Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Menang Giveaway daripada BajuWarnaCoklat

Friday, January 29, 2016

Assalamualaikum... Wahh, rasa lama betul tak update jurnal nie, gomennasai minna-san... dua tiga minggu nie saya sibuk sikit, dengan buat 5S di opis, dengan ada jualan majalah terpakai di opis, dan macam2 lagi dengan kesibukan di opis.. nanti saya upload gambar jualan majalah terpakai...

Anyway...awak masih ingat segmen nie..?

 

Segmen yang bermula dari 1 Januari hingga 22 Januari yang lalu dan pemenang dah diumumkan..saya adalah salah sorang dari pemenangnya dari entri nie and got the gift..

 Jeng..jengg...


 

Cantik tak...? Dengan bangganya saya dilahirkan dan dibesarkan  di Kuala Terengganu...

Thanks to Nur Raihanah @ RRai.. 
Jaa nee..

   
read more

Doa untuk sahabat


1. Ya Allah jika disaat ini ada sahabat ku yang sakit, sembuhkan lah dia.

2. Ya Allah jika disaat ini ada sahabat ku yang bermasalah, berilah jalan keluar untuk dia.

3. Ya Allah jika disaat ini ada sahabat ku yang kesempitan wang, kau murahkan lah rezekinya.

4. Ya Allah jika disaat ini ada sahabat ku yang bermasam muka di antara satu sama lain damaikan lah mereka.

5. Ya Allah jika disaat ini ada sahabat ku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.

6. Ya Allah jika disaat ini ada sahabat ku yang lalai, kurniakan lah hidayahMu kpd dia.

7. Ya Allah jika di saat ini ada sahabat ku yang bersedih hati, kembalikan lah keceriaan di wajahnya.

8. Ya Allah jika disaat ini ada sahabat ku yang di dalam perjalanan selamatkanlah dia menuju destinasinya.

9. Ya Allah jika disaat ini ada sahabat ku yang berada dipersimpangan jalan yang  berliku, tunjukkan lah jalan yg diredai olehMu.

 
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
read more

Ubat untuk denggi

Thursday, January 14, 2016

Saya tidak tahu nama pokok ini. Baik nama kampung,atau nama saintifiknya, memang saya tidak tahu. Kenal dah lama. Zaman kecik-kecik dulu, selalu kutip dan buat main masak-masak. (rupa-rupanya nama bayam peroksi/praksi. Nama scientificnya Vernonia Cinerea.)

Rupanya pokok ini mustajab..


Ketika mama diserang denggi, ada auntie katil sebelah selalu minum air hijau, katanya ubatan herba. Satu hari, anak lelakinya bawa pokok ini kepada mama dan bagitahu mama, kaum cina selalu guna pokok ini sebagai rawatan denggi. Tujuannya untuk naikkan platlet pesakit. Kami pun mencuba. 

Alhamdulillah, sehari selepas mencuba, platlet mama naik, dan esoknya dilepaskan keluar ward.

Ketika suami saya Imran Arif diserang denggi, mama kirimkan sekotak pokok ini yg dikutipnya di tepi2 rumah memandangkan suami alergi kepada ketam. Alhamdulillah, denggi suami juga pantas kesembuhannya.


Di kesempatan ini, saya share ilmu yg kami dapati dari auntie dan keluarganya. Kita berusaha, Allah juga yg berkuasa untuk memberi kesembuhan, InsyaAllah..

Cara consume:
Kisar pokok ini yg dipotong sehingga akar umbi dengan brown sugar. Kemudian tapis, dan minum. Rasa? Suami ckp, rasanya mcm air tebu. Berapa sudu gula? Secukup rasa. Jangan sampai kena kencing manis pulak..


Sumber  dari facebook...

read more

Petua Untuk Mengatasi Bayi Sembelit

Wednesday, January 13, 2016


Assalamualaikum wbt..
Susah hati kan bila bayi kena sembelit... Rasa tak keruan bila si kecil sembelit.. So, saya nak berkongsi petua camne nak mengatasi sembelit untuk si kecil.. Ibu, emak, ummie, mama, mummy semua boleh try buat yea..

