Assalamualaikum wbt...
Setiap orang pasti pernah melalui saat-saat kesunyian. Ada masanya kita dikelilingi ramai orang, tetapi ada masanya hati kita tetap terasa kosong dan sunyi. Kadangkala perasaan itu sukar untuk diluahkan dengan kata-kata, lalu tercetuslah idea saya untuk meluahkannya melalui muzik.
Daripada situlah lahirnya lagu yang berkisarkan kesunyian, saya buat dalam dua versi, untuk versi bahasa Melayu saya memilih tajuk "Di Dalam Kesunyian" dan versi bahasa Inggerisnya adalah, "Inside The Silence".
Kedua-dua lagu ini sebenarnya membawa cerita dan emosi yang sama, cuma disampaikan dalam dua bahasa yang berbeza. Saya ingin berkongsi perasaan dan mesej yang terkandung dalam lagu ini kepada sesiapa yang mengalami kesunyian.
Proses untuk menghasilkan lagu ini juga agak menarik. Bermula dengan pengalaman sediri, beberapa cetusan idea dan beberapa bait ayat yang bermain di fikiran, ia kemudiannya dikembangkan menjadi lirik dan melodi dengan bantuan AI iaitu ChatGPT dan lagu serta nyanyiannya saya menggunakan teknologi Suno. Walaupun saya menggunakan sepenuhnya teknologi AI dalam proses penghasilan lagu ini, namun setiap cerita dan emosi yang disampaikan tetap datang daripada pengalaman sendiri, pemerhatian dan perasaan yang ingin saya kongsikan.
Bagi saya, muzik mempunyai satu kelebihan yang unik. Kadangkala lagu mampu menyampaikan apa yang sukar kita ungkapkan dalam perbualan biasa. Sebab itulah saya berharap lagu ini bukan sekadar menjadi halwa telinga, tetapi juga mampu menemani sesiapa yang sedang melalui hari-hari yang mencabar.
Jika awak sedang mengalami perasaan kesunyian, kesedihan atau kehilangan arah, ketahuilah bahawa awak tidak keseorangan. Mungkin melalui lagu "Di Dalam Kesunyian" atau "Inside The Silence", awak akan menemui sedikit ketenangan dan kekuatan untuk terus melangkah.
Terima kasih kepada semua yang sudi mendengar dan menyokong karya saya. Semoga lagu ini dapat memberi makna kepada setiap pendengar dengan cara yang tersendiri.
"Kadangkala dalam kesunyian, kita menemukan kekuatan yang selama ini tersembunyi di dalam diri sendiri."
🎵 Di Dalam Kesunyian (Versi Bahasa Melayu)
🎵 Inside The Silence (English Version)
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal
.png)
.png)
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