Pages

  • Home
  • Blog
  • About
  • _About Me
  • _Contact
  • My Bookmark
  • My Bloglist
  • _My Bloglist
  • Disclaimer

Social Icons

Jurnal Shikin Razali

Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com

Tuesday, March 30, 2021


Pencarian bloglist bagi bulan April, Mei dan Jun 2021 di MiaLiana.com bermula pada 11.00 pagi 30/3/2021 sehingga 11.00 pagi 31/3/2021. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog MiaLiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Mac 2021.

** jom support Mia Liana....



#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Wangi gilerr weyyhh | Balqish Fabric Perfume

Monday, March 29, 2021

Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier

Assalamualaikum wbt...
Sebenarnya dah lama produk nie berada dalam shopping listing saya memandangkan ianya selalu berlegar-legar kat status whatsapp.. Hihihi dan kali nie saya berjaya dapatkannya..

Memperkenalkan...

BALQISH FABRIC PERFUME

Balqish fabric perfume nie adalah sebuah haruman yang perlu ada pada setiap rumah.. Awak tentu pernah dengar dengan haruman yang disembur pada tudung kan... Inilah salah satu produk yang perlu awak miliki...

Kerana apa..?

Kerana wangian ini bukan saja boleh disembur pada tudung awak, malah hampir kesemua fabrik boleh digunapakai seperti sofa, tilam, kasut, cadar, helmet, tudung,, langsir, sejadah, telekung, kusyen kereta dan lain-lain jenis fabrik.. 

Ada 6 jenis wangian yang awak boleh pilih, iaitu Sweet Rose, Sweet Daisy, Sweet Blossom, Sweet Jasmine, Sweet Orchid dan Sweet Lily..

Review : Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier

Review : Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier

Review : Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier

Review : Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier

Review : Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier

Review : Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier



Produk nie juga didatangkan dengan 3 jenis bentuk, iaitu bentuk Pen Pocket (10ml) yang boleh diletakkan dalam beg tangan, bentuk Mini Travel (60ml) yang sesuai digunakan semasa nak travel ke mana-mana dan boleh dimuatkan dalam beg ataupun diletakkan di dalam kereta, serta bentuk Home Use (250ml) yang sesuai digunakan di dalam rumah...

Yang menariknya Balqish Fabric Perfume nie adalah ianya merupakan anti hapak, anti bakteria, bauannya adalah tahan lama, mesra solat, tak perlu dibilas dan yang paling penting ianya takde kesan pada fabrik.. So memang sesuai sangat untuk digunakan pada fabrik terutama pada tudung...

Macam saya sendiri, pada yang mana ada bela kucing kat rumah tentu mengalami situasi yang sama dengan saya.. Pernah tak bulus-bulus awak 'menghadiahkan' sesuatu yang tak dijangka seperti poo-poo kat tilam.. atau dia merenjiskan 'air wangian' dia pada tilam... hihihi tentu ada kan... Samalah macam situasi saya.. Jadi saya cubalah semburkan pada tilam, Ya Allah, harumannya melekat sampai ke baju.. Haruman yang saya pakai semasa sembur pada tilam adalah jenis Sweet Jasmine.. 

Malah bukan tue saja, saya gunakan haruman Balqish nie semasa tengah menaip jurnal nie kat laptop... Haruman pilihan saya adalah jenis Sweet Orchid dan saya gunakan bersama Air Humidifier berkapasiti air sebanyak 260ml.. Cara gunakan Balqish Fabric Perfume akan saya tunjukkan di dalam VIDEO ini.. Sila lihat pada mode web version untuk melihat video ini atau boleh klik pada link youtube di bawah...


[YOUTUBE LINK]

Untuk kegunaan dalam rumah pulak, saya juga menggunakan Air Humidifier dengan kapasiti air sebanyak 500ml dan haruman yang menjadi pilihan saya adalah Sweet Blossom.. Cara menggunakan Balqish Fabric Perfume untuk air humidifier 500ml nie sama saja dengan video yang saya paparkan tue, cumanya untuk kapasiti 500ml nie awak gunakan sebanyak 2 penutup untuk mendapat wangian yang maksimum... 