Layur beberapa helai daun kunyit di atas api sehingga layu. Seterusnya letakkan daun kunyit itu di atas perut bayi. Tidak sampai beberapa minit kemudian, si comel pasti akan membuang air besar. 


read more

Untuk makluman sahabat

 

 

Semalam, saya dok ralit tengok facebook dan saya tertarik pada satu artikel nie.. 

So, jelaslah nama Qistina nie membawa maksud penghulu jin dalam perubatan Islam,
saya pernah jugak memilih nama anak saya dengan nama Qistina, tapi..
 bila dah tau maksudnya terus saya padam daripada listing nama..

Amboii..hihi awal betul saya memilih nama anak saya, takpelah, mana tahu kan rezeki di tahun baru nie, hanya Allah saja yang tahu ke mana tujuan hidup saya.. 

Tahun nie saya bakal mendapat anak sedara dua orang sekaligus, alhamdulillah dan 
tahniah kepada adik-adik saya kerana dikurniakan kurniaan yang amat besar sekali..

Jaa nee..

 
read more

Tazkirah Rabu



 
.. Baginda Nabi ﷺ bersabda (mafhumnya):
. Akan tiba masanya atas ummat ku di mana ke khusyukkan dalam solat akan hilang.
. Akan tiba masanya atas ummat ku banyaknya kematian secara mengejut.
. Akan Tiba masanya atas ummat ku banyak nya gempa-gempa bumi.
. Akan tiba masanya atas ummatku di mana seseorang muslim itu tidak akan mengucapkan salam kecuali kepada orang yang ia kenal sahaja.
. Akan tiba masanya atas ummat ku banyak terjadi pembunuhan sesama sendiri.
. Akan tiba masanya atas ummat ku manusia saling berbangga-bangga dengan perbuatan maksiat mereka.

Para sahabat bertanya " Bilakah itu akan terjadi wahai Rasulullah ?
Rasulullah 
ﷺ menjawab " Semua itu akan terjadi di akhir zaman, maka apabila hal itu sudah terjadi maka tunggulah saat kedatangan hari kiamat.

.. Hampir semua yang disebut itu berlaku di zaman kita.

. Adalah

Hari-hari yang sangat ganjil.
Ibu-ibu dan bapa-bapa hanya mementingkan makanan yang sedap dan pakaian yang cantik-cantik sahaja terhadap anak-anak mereka.
Namun mereka lupa menanam ajaran agama dan akhlak kepada anak-anak mereka.

. Hari-hari yang ganjil.
Para pekerja tidak ikhlas bekerja dengan alasan gaji yang diberi tidak berpatutan / sedikit. Namun mereka lupa sesungguhnya Allah memberkati rezeki yang halal dan menghilangkan berkah dari rezeki yang haram.

. Hari-hari yang ganjil
Pemuda dan pemudi berjam-jam menghabiskan waktu mereka jalan-jalan dan berpeleseran di mall atau di pasaraya. Namun mereka merasa letih dan berat untuk mengerjakan solat walau hanya satu rakaat.

. Hari-hari Ganjil.
Pemuda dan pemudi asyik mendengar lagu-lagu dengan hati yang girang gembira. Namun jika untuk mendengar firman-firman Allah, hati mereka menjadi sesak, seolah-olah mereka hendak naik ke langit sedang mereka tidak tahu bahwa perkara yang halal tidak boleh bercampur dengan perkara yang haram.
. Hari-hari sangat ganjil.
Kita bersungguh-sungguh berusaha sehingga mampu membeli apa yang kita suka, yang enak-enak dan yang bagus-bagus, murah atau mahal, kita sanggup membayarnya walaupun dengan berapa harga sekalipun, namun ketika kita ingin menderma ke dalam tabung masjid, kita akan memilih wang kita yang paling kecil sekali untuk dimasukkan ke dalam tabung derma.

. Hari-hari yang ganjil.
Kita set alarm sebelum tidur takut terlambat bangun untuk pergi kerja. Namun kita lupa untuk setkan alarm untuk bangun menghadap Allah ketika solat subuh.
. Hari-hari sangat ganjil
Kita saling caci dan membicarakan keburukan makhluk-makhluk Allah, Namun kita lupa akan firman Allah "Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di datangi malaikat pengawas yang selalu hadir" .
. Hari-Hari yang ganjil.
Kita mengeluh dari banyaknya musibah dan bencana, namun kita lupa akan firman Allah " Maha Suci Allah yang telah menggerakkan kendaraan ini utk kami padahal kami tiada kuasa menggerakkannya".
. Hari-hari yang ganjil.
Ibu-ibu dan bapa-bapa membiarkan saja isteri dan anak perempuan mereka memakai pakaian dengan menampakkan aurat bahkan menimbulkan fitnah kepada org lain tanpa ada rasa bersalah dan tidak berani untuk mencegahnya dengan alasan itu adalah hak asasi manusia, kubur masing2 dan lain-lain....

read more

Nasihat untuk suami..


