Alhamdulillah, program Perpustakaan yang pertama tahun 2026 selesai!

Sunday, September 20, 2026

Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, untuk kali pertama tahun nie, program perpustakaan yang pertama telah selesai dilaksanakan. Tapi saya hanya akan berasa lega setelah kesemua program perpustakaan berjaya dilaksanakan. 

Biasalah bila saya dah BDR nie, tiba-tiba terasa banyak pula kerja nak kena buat... Nasib baik lah kesemua kerja-kerja yang melibatkan kertas kerja, surat minit bebas dan surat jemputan dilakukan oleh pegawai saya.. Jadi saya boleh tumpukan pada kerja-kerja yang melibatkan promosi dan perjalanan program yang lain... 


Program perpustakaan nie dinamakan Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2026 bersempena dengan Program Jom Baca Bersama Selama 10 Minit yang telah diadakan secara serentak pada 23 April yang lalu di seluruh negara.. Atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan kami terpaksa anjakkan tarikh ke 15hb Julai 2026.. Pelbagai aktiviti yang kami telah rencanakan, antaranya pada 13hb sehingga 17hb Julai, kami adakan satu peraduan yang dinamakan Peraduan Teka Muka Surat Buku dan Teka Berat Buku. Kemudian acara seterusnya adalah pada 15hb Julai yang lepas, di mana kami telah mengadakan pelbagai aktiviti program seperti Sesi Jom Baca Bersama Selama 10 Minit, Sesi Bacaan Kegemaran Saya, Sesi Kuiz Atas Talian, Sesi Kuiz Kahoot, Sesi Permainan Teka Silang Kata, Sesi Bingo Secara Atas Talian dan Sesi Cabutan Bertuah.. 

Tepat pada 17hb Julai, pukul 5.00 petang, iaitu petang semalam, kami telah menutup pautan penyertaan peraduan dan Insha Allah kami akan mula buat kiraan muka surat dan timbang berat buku pada minggu depan.. Ada 4 orang juri yang akan buat kiraan tersebut dan senarai pemenang akan dimaklumkan melalui emel. Ooo kalau awak nak tau, peraduan nie kami buat secara atas talian, jadi takde borang untuk diisi, cuma diisi melalui Google Form.. 

KRONOLOGI PROGRAM

8hb Julai 2026
Akhirnya surat minit bebas telah ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan dan seterusnya di bawa ke pejabat Ketua Pengarah untuk kelulusan. Syukur Alhamdulillah, surat minit bebas tue tak lama di meja Ketua Pengarah, terus dia tandatangan tanpa halangan.. Kemudian dengan pantas pegawai saya membuat surat jemputan kepada kesemua bahagian tapi tak sempat ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan kerana beliau menghadiri mesyuarat yang penting. PA Pengarah meminta untuk kami mengambil surat tue pada hari esoknya.. 

9hb Julai 2026
Akhirnya surat jemputan berjaya ditandatangani oleh Pengarah Pengurusan dan saya ditugaskan untuk membuat edaran surat ke bahagian-bahagian serta Ibu Pejabat JBPM WP Putrajaya.. Tapi memandangkan masa nie saya tengah BDR jadi tugasan saya tue ditangguhkan keesokan hari... Dalam masa yang sama juga pegawai saya telah siapkan beberapa buah buku untuk dijadikan sebagai salah satu prop untuk peraduan yang akan dijalankan pada minggu depannya tue. Disebabkan pegawai saya akan bercuti pada hari esoknya hingga hari Isnin (untuk mengundi di Johor) jadi dia hanya dapat mencari beberapa buah buku saja dan meminta saya untuk menambah lagi koleksi buku untuk dijadikan prop... Dalam masa yang sama, saya menyiapkan beberapa jenis kerja yang lain seperti siapkan poster kehadiran, video aluan kepada peserta dan juga satu lagi inovasi yang saya berjaya buat, terima kasih pada teknologi AI. Inovasi tue adalah permainan BINGO yang akan dimain secara dalam talian.. Cara nak main..? Awak boleh tengok dalam vlog saya nie...


10hb Julai 2026
Pada jam 9.00 pagi, saya terus siapkan kesemua surat jemputan untuk dihantar ke bahagian-bahagian serta Ibu Pejabat JBPM WP Putrajaya dan terus hantar secara fizikal dan secara emel. Ini membolehkan mereka mendapat informasi tentang promosi program tersebut. Kemudian saya terus siapkan prop untuk peraduan iaitu Peraduan Teka Muka Surat Buku Dan Teka Berat Buku.. Para warga JBPM kena meneka berapakah muka surat buku yang berada dalam kotak dan juga kena meneka berapakah berat buku yang juga berada dalam kotak... 


Inilah prop yang telah disiapkan.. Ehh..ehh.. Saya tak angkat tau buku-buku nie, hihihi.. Saya mintak bantuan daripada abang-abang bomba untuk mengangkat buku-buku nie dan menyusunnya... Masa tengah menyusun tue, ada juga staf yang bertanya bila peraduan nie bermula dan ada yang cuba scan QR Code peraduan, tapi saya bagitau pada mereka yang peraduan nie akan dibuka pada 13hb Julai, pukul 8.00 pagi... Jadi selesai saja tugasan untuk prop peraduan, saya terus dengan persiapan untuk program pada minggu depannya...

13hb Julai 2026
Pada hari nie, saya masih buat persiapan program dengan mencetak poster dan menampalnya di tempat yang bersesuaian... Hadiah para peserta dan persiapan tempat program akan dibuat pada hari esoknya kerana pada hari nie, pegawai saya masih berada di kampung dan dia meminta agar kesemua persiapan dibuat pada hari Selasa... Jadi saya sempatlah siapkan persiapan seperti hadiah dan goodies untuk diberikan kepada peserta kelak..