Takde air humidifier...? Takde masalah.. Awak boleh beli secara kombo air humidifier bersama dengan Balqish Fabric Perfume dengan harga yang cukup berpatutan dengan mampu milik...

Review : Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier

Review : Balqish Fabric Perfume with Air Humidifier

 
So, awak boleh dapatkan Balqish Fabric Perfume ini di

www.balqish.com
balqishfabricperfume_HQ
balqishfabricperfume_official

Ataupun awak boleh beli Balqish Fabric Perfume dengan agen yang berhampiran...

Agen Balqish Fabric Perfume


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Menolong Saudara Yang Zalim dan Dizalimi

Thursday, March 25, 2021


Assalamualaikum wbt...


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Daripada Anas RA mengatakan, Rasulullah SAW bersabda: "'Tolonglah saudaramu baik ia berbuat zalim atau dizalimi." Ada seorang laki-laki bertanya; 'ya Rasulullah, saya maklum jika ia dizalimi, namun bagaimana saya menolong saudara yang melakukan kezaliman? ' Nabi menjawab; "engkau mencegahnya atau menahannya dari kezaliman, itulah cara menolongnya." 
(HR Bukhari No: 6438) 
Status: Hadis Sahih


Pengajaran daripada hadith ini.. 
  1. Seorang Muslim wajib membantu muslim yang lain.
  2. Jika saudara kita dizalimi, menjadi tanggungjawab untuk menolong dengan membela dan mempertahankannya.
  3. Jika saudara kita melakukan kezaliman, menjadi tanggung jawab kita untuk membantunya agar tidak berterusan melakukan kezaliman. Contohnya jika saudara kita mencuri, rasuah, menganiaya orang atau binatang, kita wajib menghentikan, menghalangnya agar tidak berterusan membuat kezaliman.
  4. Seorang Muslim tidak boleh membabi buta membela saudaranya yang berbuat zalim.
  5. Bantu orang lain agar tidak dizalimi oleh orang yang zalim dengan cara memberi peringatan kepada mereka tentang kezaliman orang yang zalim.
Wallahualam...
 
#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Wordless Wednesday

Wednesday, March 24, 2021





#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal




read more

Pulang buku perpustakaan setelah 63 tahun berlalu

Pulang buku perpustakaan setelah 63 tahun berlalu

Assalamualaikum wbt...
Apa yang awak buat jika terlupa nak hantar buku yang dipinjam di perpustakaan..? Terus buat-buat lupa ataupun pulangkan buku tersebut...? 

Dekat New York, Amerika Syarikat, seorang wanita yang kini berusia 74 tahun telah tergerak hari untuk memulangkan semula buku yang dipinjamnya pada 63 tahun yang lalu... Betty Diamond telah meminjam buku cerita dongeng yang bertajuk 'Ol Paul, The Mighty Logger yang ditulis oleh Glen Rounds semasa Betty berusia 10 tahun...

Pulang buku perpustakaan setelah 63 tahun berlalu


Kalau diikutkan, Betty perlu pulang semula buku yang dipinjam pada 10 Julai 1957 tapi dia terlupa untuk memulangkan semula buku tue.. Menurut Betty, buku cerita nie pernah hilang dalam simpanannya dan bila dia jumpa semula buku tue, dia mengambil keputusan untuk menyimpannya di rumah..

Tapi disebabkan rasa amanah dan tanggungjawab dalam diri Betty, dia mengambil keputusan untuk memulangkan semula buku cerita tue setelah dia menyimpannya dalam tempoh 63 tahun, di Perpustakaan Awam Queens dan menyumbangkan wang tebusan sebanyak AS$500 sebagai tanda dia mengakui kesilapannya itu.. 