Jangan nak jadi 'seri paduka' di rumah sepanjang masa. Dah sama-sama kerja, kenalah tanggung kerja rumah itu sama-sama. Takkan biarkan isteri sorang buat kerja, memasak, cuci pinggan, basuh baju, menyapu, urus anak sedang awaknya duduk sila panggung baca suratkhabar atau tengok tv. 

Cukup time nak makan.


Itu kalau isteri tak bekerja tak apalah sangat, tapi kalau sama-sama bekerja tak boleh amalkan jadi 'seri paduka' sepanjang masa. 
Untuk eratkan hubungan dan kasih sayang apa salah tolong-tolong sikit.

 Kecuali isteri memang kemaruk sangat nak buat sorang - "Abang jangan sentuh apa-apa bang, biar ani sorang yang buat kerja ni," ikhlas dari lubuk hati, semata-mata untuk jadi isteri solehah. Tapi kalau isteri dok muncung buat kerja sorang-sorang kenalah buat sesuatu juga ye bang.

- Dipetik dari bab 4 -  "TIP PASANGAN BAHAGIA", dari buku "INI KISAH SUAMI ISTERI 2" oleh DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj

www.shop.drtuah.com


read more

3 waktu larangan masuk ke bilik ibu bapa...

read more

Berhati-hati semua...

Tuesday, January 12, 2016

read more

Hakikat nilai duit sekarang

Sunday, January 10, 2016

read more

Kenyataan cuaca di Malaysia...

read more

Muhasabah Hati..

Friday, January 08, 2016

 

KETIKA
Aku ingin hidup KAYA..
Aku lupa,
bahwa HIDUP itu sendiri adalah sebuah KEKAYAAN.

KETIKA..
Aku takut MEMBERI..
Aku lupa,
bahwa SEMUA yang aku miliki juga adalah PEMBERIAN.

KETIKA...
Aku ingin jadi yang TERKUAT...
Aku lupa,
bahwa dalam KELEMAHAN....
Tuhan memberikan aku KEKUATAN.

KETIKA...
Aku takut RUGI...
Aku lupa,
bahwa  HIDUPKU...
Adalah sebuah KEBERUNTUNGAN, kerana AnugerahNYA.

Ternyata hidup ini sangat indah...
ketika kita selalu BERSYUKUR kepadaNYA

BUKAN...
kerana hari ini INDAH kita BAHAGIA...
Tetapi kerana kita BAHAGIA...
maka hari ini menjadi INDAH.

BUKAN...
kerana tak ada RINTANGAN kita menjadi OPTIMIS...
Tetapi kerana kita OPTIMIS...
RINTANGAN akan menjadi tak terasa.

BUKAN...
kerana MUDAH kita YAKIN BOLEH...
Tetapi kerana kita YAKIN BOLEH...
semuanya menjadi MUDAH.

BUKAN...
kerana semua BAIK kita TERSENYUM...
Tetapi kerana kita TERSENYUM..
maka semua menjadi BAIK.
Tak ada hari yang MENYULITKAN kita, kecuali kita SENDIRI yang membuat SULIT.

BILA...
kita tidak dapat menjadi jalan besar..
cukuplah menjadi jalan setapak yang dapat dilalui orang.

BILA...
kita tidak dapat menjadi matahari...
cukuplah menjadi lampu yang dapat menerangi sekitar kita.