14hb Julai 2026
Kalau diikutkan hari nie saya BDR tapi disebabkan program tue akan berlangsung pada hari esoknya dan persiapan majlis perlu diselesaikan, jadi saya masuk office seperti biasa.. Pada pukul 10 pagi, barisan urusetia terdiri daripada warga Cawangan Pentadbiran telah datang untuk membantu untuk persiapan majlis. Pegawai saya telah memberi tugasan kepada kesemua urusetia, untuk urusetia wanita, mereka ditugaskan untuk membalut hadiah serta menyiapkan goodies, manakala urusetia lelaki termasuk abang bomba ditugaskan untuk membuat persiapan majlis seperti memasang projektor, menghias dekorasi majlis dan persiapan tempat makan. Kebiasaannya, walaupun kami bekerja dalam situasi yang serius tapi sebenarnya kami bekerja dalam suasana gelak ketawa dengan keletah seorang abang bomba yang sememangnya ceria dan sentiasa buat lawak hingga kami semua ketawa tak henti-henti.. Jadi selesai untuk tugasan persiapan.. Oh, tugas saya ke..? Saya memang sejak dulu bertugas sebagai pengacara majlis, tapi saya jadi pengacara majlis pun jenis santai-santai dan bukan ikut protokol majlis.. Sebab program pun program yang jenis santai jadi tak sesuai untuk saya membawa tema serius, jadi kena santai-santai jea.. Lagipun untuk jadi pengacara majlis yang protokol mengikut standard JBPM sememangnya bukan bidang saya sebab saya nie jenis seorang ambivert... Habis jea majlis saya akan bertukar menjadi seorang introvert semula.. 

Inilah barisan urusetia yang dilantik..


Ada yang ditugaskan untuk menyiapkan goodies untuk peserta program..

Ada pula ditugaskan untuk membalut hadiah untuk pemenang...



Urusetia lelaki pula ditugaskan untuk membuat persiapan tempat dan prop majlis...
Inilah hadiah untuk para pemenang.. Banyak kan... hihi

Inilah warga Cawangan Pentadbiran yang membantu program kami..

15hb Julai 2026
Akhirnya tiba di hari kejadian.. Seawal 9.00 pagi peserta mula memasuki ruangan perpustakaan selepas mereka mendaftar secara online... Aktiviti pertama yang kami lakukan adalah Sesi Jom Baca Bersama 10 Minit, para peserta semua akan membaca buku selama 10 minit. Kemudian aktiviti seterusnya adalah Sesi Bacaan Kegemaran Saya di mana pegawai saya berkongsi cerita dengan buku yang telah dibacanya. Menarik tentang aktiviti nie adalah setelah pegawai saya selesai membuat perkongsian, dia akan memberi hadiah buku tersebut kepada peserta yang bertanya soalan...Kemudian, para peserta semua berpeluang untuk memenangi hadiah yang telah kami sediakan antaranya Cabutan bertuah untuk 10 orang, Kuiz Secara Dalam Talian Kahoot yang juga menyediakan 10 hadiah untuk 10 orang pemenang, Pertandingan Teka Silang Kata yang menyediakan 5 hadiah untuk 5 orang pemenang dan Permainan Bingo Secara Digital yang menyediakan 10 hadiah untuk 10 orang pemenang... Satu lagi kami ada sediakan hadiah yang special sangat untuk para peserta, kami namakan hadiah nie adalah Raja Program Paling Sempoi dan Ratu Program Paling Sempoi.. Memang happening gilerr program yang kami anjurkan dan Alhamdulillah kesemua peserta amat gembira dengan program kami, apatah lagi bila dapat bawak balik hadiah yang dimenangi mereka... Tapi mereka masih ada lagi hadiah yang menanti iaitu hadiah Pertandingan Teka Muka Surat Buku dan Teka Berat Buku yang berlangsung selama seminggu...















22hb Julai 2026
Pada jam 10.00 pagi, kami menjemput juri yang diundang khas untuk membuat kiraan muka surat buku dan juga berat buku... Kemudian pukul 4.30 petang, saya membuat hebahan nama pemenang melalui emel.. Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Puan Pengarah Bahagian Pengurusan pada 27hb Julai 2026.






27hb Julai 2026
Kini acara kemuncak telah berakhir.. Kesemua pemenang telah diserahkan hadiah oleh Yang Berbahagia Puan Pengarah Bahagian Pengurusan. Setelah itu, Puan Pengarah telah berpeluang untuk mengenali lebih dekat lagi tentang perpustakaan kami..

Yang Berbahagia Puan Pengarah Bahagian Pengurusan bersama dengan Ketua Penolong Pengarah (Pentadbiran)


Para pemenang bergambar bersama Yang Berbahagia Puan Pengarah bersama barisan urusetia.. Abaikan tangan yang comel tue yea, hihihi...




Yang Berbahagia Puan Pengarah diberi taklimat oleh Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber, Encik Zulkeply bin Taib.. 



Pemenang Teka Muka Surat Buku

Pemenang Teka Berat Buku

Pemenang paling tepat untuk Pertandingan Teka Muka Surat Buku Dan Teka Berat Buku


Okey, selesai untuk program kami yang pertama... Nanti saya share pulak tentang program kami yang kedua iaitu Program Merdeka@Bomba Tahun 2026 yang dah berlangsung pada 26hb Ogos yang lalu.. Jadi saya kongsikan vlog Youtube sepanjang Program Keluarga Bomba@Membaca Tahun 2026..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal

Post a Comment

❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