Menurut Nick Buron, yang merupakan Ketua Perpustakaan Awam Queens, tindakan Betty yang meminjam buku terlalu lama amat jarang berlaku. Kalau diikutkan polisi perpustakaan awam itu, jika buku tersebut tidak dipulangkan dalam tempoh tujuh tahun, maka maklumat buku tersebut akan dibuang daripada sistem mereka. Menurut Buron lagi, peminjam buku yang lewat untuk mengembalikan buku tak perlu risau tentang denda kerana bukan tujuan perpustakaaan awam itu untuk mendapatkan wang.. 

Jadi, sekali lagi, sikap amanah masih menjadi ukuran dalam kehidupan kita.. Samalah macam yang pernah saya ceritakan dalam entri cerita yang lalu...

Dompet Hilang Di Antartika Dijumpai Semula Selepas 53 Tahun

Walaupun jangka masa yang agak lama untuk pulangkan buku tue, tapi wanita ini masih lagi bertanggungjawab untuk memulangkan buku tue, siap bagi duit denda lagi sebagai tanda kemaafan daripada wanita warga emas ini.. Sikap ini perlu dicontohi oleh kita dan terapkan pada anak-anak agar dapat menjadi insan yang lebih baik... 


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog



Assalamualaikum wbt...
Baru berkesempatan nak update jurnal nie... hihihi.. Anyway, Shida ada menjemput saya untuk join giveaway yang dianjurkan oleh beliau bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan tak lama lagi..

Jadi, saya nak menjemput awak semua untuk join giveaway yang dianjurkan oleh Blogger Shida dengan klik pada banner kat atas nie..

Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, perasaan tue lebih pada gembira bercampur dengan sedih.. Gembira sebab dapat berpeluang lagi untuk menambah amal ibadah yang tak berapa nak cukup.. So, dengan bulan Ramadhan nie, dapatlah topup amal ibadah pahala kita nie.. Sedih pulak kerana berkemungkinan kita masih belum boleh rentas negeri, so tak dapatlah nak berpuasa, berbuka puasa dan bersahur dengan family.. Tapi, takpelah, demi kesihatan sejagat, kenalah berkorban sekali lagi.. 

Jom, jemput join giveaway Shida nie.. Klik pada banner tue tau...

Saya nak jemput Eza Boom Boom dan Mamapipie

Best of luck, folks.. 

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Pesta Buku Dalam Talian Terbesar Di Malaysia

Friday, March 19, 2021




Assalamualaikum wbt..
PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) DALAM TALIAN (KLIBF ONLINE X SHOPEE) TAHUN 2021 PESTA BUKU DALAM TALIAN TERBESAR DI MALAYSIA 

👇 
https://shopee.com.my/m/klibf2021 

Berita Baik Untuk Pencinta dan Pengemar Buku serta Seluruh Rakyat Malaysia Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) ingin mempelawa semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama memeriahkan PBAKL Dalam Talian (KLIBF Online X Shopee) Tahun 2021 dengan membuat pembelian buku-buku yang terkini, menarik dan sensasi kerana Masyarakat dan Buku Berpisah Tiada. Acara Pesta Buku Dalam Talian Terbesar di Malaysia adalah penganjuran edisi kedua yang diadakan di negara kita ini. Pelbagai tarikan menarik yang akan disediakan sepanjang 17 hari bermula 19 Mac hingga 4 April 2021 Jangan lupa bersama-sama kami. 

#dudukrumahbacabuku #MalaysiaMembaca #kitajagakita #PBAKLOnline2021

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Dosa Yang Tidak Ditunda Balasannya

Friday, March 12, 2021


Assalamualaikum wbt..


