...
      • SEGMEN REFRESH BLOGLIST SEPTEMBER 2026
      • 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐕𝐢𝐝𝐞𝐨 𝐍𝐚𝐫𝐚𝐭𝐢𝐟...
      • 𝐃𝐈𝐒𝐊𝐔𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐆𝐈𝐓𝐀𝐋 : 𝐄-𝐒𝐮𝐤𝐚𝐧: 𝐇...
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (4)
    • ►  May (14)
    • ►  April (2)
    • ►  February (1)
    • ►  January (5)
  • ►  2025 (59)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (1)
    • ►  July (7)
    • ►  June (6)
    • ►  May (7)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (9)
    • ►  January (11)
  • ►  2024 (80)
    • ►  December (6)
    • ►  November (15)
    • ►  October (9)
    • ►  August (2)
    • ►  July (4)
    • ►  June (5)
    • ►  May (1)
    • ►  April (4)
    • ►  March (14)
    • ►  February (4)
    • ►  January (16)
  • ►  2023 (111)
    • ►  December (14)
    • ►  November (10)
    • ►  October (9)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (5)
    • ►  May (15)
    • ►  April (6)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (133)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (20)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (268)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (27)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (271)
    • ►  December (59)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist February - July 2026

  • Blog Rabia Adawiyah
    Siap mewarna
  • aizamia3
    Formula 1 Bahrain Grand Prix in Malaysia 2026, Le Tour de Langkawi, KLSCM dan KL Base Jump
  • Warisan Petani
    Sungai Pun Boleh Hilang
  • KasihkuAmani
    India | Captain (2022)
  • .: Ceritera Kehidupan :.
    .: BERGAMBAR KENANGAN :.
  • Titian Perjalanan
    Menginap 1 Malam di Ombak Beach Inn, Kuala Dungun
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Lawatan Pertama Mirul ke Kelantan
  • Blog Roziah Muhammad Nor
    Beli Apa Di 7E Cafe: 30 September 2026
  • Aynorablogs - Info Tepat Dengan Lifestyle Terkini!
    Makan Tengahari Di Chicken Rice Shop, Aeon Bukit Indah
  • Camdandusler
    MIRISSA LAB SET KULLANIM SONRASI YORUMLARIM
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    1 000 000
  • Syurga Untuk Sofie🖊️
    Pencarian Bloglist 2026 by Shuhaida Saad
  • ✿ Life Is Beautiful ✿
    Shifa'
  • anajingga
    Sarapan pagi idli cicah kari
  • Manis Strawberi
    Ole-ole Pokok Bromeliad
  • Blog Cik Renex
    Bento Merdeka untuk Program Merdeka Tabika Mikhail
  • Aida Deq Su
    Wordless Wednesday #28
  • Yusuf Baradar
    Setiap Orang Tidak Akan Terlepas Daripada Penilaian Dan Kritikan Manusia
  • Drawing the Words
    Styling Tudung zaman dolu dolu
  • ~ Blog Diari Famili Kami ~
    27/12/2025 | Hallstatt, Austria
  • Sii Nurul
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • Daily Bliss Journal
    Trip Kerja ke Miri, Sarawak
Show 10 Show All

Top Commentators

© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.