BILA...
kita tidak dapat berbuat sesuatu untuk seseorang.. Maka cukup dengan berdo'a untuk kebaikan.


read more

Tentang mengeluh

Thursday, January 07, 2016


Assalamualaikum,

Ketika kita mengeluh: “ishh, aku penat sangat."
ALLAH menjawab: (وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا)
“ Dan KAMI jadikan tidurmu untuk istirehat (An Naba' : 9) 

Ketika kita mengeluh: “Beratnya dugaan ni, tak sanggup rasanya aku.
" ALLAH menjawab :
(لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا)
“ AKU tidak membebani seseorang, melainkan sesuai kesanggupannya.” (Al Baqarah : 286)


 Ketika kita mengeluh :
“Serabutnyaa.
" ALLAH menjawab :
( أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ)
“ Hanya dengan mengingatKU hati akan menjadi tenang” (Ar Ra'd : 28) 

Ketika kita mengeluh: “Apa yang aku buat ni semua sia sia.
" ALLAH menjawab :
(فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ)
"Siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar biji zarah sekalipun, nescaya ia akan melihat balasannya ” (Al Zalzalah : 7) 

Ketika kita mengeluh: “ takde sorang pun yang nak tolong aku." ALLAH menjawab:
(وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ)
“ Berdoalah (mintalah) kepadaKU, nescaya Aku kabulkan” (Al Ghafir : 60) 

 Ketika kita mengeluh : “ Aku sedih sangat.” ALLAH menjawab:
( لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا ۖ )
“ Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah beserta kita " (At Taubah : 40)

Jangan banyak mengeluh.  Banyakkan bersabar dan teruskan kehidupan ini dengan taqwa dan tawakkal.

Semoga menjadi insan yang bertakwa.
Hadapi dengan tenang.
Semoga berjaya.


read more

Fikir


Assalamualaikum,
Kita sering fikir orang yang berniaga tu adalah kaya dan miliki banyak duit. Walhal sebenarnya dia mungkin kurang berada daripada si pembeli. Dalam dompet ada takat RM10 je. Anak-anak dirumah perlukan susu dan makanan. Kereta kena tarik sebab tak bayar 3 bulan. Gas dan bahan dapur tunggu masa je nak habis.

Siapa tahu?

Peritnya dia berniaga tiada siapa yang tahu melainkan Allah. Penat dah buat pemasaran sana-sini, sangkut. Kurang sales masuk.

Kawan-kawan dan orang luar hanya nampak dia jual tu, ini, macam-macam. Makanya, seolah dia kelihatan peroleh duit banyak.

Namun orang tak tau betapa dia sangatlah survive nak sara hidup. Betapa dia resah gelisah. Betapa dia mungkin orang paling terdesak berbanding kita. Dia mungkin orang yang paling kusut fikirkan cara mana lagi boleh diusahakan untuk dapat rezeki.

"Sis, tak ada free postage ke?"
"Sis, takleh kurang lagi ke?"

Orang kita aktif minta diskaun hatta produk tu murah. Bila makan pizza, KFC atau sewaktu dengannya, tak pulak minta diskaun. Walhal dia bersusah payah untuk sara kos hidupnya dengan bisnes tu,

Bagi orang yang berniaga, perasan tak kawan lama selalu kata, "wah, dah kaya kan kau sekarang. Bila boleh belanja?"

Elak anggap orang tu senang hanya sebab kita lihat luaran kasar yang berlaku. Dan elak sesekali kita minta orang belanja. Sebaliknya kita lah yang tawarkan diri belanja orang.

*Nota Petikan 111 Formula Rezeki
RealitiYangMenggigit
www.formularezeki.com/hop.php?ref=SJE24k
read more

Biar gambar berbicara

read more

Gunakan Waktu Hidupmu Untuk Saat Kematianmu


Dari hadis Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata: jika manusia menandingi dalam hal dunia
أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَنْكِبِي، فَقَالَ: كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيلٍ» وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ، يَقُولُ: «إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ، وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ المَسَاءَ، وَخُذْ مِنْ صِحَّتِكَ لِمَرَضِكَ، وَمِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
 : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menepuk kedua bahuku lalu beliau bersabda:

“Jadilah engkau di dunia ini seperti warga asing atau orang yang sedang melintas jalan.”
Ibnu ‘Umar berkata:
“Jika engkau berada di waktu petang hari, maka janganlah engkau menunggu pagi hari. Dan jika engkau di pagi hari, maka janganlah engkau menantikan waktu petangnya. Ambillah setiap kesempatan dari waktu sihatmu untuk waktu sakitmu, dan dari waktu hidupmu untuk saat kematianmu.” (Shahih Al-Bukhari, no. 6416)