عَن أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ  صلى الله عليه وسلم قال  : كلُّ ذنوبٍ يؤخِرُ اللهُ منها ما شاءَ إلى يومِ القيامةِ إلَّا البَغيَ وعقوقَ الوالدَينِ أو قطيعةَ الرَّحمِ يُعجِلُ لصاحبِها في الدُّنيا قبلَ المَوتِ 

Daripada Abu Bakrah RA, dari Nabi SAW bersabda: Setiap  dosa akan ditunda balasannya oleh Allah SWT hingga hari kiamat, kecuali al-baghy (zalim), durhaka kepada orang tua dan memutuskan silaturahim, Allah akan menyegerakan di dunia sebelum kematian menjemput.” (HR Al Hakim, Al Mustadrak No 7345). Status: Hadis Sahih 

PENGAJARAN

1.  Setiap dosa seorang insan akan menerima balasan azab daripada Allah melainkan mendapat keampunan Allah.

2.  Ada diantara dosa daripada perbuatan maksiat seorang hamba itu akan dipercepatkan balasannya semasa hidup di dunia lagi di samping azab di hari akhirat antaranya:

a.  Dosa al-baghy (sifat tercela dan perbuatan melampau batas yang mempunyai akibat negatif sama ada pada pelaku dan masyarakat antaranya menuntut sesuatu yang tidak halal,  pemberontak, rasuah dan sebagainya)
b.  Dosa durhaka kepada orang tua 
c.  Dosa memutuskan silaturahim

3.  Rasuah jelas merupakan satu daripada perbuatan zalim (baghy) dan melanggar hak orang lain yang tidak membayar rasuah dan tidak mendapat haknya. Mereka yang terlibat dengan rasuah diancam dengan azab Allah di dunia dan di akhirat mendapat siksa yang lebih berat. 

Berusahalah menjauhi perbuatan dosa yang akan disegerakan balasannya semasa hidup lagi.

Wallahualam..


#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Tidak Prihatin Halal dan Haram


Assalamualaikum wbt...


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ بِمَا أَخَذَ الْمَالَ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ مِنْ حَرَامٍ

Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW bersabda: "Akan datang pada suatu  zaman, manusia ketika itu tidak peduli lagi dari mana dia mendapat sumber harta sama ada halal atau haram". (HR Bukhari No: 1941) Status: Hadis Sahih

PENGAJARAN

1.  Keimanan seseorang berkait rapat dengan segala amalan sama ada amal lisan mahupun perbuatannya.

2.  Apabila iman pada seseorang telah hilang, soal halal dan haram tidak dihiraukan lagi.

3.  Sekarang ini ada dalam kalangan manusia yang tidak kesah atau tidak ambil berat soal halal dan haram dalam pemilikan harta. Ada yang berpegang pada prinsip asal bergaya dan berharta. Ada peluang rembat.  Bukan banyak pun ambik! RM 10K je. Orang lain ambik berjuta!

4.  Halal dan haram bukan kerana sedikit atau banyak. Yang haram tetap haram. Kita bimbang taubat tidak diterima atau tak sempat bertaubat.

Allah S.W.T. berfirman dalam mencari dan menggunakan harta:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Wahai orang-orang beriman! Janganlah kalian saling memakan harta sesama kalian dengan jalan yang batil. Tetapi dihalalkan mendapatkan harta dengan cara jual beli secara suka rela. Janganlah kalian membunuh diri kalian sendiri. Sungguh Allah Maha Penyayang kepada kalian. (An-Nisa: 29)

Ibnu Katsir menjelaskan:  cara batil yang dilarang dalam mencari harta adalah cara-cara yang tidak sesuai dengan syariah. Antaranya melalui amalan rasuah,  menipu,  mencuri, riba, perjudian dan sebagainya.

Ketahuilah setiap sen yang kita perolehi dan kita belanjakan akan ditanya oleh Allah di hari akhirat nanti dari mana sumber tersebut. Justeru berhati-hatilah setiap sen yang kita perolehi dan kita belanjakan.

Wallahualam..

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more

Top Commentator bulan Mac 2021.. TAHNIAH..!

