Assalamualaikum wbt.
Orang kata rezeki memang tak pernah salah alamat. Betul sangatlah tu! Kadang-kadang kita masuk segmen saja-saja, join giveaway pun sekadar mencuba nasib dan menyokong pengajuran segmen dan giveaway daripada rakan-rakan blogger. Sekali… eh, nama sendiri pula yang naik!
Alhamdulillah, kali ini saya dapat rezeki memenangi satu segmen dan satu giveaway. Tak sangka pula boleh tersangkut dua-dua sekali. Ingatkan datang nak meriahkan segmen, rupanya balik bawa rezeki.
Untuk kemenangan segmen, saya telah terpilih sebagai salah seorang pemenang Refresh Bloglist yang dianjurkan oleh This Ni3 Zahata. Kalau nak tengok senarai peserta dan pengumuman tersebut, boleh singgah di sini:
Manakala satu lagi rezeki datang daripada Giveaway Wedding Anniversary anjuran Kak Suria Amanda. Alhamdulillah, nama saya pun ada dalam senarai pemenang.
Apa-apa pun, saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada penganjur yang memilih saya sebagai salah sorang pemenang. Terima kasih juga kerana sudi menganjurkan segmen dan giveaway, sekali gus menambahkan lagi warna-warni dalam dunia blogging yang kian menjauh sekarang..
Rezeki tak semestinya datang dalam bentuk yang besar. Kadang-kadang ia datang dalam bentuk hadiah giveaway, kadang-kadang dalam bentuk kemenangan kecil, dan kadang-kadang cukup sekadar sesuatu yang membuatkan kita tersenyum pada hari tersebut.
Yang penting, syukur dulu… bab nak fikir nak menang lagi, itu cerita kemudian.
Alhamdulillah untuk rezeki kali ini. Semoga rezeki penganjur pula sentiasa dilimpahkan dan dipermudahkan dalam segala urusan. Pada rakan-rakan yang belum ada rezeki, Insha Allah, di lain masa, rezeki awak akan sampai..
Terima kasih sekali...

.png)
Post a Comment
❧ ✿ Terima kasih atas kesudian awak untuk tinggalkan nota di sini..✿ ❧