Penjelasan dan faedah hadis:
قالوا في شَرْحِ هَذَا الحديث معناه:
لا تَرْكَنْ إِلَى الدُّنْيَا وَلا تَتَّخِذْهَا وَطَنًا، وَلا تُحَدِّثْ نَفْسَكَ بِطُولِ البَقَاءِ فِيهَا، وَلا بِالاعْتِنَاءِ بِهَا، وَلا تَتَعَلَّقْ مِنْهَا إلا بِمَا يَتَعَلَّقُ بِهِ الْغَريبُ في غَيْرِ وَطَنِهِ، وَلا تَشْتَغِلْ فِيهَا بِمَا لا يَشْتَغِلُ بِهِ الغَرِيبُ الَّذِي يُريدُ الذَّهَابَ إِلَى أهْلِهِ، وَبِاللهِ التَّوْفِيقُ.
Para ulama berkata pada syarh (penjelasan) hadis ini, maknanya:
“Janganlah engkau terlalu cenderung terhadap dunia, jangan pula menganggapnya sebagai wathan (tanah air, tempat kembali), dan jangan pula engkau mengatakan pada dirimu bahawa engkau akan menetap lama di sini. Dan janganlah engkau terlalu mengambil berat (sibuk) padanya, jangan pula meletak kebergantungan padanya, melainkan sebagaimana kebergantungan orang-orang asing yang sedang berada di suatu negeri yang lain, dan janganlah engkau menyibukkan diri di dunia ini kecuali sebagaimana orang-orang asing yang hendak kembali ke tempat keluarganya berada (yakni ingin segera kembali mencari kebaikan akhirat). Wa billaahit Taufiq.”

في هذا الحديث: الحضُّ على تقصير الأمل، والمبادرة إلى العمل، وترك التراخي والكسل.
“Hadis ini mengandungi penegasan agar tidak memanjangkan angan-angan, sebaliknya hendaklah bersegera melakukan amal dan meninggalkan perbuatan menunda-nunda amal yang soleh serta meninggalkan sikap bermalas-malasan.”

Sumber: Disarikan dari Tathrizu Riyadhish Shalihin oleh Asy-Syaikh Faishol bin ‘Abdul ‘Aziz Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 1376H).
read more

Assalamualaikum, selamat pagi



read more

Buat 5S di library

Wednesday, January 06, 2016


Assalamualaikum wbt..

Nak dipendekkan cerita, saya dengan pegawai saya nak buat 5S untuk library.. Banyak kerja nak dibuat, so.. tak banyak entri untuk hari nie..

Insha Allah, ada masa terluang saya akan update kan lagi.. Jaa nee..


 
 
read more

Apa itu slip disc..?

 

Tulang belakang manusia terdiri daripada 24 tulang individu yang dipanggil vertebra yang disusun di atas satu sama lain. Di antara setiap tulang belakang terdapat perlindungan, pad bulat rawan (tisu perantara) yang dipanggil cakera. Cakera ini mempunyai gentian lembut, bahan seperti gel di dalamnya yang membantu untuk mengurangkan geseran di antara vertebra apabila berlaku pergerakan. Di dalam cakera ini terdapat saraf tunjang yang sangat sensitif dan ia melalui tengah-tengah ruang vertebra. Ia mengandungi sel-sel saraf yang menghubungkan otak ke semua bahagian anggota badan. 

Slipped disc berlaku apabila bulatan tisu penghubung di sekitar cakera rosak. Ini menyebabkan bahagian lembut, seperti gel bahagian cakera membengkak dan menonjol keluar. Tidak jelas apa yang menyebabkan tisu penghubung untuk pecah. Walau bagaimanapun, penyusutan cakera sering berlaku hasil daripada peningkatan usia.