Wednesday, March 10, 2021


Assalamualaikum wbt..
Okey, seperti biasa saya akan umumkan pemenang Top Commentator untuk bulan Mac.. Sebelum tue saya nak ucapkan bebanyak terima kasih pada awak semua kerana masih sudi untuk membaca jurnal saya walaupun saya tak dapat nak bagi komitmen yang jitu pada jurnal ini ekoran daripada kerja-kerja hakiki dan membantu ketua unit saya yang baru bertugas di unit library...

Anyway, TAHNIAH diucapkan kepada 10 orang Top Commentator yang berjaya memasuki carta bulanan saya.. Selamat kembali kepada Rabiahtul Adawiyah kerana berjaya memasuki  semula carta bulanan ini..

Top Commentator bulan Mac 2021.. TAHNIAH..!


Oleh kerana semua yang tersenarai ini pernah menjadi pemenang, saya terpaksa membuat cabutan undi.. So, jom kita tengok video ini [Top Commentator bulan Mac 2021], siapakah yang bertuah untuk menerima hadiah kecil ini, jadi saya berlaku adil kepada semua orang.. [p.s. : Jika awak tak boleh tengok video ini pada versi mobile, awak kena tengok melalui versi web atau tekan LINK YOUTUBE ini..]


TAHNIAH diucapkan pada nama yang disenaraikan..

Top Commentator bulan Mac 2021.. TAHNIAH..!

Seperti biasa jugak, kesemua 10 orang yang berjaya memasuki carta bulanan ini akan dimasukkan dalam bloglist khas sehingga 31 Mac 2021...

Tahniah diucapkan..!!

You are the best of the best...!

Terima kasih kerana selalu support saya..

#shikinrazalidotcom #Malaysianblogger #bloggerTerengganu #bloggerSepang #mypersonaljournal



read more
new entries old entries
Subscribe to: Posts (Atom)

Visitors Count

Sahabatku

Browse the Blog

My Other Blogs

  • BLOG PERPUSTAKAAN JBPM
    OPR kekal pada 2.75 peratus ; Dasar Monetari Bank Negara terus waspada faktor kos boleh jejas prospek inflasi - Keratan akhbar Berita Harian 10 Mac 2023
  • SRLavender's Library
    Pengurusan Emosi Dalam Kisah Nabi Yusuf A.S. - Ahmad Najib Abdullah, Lokman Ahmad
  • Jom Kita Masak-Masak
    Resipi ikan siakap stim limau tanpa sos ikan | Cara Shikin Razali
  • Starlavenderluna's Bloglist