Tanda-tanda awal slipped disk :-
 

Sakit di belakang, leher, atau bahagian bawah badan.
Kadang-kadang, seseorang yang mengalami slipped disc berasa kebas di bahagian-bahagian badan yang atas dan di bawah kawasan yang terjejas (secara umum, di kawasan yang dikawal oleh saraf tertentu). Secara beransur-ansur ini boleh membawa kepada keadaan lumpuh.
Dalam beberapa kes, bahagian bawah badan berasa lemah, dan ia menjadi sukar untuk pesakit berdiri.
Penderitaan individu juga mungkin mengalami perasaan kurang selesa, gatal di kawasan kemaluan.
Individu juga mungkin mengalami sakit semasa bersin, batuk, berjalan, dan lainlain.
Gejala yang perlu diberi perhatian dengan segera:
Kelemahan sensasi atau berasa kebas di satu atau kedua-dua anggota badan yang lebih rendah.
Kehilangan ketangkasan dalam satu atau kedua-dua kaki.
Sakit belakang yang teruk dengan kesan darah dalam air kencing.
Sakit berdenyut pada bahagian dalam paha;
Sakit belakang yang bertambah teruk walaupun dalam keadaan berehat berbanding apabila anda bergerak.
Kelemahan berpanjangan dengan sensasi cucukan walaupun dalam keadaan berehat.
Lemah tenaga batin atau sukar untuk bersama.
Kesan yang berterusan boleh membawa kepada pesakit manjadi lumpuh (paralyse).

Kehadiran tanda-tanda yang disenaraikan di atas tidak semestinya bermakna anda mempunyai masalah slipped disc, walau bagaimanpun gejala-gejala ini perlu diberi perhatian serius dan berjumpalah doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Rawatan moden
Dalam kebanyakan kes, slipped disc akhirnya akan mengecut kembali secara spontan.
Kesakitan biasanya akan berkurangan apabila cakera berhenti menekan pada saraf yang terjejas. Selalunya pihak hospital akan memberi ubat penahan sakit sebagai permulaan rawatan.

Selain itu, fisioterapi boleh membantu anda untuk mempercepatkan proses penyembuhan.
Fisioterapis akan melatih dan mengajar jenis-jenis senaman yang bersesuaian untuk anda lakukan. Sebaiknya senaman itu dilakukan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik dan ianya boleh dilakukan di rumah juga.

Anda juga boleh berunding dengan pengamal osteopath, atau chiropractor untuk merawat keadaan ini. Kedua-dua kiropraktik dan osteopati menggunakan terapi manual, iaitu, manipulasi otot dan tulang melalui urutan dan teknik manual yang lain.

Pembedahan mungkin perlu jika rawatan lain tidak membuahkan hasil yang diharapkan, atau telah gagal untuk memperbaiki keadaan. 

Rawatan penyakit slipped disc dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran :-

1. Surah Qaff ayat 16 hingga 45.
2. Surah Mukminun ayat 60 hingga 80.
3. Surah Shod ayat 34 hingga 61.
4. Surah Al-Ahqaaf ayat 21 hingga 28.
5. Surah Adz-Dzariyaat ayat 31 hingga 60.

Cara amalan ayat-ayat al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Qaff tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Mukminun tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah SWT untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya. 

Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu’ anhu, bahawa, “Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah ‘azza wa jalla." (HR. Muslim)



 
read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ►  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ►  March (10)
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ▼  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ▼  January (29)
      • Menang Giveaway daripada BajuWarnaCoklat
      • Doa untuk sahabat
      • Ubat untuk denggi
      • Petua Untuk Mengatasi Bayi Sembelit
      • Untuk makluman sahabat
      • Tazkirah Rabu
      • Nasihat untuk suami..
      • 3 waktu larangan masuk ke bilik ibu bapa...
      • Berhati-hati semua...
      • Hakikat nilai duit sekarang
      • Kenyataan cuaca di Malaysia...
      • Muhasabah Hati..
      • Tentang mengeluh
      • Fikir
      • Biar gambar berbicara
      • Gunakan Waktu Hidupmu Untuk Saat Kematianmu
      • Assalamualaikum, selamat pagi
      • Buat 5S di library
      • Apa itu slip disc..?
      • Doa di pagi hari
      • Fitnah itu satu dosa besar...
      • 7 konsep pemilihan tudung Islamik
      • Nasihat alam kubur
      • Assalamualaikum, selamat pagi..^_^
      • Hukum mahram lelaki dan wanita...
      • CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN 2016 TERKINI YANG TELAH ...
      • AURAT SESAMA IPAR
      • Jangan Mencari Kesempurnaan
      • Selamat Tahun Baru 2016
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Menjelang Ramadhan
  • Afzan Sidi
    WORDLESS WEDNESDAY~MARHABAN YA RAMADHAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Air kotak laici
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.