Archive

  • ►  2023 (25)
    • ►  March (5)
    • ►  February (10)
    • ►  January (10)
  • ►  2022 (138)
    • ►  December (6)
    • ►  November (9)
    • ►  October (12)
    • ►  September (10)
    • ►  August (8)
    • ►  July (15)
    • ►  June (5)
    • ►  May (4)
    • ►  April (12)
    • ►  March (21)
    • ►  February (6)
    • ►  January (30)
  • ▼  2021 (228)
    • ►  December (5)
    • ►  November (11)
    • ►  October (12)
    • ►  September (18)
    • ►  August (27)
    • ►  July (30)
    • ►  June (11)
    • ►  May (12)
    • ►  April (14)
    • ▼  March (10)
      • Segmen 24 Jam Bloglist #40 MiaLiana.com
      • Wangi gilerr weyyhh | Balqish Fabric Perfume
      • Menolong Saudara Yang Zalim dan Dizalimi
      • Wordless Wednesday
      • Pulang buku perpustakaan setelah 63 tahun berlalu
      • Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog
      • Pesta Buku Dalam Talian Terbesar Di Malaysia
      • Dosa Yang Tidak Ditunda Balasannya
      • Tidak Prihatin Halal dan Haram
      • Top Commentator bulan Mac 2021.. TAHNIAH..!
    • ►  February (31)
    • ►  January (47)
  • ►  2020 (134)
    • ►  December (13)
    • ►  November (14)
    • ►  October (22)
    • ►  September (21)
    • ►  August (15)
    • ►  July (15)
    • ►  June (20)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (5)
    • ►  February (2)
    • ►  January (2)
  • ►  2019 (134)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (16)
    • ►  September (7)
    • ►  August (8)
    • ►  July (9)
    • ►  June (11)
    • ►  May (9)
    • ►  April (21)
    • ►  March (10)
    • ►  February (24)
    • ►  January (10)
  • ►  2018 (281)
    • ►  December (7)
    • ►  November (19)
    • ►  October (30)
    • ►  September (10)
    • ►  August (28)
    • ►  July (24)
    • ►  June (18)
    • ►  May (30)
    • ►  April (28)
    • ►  March (35)
    • ►  February (32)
    • ►  January (20)
  • ►  2017 (269)
    • ►  December (26)
    • ►  November (16)
    • ►  October (8)
    • ►  September (28)
    • ►  August (25)
    • ►  July (17)
    • ►  June (25)
    • ►  May (20)
    • ►  April (8)
    • ►  March (28)
    • ►  February (28)
    • ►  January (40)
  • ►  2016 (299)
    • ►  December (64)
    • ►  November (67)
    • ►  October (43)
    • ►  September (43)
    • ►  August (9)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (5)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (18)
    • ►  January (29)
  • ►  2015 (272)
    • ►  December (60)
    • ►  November (39)
    • ►  October (40)
    • ►  September (58)
    • ►  August (28)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  April (13)
    • ►  March (13)
    • ►  February (9)
    • ►  January (6)
  • ►  2014 (64)
    • ►  December (12)
    • ►  November (10)
    • ►  October (19)
    • ►  September (6)
    • ►  August (3)
    • ►  July (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (2)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2013 (97)
    • ►  July (6)
    • ►  June (5)
    • ►  April (8)
    • ►  March (31)
    • ►  February (31)
    • ►  January (16)
  • ►  2012 (173)
    • ►  December (4)
    • ►  November (9)
    • ►  October (10)
    • ►  September (12)
    • ►  August (11)
    • ►  July (31)
    • ►  June (19)
    • ►  May (13)
    • ►  April (15)
    • ►  March (16)
    • ►  February (15)
    • ►  January (18)
  • ►  2011 (262)
    • ►  December (27)
    • ►  November (22)
    • ►  October (23)
    • ►  September (29)
    • ►  August (31)
    • ►  July (29)
    • ►  June (22)
    • ►  May (25)
    • ►  April (20)
    • ►  March (16)
    • ►  February (10)
    • ►  January (8)
  • ►  2010 (5)
    • ►  December (4)
    • ►  November (1)

Komen Terkini

Special Bloglist Until 31 March 2023

  • KasihkuAmani
    ebook | Uncle Doktor, Nak Tak Jadi Papa Niny? oleh Shima Rostam
  • Sii Nurul | Blogger Sepenuh Masa | Menulis Untuk Berkongsi
    Salam Ramadan Kareem 1444H / 2023
  • Pencarian Jiwa Diri Saya
    Menjelang Ramadhan
  • Afzan Sidi
    WORDLESS WEDNESDAY~MARHABAN YA RAMADHAN
  • Rabiahtul Adawiyah❤
    Air kotak laici
  • Cik Nor Blog's
    Tak Pernah Layan Drama Semua Pelakon Meninggal
  • Drawing the Words
    Review Komik 'Aku Okay!' oleh Miu Rushdi DKV
  • Ciktie Dot Com
    Potluck Simple -simple Sempena Persaraan Staf Awam
  • Nazfea Solehah
    Thrice the Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin dan NHHM
  • The Wonderful Jannah
    Mengimbau Kenangan PD Trip 2022

Top Commentators

Sponsors

Search A Job

Jawatan Kosong Neuvoo
© Jurnal Shikin Razali.
Made by SoulMuse.